Cara Mencegah Strok
MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA MENCEGAH STROKE
Minum air yang mencukupi, bukan hanya dapat mencegah dehidrasi tetapi ia juga dapat mencegah serangan stroke
Dengan meminum sekurang-kurangnya dua liter sehari air kosong, ia dapat mengimbangkan mineral dan cecair dalam tubuh. Dengan ini dapat memberi kesan kepada kelikatan darah dalam tubuh. Darah tidak menjadi terlalu pekat atau terlalu cair
Sumber gambar : Google
Bagi mereka yang mempunyai risiko mendapat stroke yang tinggi seperti mereka yang mempunyai tahap kolestrole jahat (LDL) yang tinggi, masalah tekanan darah tinggi dan diabetes yang tidak terkawal, saya menasihatkan agar meminum air secukupnya
Waktu yang terbaik untuk meminum air kosong ialah sebelum tidur (sebagai persediaan untuk 'tidak makan dan minum' selama enam jam sepanjang tidur) dan waktu sebaik saja bangun tidur
Selain minum air kosong, meminum air buah-buahan tanpa dibuang seratnya juga dapat membantu seseorang mencapai keseimbangan air dan mineral dalam tubuhnya kerana selain air dan mineral, antioksida yang banyak dalam buah-buahan dapat membantu mencegah serangan stroke.
Selain itu, terdapat beberapa cara bagi mencegah serangan stroke. Antaranya:
1. Melakukan Senaman Ringan
Salah satu cara terbaik untuk mencegah serangan stroke, terutamanya mereka yang berumur 45 tahun ke atas dan mempunyai penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan diabetes adalah dengan cara melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, dan melakukan senaman regangan. lakukan sekurang-kuranganya 30 minit setiap hari bagi melancarkan perjalanan darah, memperkuatkan otot-otot jantung, dan mencegah pembentukan sumbatan dalam saluran darah
2. Berhenti Merokok
Semua orang tahu bahawa merokok bukanlah suatu amalan yang sihat kerana ia salah faktor yang menyebabkan masalah kardivaskular termasuk serangan stroke. Nikotine dalam asap rokok menyebabkan sumbatan dalam saluran darah dan menyebabkan darah menjadi lebih pekat.Ini menyumbangkan kepada serangan stroke
3. Tidak Minum Alkohol
Alkohol juga mempengaruhi peredaran darah, kepekatan darah dan menyebabkan saluran darah terumbat. Ia meningkatkan risiko serangan stroke
4. Menjaga Pemakanan
Bagi yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat, risiko untuk mendapat serangan stroke meningkat. Sebagai contoh, jika kita sering mengambil makanan yang tinggi karbohidrat, mengambil makanan yang mempunyai tahap natrium yang tinggi, dan tdak mengambil serat yang mencukupi. Saya juga menggalakkan pengambilan 'minyak sihat' seperti minyak zaitun bagi menghentikan proses keradangan dalam tubuh. Serangan stroke juga mudah berlaku pada mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan
5. Cukupi Tidur Setiap Malam
Kurang tidur boleh menyebabkan masalah keradangan yang yang menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan saluran darah tersumbat, seterusnya meningkatkan serangan stroke. Tidurlah antara 6-8 jam sehari. Jika tidak mencukupi di waktu malam, tidurlah sebentar di siang hari sebelum zohor
Sumbet : Dr Zubaidi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2019/11/cara-mencegah-strok.html