Bolehkah Isteri Yang Beriddah Mengadakan Kenduri Kahwin Anaknya



Soalan:
Seorang isteri yang baru kematian suami ingin mengadakan kenduri kahwin anaknya yang telah ditetapkan sewaktu suaminya masih hidup. Adakah boleh seorang isteri yang masih di dalam iddah wafat meneruskan kenduri kahwin anaknya tersebut. Mohon pencerahan.

Jawapan:

Takrif ‘Iddah

Menurut bahasa, ‘iddah bermaksud kiraan,hitungan atau bilangan. Ini kerana ia merangkumi bilangan suci daripada haid dan juga bilangan bulan.

Dari segi istilah, ‘iddah ialah nama bagi tempoh tertentu bagi seseorang perempuan menunggunya, semata-mata mematuhi perintah Allah (ta’abbudi) atau sebagai tanda kesedihan terhadap pemergian suami, atau memastikan rahimnya bersih daripada kandungan. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji: 3/61)

Hikmah Pensyariatan ‘Iddah

Hikmah ‘Iddah bagi kematian suami yang disyariatkan dengan bertujuan:

Menunjuk kesetiaan kepada suami yang telah meninggal. Oleh itu Allah SWT mewajibkan isteri bagi menghormatinya, setia dan melayaninya. Justeru tidak sesuai bagi isteri bersikap sebaliknya selepas kematian suamiMenggantikan adat jahiliyyah yang mewajibkan isterinya berkurung di tempat yang gelap selama setahun selepas kematian suaminya. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji: 3/61)
Justeru para ulama’ dan imam-imam mazhab yang empat telah membuat kesimpulan berkaitan dengan hukum-hakam ihdad (berkabung) antara lain kata mereka:

Bahawa sesungguhnya ihdad (berkabung) wajib ke atas kematian suami untuk menzahirkan rasa dukacita dan menunaikan janjinya. Begitu juga kerana terputusnya nikmat perkahwinan dan bukan semata-mata nikmat dunia tetapi melangkaui akhirat. Ini kerana, nikah menjadi sebab kejayaan mereka di dunia dan akhirat.Begitu juga pensyariatan ihdad (berkabung) kerana mencegah niat lelaki untuk bersama dengannya kerana kalau dia berhias-hias sudah pasti membawa ke arah itu dan ini tidak dibenarkan sama sekali (Lihat: Hasyiah Sa’di Jalbi ‘ala Syarh Fath al-Qadir, 3/291)
Tempoh ‘Iddah kematian Suami

‘Iddah kerana kematian ialah `iddah yang diwajibkan kepada isteri yang kematian suami:

Jika perempuan itu mengandung semasa kematian suaminya, maka `iddahnya berakhir dengan kelahiran anaknya sama ada `iddah itu mengambil masa yang panjang atau pendek.Jika isteri tidak mengandung atau mengandung akan tetapi bukan daripada benih suami yang meninggal dunia. Ini seperti isteri mengandung, sedangkan suaminya belum baligh atau suaminya telah lama hilang melebihi empat tahun sama ada dia telah menyetubuhi isterinya ataupun belum, maka `iddahnya adalah dengan berakhirnya empat bulan sepuluh hari. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji: 3/63)
Kewajipan yang perlu dilakukan dalam tempoh ‘Iddah kematian

Perempuan yang berada di dalam ‘iddah kerana kematian wajib ke atasnya melakukan perkara seperti berikut:

Berkabung atas kematian suaminya dengan tidak berhias dan mengenakan bau-bauan seperti bersolek, memakai baju berwarna terang, memakai barang kemas dan selainnya.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah RAnha:

لاَ يَحِلُّ لاِمْرَأَةٍ مُسْلِمَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ أَنْ تُحِدَّ فَوْقَ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ، إِلاَّ عَلَى زَوْجِهَا أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا
“Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat berkabung di atas kematian seseorang melebihi tiga hari melainkan apabila kematian suaminya. Dia hendaklah berkabung selama empat bulan dan sepuluh hari.” [Riwayat: al-Bukhari (5339)]


Wajib menetap di rumah yang didudukinya selama tempoh ‘iddah. Isteri juga tidak dibenarkan keluar melainkan sekiranya ada keperluan dan hajat. Ini seperti membeli keperluan makanan, bekerja sekiranya tidak membenarkannya untuk tinggal di rumahnya secara berterusan sepanjang tempoh ‘iddahnya dan isteri terpaksa menghilangkan kesunyian dengan berbual-bual bersama jiran. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji: 3/71-73)
Dan diharuskan keluar rumah kerana keperluan seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir RA:

طُلِّقَتْ خَالَتِي فَأَرَادَتْ أَنْ تَجُدَّ نَخْلَهَا فَزَجَرَهَا رَجُلٌ أَنْ تَخْرُجَ فَأَتَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: بَلَى فَجُدِّي نَخْلَكِ فَإِنَّكِ عَسَى أَنْ تَصَدَّقِي أَوْ تَفْعَلِي مَعْرُوفًا
Ibu saudaraku telah diceraikan dan dia ingin memetik buah tamarnya, tetapi seorang lelaki telah menegahnya keluar. Lalu, dia pergi menemui Nabi SAW. Lantas Baginda bersabda: “Ya, keluarlah dan petiklah buah tamar itu. Mudah-mudahan engkau akan bersedekah ataupun melakukan kebaikan.” [Riwayat: Muslim (1483)]

Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini menyatakan: “Hadis ini adalah dalil membolehkan wanita beriddah bain untuk keluar bagi suatu hajat keperluan. Pendapat mazhab Malik, al-Tsauri, al-Laits, al-Syafie, Ahmad dan lain-lain ulama bahawa dibenarkan wanita beriddah ba’in itu keluar pada hari siang bagi suatu hajat. Mereka juga mengharuskan juga keluar bagi wanita yang kematian suami dan dalam hal ini dipersetujui juga oleh Abu Hanifah sekalipun dalam kes talak bain beliau berkata tidak boleh keluar, sama ada malam atau pun siang. Hadis ini juga adalah dalil bahawa digalakkan bersedekah dengan tamar apabila tiba masa menuainya, begitu juga dengan memberinya sebagai hadiah. Digalakkan juga agar pemilik tamar itu sendiri yang melakukan serta mengingatkan perkara yang makruf dan kebaikan. Wallahua’lam.” (Lihat: Syarah Sahih Muslim 10/108)

Imam Ramli di dalam kitabnya menyatakan, keharusan ini terikat dengan satu syarat iaitu hendaklah wanita ber’iddah hanya keluar pada waktu siang dan mesti balik bermalam di rumah tempat ‘iddahnya. (Lihat: Nihayah al-Muhtaj, 7/156)

Selain itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ada mengeluarkan garis panduan bagi wanita yang ber’iddah iaitu:

Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam. Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawatdan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah. Oleh itu, sepanjang dalam tempoh tersebut, mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan. Termasuk dalam larangan berhias ini ialah: a) Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang; b) Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata;Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian; dan bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat
(Lihat: Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami, oleh JAKIM).

Kesimpulannya

Berbalik kepada persoalan dan dalil yang diberikan, Sebaiknya ditangguhkan majlis itu sehingga selesai waktu iddahnya. Namun sekiranya tidak boleh ditangguhkan, dibenarkan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Justeru, kewajipan menjaga batasan yang ditetapkan syarak mestilah diikuti. Di antaranya:

Tidak keluar rumah tanpa tujuan dan hajat yang memerlukan serta menjaga syariat.Menjaga batasan dan adab ketika berkabung. Ini seperti tidak berhias-hias, tidak memakai wangi-wangian dan menghindarkan diri daripada perkara yang membawa fitnah.Segala keperluan dan hajat diselesaikan pada waktu siang dan bermalam di rumahnya.Sebaiknya segala urusan majlis itu diselesaikan oleh anak-anaknya atau wakilnya pada waktu ‘iddah.
Semoga Allah SWT memberi ketabahan dan kekuatan kepada kita semua serta dapat beramal dengan sebaik mungkin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/bolehkah-isteri-yang-beriddah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduh Curang Isteri Maut Dua Anaknya Selamat Selepas Suami Bakar Rumah

Tuduh Curang Isteri Maut Dua Anaknya Selamat Selepas Suami Bakar Rumah

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 594 hits
Phnom Penh Berang menuduh isterinya curang di media sosial seorang lelaki membakar rumah di wilayah Takeo Kemboja dengan dua anaknya masih berada di dalam menyebabkan isterinya maut selepas melecur teruk ketika cuba menghalang tindakan suam...
Mula Mula Kahwin Memang Serba Serbi Tak Cukup Bila Kumpul Rezeki Dengan Isteri Mesti Cukup

Mula Mula Kahwin Memang Serba Serbi Tak Cukup Bila Kumpul Rezeki Dengan Isteri Mesti Cukup

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 811 hits
Di awal perkahwinan memang setiap pasangan akan melalui kehidupan yang biasa dan mampu membeli barangan penting sahaja Boleh dikatakan 80 pasangan muda yang baru berkahwin akan merasai hidup yang agak sukar kerana kewangan yang kurang kukuh...
Membaca Bismillah Sebelum Mengadakan Hubungan Suami Isteri

Membaca Bismillah Sebelum Mengadakan Hubungan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 393 hits
Soalan Apakah hukum seseorang itu membaca lafaz basmalah sebelum mengadakan hubungan suami isteri Jawapan Pembacaan lafaz basmalah dalam melakukan sesuatu perkara adalah antara perkara yang penting dalam ajaran agama Islam Ini dapat dilihat...
Suami Dedah Rahsia Isteri Pandai Masak Walau Baru Sebulan Kahwin

Suami Dedah Rahsia Isteri Pandai Masak Walau Baru Sebulan Kahwin

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 560 hits
BAGAIKAN satu kemestian untuk setiap gadis pandai memasak sebelum mendirikan rumah tangga Namun dalam zaman serba moden ini perkara itu tidak lagi menjadi satu indikasi utama dalam perkahwinan apatah lagi dengan kewujudan banyak restoran da...
Kisah Isteri Panggil Laki Paria

Kisah Isteri Panggil Laki Paria

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 179 hits
Macam paria itulah kata isteri aku kepada ku Korang rasa aku rilek ka sentap Mestilah aku sentap kan Patut tak cakap camtu kat suami sendiri Orang pompuan yang baca blog ini jangan lah korang maki laki sendiri Itu tindakan yang bodoh sangat...
10 Tips Dan Teknik Memikat Dan Menggoda Isteri

10 Tips Dan Teknik Memikat Dan Menggoda Isteri

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 409 hits
Hubungan suami isteri ini kadang kadang ada sejuk kadang kadang ada panasnya Tapi kerana kasih sayang yang tebal didalam diri menyebabkan hubungan itu kekal Sebagai suami anda perlu tahu cara memujuk dan memikat isteri supaya rumahtangga le...
Saya Perlukan Duit Untuk Besarkan Anak Anak Isteri Saleem

Saya Perlukan Duit Untuk Besarkan Anak Anak Isteri Saleem

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 331 hits
Saya perlukan duit untuk besarakan anak anak Isteri SaleemISTERI kepada penyanyi Allahyarham Saleem iaitu Julia Bachok memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan anak tirinya Syafiq Farhain
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator