Boleh Dapatkan Pelbagaii Produk Usahawan Tempatan Di Kedai Cookies By Yusa Sunway Putra Mall
Hi Korang,
Memang betul produk keluaran tempatan ni memang payah benar nak jumpa kalau tak betul-betul tau kan,
Paling senang nak cari bagi kak lily di Pasar Tani jelah, sebab tuh setiap pagi ahad harus kak lily ke pasar tani Bangi ni untuk dapatkan produk tempatan. Yelah keluaran orang-orang tempatan of courselah 100% HALAL so takdelah was was bila nak makan.
Bila kak lily dapat tau yang kedai ‘Cookies By YUSA’ ni menawarkan pelbagai jenis produk usahawan tempatan ermm janganlah dilepaskan peluang, terus ke Sunway Putra Mall hari tuh untuk melihat sendiri.
Kebetulan jugak hari yang kak lily pi tuh merupakan majlis perasmian pembukaan kedai Yusa Food Products Sdn Bhd yang telah dirasmikan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Dari bahan masakan seperti rempah, produk masakan segera (instant) sehinggalah makanan yang boleh dinikmati terus ada ditawarkan di sini. Jenama produk adalah seperti Yusa, Awie, Serantau, Freezy Layer Cake, Fatihah, BB'S, Fruitissimo, Softa, Munif Hijjaz, Mosha, Krunchy Karamel, Wansha, Samza, Shweet, Aluyah, Tasnim, Hilies, Lickat, Sambal Bawang & Bilis dan BR Renggunang & SB Sambal Pecal.
Memang banyak sebenarnya produk makanan yang ditawarkan. Dan antara produk yang sempat kak lily cuba iaitu :
Cookies by Yusa. Ada pelbagai jenis biskut yang ditawarkan di bawah jenama Cookies by Yusa. Produk biskut ini adalah dari Yusa Food Products Sdn. Bhd.yang mana pelopornya (founder) adalah Puan Norli Yusop. Dalam variasi pilihan biskut yang ditawarkan, tart nenas antara yang paling popular. Selain daripada tat nenas ada juga biskut-biskut lain seperti nestum coklat, biskut suji badam, biskut butter dan pelbagai lagi. Paling dibanggakan biskut keluaran Yusa Food Products sudah menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.
OmmaSonPeminat hidangan korea pasti teruja jika mereka dapat menyediakan sendiri hidangan kesukaan mereka dengan menggunakan pes 'homemade' yang halal dan enak. Antara produk OmmaSon seperti kimchi, Gochujang, Tteok Ricecake, Kochukaru, Bulgogi Marinate dan Bibimbab Sauce.
Tak sabar nak cuba masak sendiri dan sediakan hidangan menggunakan produk dari OmmaSon hasil keluaran Faiza Amer Ent. Disediakan juga resepi di belakang pembungkusan untuk dirujuk dan korang juga boleh layari laman FB OmmaSon untuk idea hidangan korea menggunakan produk mereka.
BBQ Hilmie'sBagi mereka yang sukakan masakan gaya barat seperti stik, ayam bakar dan sebagainya. Bolehlah mencuba produk keluaran pengusaha tempatan iaitu serbuk rempah BBQ Hilmie's.
Nature PotionMenggunakan ramuan utama iaitu halia bentong yang kita sedia maklum tentang khasiat dan kebaikannya. Ini terutama mereka yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi, sembelit dan pelbagai lagi masalah dalaman haruslah mengambil produk ini secara konsisten. Terdapat dalam bentuk cecair dan juga serbuk tau.
Samza'sJenama sambal Samza's ini boleh terus dinikmati bersama nasi dan sebagainya. Dihasilkan mengikut resepi tradisi menggunakan bahan ramuan semulajadi yang halal. Terdapat 5 produk di bawah jenama Samza's, namun begitu untuk jualan di Cookies by Yusa hanya Sambal Hijau sahaja yang ditawarkan.
Aluya KitchenPeminat sambal bolehlah mendapatkan sambal dari jenama Aluya Kitchen. Terdapat 4 jenis sambal yang ditawarkan iaitu sambal hitam, acar ikan masin, sambal tomato dan dambal hijau.
Coco-V Sapuan lepaan coklat susu dan juga kacang hazel memang sentiasa menjadi kegemaran anak-anak. Menikmatinya samada dengan roti mahupun dengan biskut memang enak! Jadi jika sebelum ini saya memilih produk jenama luar, kini saya mempunyai pilihan produk jenama tempatan yang halal dan kualitinya setaraf dengan lepaan coklat yang biasa kami nikmati di rumah.
Banyak lagi sebenarnya produk yang ada ditawarkan di Cookies by Yusa di Sunway Putra Mall Kuala Lumpur. Korang kena datang sendiri di level LG, berhadapan dengan Restoran Fish Manhattan.
Bagi kak lily ini adalah satu usaha yang patut dibanggakan kerana Syarikat Yusa Food mampu mengumpulkan produk-produk makanan tempatan terbaik di bawah satu bumbung. Ianya bukan sahaja memberi banyak pilihan bahkan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan produk yang mereka inginkan.
Tak kiralah korang beli untuk diri sendiri ke atau dijadikan cenderahati untuk yang tersayang, korang boleh dapatkan segala-galanya di sini
Jangan lupa singgah ke Cookies By Yusa tau..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2018/12/boleh-dapatkan-pelbagaii-produk.html