Boleh Hilang Deposit Ni Kalau Guna Ayat Ni Masa Kempen Pilihanraya



SHAH ALAM - Mentaliti yang menganggap ahli Parlimen atau wakil rakyat sebagai tempat untuk mengadu mengenai perkara berkaitan kebajikan perlu diubah daripada pemikiran masyarakat Malaysia sekiranya mahu membebaskan politik negara daripada amalan rasuah dan politik wang.
Pengasas dan Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE)-Cawangan Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, sikap sedemikian menyebabkan ahli Parlimen perlu mendapatkan pembiayaan kewangan yang tinggi untuk aktiviti politik mereka.
Menurut beliau, pemikiran tersebut tidak sepatunya diamalkan kerana tugas utama wakil rakyat adalah untuk menggubal undang-undang di peringkat Parlimen.
“Pemikiran rakyat yang memperlakukan ahli politik seperti pegawai kebajikan mendorong atau menyebabkan mereka perlu mengumpulkan duit. Ada seorang menteri yang memberitahu saya, dia perlu membelanjakan sebanyak RM100,000 di kawasannya setiap bulan.
“Tahu sebab apa? Ini kerana semua datang dekat dia untuk minta duit. Baiki motor dan nak pergi ke Kuala Lumpur pun minta duit. Jadi kalau kita ada mentaliti macam ini, habis le,” katanya ketika menjadi panelis program webinar Bicara Polisi bertajuk Risiko Rasuah: Pembiayaan Politik dan Akauntabiliti pada Rabu.
Program yang dianjurkan oleh Institute of Public Policy and Management (INPUMA), Universiti Malaya itu dimoderatorkan oleh Felow Utama Institut Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.
Turut menjadi panelis ialah Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Tugas-tugas Khas dan Parlimen) Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Farah Adura Hamidi dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Profesor Dr Edmund Terence Gomez.
Sementara itu, Akhbar menjelaskan, usaha mengubah mentaliti terhadap wakil rakyat itu merupakan langkah jangka panjang yang perlu dilakukan oleh rakyat negara ini selain daripada tindakan jangka pendek melalui penguatkuasaan undang-undang.
Sehubungan itu, beliau berkata, ia perlu dimulakan melalui penerapan nilai yang dibuat melalui pendidikan sejak kecil dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk sekolah dan ibu bapa di rumah lapor Sinar

***** Jika semasa berkempen dalam Pilihanraya kalau dikata kepada Pengundi-pengundi semua semasa berkempen "Wakil Rakyat bukan Pegawai Kebajikan".. rasanyalah Calon itu berkemungkinan hilang deposit.. atau 'bungkus awal' orang kata..
Tapi.. apa boleh buat kerana selama ini, ramai antara kita kurang memahami mengenai tugas dan tanggungjawab yang sebenarnya ahli-ahli parlimen (MP) dan ahli-ahli dewan undangan negeri (ADUN).
Apabila persoalan ini diajukan kepada kalangan masyarakat, jawapan mereka adalah spontan, iaitu peranan MP dan Adun adalah hampir sama, yakni:
- Melawat dan memeriksa longkang dan parit tersumbat - Menerima aduan mengenai jalanraya yang rosak - Kekurangan tempat letak kereta - Sampah yang tidak dikutip - Melawat seseorang yang telah dimasukkan ke dalam hospital - Meziarahi keluarga simati menghadiri upacara perkahwinan - Menghadiri acara dewan-dewan perniagaan dan persatuan-persatuan masyarakat - Membantu penduduk memperolehi lesen-lesen perniagaan ataupun penjaja - Membantu dalam rayuan meringankan kadar kompaun - Menerima aduan mengenai keperluan infrastruktur yang berkurangan seperti tiang lampu, lampu isyarat, bekalan elektrik terputus, talian telefon dan jalan-jalan yang tidak diturap - Dan berbagai-bagai lagi kegiatan masyarakat setempat. 
Kesemua bentuk kegiatan yang terpaksa dilayan oleh MP dan Adun ini telah banyak menghabiskan masa para wakil rakyat yang sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk memenuhi tugas dan tanggungjawab mereka yang sebenarnya.
Best Quality Product From Japan In Malaysia.. buy HERE
Hakikatnya adalah, kesemua bentuk kegiatan di atas bukannya suatu tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap MP dan Adun
Tugas dan tanggungjawab utama MP dan Adun adalah:
- Melaksanakan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan atau exco negeri - Menyertai atau mengambil bahagian di dalam jawatankuasa-jawatankuasa Parlimen atau dewan di dalam merangka dasar dan undang-undang - Memantau dan memerhati segala bentuk belanjawan kerajaan - Membentang dan membahas rang undang-undang atau enakmen negeri - Membentang dan membahaskan dasar-dasar yang sedang atau bakal dilaksanakan oleh kerajaan - Menerima dan mengkaji peruntukan dan belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan - Memerhati segala perlaksanaan kerajaan agar ianya dapat memberikan manfaat kepada rakyat dengan sepenuhnya.
Kesemua bentuk tugas dan tanggungjawab MP dan Adun pada keseluruhannya hendaklah berdasarkan kepentingan rakyat jelata dan bukannya parti-parti politik yang dianggotai oleh mereka

Tapi.. perkara yang dah ditanam dalam kepala masyarakat selama berpuluh tahun dah.. boleh ke kita nak ubah?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/boleh-hilang-deposit-ni-kalau-guna-ayat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Cadang Guna Kain Lampin Atau Napkin Nampak Kotor Tapi Boleh Jimat Balkiysh

Hiburan Saya Cadang Guna Kain Lampin Atau Napkin Nampak Kotor Tapi Boleh Jimat Balkiysh

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 369 hits
Sedia maklum ramai yang terjejas sepanjang tempoh lockdown dilaksanakan dan menurut pelakon Balkiysh atas sebab itu ramai yang datang kepadanya untuk meminta bantuan lampin pakai buang untuk anak mereka ketika ini AdvertisementWalau bagaima...
Lasagna Daging Cheese Leleh Guna Roti Je Pun Boleh Memang Rasanya Boom

Lasagna Daging Cheese Leleh Guna Roti Je Pun Boleh Memang Rasanya Boom

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 412 hits
Ada yang suka makan lasagna tak Tapi nak buat macam fikir dua tiga kali sebab macam banyak pula caranya Kali ini resepi lasagna ini sempoi sangat dan mama boleh buat sendiri je Nak buat inti daging atau ayam terpulang Sebab yang nak makan p...
Pn Boleh Rebah Bila Bila Masa

Pn Boleh Rebah Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 250 hits
PN boleh rebah bila bila masa Keputusan Umno tarik sokongan pasti PN boleh rebah bila bila kata Puad Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata kerajaan Perikatan Nasional boleh tumbang pada bila bila masa kerana keputusan parti...
Jangan Spin Ye Cara Mudah Basuh Mainan Anak Guna Mesin Basuh Lagi Jimat Masa Mama

Jangan Spin Ye Cara Mudah Basuh Mainan Anak Guna Mesin Basuh Lagi Jimat Masa Mama

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 442 hits
Wow idea ni memang membantu jimatkan masa mama Mainan anak tak dinafikan memang banyak habuk dan bila anak kita yang kecil pegang sudah semestinya dia akan masukkan ke dalam mulut Banyak sangat bakteria terkumpul Selain rendam dalam baldi d...
Feeling Macho Beri Nasihat Cinta Remaja Lelaki Dikritik Guna Ayat Sukar Difahami

Feeling Macho Beri Nasihat Cinta Remaja Lelaki Dikritik Guna Ayat Sukar Difahami

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 221 hits
Buka saja media sosial sudah pasti golongan remaja kerap mendominasi medium tersebut Mereka lebih suka meluah perasaan di ruangan berkenaan kerana ramai yang senasib dengan mereka terutamanya berkenaan hubungan percintaan Tolak tepi sekejap...
Cara Hilang Bau Badan Guna Tawas

Cara Hilang Bau Badan Guna Tawas

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 291 hits
Tawas adalah kelompok garam berhidrat berupa kristal yang mudah larut dalam air ini terkenal sebagai bahan yang mampu menghilangkan masalah bau badan secara alami Kami ada menjual tawas secara dalam talian Mudah cepat dan murah Dua kategori...
Lebih Banyak Boleh Dilakukan Demi Sokong Golongan Bapa Galas Peranan Masa Kini Gesa Presiden Halimah

Lebih Banyak Boleh Dilakukan Demi Sokong Golongan Bapa Galas Peranan Masa Kini Gesa Presiden Halimah

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 245 hits
SINGAPURA Lebih banyak sokongan boleh dihulurkan kepada golongan bapa hari ini yang menghadapi banyak tekanan untuk memainkan peranan yang pelbagai tekan Presiden Halimah Yacob pada Sabtu Dalam satu catatan di laman Facebook sempena Hari
Pkp Hilang Pendapatan Hilang Pekerjaan Apa Yang Boleh Dibuat

Pkp Hilang Pendapatan Hilang Pekerjaan Apa Yang Boleh Dibuat

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 344 hits
Hilang pekerjaan Hilang Pendapatan Kekurangan pendapatan Inilah yang dihadapi oleh kita semua pada masa ini Kerajaan juga telah memberi bantuan sebaik yang mungkin Kita sendiri tidak pasti samada PKP akan ditamatkan atau diteruskan Kes kes ...
Tidak Relevan Tak Guna Tidak Boleh Diharap

Tidak Relevan Tak Guna Tidak Boleh Diharap

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 458 hits
Tidak relevan Tak guna Tidak boleh diharapInilah keadaan sebenar saf pimpinan yang ada dalam negara kita hari ini Dan keadaan tidak relevan dan tidak berguna ini akan bersambung dan berpanjangan untuk begitu lama juga Sebab apa yang kita se...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kurma Muda

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Kerjaya Sebagai Usahawan Sambilan Kopersi Digital

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel