Bolehkah Mengqadhakan Solat Tarawih



Soalan:
Kerja yang terlampau banyak sehingga memaksa saya untuk bekerja sehingga lewat malam. Bolehkah saya mengqadhakan tarawih yang saya tertinggal?

Jawapan:
Solat sunat tarawih adalah salah satu keistimewaan pada bulan Ramadhan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Inilah yang dimaksudkan oleh hadith Nabi SAW:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa yang mendirikan bulan Ramadhan dengan keimanan dan penuh pengharapan, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (37) Muslim (759)]

Imam al-Nawawi menyatakan maksud ‘mendirikan’ yang disebutkan di dalam hadith adalah solat sunat qiyam atau solat sunat tarawih. [Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim (7/378)]

Hukum solat tarawih adalah sunat seperti mana yang disebutkan di dalam hadith di atas. Solat sunat tarawih ini menjadi sunat kerana terdapat qarinah yang menyebabkan solat sunat ini tidak menjadi wajib. Hal ini jelas berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh ‘Urwah RA bahawa Aisyah R.Anha telah memberitahunya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم خَرَجَ لَيْلَةً مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ، فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ، وَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلاَتِهِ، فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا، فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ، فَصَلَّوْا مَعَهُ، فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا، فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ، فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَصَلَّى، فَصَلَّوْا بِصَلاَتِهِ، فَلَمَّا كَانَتِ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ، حَتَّى خَرَجَ لِصَلاَةِ الصُّبْحِ، فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ، فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ ‏ "‏ أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَىَّ مَكَانُكُمْ، وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْتَرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا
Rasulullah SAW pernah keluar pada tengah malam lalu solat di masjid dan beberapa orang lelaki pun solat bersama Baginda, maka keesokan paginya manusia membincangkan hal itu sehinggakan pada malam berikutnya manusia berkumpul lebih ramai lalu mereka solat bersama bersama Baginda. Pada keesokan paginya mereka kembali membincangkan hal tersebut, maka pada malam ketiga jumlah jemaah masjid makin bertambah lalu Rasulullah SAW keluar dari rumahnya melaksanakan solat dan mereka solat bersama Baginda. Pada malam keempat masjid sudah tidak mampu menampung jumlah jemaah, hingga Baginda keluar untuk melaksanakan solat Subuh, setelah Baginda selesai menunaikan solat Subuh, beliau memaling ke arah jemaah lalu bersyahadat kemudian bersabda: “Amma ba’du, sesungguhnya aku mengetahui apa yang kalian lakukan (semalam) akan tetapi aku (tidak hadir ke masjid) kerana bimbang andai kelak difardhukan ke atas kamu sehingga kamu tidak sanggup melaksanakannya.”


Hadith di atas sangat jelas menunjukkan solat sunat tarawih itu tidak wajib dan kekal sebagai salah suatu amalan sunat yang disyariatkan. Maka, berdasarkan hal ini, para ulama’ berbeza pendapat sama ada solat sunat tarawih yang hanya sunat ini boleh diqadhakan atau tidak.

Pendapat paling sahih di sisi Mazhab Imam Abu Hanifah dan pendapat Mazhab Imam Ahmad menyatakan tidak diqadhakan solat sunat tarawih apabila sudah terkeluar daripada waktunya iaitu dengan masuknya waktu Subuh. [Lihat Rad al-Mukhtar (1/473) dan Kasyf al-Qina’ (1/426)]

Di sisi mazhab Imam al-Syafie pula menyebutkan secara umum bagi mereka yang meninggalkan solat-solat sunat pada waktunya, boleh diqadhakan. Ini seperti mana yang dinukilkan pendapat Imam al-Nawawi:

لَوْ فَاتَ النَّفَل الْمُؤَقَّتُ نُدِبَ قَضَاؤُهُ فِي الأْظْهَرِ
“Sekiranya tertinggal amalan sunat yang mempunyai waktu khusus, disunatkan untuk mengqadhakannya pada pendapat yang paling zahir.” [Lihat Mughni al-Muhtaj (1/224)]

