Pm Bangladesh Letak Jawatan Tentera Umum Kerajaan Sementara


 
Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina meletak jawatan susulan protes terhadap pemerintahannya yang setakat ini menyebabkan lebih 300 orang maut dan beribu-ribu cedera. (Gambar AP)
NEW DELHI: Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina meletak jawatan pada Isnin selepas protes berdarah terhadap pemerintahannya.
Ketua Turus Tentera Darat, Waker-Uz-Zaman dalam ucapan kepada negara berkata kerajaan sementara akan dibentuk.
Ketua tentera itu juga merayu rakyat agar bertenang dan menghentikan protes besar-besaran yang dipimpin oleh kumpulan pelajar.
Beliau berkata orang ramai harus mempunyai kepercayaan kepada tentera untuk memperbaiki keadaan.

Kami menjemput wakil daripada semua parti politik utama dan mereka telah menerima jemputan kami dan komited untuk bekerjasama dengan kami, katanya.
Ketua tentera itu berjanji bahawa mereka yang melakukan kekejaman terhadap penunjuk perasaan akan berdepan tindakan undang-undang.

Kami juga akan memastikan keadilan ditegakkan bagi setiap kematian dan jenayah yang berlaku semasa protes, katanya.
Terdahulu, Sheikh Hasina, 76, dan adiknya, Sheikh Rehana, meninggalkan ibu negara Dhaka dengan helikopter tentera dan menuju ke India, lapor media Bangladesh.
Penunjuk perasaan sebelum ini memasuki kediaman rasmi perdana menteri Ganobhaban.
Beliau mahu merakamkan ucapan sebelum pergi, tetapi tidak mendapat peluang dalam kejadian yang berlaku dengan pantas itu.
Kejatuhan Hasina berlaku berikutan protes selama berminggu-minggu, yang pada mulanya ditujukan terhadap sistem kuota pekerjaan kerajaan tetapi kemudiannya bertukar menjadi gerakan besar-besaran menentang pemerintahan Liga Awami.
Lebih 300 orang maut dan beribu-ribu cedera dalam pergolakan sejak pertengahan Julai ketika kerajaan Hasina melancarkan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan.
Sekurang-kurangnya 98 orang terbunuh dalam pertempuran ganas pada Ahad.
Hasina kali pertama memerintah negara yang mempunyai 170 juta penduduk itu dari 1996 hingga 2001 serta sekali lagi pada 2009.
Beliau memenangi penggal keempat berturut-turut dan yang kelima secara keseluruhan pada Januari tahun ini dalam pilihan raya parlimen yang diboikot oleh pembangkang utama Parti Nasionalis Bangladesh (BNP).
Keselamatan dipertingkatkan di sepanjang sempadan India-Bangladesh di tengah-tengah laporan bahawa Hasina akan menyeberang ke India melalui sempadan negeri Tripura. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/08/pm-bangladesh-letak-jawatan-tentera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maszlee Saran Aiman Athirah Letak Jawatan Mp Ketua Wanita Amanah

Maszlee Saran Aiman Athirah Letak Jawatan Mp Ketua Wanita Amanah

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 319 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 27 2024 6 58 PMBekas menteri pendidikan Maszlee Malik menyarankan agar Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Sepang susulan kehadiranny...
Kerajaan Umum Gaji Penjawat Awam Naik 15 42 Peratus Ikuti Contoh Pengiraan

Kerajaan Umum Gaji Penjawat Awam Naik 15 42 Peratus Ikuti Contoh Pengiraan

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 528 hits
Kerajaan Umum Gaji Penjawat Awam Naik 15 42 Peratus Kerajaan Umum Gaji Penjawat Awam Naik 15 42 Peratus Kerajaan Malaysia telah mengumumkan berita yang menggembirakan bagi penjawat awam di seluruh negara Dalam langkah untuk meningkatkan kes...
Kerajaan Semwntara Bangladesh

Kerajaan Semwntara Bangladesh

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 130 hits
Pemenang Hadiah Nobel Tunggal Bangladesh Muhammad Yunus mengangkat sumpah sebagai ketua pemerintah sementara negara itu pada hari Khamis Ikuti berita terkini di https grid astroawani com AWANInews
Sheikh Hasina Letak Jawatan Dipercayai Larikan Diri Ke India

Sheikh Hasina Letak Jawatan Dipercayai Larikan Diri Ke India

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 200 hits
NEW DELHI Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina meletak jawatan pada Isnin selepas protes berdarah terhadap pemerintahannya Ketua Turus Tentera Darat Jeneral Waker Uz Zaman dalam ucapan kepada negara berkata kerajaan sementara akan diben...
Kerajaan Madani Terus Pertahan Islam Melayu Dan Bahasa Kebangsaan

Kerajaan Madani Terus Pertahan Islam Melayu Dan Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 233 hits
kosmo com myOleh MUSTAQIM MOHAMED3 Ogos 2024 4 13 pmAhmad Zahid menyampaikan buku rekod hafazan kepada murid Tabika Tahfiz Kemas Muhammad Kashfi Muhammad Hakim 6 sempena Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Kemas Kelantan di Dewan Besar Tam...
Kerajaan Setuju Buka Semula Kes Beng Hock Kata Pm

Kerajaan Setuju Buka Semula Kes Beng Hock Kata Pm

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 364 hits
KERAJAAN hari ini bersetuju untuk membuka semula siasatan mengenai kematian pembantu politik Teoh Beng Hock pada tahun 2009 kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Beliau juga memberikan jaminan siasatan akan dijalankan dengan cara yang telus da...
Marah Betul Lathefa Koya Kat Kerajaan Madahni

Marah Betul Lathefa Koya Kat Kerajaan Madahni

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 162 hits
Madani Govt certainly IS dictatorial Highest TikTok takedown requests in d world Drastic drop in press freedom index Dropping Zahid s corruption case Using draconian Sedition act s 233 CMA PAA against govt critics Weaponising MACC etc The l...
Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Momen Pakcik Pakcik Lepak Sambut Hari Lahir Bersama Rakan Runtun Hati Ramai

Hujan Demi Lencana Di Dada Chord

Jojo Ends Skid With Brutal Two Minute Tko In Bangkok

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin

Some Malaysians Don T See Utusan Malaysia Erred In Describing World Champ Ee Wei Tomboy