Bolehkah Penghidap Kencing Tidak Lawas Solat Secara Duduk



Soalan:
Adakah dibolehkah bagi mereka yang menghidap permasalahan kencing tidak lawas melaksanakan solat secara duduk. Ini memandangkan keadaannya yang mana apabila solat berdiri maka air kencing akan mengalir manakala jika dilakukan solat secara duduk ia tidak mengalir.

Jawapan:
Secara asasnya, solat hendaklah didirikan secara berdiri melainkan jika terdapat keuzuran. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imran bin Husain yang menceritakan bahawa beliau menghidap penyakit buasir, lalu beliau bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang solat. Maka baginda S.A.W bersabda:

صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
“Bersolatlah kamu secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring (di atas lambung).” [Riwayat Al-Bukhari (1066)]

Maka dapat dilihat daripada hadis ini bahawa sekiranya terdapat sebarang keuzuran maka dibolehkan untuk seseorang itu mengubah posisi solat daripada berdiri kepada duduk, dan sekiranya tidak mampu juga maka boleh dilakukan solat secara berbaring di atas lambung. Ini adalah keringanan yang diberi kepada seseorang itu ketika mana terdapatnya keuzuran ke atas diri mereka.

Para fuqaha al-Syafi’eyyah membahagikan keuzuran ini kepada tiga bahagian yang kami sebutkan dalam beberapa noktah berikut:

Uzur biasa ( عذر معتاد): Antara contohnya adalah safar (permusafiran) atau sakit.Uzur yang jarang (nadir) dan bersambungan (berterusan): Seperti istihadhah dan juga salis al-baul (kencing tidak lawas).Uzur yang jarang dan bersifat terputus (munqathi’): Iaitu ketiadaan air semasa al-hadhar (الحضر).
[Rujuk Al-Bayan fi Mazhab al-Imam al-Syafie, Al-‘Imrani (1/321)]

Oleh yang demikian dapat difahami bahawa salis al-baul juga termasuk dalam kategori keuzuran. Cuma persoalan yang boleh dibangkitkan, adakah keuzuran ini turut memberi kesan kepada tatacara solat iaitu boleh menjadi faktor yang membenarkan seseorang itu solat duduk jika ada keperluan?

Berikut kami kongsikan kata-kata Imam Al-Nawawi yang menukilkan pendapat dari Imam al-Baghawi Rahimahullah:

لَوْ كَانَ سَلِسَ الْبَوْلِ بِحَيْثُ لَوْ صَلَّى قَائِمًا سَالَ بَوْلُهُ وَلَوْ صَلَّى قَاعِدًا اسْتَمْسَكَ فَكَيْفَ يُصَلِّي فِيهِ وَجْهَانِ أَصَحُّهُمَا قَاعِدًا حِفْظًا لِلطَّهَارَةِ
“Sekiranya seseorang yang menghidap salis al baul (kencing tidak lawas) itu mendirikan solat secara berdiri lalu mengalir air kencingnya, manakala jika dia solat secara duduk maka air kencingnya tidak mengalir, maka bagaimanakah caranya dia solat? Ada dua pendapat dalam hal ini, dan yang paling sahih adalah dia menunaikan solat dalam keadaan duduk bagi memelihara taharah (wuduk).” [Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (2/542)]

Sekiranya seseorang yang menghidap salis al baul itu menunaikan solat secara duduk bagi menghalang air kencingnya mengalir keluar, maka dalam kes ini solatnya tersebut adalah sah dan tidak perlu untuk diulang semula.

Bahkan di dalam kitab Hasyiah al-Jamal, penulisnya menyebut:

فَلَوْ اسْتَمْسَكَ السَّلَسُ بِالْقُعُودِ دُونَ الْقِيَامِ وَجَبَ أَنْ يُصَلِّيَ قَاعِدًا احْتِيَاطًا لِلطَّهَارَةِ وَلَا إعَادَةَ عَلَيْهِ، فَإِنْ صَلَّى قَائِمًا لَمْ تَصِحَّ صَلَاتُهُ لِوُجُودِ النَّجَاسَةِ مَعَ تَمَكُّنِهِ مِنْ اجْتِنَابِهَا
“Sekiranya air kencing yang mengalir itu berhenti dengan solat secara duduk berbanding solat secara berdiri maka wajib bagi (penghidap kencing tidak lawas) untuk menunaikan solat secara duduk sebagai cara ihtiyath (berhati-hati dan memelihara) taharah, dan tidak perlu untuk dia mengulang semula solat. Sekiranya seseorang (yang menghidap salis al-baul) itu menunaikan solat secara berdiri, maka tidak sah solatnya bersama dengan kewujudan najis sedangkan dia mampu untuk mengelakkannya.” [Rujuk Hasyiah al-Jamal ‘ala Syarh Manhaj al-Thullab (1/242)]