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan perbincangan di atas, kami menyatakan bahawa solat sunat tarawih boleh diqadhakan apabila terlepas daripada waktunya. Hal ini kerana pahala orang yang mendirikan solat sunat tarawih sangat besar selain bulan Ramadhan ini adalah bulan ibadah. Setiap ibadah yang tertinggal itu sangat sayang untuk dibiarkan begitu sahaja. Semoga kita diberikan kekuatan untuk menghidupkan Ramadhan dengan ibadah kepada Allah SWT. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/bolehkah-mengqadhakan-solat-tarawih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Berniaga Dan Solat Tarawih

Antara Berniaga Dan Solat Tarawih

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 189 hits
Assalammualaikum dan salam Ramadan Allah SWT berfirman di dalam surah Al Kahfi yang bermaksud Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya kerana kamu hendak menguji mereka siapakah di antaranya ya
Norman Hakim Terharu Jadi Makmum Solat Tarawih Diimamkan Anak Sendiri

Norman Hakim Terharu Jadi Makmum Solat Tarawih Diimamkan Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 462 hits
Pelakn berbadan sasa Norman Hakim cukup sinonim dalam kalangan masyarakat dewasa kini sebagai serang ketua keluarga yang berjaya mendidik anak anak dengan acuan berlandaskan agama Islam Anak sulung Norman Hakim bersama Abby Abadi iaitu Moha...
Video Hujan Lebat Dan Angin Kencang Jemaah Tetap Khusyuk Solat Tarawih Di Luar Masjid

Video Hujan Lebat Dan Angin Kencang Jemaah Tetap Khusyuk Solat Tarawih Di Luar Masjid

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 373 hits
Video Hujan Lebat Dan Angin Kencang Jemaah Tetap Khusyuk Solat Tarawih Di Luar Masjid Ramadhan bulan yang termulia yang di dalamnya diturunkan rahmat dibuka pintu pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka Ia merupakan bulan yang dinantika...
Berbuka Puasa Dan Solat Tarawih Di Jiboi

Berbuka Puasa Dan Solat Tarawih Di Jiboi

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 691 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Pada hari Ahad lepas bersamaan 14 Ramadan 1440H family Jiboi buat berbuka puasa bersama sama di Jiboi kemudian terus solat Tarawih sekali Actually idea ni datang dari Along ka...
Terbaru Terdapat Bilik Solat Dibuka Di Ginza Daerah Beli Belah Tokyo

Terbaru Terdapat Bilik Solat Dibuka Di Ginza Daerah Beli Belah Tokyo

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 677 hits
Kami suka bagaimana Jepun menjadi negara yang mesra Islam sejak tahun tahun kebelakangan ini Dari sebuah masjid bergerak untuk menampung pelancong Muslim untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk melakukan solat di Tokyo dan banyak lagi peluang ...
Kelebihan Solat 4 Rakaat Di Siang Hari

Kelebihan Solat 4 Rakaat Di Siang Hari

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 337 hits
Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan 4 rakaat di dalam hadith ini Daripada Nu aim bin Hammar RA bahawa Nabi SAW meriwayatkan daripada Allah SWT firman Allah SWT Wahai anak Adam Janganlah kamu tinggalkan untukku 4 rakaat pada awal siangmu N...
Gadis Maut Kemalangan Masjid Dipenuhi Jemaah Ketika Solat Jenazah

Gadis Maut Kemalangan Masjid Dipenuhi Jemaah Ketika Solat Jenazah

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 482 hits
BOLEH dikatakan hampir setiap hari kita menerima laporan atau membaca di dada dada akhbar mengenai kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa Semalam seorang penuntut Universiti Utara Malaysia Insyirah Az Zahra Mohd Jasni maut selepas k...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai