Bolehkah Berkahwin Semula Selepas Bercerai Dengan Cara Fasakh



SOALAN:
Adik perempuan saya telah diceraikan sebanyak dua kali. Kali pertama beliau telah dirujuk, begitu juga pada ceraian yang kedua juga telah dirujuk. Soalan saya, jika adik saya meminta fasakh, adakah ia termasuk dalam talak yang ketiga yang tidak boleh rujuk kembali melainkan dengan kaedah cina buta? Kedua, bagaimana pula dengan iddah? Adakah iddah itu bermula pada waktu isteri diceraikan ataupun bermula selepas mengfailkan dokumen di mahkamah? Contoh, iddah 3 kali suci telah habis dan pada masa tu, baru dia failkan. Adakah mahkamah ada mulakan tarikh iddah yang baru untuknya? Mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Firman Allah SWT:

الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ
“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.” (Al-Baqarah: 229)

Talak merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang menjelaskan makna melepaskan atau membuka ikatan. Talak menurut syarak pula membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan perkataan yang jelas atau kinayah (sindiran).

Secara umum, bersandarkan kepada persoalan yang diajukan, terdapat dua talak yang terlibat di dalam situasi ini. Talak tersebut adalah talak raj’i dan talak ba’in.

Talak raj’i bermaksud talak yang boleh dirujuk kembali tanpa akad atau pernikahan baru selepas diceraikan oleh suami dengan syarat isterinya itu masih berada dalam tempoh iddah. Namun begitu, talak raj'i hanyasanya dikira jika ia merupakan talak yang pertama atau talak yang kedua sahaja yang tidak tamat daripada tempoh iddah.

Talak ba’in dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talak ba’in sughra dan talak ba’in kubra.

Talak ba’in sughra ialah talak yang tidak boleh dirujuk. Jika sekiranya suami ingin kembali bersama isteri maka suami perlu menikahinya dengan akad yang baru. Contoh bagi talak bain sughra ini adalah talak satu atau dua yang telah habis tempoh iddah, talak khuluq, talak isteri yang belum disetubuhi dan talak yang difasakhkan.

Talak bain kubra merupakan talak yang dijatuhkan oleh suami ke atas isterinya yang tidak boleh lagi dirujuk kembali samada semasa iddah atau selepas iddah. Contoh bagi talak bain kubra adalah talak tiga dengan sekali lafaz atau berlaku tiga kali talak secara berasingan. Namun begitu, halal bagi bekas suami menikahi bekas isteri jika sekiranya telah melalui beberapa prosedur tersebut:

Iddah bersama bekas suami yang menceraikan isterinya telah tamat.Selepas selesai iddah, bekas isteri perlu berkahwin dengan lelaki lain dengan akad yang sah.Bekas isteri melakukan hubungan intim bersama suami barunya dengan persetubuhan yang sebenar.Bercerai bersama suami baru.Iddahnya dengan suami baru telah selesai.
Maka selepas daripada itu, bekas suaminya boleh bernikah semula dengan akad yang baru bersama bekas isterinya. Ini adalah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:

فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُ مِن بَعْدُ حَتَّىٰ تَنكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ ۗ فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ ۗ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّـهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
“Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau dia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis iddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah SWT dan itulah aturan-aturan hukum Allah SWT, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.” (Al-Baqarah: 230)

Bagaimanapun, ada yang menyatakan bahawa kaedah ini adalah sama sepertimana terkenal di kalangan masyarakat Malaysia dengan nama Cina Buta. Sebenarnya, ia tidak sama seperti kaedah Cina Buta kerana pernikahan Cina Buta atau nikah Muhallil adalah pernikahan yang telah dirancang dan bersyarat hanya untuk mencapai tujuan bagi menghalalkan perkahwinan bersama bekas suami. Maka ini adalah tidak benar sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT. Cara tersebut adalah haram di sisi Islam dan dilaknati Allah SWT.

Merujuk kepada persoalan pertama yang ditanyakan, adik perempuan kepada yang bertanya telah diceraikan sebanyak dua kali. Ceraian pertama beliau telah dirujuk begitu juga pada ceraian yang kedua juga telah dirujuk. Kemudian adiknya telah meminta fasakh, adakah ia termasuk dalam talak yang ketiga dan tidak boleh dirujuk kembali?

Fasakh yang dibuat oleh adiknya bukan dikategori sebagai talak yang ketiga. Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim. Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talak. Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi.

Begitu juga fasakh merupakan cerai yang berada dibawah talak bain sughra. Selepas fasakh mereka tidak boleh merujuk semula dengan syarat perlu melalui pernikahan dengan akad yang baru.

Akan tetapi, perlu di ingatkan bahawa, melalui kes ini, 2 talak yang telah dibuat oleh suami tidak akan gugur walaupun telah menjalani akad dan pernikahan yang baru.

Persoalan kedua, bagaimana pula dengan iddah. Adakah iddah itu bermula pada waktu isteri diceraikan ataupun bermula selepas mengfailkan dokumen di mahkamah? Iddah akan bermula selepas si isteri diceraikan oleh suaminya. Mengikut prosedur operasi standard Mahkamah Syariah, mengfailkan dokumen bukan bermakna permulaan bagi iddah untuk si isteri.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/bolehkah-berkahwin-semula-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 19 Tahun Lelaki Ini Tetap Tak Makan Nasi Meskipun Sudah Berkahwin Dan Mempunyai Anak

Selepas 19 Tahun Lelaki Ini Tetap Tak Makan Nasi Meskipun Sudah Berkahwin Dan Mempunyai Anak

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 373 hits
Selepas 19 Tahun Lelaki Ini Tetap Tak Makan Nasi Meskipun Sudah Berkahwin Dan Mempunyai Anak Selepas 19 Tahun Lelaki Ini Tetap Tak Makan Nasi Meskipun Sudah Berkahwin Dan Mempunyai Anak
Jangan Cemas Kalau Iphone Hilang Ini Cara Nak Dapatkan Semula Telefon Korang

Jangan Cemas Kalau Iphone Hilang Ini Cara Nak Dapatkan Semula Telefon Korang

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 335 hits
Kes kehilangan telefon bimbit ini acapkali didengari dan berlaku saban hari ini Situasi kehilangan ini sangat mendebarkan individu yang mengalaminya Hal ini kerana pelbagai maklumat serta nombor telefon yang disimpan oleh si pemilik Terdapa...
8 Cara Menghilangkan Rasa Takut Berlebih

8 Cara Menghilangkan Rasa Takut Berlebih

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 371 hits
Semua orang pasti pernah mengalami rasa takut dan cemas cemas merupakan reaksi normal yang ditimbulkan akibat stres Kondisi ini sebenarnya merupakan hal yang normal pada setiap orang Namun jika rasa takut tersebut sudah berlebihan hal ini p...
Cara Membuat Bakso Bakar Sederhana Panggang Teflon

Cara Membuat Bakso Bakar Sederhana Panggang Teflon

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 318 hits
Cara membuat bakso bakar sederhana panggang teflon mudah dan cepat dibuat
Berikut Sejumlah Cara Tepat Bagi Orangtua Untuk Merawat Bayi Prematur

Berikut Sejumlah Cara Tepat Bagi Orangtua Untuk Merawat Bayi Prematur

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 260 hits
Pertama pastikan setelah memandikan anak benar benar kering Segera selimuti untuk menjaga suhu tubuhnya jelasnya melalui keterangan tertulis yang diterima Health Liputan6 com
Ada Cara Mudah Nak Beri Anak Makan Ubat Tak Perlu Berperang Lagi Lepas Ni

Ada Cara Mudah Nak Beri Anak Makan Ubat Tak Perlu Berperang Lagi Lepas Ni

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 479 hits
Berperang nak beri anak makan ubat supaya cepat sembuh situasi yang biasa yang perlu ibubapa hadapi Sampaikan ada anak meraung raung macam kena dera semata mata terpaksa makan ubat Mungkin kita sebagai ibu bapa boleh ikuti perkongsian dari ...
Cara Mencegah Strok

Cara Mencegah Strok

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 1147 hits
MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA MENCEGAH STROKEMinum air yang mencukupi bukan hanya dapat mencegah dehidrasi tetapi ia juga dapat mencegah serangan stroke Dengan meminum sekurang kurangnya dua liter sehari air kosong ia dapat mengimbangkan mine...
Cara Mudah Tempah Tiket Penerbangan Mas Secara Online Dengan Traveloka

Cara Mudah Tempah Tiket Penerbangan Mas Secara Online Dengan Traveloka

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 707 hits
Cara Mudah Tempah Tiket Penerbangan MAS Secara Online Dengan Traveloka Salam semua tahu tak yang MAS membuat penambahbaikkan terhadap perkhidmatan Malaysia Airlines Syarikat penerbangan itu sedang melaksanakan langkah penstrukturan semula d...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments