Boleh Kah Kerajaan Salahguna
Nazri Hamdan
Bolehkah kerajaan salah guna regulasi sosial media ni untuk halang kritikan pada mereka? Ya, memang ada potensi.
Mereka mungkin akan halang akaun yang kritik keterlaluan untuk lindungi kepentingan. Resiko ni memang ada.
Pada saya kritik ni ada dua: pertama kritik dengan fitnah dan kedua kritik dengan fakta. Yang kita tak nak ialah kritik dengan fitnah. Benda fitnah ni pun dah terlalu banyak tersebar dan ia memporak peranda masyarakat.
Betul fitnah boleh disaman. Tapi ada proses undang-undang yang makan masa. Sementara itu the damage is done.
Macam mana kerajaan nak tentukan samaada ia fitnah atau bukan? Dalam proses ni mungkin kerajaan akan berat sebelah. Resiko salah guna kuasa tetap ada.
Tapi kalau kita nak cakap halang kritikan, di media tradisional pun dah banyak publisiti diberi pada pembangkang kritik kerajaan.
Tak mungkin di media sosial yang ramai content creators mereka boleh halang semua dari kritik kerajaan.
Cuma, self regulation iaitu community guidelines di sosial media tak mencukupi untuk jaga kepentingan umum secara keseluruhan.
Misalnya ajak orang tak sekolah. Benda ni tak dipandang salah oleh community guidelines dan ia juga tak boleh dikelaskan sebagai jenayah untuk dakwa atas akta tertentu.
Bayangkan kalau kita buat akta ajak tak ambil SPM tu satu kesalahan undang-undang, nanti ramai gelakkan kita.
Tapi kalau dibiarkan takut anak muda makin ramai tak ambil SPM sebab benda ni akan jadi normalisasi. Jadi cara terbaik ialah tapis dan halang content seperti ini dari berleluasa.
Ada juga NGO yang buat survey di sosial media dan data peribadi kita dia ambil. Dalam undang-undang, ambil data peribadi tak salah. Tapi bocorkan data peribadi salah.
Tapi yang berlaku sekarang ni ramai yang bocorkan data peribadi tak kena tangkap. Jadi mereka terus ambil data peribadi di sosial media dan benda ni dibenarkan sebab pada sosial media, benda ni tak langgar community guidelines mereka.
Mereka cakap nak buat survey pasal pengeluaran KWSP berapa ramai yang setuju. Tapi bila dapat saja data tu, mereka jual pada scammers.
Sementara tu, kerajaan nak suruh mereka henti pun tak boleh sebab mereka takkan dengar cakap kerajaan sebab kerajaan tak bagi lesen.
Bila kerajaan bagi mereka lesen, mereka tak ada pilihan lain untuk ikut cakap kerajaan.
Jadi secara keseluruhan memang ada pros dan cons. Tapi percayalah, mana-mana kerajaan kalau mereka salah guna pun sosial media ni cuma untuk sementara sahaja. Sebab penyalahgunaan akhirnya akan menyebabkan mereka akan tumbang. Jadi mereka kena jujur dan ada etika gunakan kelebihan ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/08/boleh-kah-kerajaan-salahguna.html