Kesimpulan

Sebagai penutup kami menyatakan bahawa dalam isu salis al-baul (kencing tidak lawas) ini, keadaan solat penghidapnya adalah bergantung kepada individu yang menghidap penyakit ini sendiri. Sekiranya air kencing tidak mengalir dalam keadaan dia mendirikan solat secara berdiri, maka ketika ini hendaklah dia mendirikan solat secara berdiri. Namun, jika dengan solat berdiri akan menyebabkan air kencingnya mengalir manakala dengan solat secara duduk akan menahan air kencingnya dari keluar, maka hendaklah dia menunaikan solat secara duduk bagi menjaga wuduk dan juga solatnya.

Akhir kalam kami berdoa kepada Allah S.W.T supaya memberikan kefahaman agama yang baik kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/bolehkah-penghidap-kencing-tidak-lawas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Nak Politik Ini Majlis Mengaji Solat Anwar

Semua Nak Politik Ini Majlis Mengaji Solat Anwar

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 258 hits
By Foto ANWAR IBRAHIMKUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan majlis zikir dan selawat serta solat Maghrib dan Isyak berjemaah malam ini di kediamannya merupakan rutin yang diadakan setiap minggu sejak enam bulan lalu ...
Kebenaran Umat Islam Solat Jumaat Di S Pura Ini

Kebenaran Umat Islam Solat Jumaat Di S Pura Ini

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 374 hits
AHLI Parlimen Singapura Zainal bin Sapari memohon kepada para majikan agar memberikan izin kepada pekerja mereka yang beragama Islam untuk mengerjakan solat Jumaat Beliau mengemukakan rayuan ini setelah mendengar keluhan daripada kaum lelak...
Al Sultan Abdullah Tunai Solat Jumaat Di Masjid Saiyidina Abu Bakar Bangsar

Al Sultan Abdullah Tunai Solat Jumaat Di Masjid Saiyidina Abu Bakar Bangsar

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 284 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Masjid Terawal 1 200 Tahun Ditemukan Boleh Teruskan Solat Di Situ

Masjid Terawal 1 200 Tahun Ditemukan Boleh Teruskan Solat Di Situ

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 218 hits
PEKERJA Muslim Pihak Berkuasa Antikuiti menunaikan solat di tapak tinggalan masjid purba di bandar Badwi Rahat kelmarin AFP agensiBAITULMUQADDIS 19 Julai Tapak tinggalan masjid berusia 1 200 tahun satu daripada masjid terawal di dunia ditem...
Cara Solat Sunat Tasbih

Cara Solat Sunat Tasbih

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 696 hits
Bagaimana cara mengerjakan solat sunat tasbih Artikel ini akan memberi panduan lengkap tentang cara melaksanakan solat sunat tasbih secara langkah demi langkah dan mudah difahami Apa yang menarik Setiap bacaan akan dipermudahkan dengan ejaa...
Solat Gerhana Bulan Bukan Sembah Tuhan Hubal Ini Jawapan Untuk Siti Kasim

Solat Gerhana Bulan Bukan Sembah Tuhan Hubal Ini Jawapan Untuk Siti Kasim

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 459 hits
Oleh Liberal Jangan Hina Sunnah Rasulullah1 Saya ditanya berkenaan tulisan Siti Kasim yang seakan cuba menyamakan Sunnah Rasulullah dengan elemen penyembahan berhala Menurut saudara yang bertanya tulisan FB Siti Kasim ini seakan cuba menyam...
Solat Tiang Agama 16 Jenis Solat Sunat

Solat Tiang Agama 16 Jenis Solat Sunat

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 555 hits
Solat merupakan tiang kepada agama Seperti yang terdapat Hadis Rasulullah S A W yang bermaksud Solat itu tiang agama barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya Ma...
Banyak Tinggal Solat Macam Mana Nak Ganti Semula

Banyak Tinggal Solat Macam Mana Nak Ganti Semula

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 562 hits
Saya tertarik melihat perkongsian yang telah ditulis oleh Ustaz Ebit Lew di laman sosialnya bahawa manusia sekarang tidak ramai yang menitik beratkan perihal solat sedangkan ia merupakan salah satu kewajipan yang wajib dilakukan Solat merup...
Kalau Serius Kejar Impian Bangunlah Solat Tahajjud

Kalau Serius Kejar Impian Bangunlah Solat Tahajjud

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 863 hits
Assalamualaikum Salam Tahajud Tahajud ni sunat tapi sangat bagus kalau dapat buat umpama anak panah yang tak pernah tersasar Sharing yg bagus ttg tahajud dr Rosemawatie MHassan Alhamdulillah kebetulan mami share ni sy nk share jugak sesuatu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba