Boleh Guna Jantung Babi Dalam Keadaan Terdesak Mufti Pulau Pinang


 

Pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik ke dalam tubuh manusia dibolehkan dalam Islam jika dalam keadaan terdesak dan tiada alternatif lain.
Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata, bagaimanapun, pihak yang terlibat perlu mengikhtiarkan alternatif lain seperti daripada haiwan-haiwan yang halal terlebih dahulu.
"Tapi kalau dah tak ada dia kira hukum darurah, bolehlah nak guna (jantung babi)," katanya kepada Malaysiakini.
Wan Salim berkata demikian mengulas kejayaan universiti di Maryland, AS melakukan pindahan jantung babi kepada manusia.
Seorang lelaki Amerika Syarikat yang tenat menghidap penyakit jantung baru-baru ini dilaporkan telah mendapat pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik dalam pembedahan pertama seumpama itu di dunia dan sudah empat hari hidup dengan jantung haiwan itu.


Pembedahan itu, yang dilakukan oleh pasukan perubatan University of Maryland Medicine, antara yang pertama menunjukkan kebolehlaksanaan pemindahan jantung babi kepada manusia, bidang yang dimungkinkan oleh alat baru penyuntingan genetik.
Jika terbukti berjaya, saintis berharap organ babi dapat membantu mengurangkan isu kekurangan organ penderma oleh manusia.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata Islam mewajibkan membersihkan najis di luar tubuh, namun bukan yang berada di dalam badan manusia.
"Najis ini di luar tubuh kita. Kalau dalam badan kita ini memang macam-macam jenis najis ada, tapi kita masih boleh solat.
"Jadi, kalau dalam badan kita ini ada selain daripada dalam keadaan terdesak itu tadi dibenarkan dalam Islam 
"Yang keduanya, dia di dalam tubuh badan kita jadi ia tak perlu disamak atau sebagainya. Tapi, jika di luar sama macam najis-najis lain yang perlu dibersihkan.
"Oleh itu, adalah dibolehkan (pindahan jantung babi kedalam tubuh manusia) dalam keadaan terdesak dan tiada alternatif lain yang halal," jelasnya.
Untuk rekod, kira-kira 110,000 rakyat AS sedang menunggu pemindahan organ, dan lebih daripada 6,000 pesakit meninggal dunia setiap tahun sebelum mendapatnya, menurut organdonor.gov.
Jantung babi yang diubah suai secara genetik untuk Bennett disediakan oleh Revivicor, sebuah syarikat ubat regeneratif yang berpangkalan di Blacksburg, Virginia. 
Pada pagi pembedahan, pasukan pemindahan mengeluarkan jantung babi dan meletakkannya ke dalam alat khas untuk mengekalkan fungsinya sehingga pembedahan.
Babi telah lama menjadi sumber pemindahan berpotensi kerana organ haiwan berkenaan dikatakan sangat serupa dengan manusia. Jantung babi pada usia penyembelihan, misalnya, adalah kira-kira sama saiz jantung manusia dewasa.
Organ lain daripada babi yang sedang dikaji untuk pemindahan ke dalam tubuh manusia termasuk buah pinggang, hati dan paru-paru.
Usaha sebelum ini untuk memindahkan organ babi ke dalam tubuh manusia telah gagal kerana perbezaan genetik yang menyebabkan penolakan organ atau virus yang menimbulkan risiko jangkitan kepada penerima.
Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://penang-kini.blogspot.com/2022/01/boleh-guna-jantung-babi-dalam-keadaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Tuntut Rm100 Juta Royalti Pajakan Pulau Pinang

Kedah Tuntut Rm100 Juta Royalti Pajakan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 185 hits
Kerajaan Negeri Kedah menuntut bayaran royalti sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi pajakan tanah di Pulau Pinang Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata Kedah berpandangan bahawa nilai itu adalah wajar dan sesuai den...
Projek Perumahan Berbaloi Dimiliki Di Pulau Pinang

Projek Perumahan Berbaloi Dimiliki Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 180 hits
PROJEK PERUMAHAN EKSLUSIF TERBARU DI PULAU PINANG DARI OIB Group Dijangka siap awal Tahun 2022 Peluang memiliki BANGLO SETINGKAT Harga bermula dari RM548 000 sahaja Diskaun bumi 5 RM0 Yuran guaman Duty setemDaftar Sekarang https wa link qbr...
Kos Sistem Saliran Padang Tak Lebih Rm300k Atau Boleh Guna Kanvas Tmj

Kos Sistem Saliran Padang Tak Lebih Rm300k Atau Boleh Guna Kanvas Tmj

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 337 hits
Semalam kecoh di media sosial apabila petugas Stadium Nasional Bukit Jalil menolak air bertakung menggunakan penyodok sampah Ramai mempersoalkan pihak pengurusan stadium berkenaan bagi mengatasi masalah yang dihadapi Pun begitu pihak Perbad...
Kek Pandan Gebu Adun Guna Blender Bakar Kukus Semua Boleh

Kek Pandan Gebu Adun Guna Blender Bakar Kukus Semua Boleh

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 195 hits
Bagi peminat Kek Pandan gebu boleh cuba masak guna resipi mudah perkongsian saudari Sally Aqua ini Adun sahaja menggunakan blender Mudah sangat Hasilnya sangat lembut dan gebu Setiap yang rasa pasti akan sukakannya Jom cuba CARA MEMBUAT KEK...
Mee Goreng Sempoi Di Hameed Pata Mee Sotong Esplanade Park Dekat Padang Kota Pulau Pinang

Mee Goreng Sempoi Di Hameed Pata Mee Sotong Esplanade Park Dekat Padang Kota Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 302 hits
Mee Goreng Hameed Pata Mee SotongMee Goreng Hameed Pata Mee SotongDah lama aku nak pekena mee goreng sotong ni di Hameed Pata Mee Sotong Esplanade Park berdekatan dengan Padang Kota Pulau Pinang Last aku makan ni tahun 2017 Kalau tak kena t...
Karnival Maya Usahawan Bumiputera Pulau Pinang

Karnival Maya Usahawan Bumiputera Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 226 hits
Tonton video promo di BERITA BAIK UNTUK ONLINE SHOPPER USAHAWAN MAYA NEGERI PULAU PINANG Pada 19 30 NOV 2021 akan adaK ARNIVAL MAYA USAHAWAN BUMIPUTERA PULAU PINANG Apa yang istimewanya Karnival PenBVex kali ini ialah Promosi jualan online ...
Jawatan Kosong Guru Kafa Pulau Pinang Sesi 2 2022

Jawatan Kosong Guru Kafa Pulau Pinang Sesi 2 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 586 hits
JAWATAN KOSONG GURU KAFA PULAU PINANG SESI 2 2022 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengalu alukan individu yang berkelayakan bagi memohon kekosongan jawatan Guru KAFA Pulau Pinang bagi sesi kedua tahun 2022 ini Berikut dikongsikan...
Tokio Marine Life Insurance Malaysia Menghulurkan Sumbangan Muhibah Kepada 5 Ngo Di Pulau Pinang

Tokio Marine Life Insurance Malaysia Menghulurkan Sumbangan Muhibah Kepada 5 Ngo Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 242 hits
Kebaikan hati merupakan bahasa yang boleh didengari oleh mereka yang kurang upaya pendengaran dan mampu dilihat oleh golongan kurang upaya penglihatan Mark Twain Sekali lagi Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd menyebarkan kebaikan sepa...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama

Api Dapur Bertukar Oren Jangan Panik Cuba Cara Ni Dulu

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Tegas Terhadap Tengku Maimun Nazri

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula