Berbuka Puasa Dan Solat Tarawih Di Jiboi
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Pada hari Ahad lepas bersamaan 14 Ramadan 1440H family Jiboi buat berbuka puasa bersama-sama di Jiboi kemudian terus solat Tarawih sekali. Actually idea ni datang dari Along (b.i.l) kat dalam group WhatApps family mengajak, "mohhh... berbuka di Jiboi. Sesiapa yang ada kelapangan esok hari Ahad kita beramai-ramai berbuka dan bertarawih. Stail potluck satu family satu menu".
Bila Mrs. A baca tu fuh! mujurlah time ni tak balik kampung so bolehlah join sekali. Kalau tak semedanglah tak dapat join family event side Jiboi mau tak terasa depa kalau dah asyik tak join jer kan..kan..kan... Along dengan Adik sedari pagi lagi dah pergi ke Jiboi seronoklah tu lepak reramai dengan sepupu-sepapat.
As for Mrs. A, Aryssa dan Mr. A dah dekat-dekat nak berbuka barulah terhegeh-hegeh nak pergi ngeh! ngeh! ngeh! Alhamdulillah berbuka puasa kali ini Mrs. A dapat berjumpa dengan kesemua biras dan juga ipar-duai cuma anak-anak buah jer... tak cukup korum ada yang buka kat luar, ada yang kerja dan ada yang buka kat rumah pengasuh. Menu malam tu adalah masak lemak tempoyak ikan parang, masak lemak ayam campur kentang, sayur kangkung, ayam roasted (KR), ikan kembong, sambal bilis, buah-buah, bubur dan kuih-muih. Unfortunately Mrs. A langsung tak teringat nak snap gambar huhuhuuu... itulah gara-gara sampai lambat. Sesampai aje terus dah masuk waktu buka abis tu takkan ko nak snap gambar pulakkan (choiii!!! mau kena maki nanti muaahhahaa)
Tapi selepas maghrib tu sementara nak tunggu Isyak dan solat Tarawih sempatlah jugak Mrs. A selfie-selpot.
|Yang lelaki Ateh je dah masuk yang lain-lain semua kat luar lagi
Captured by mamarazi hahahaa.... sorang yang belakang tu cecuti
Kaklong and Cuna
M.i.l, Cuna and Kakngah AnisSeperti biasa yang mengimamkan solat adalah f.i.l dan Tarawih kami buat 13 rakaat 10 tarawih dan 3 witir. Alhamdulillah syukur dapat berkumpul bersama keluarga itulah moment yang tidak ternilai harganya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2019/05/berbuka-puasa-dan-solat-tarawih-di-jiboi.html