Bolehkah Akad Nikah Tanpa Menyebut Mahar



Soalan:
Adakah wajib menyebut mahar ketika akad nikah? Dan adakah boleh akad nikah tanpa sebut mahar? Mohon penjelasan.

Jawapan:
Pada asasnya, mahar adalah tidaklah termasuk daripada rukun nikah. Imam al-Nawawi berkata:

قَالَ الأَصْحَابُ : لَيْسَ الْمَهْرُ رُكْنًا فِي النِّكَاحِ بِخِلافِ الْمَبِيعِ وَالثَّمَنِ فِي الْبَيْعِ
Al-Ashab berkata: “Mahar itu bukanlah satu rukun dalam pernikahan, berbeza dengan barang dan harga dalam jual-beli.” (Lihat Raudhah al-Talibin, 7/247)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir R.A, menyebut:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِرَجُلٍ : أَتَرْضَى أَنْ أُزَوِّجَكَ فُلاَنَةَ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، وَقَالَ لِلْمَرْأَةِ : أَتَرْضَيْنَ أَنْ أُزَوِّجَكِ فُلاَنًا ؟ قَالَتْ : نَعَمْ ، فَزَوَّجَ أَحَدَهُمَا صَاحِبَهُ فَدَخَلَ بِهَا الرَّجُلُ وَلَمْ يَفْرِضْ لَهَا صَدَاقًا ، وَلَمْ يُعْطِهَا شَيْئًا وَكَانَ مِمَّنْ شَهِدَ الْحُدَيْبِيَةَ وَكَانَ مَنْ شَهِدَ الْحُدَيْبِيَةَ لَهُ سَهْمٌ بِخَيْبَرَ فَلَمَّا حَضَرَتْهُ الْوَفَاةُ قَالَ : إِنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم زَوَّجَنِي فُلاَنَةَ ، وَلَمْ أَفْرِضْ لَهَا صَدَاقًا ، وَلَمْ أُعْطِهَا شَيْئًا ، وَإِنِّي أُشْهِدُكُمْ أَنِّي أَعْطَيْتُهَا مِنْ صَدَاقِهَا سَهْمِي بِخَيْبَرَ ، فَأَخَذَتْ سَهْمًا فَبَاعَتْهُ بِمِائَةِ أَلْفٍ.
Bahawa Nabi SAW pernah berkata kepada seorang lelaki: “Apakah kamu bersedia aku nikahkan dengan wanita ini?” Jawab dia: “Ya.” Kemudian Baginda berkata pula kepada si wanita: “Apakah kamu bersedia aku nikahkan dengan lelaki itu?” Wanita tersebut menjawab: “Ya.”

Kemudian Baginda pun menikahkan mereka berdua. Lelaki tersebut kemudian bercampur dengannya (menggaulinya) dalam keadaan belum menentukan mahar dan belum memberikan sesuatu pun kepadanya. Lelaki ini termasuk orang yang menyaksikan peristiwa Hudaibiyah, dan orang yang sempat menyaksikan peristiwa Hudaibiyah mempunyai bahagian (tanah) di Khaibar.

Kemudian tatkala kematian hampir menjemputnya, dia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW menikahkanku dengan fulanah, dan aku belum sebutkan maharnya, dan aku belum beri apa-apa pun (sebagai mahar). Aku jadikan kamu semua sebagai saksi, bahawa aku telah memberi si fulanah tanahku di Khaibar sebagai mahar untuknya.” Wanita itu pun mengambil bahagian tanah suaminya di Khaibar dan menjualnya dengan harga 100,000. [Riwayat Abu Daud (2117) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (14110)]

Ibn Ruslan berkata: “Hadis ini menunjukkan dalil bahawa sah akad nikah tanpa menamakan jumlah mahar atau mas kahwin. Ia dikenali sebagai nikah tafwidh. Keharusan ini bukanlah membawa kepada makruh. Akan tetapi al-Mutawalli menyatakan hukumnya makruh.” (Lihat Syarh Sunan Abi Daud oleh Ibn Ruslan, 9/419)

Allah SWT berfirman:

لَّا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ مَا لَمْ تَمَسُّوهُنَّ أَوْ تَفْرِضُوا لَهُنَّ فَرِيضَةً
“Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka.” (Surah al-Baqarah: 236)




Berdasarkan ayat di atas, Imam al-Nawawi berkata bahawa dibolehkan akad nikah tanpa menentukan mahar. Ayat tersebut menunjukkan, Allah SWT menilai sah talak tanpa menentukan mahar. (Lihat al-Majmu’, 16/322)

Imam al-Baghawi berkata, ayat di atas turun berkenaan dengan lelaki Ansar yang menikahi wanita daripada Bani Hanifah dan tidak menyebut atau menentukan mahar ketika akad nikah. Kemudian lelaki tersebut menceraikannya sebelum terjadinya hubungan intim. Maka turunlah ayat ini. (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 1/283. Lihat juga al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 3/202)

Sebahagian fuqaha’ daripada kalangan mazhab Syafi’e menyebut bahawa menyebut kadar mahar ketika akad ialah sunat. Mereka berpendapat sedemikian kerana Rasulullah SAW tidak pernah berkahwin atau mengahwinkan anaknya dan orang lain tanpa menyebutkan kadar mahar. Sebahagiannya pula berpendapat bahawa tidak menyebut jumlah mahar dalam akad adalah makruh. (Lihat al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah, 7/53. Lihat juga al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuh, 7/251)

Sekiranya mahar tidak disebutkan dalam akad, pernikahan tetap sah di sisi syarak. Walau bagaimanapun mahar tetap wajib ditunaikan dan akan menjadi hutang suami. (Lihat al-Mufassal, 7/88)

Kesimpulan

Menjawab persoalan di atas, menyebut dan memperjelaskan mahar ketika akad bukanlah menjadi satu kewajipan, namun ia amat digalakkan dan amat baik supaya dapat mengelakkan pertikaian pada masa akan datang. Ini juga sebagai tanda memuliakan isteri.

