Bolehkah Pengantin Berwudhu Dengan Mazhab Lain Ketika Majlis Perkahwinan



SOALAN:
Saya sering menjaga wudhu’ sepanjang waktu dan saya bakal berkahwin tak lama lagi. Jadi bagaimana saya boleh menjaga wudhu’ kerana bersentuhan dengan isteri adalah perkara yang membatalkan. Atau bolehkah saya mengamalkan mazhab lain dalam hal ini?

JAWAPAN:
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’ berkenaan dengan penukaran mazhab ke mazhab yang lain. Oleh itu, sebaiknya melihat beberapa perbahasan berkenaan istilah yang digunapakai di dalam permasalahan ini.

Berpegang (Taqlid) Orang Awam Dengan Mazhab Tertentu

Para Fuqaha’ berbeza pendapat berkenaan dengan taqlid orang awam dengan satu mazhab yang khusus. Dr Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan perbezaan pendapat berkenaan dengannya:

Sebahagian fuqaha’ berpendapat diwajibkan berpegang dengan imam mazhab yang tertentu. Ini kerana berpegang dengannya adalah satu kebenaran.Selainnya berpendapat, tidak wajib berpegang kepada pendapat imam mazhab tertentu pada setiap permasalahan. Bahkan diharuskan berpegang dengan mana-mana imam Mujtahid yang dikehendakinya. Begitu juga diharuskan untuk berpindah mazhab kepada mazhab yang lain di dalam sesuatu amalan. Ini kerana Allah SWT tidak mewajibkan untuk berpegang kepada mazhab tertentu.
Dalam permasalahan ini, orang awam yang berpegang di dalam satu mazhab tertentu kemudian menukar kepada pandangan mazhab yang lain di dalam sesuatu perkara. Para ulama’ berbeza pandangan berkenaan dengannya. Sebahagian pendapat tidak mengharuskannya secara mutlak, sebahagian mengharuskannya secara mutlak dan sebahagian mengharuskannya dengan penelitian yang terperinci mengikut sesuatu permasalahan.

Oleh itu, mengikut pendapat yang asoh ialah diharuskan berbeza mazhab yang dipegangnya dengan mengambil pendapat mazhab yang lain. (Lihat: Usul al-Fiqh al-Islami, 1/1138-1139)

Selain itu, orang awam itu sentiasa berpegang dengan mazhab selagimana dia belum mencapai tahap Mujtahid untuk mengeluarkan sesuatu hukum serta bertoleransi dengan dalil. Ini sepertimana yang dimaksudkan oleh Dr. Ramadhan al-Buti di dalam kitabnya:

أن يقلد العامي أو من لم يبلغ رتبة الاجتهاد مذهب إمام مجتهد سواء التزم واحدًا بعينه أو عاش يتحول من واحد إلى آخر
“Sesungguhnya bertaqlid orang awam itu atau sesiapa yang belum mampu untuk berijtihad kepada mazhab imam Mujtahid sama ada berpegang satu mazhab yang tertentu atau dia hidup dengan berpindah daripada satu ke satu mazhab yang lain.” (Lihat: al-lamazhahabiah, 17)

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan bahawa jumhur ulama’ usul menyatakan harus bertaqlid bagi seseorang bahkan wajib bertaqlid bagi orang awam. Ini kerana para imam Mujtahid mungkin pandangannya betul atau salah, dan sekiranya pandangannya salah bukan menjadi satu dosa kepadanya. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 13/160)

Mejoriti para ulama’ berpendapat taqlid adalah wajib bagi orang awam. Ini seperti yang dikatakan oleh Ibn Abd al-Bar: “Orang awam perlulah bertaqlid kepada para ulama’ mereka terhadap sesuatu perkara yang berlaku pada diri mereka. Ini kerana para ulama' lebih jelas tentang hujah (dalil) dan hujah juga tidak sampai kepada mereka disebabkan tiada ilmu akan hal tersebut.” (Lihat: Sifat al-Mufti wa al-Mustafti terjemahan PMWP, 205)

Talfiq Mazhab

Talfiq merupakan campur aduk pandangan imam Mujtahid di dalam sesuatu perkara. Ini sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya: “Melakukan sesuatu perkara yang tidak disebut oleh Mujtahid. Iaitu melakukan satu amalan dengan mengikut mazhab, kemudian dalam sesuatu keadaan dia mengambil salah satu daripada satu rukun atau sebahagian daripada dua pendapat atau lebih. Sehingga mencapai satu perkara (amalan) yang tidak dipersetujui oleh para imam Mujtahid.” (Lihat: Usul al-Fiqh al-Islami, 1/1143)

Selain itu, di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan berkenaan dengan talfiq iaitu: “Mencampurkan riwayat-riwayat yang berbeza ke dalam satu permasalahan hukum.” (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 13/286)

Dan yang dimaksudkan dengan Talfiq di antara pelbagai mazhab iaitu: “Mengambil perkara yang sah dalam sesuatu perbuatan dengan mengikut dua mazhab yang berbeza dan menggabungkan perkara yang membatalkannya dalam satu permasalahan hukum.” (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 13/294)

Ini seperti contoh yang didatangkan oleh Dr. Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya, seseorang berpegang dengan mazhab Syafi’e dalam menyapu sebahagian daripada kepala ketika berwudhu’, kemudian dalam masa yang sama berpegang dengan mazhab Hanafi atau Maliki dalam perkara tidak membatalkan wudhu’ ketika bersentuhan dengan wanita ajnabi lalu dia melakukan solat. Perkara ini, para imam Mujtahid tidak memperakui wudhu’nya. Ini kerana Imam Syafi’e berpendapat batalnya wudhu’’ dengan menyentuh wanita ajnabi dan Imam Hanafi berpendapat tidak sah wudhu’ seseorang dengan tidak menyapu satu perempat daripada kepala. (Lihat: Usul al-Fiqh al- Islami, 1/1143)

Dr. Wahbah Zuhaili menyimpulkan di dalam kitabnya, terdapat perincian dalam pengamalan Talfiq mazhab sama ada ia dibolehkan atau tidak dibahagikan kepada beberapa keadaan:

Setiap perkara yang membawa kepada penterjemahkan nas dan undang-undang syariah bertujuan politik dan kepentingan seseorang maka ia adalah dilarang khususnya untuk melakukan helah.Setiap perkara yang berkepentingan dengan politik di atas matlamat membantu masyarakat pada sesuatu tempat dengan memudahkan urusan ibadah dan muamalat dalam perkara ijtihad maka ia diharuskan bahkan dituntut.
Talfiq yang diharuskan ialah kerana keperluan dan darurat. Bukanlah bertujuan untuk perkara yang sia-sia dan bermudah-mudahan tanpa kepentingan syariah. Dan Talfiq ini hanyalah dibolehkan untuk sesetengah hukum di dalam perkara ibadah dan muamalat yang ijtihad imam sahaja bukan dalam perkara yang qati’e. (Lihat: Usul al-Fiqh al- Islami, 1152)

Tatabu’ al-Rukhas

Iaitu seseorang yang mengambil pandangan mana-mana mazhab untuk memudahkannya mengikut hawa nafsu. Dr. Wahbah Zuhaili menyatakan di dalam kitabnya bahawa Tatabu’ al-Rukhas iaitu seseorang itu mengambil pandangan daripada beberapa mazhab bersandarkan keinginannya dan kemudahannya apabila timbul sesuatu permasalahan.

Ibnu Abdul Bar menyatakan ijma’ para ulama’ berpendapat tidak harus bagi orang awam untuk mengamalkan Tatabu’ al-Rukhas.

Izz bin Abd al-Salam berpendapat bagi orang awam dibenarkan beramal dengan amalan yang mudah bagi setiap mazhab. Dan sesiapa yang meingkarinya maka dia seorang yang jahil, ini kerana mengambil sesuatu yang mudah itu adalah perkara yang disukai dan agama Allah SWT adalah mudah seperti mana Firman Allah SWT:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
“Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” (Surah al-Hajj: 78)

(Lihat: Usul al-Fiqh al-Islami, 1/1153-1155)

Para ulama' berbeza pandangan di dalam hal ini kepada beberapa pendapat iaitu:

Dibolehkan mengikut sebahagian ulama’ muta’akhirin, ini kerana mengambil rukhsah (keringanan) terdapat kepadanya kesenangan dan kemudahan. Ini menunjukkan keharusan orang awam untuk mengikut keringanan bagi mazhab tertentu. Dan mengambil rukhsan merupakan sifat lemah lembut Allah SWT kepada hamba-Nya.Dan sebahagian ulama’ yang lain berpendapat tidak dibolehkan. Ini merupakan kecenderungan mengikut hawa nafsu dan hal ini dilarang syarak. Seperti menyeleweng dengan meninggalkan dalil untuk mengikut perkara yang khilaf. Dan hal ini dianggap sebagai merendah-rendahkan agama dengan meninggalkan dalil yang diketahuinya kepada sesuatu yang tidak diketahui.
Contoh yang lain dalam Tatabu’ al-Rukhas seperti seseorang berkahwin tanpa ada wali, mahar dan saksi. Pernikahan yang tidak terdapat ketiga-tiganya ini tidak sah disisi para ulama' mazhab.

(Lihat: Al-Mufti wa al-Mustafti terjemahan PMWP 208)

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa perkara tersebut perlu diberi perhatian sebelum mengambil pandangan mazhab yang lain:

Mestilah mengetahui secara menyeluruh tentang amalan yang hendak diambilnya itu dari segi rukun dan syarat sah dan batalnya secara terperinci bagi mengelak berlakunya Talfiq atau percampuran di antara mazhab yang dilarang.Bukan bertujuan untuk Tatabu’ al-Rukhas dengan mengambil pendapat yang mudah tanpa melalui proses pentarjihan yang syari’e dan mengikut hawa nafsu.
Oleh itu, di dalam isu ini kami menyimpulkan bahawa orang awam wajib bertaqlid dengan imam mazhab yang diamalkannya seperti pengamalan berwudhu’ dalam mazhab Syafi’e yang diamalkan seperti biasa. Ini disebabkan supaya lebih berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu permasalahan dan mengelakkan diri daripada perkara yang menjerumus ke arah mengikut hawa nafsu serta percampuran mazhab yang dilarang.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/bolehkah-pengantin-berwudhu-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Perkahwinan Sepupu Di Serkam Melaka

Majlis Perkahwinan Sepupu Di Serkam Melaka

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 677 hits
Hi korang Sabtu lepas SA sekeluarga ke Serkam Melaka meraikan Majlis walimatulurus adik sepupu sebelah abah SA Kali ni majlis menyambut menantu kerana kedua dua pengantin adik beradik ni dah pun nikah bulan 10 kalau tak salah kami tak pergi...
Datang Majlis Kahwin Ex Boyfriend Gadis Ini Dibaling Bunga Oleh Pengantin Perempuan

Datang Majlis Kahwin Ex Boyfriend Gadis Ini Dibaling Bunga Oleh Pengantin Perempuan

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 553 hits
Bagi sesetengah daripada kita menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih mungkin akan menjadi perkara terakhir dalam senarai yang ingin dilakukan Disebabkan itu jugalah ramai daripada kita yang memilih untuk tidak menghadiri undangan ke ma...
Senarai Vendor Majlis Perkahwinan

Senarai Vendor Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 781 hits
assalamualaikum and hello lads by the time aku menulis entry ini alhmadulillah sudah pun masuk sebulan aku memasuki alam rumah tangga so far semua okay masa majlis kami dia kedua dua belah di Subang mahupun di Penang jadi untuk memudahkan s...
Abang Abang Buat Hal Jadi Superhero Masa Majlis Perkahwinan Adik Bongsu

Abang Abang Buat Hal Jadi Superhero Masa Majlis Perkahwinan Adik Bongsu

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 338 hits
Wah korang tengok tak gambar yang tular dimuatnaik oleh Fadhil Aman Ahyat II di Facebook baru baru ni Lain macam betul majlis perkahwinan Syahiera Sabri dan Izzul Azuan sebab kali ni abang abang diorang pakai kostum superhero tau Maklumlah ...
Dia Terus Tolak Badan Khaleef Anak Trauma Nyaris Jatuh Ditolak Budak Lain Ketika Bermain Gelongsor

Dia Terus Tolak Badan Khaleef Anak Trauma Nyaris Jatuh Ditolak Budak Lain Ketika Bermain Gelongsor

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 451 hits
The ReporterAnak yang baik anak yang diberi didikan yang betul oleh ibu bapanya Jika selalu diterapkan dengan nilai nilai yang baik pasti tiada masalah apabila anak berada di luar terutamanya ketika bergaul dengan kanak kanak lain Namun ada...
Mempelai Pria Terlambat Pengantin Perempuan Nikahi Pria Lain

Mempelai Pria Terlambat Pengantin Perempuan Nikahi Pria Lain

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 198 hits
Seorang pengantin perempuan di Uttar Pradesh India menikah dengan pria lain karena pengantin pria telat datang ke pernikahan Menurut laporan di Times of India pengantin pria seharusnya tiba untuk pernikahan di Desa Nangaljat pada jam 2 sian...
Rinching Terrace Realisasikan Impian Majlis Perkahwinan Mu

Rinching Terrace Realisasikan Impian Majlis Perkahwinan Mu

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 408 hits
Alam percintaan yang semestinya mengimpikan sebuah mahligai perkahwinan sebagai permulaan fasa kehidupan baharu buat setiap pasangan Mengimpikan sebuah majlis yang penuh keindahan dari saat lafaz akad nikah hinggalah ke majlis resepsi yang ...
Pengantin Terkedu Bekas Guru Dtg Majlis Perkahwinannya Cikgu Yg Ambil Jam Tangan Itu Dari Poket Saya

Pengantin Terkedu Bekas Guru Dtg Majlis Perkahwinannya Cikgu Yg Ambil Jam Tangan Itu Dari Poket Saya

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 818 hits
Kisah ini berlaku sekitar dua tahu lalu di sebuah majlis perkahwinan Waktu itu pasangan pengantin baru selesai bersanding di pelamin dan kemudian turun ke meja tetamu untuk bersalaman Dalam ramai ramai tetamu yang datang pengantin lelaki te...
Kontraktor Cuai Budak Maut Terjatuh Dari Celah Lubang Jambatan Ketika Bercuti Di Penampang

Kontraktor Cuai Budak Maut Terjatuh Dari Celah Lubang Jambatan Ketika Bercuti Di Penampang

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 670 hits
Percutian sebuah keluarga ini bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang anak perempuannya terjatuh dari jambatan yang belum siap sepenuhnya Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 40 petang 1 Disember 2019 di sebuah bangunan di Penampan...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat

Nostalgia Selera Kampung Ramadan Buffet Thistle Johor Bahru