Justeru, kami tegaskan di sini, sebutlah mahar sekalipun hukumnya sunat pada pendapat sebahagian ulama’.

Kami akhiri dengan doa kepada Allah SWT:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan: 74)

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman yang tepat kepada kita dalam mengamalkan titah perintah-Nya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/bolehkah-akad-nikah-tanpa-menyebut-mahar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jurunikah Jangan Buli Pengantin Masa Akad Nikah Mufti Perlis

Jurunikah Jangan Buli Pengantin Masa Akad Nikah Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 325 hits
Mendirikan rumah tangga menjadi idaman setiap pasangan yang sedang bercinta Begitupun untuk melangkah ke fasa seterusnya bukan satu perkara yang mudah Pelbagai persiapan termasuk persiapan diri sendiri untuk bergelar suami atau isteri perlu...
Lafaz Akad Nikah Betul Ke Wajib Satu Nafas Mufti Perjelas Hukum Sebenar

Lafaz Akad Nikah Betul Ke Wajib Satu Nafas Mufti Perjelas Hukum Sebenar

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 973 hits
Perkahwinan sudah tentu merupakan saat yang menjadi impian setiap pasangan Merupakan satu kehidupan baru setiap teruna dan dara ke arah hidup berkeluarga seperti orang lain yang sudah berkeluarga Di dalam proses perkahwinan Akad Nikah merup...
Banyak Pasutri Tanpa Buku Nikah Pemprov Sumsel Gratiskan Isbat

Banyak Pasutri Tanpa Buku Nikah Pemprov Sumsel Gratiskan Isbat

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 270 hits
Gubernur Sumsel Herman Deru mengungkapkan inisiatif program itu berlatar belakang banyaknya pasangan suami istri yang belum memiliki buku nikah Dampaknya sangat merugikan bagi kehidupan anak anaknya terlebih ketika ingin bekerja yang memerl...
Hiburan Tidak Umum Tarikh Nikah Kerana Majlis Tertutup Dan Sederhana Fasha Sandha

Hiburan Tidak Umum Tarikh Nikah Kerana Majlis Tertutup Dan Sederhana Fasha Sandha

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 1552 hits
Semalam telah berlangsungnya majlis malam berinai Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang cukup meriah sekali bertempat di The Love Matic Kuala Lumpur Betapa bahagianya pasangan ini diraikan dalam majlis tersebut bertemakan Melayu Klasik Bagaimana...
Galau Mau Beli Atau Sewa Baju Nikah Sebelum Salah Langkah Pertimbangkan Dulu 5 Hal Penting Ini

Galau Mau Beli Atau Sewa Baju Nikah Sebelum Salah Langkah Pertimbangkan Dulu 5 Hal Penting Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 317 hits
Mau beli dan desain yang mewah boleh saja sih kalau bujetnya tumpah tumpah Terserah Tapi kalau pas pasan
Hiburan Ibu Dedah Fasha Sandha Nikah 30 Mac Ini

Hiburan Ibu Dedah Fasha Sandha Nikah 30 Mac Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 307 hits
Semua tahu pelakon Fasha Sandha bakal menamatkan zaman jandanya pada penghujung bulan ini tetapi beliau dan pasangan Aidil Aziz merahsiakan tarikh sebenar majlis pernikahan Terbaru ibu Fasha Sandha menerusi akaun Instagramnya mendedahkan an...
Lirik Lagu Siti Badriah Nikah Sama Kamu Ft Rph

Lirik Lagu Siti Badriah Nikah Sama Kamu Ft Rph

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 355 hits
Lirik Lagu Siti Badriah Nikah Sama Kamu ft RPH Terbaru Aku mau nikahnya sama kamu Ku tak mau bila selain kamu Ku bahagia bersamamu sampai tua Ditemani lucunya anak kita Aku tak punya alasan Untuk tak merindukan dirimu Aku pun tak punya hati...
Punya 3 Anak Tapi Ngaku Perawan Dan Nikah Lagi Lalu Tipu Suami Miliaran Rupiah

Punya 3 Anak Tapi Ngaku Perawan Dan Nikah Lagi Lalu Tipu Suami Miliaran Rupiah

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 329 hits
Poligami lazim ditemui Tapi kalau poliandri Di Negara Bali Ayu nekat poliandri Belakangan terungkap ada modus pemerasan di balik pernikahan itu Sebagaimana dirangkum dari berkas dakwaan yang dilansir Pengadilan Negeri Negara Bali Selasa sej...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv