Boleh Berlaku Bila Bila Di Mana Mana Bersedialah Kalau Rasa Nak Bersalin


Ada kes, ibu bersalin tiba-tiba. Belum sampai waktu, tetapi tanda kontraksi sudah datang dan ibu perlu melahirkan bayi. Situasi ini dikenali sebagai kelahiran kecemasan atau Born Before Arrival. Bagaimana si ibu dan ahli keluarga terdekat harus bertindak ketika berhadapan dengan kes begini? Paling penting, ibu harus sentiasa berada dalam keadaan mental dan fizikal yang bersedia.
Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, SALAM Shah Alam Specialist Hospital menerangkan lebih lanjut tentang isu ini.
“Kelahiran boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja. Lebih-lebih lagi bagi kehamilan yang sihat dan kandungan sudah melewati usia 37 minggu. Sebaik-baiknya sentiasa bawa bersama buku rekod pemeriksaan kehamilan dan beg hospital yang berisi kelengkapan bersalin apabila kandungan menghampiri tarikh jangkaan bersalin.”
RASA BERSALIN DATANG KETIKA MEMANDU ATAU KESEORANGAN
Bagi kes yang melibatkan sakit tiba-tiba ketika memandu di jalan raya atau ketika berseorangan di rumah, beberapa langkah perlu dilakukan untuk memastikan proses kelahiran yang selamat.
Artikel Menarik: [Macam-Macam ‘Tanda’, Waktu Nak Bersalin. Pengorbanan Ibu Memang Tak Mampu Dibayar!]

Sekiranya ibu terbabit sedang memandu, maka dia perlulah berhenti di tempat yang selamat seperti di lorong kecemasan, stesen minyak atau tempat rehat R&R, yang mana terdekat. Minta bantuan orang ramai untuk menghubungi talian kecemasan Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 bagi mendapatkan bantuan kecemasan, diikuti dengan ahli keluarga yang terdekat. Jika tidak ada orang lain bersama, hubungi 999 sendiri dan ikut arahan paramedik MERS dengan tenang. Paramedik MERS memerlukan maklumat akan lokasi ibu bagi memudahkan bantuan kecemasan disalurkan. Bagi ibu yang berseorangan di rumah, cuba berbaring di atas katil atau permukaan yang rata. Tinggikan kepala dengan bantal. Dengar arahan paramedik MERS dengan teliti. Pastikan ibu menarik nafas yang dalam dan perlahan di antara kontraksi. TANDA-TANDA KELAHIRAN AMAT DEKAT Ibu perlu tahu tanda-tanda ini supaya boleh mengenal pasti bahawa kelahiran akan berlaku dan tidak sempat untuk ke hospital. Pada kebiasaannya bagi anak pertama, kelahiran akan mengambil masa lebih lama manakala bagi kehamilan anak kedua dan seterusnya akan berlaku lebih cepat.
Kontraksi yang kerap iaitu antara dua hingga tiga minit sekali. Gesaan untuk meneran atau rasa ingin buang air besar. Air ketuban keluar dengan banyak secara tiba-tiba. Dapat melihat atau sentuh kepala bayi di kemaluan faraj.
4 KEPERLUAN ASAS PERLU ADA Selain segera mendapatkan bantuan kecemasan, sekiranya masih sempat, sediakan peralatan asas bagi memastikan kelahiran lebih mudah dikendalikan.
Artikel Menarik: [Gas Entonox, Bantuan Ketika Sakit Kontraksi. Membantu Ke?]
Sediakan alas tempat perbaringan seperti plastik alas meja atau hamparan kain yang tebal. Ini kerana proses kelahiran akan melibatkan pengeluaran lendir dan darah yang banyak dan alas tersebut memudahkan proses membersihkan kelak.
Kain cadar, kain selimut, kain batik atau tuala bersih dan kering. Kain lampin untuk menyambut bayi dan kain untuk membalutnya. Air suam yang diletakkan dalam besen yang bersih. Ia diperlukan untuk membuang kekotoran lendir pada bayi dan mencuci tangan. * Sekiranya tiada sebarang kain seperti dinyatakan, kertas atau surat khabar kering boleh digunakan.
JANGAN PANIK, BERTINDAK SEGERA!

Ibu perlulah berkeyakinan diri untuk melalui proses bersalin walau pun terpaksa melakukannya seorang diri atau tanpa sempat ke hospital. Jika kedudukan bayi betul dan sudah berada di bahagian rongga pelvis, kelahiran akan mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

Walau pun begitu, pastikan faktor kebersihan dititikberatkan untuk mengelakkan jangkitan kuman kepada ibu dan anak. Ibu perlu mencuci bahagian intim dengan air atau dengan sabun dan air sebelum proses kelahiran.Dalam keadaan cemas begini, suami, ibu atau sesiapa sahaja yang akan menyambut bayi juga perlu bersih.
Ibu tidak perlu meneran bagi kes kelahiran seperti ini. Sebaik-baiknya jangan meneran. Beberapa teknik pernafasan boleh dilakukan seperti menarik nafas yang dalam dan perlahan atau pernafasan “panting”; iaitu bernafas dengan kuat dan cepat.
Pernafasan ini penting bagi mengelakkan ibu meneran dan bayi meluncur keluar dengan sendirinya. Ia juga dapat membantu mengelakkan koyakan pada tisu-tisu lembut, melengahkan masa untuk persiapan dan mengelakkan kecederaan atau bayi terjatuh jika ibu masih belum dalam posisi yang membolehkannya menyambut bayi.
APA NAK BUAT BILA BAYI SUDAH KELUAR?
Saat ini ibu atau orang yang menyambut bayi perlulah bersedia untuk mengampu kepala, bahu bayi dan badannya keluar untuk mengelakkan koyakan teruk pada ibu. Berhati-hati semasa menyambut kelahiran kerana bayi selalunya licin. Perhatikan kedudukan tali pusat. Longgarkan untuk mengelakkan ia mencerut leher atau badan bayi. JANGAN POTONG TALI PUSAT UNTUK MENGELAKKAN JANGKITAN KUMAN! Lap seluruh badan bayi terutama pada bahagian mulut dan hidung yang mungkin mempunyai lendir dengan kain lembut seperti kain lampin. Sambil mengelap, urut perlahan bahagian belakang bayi dan kaki untuk merangsang bayi menangis supaya dia boleh bernafas dengan baik. Letakkan bayi di dada ibu (atau perut ibu jika tali pusat pendek) secara menangkup atau melekap untuk sentuhan kulit ke kulit. Selimutkan tubuh bayi untuk mengelakkan kesejukan. Sambut uri keluar dan biarkan tali pusat tidak dipotong. Tunggu sehingga paramedik atau bidan  memotongnya menggunakan peralatan yang steril. Dapatkan posisi yang selesa untuk ibu boleh memulakan penyusuan kali pertama. Elakkan ibu sejuk dengan membersihkan ibu dan menukar kain yang basah. Sementara menunggu kehadiran paramedik, duduk bersama ibu dan bayi sepanjang masa bagi memastikan kedua-duanya dalam keadaan baik. Peralatan bayi dan ibu boleh disediakan kerana kemungkinan ibu dan bayi akan ditahan di hospital.
Artikel Menarik: [Luka Czer Ni Sensitif, Mudah Jangkit Kuman. Jangan Pandai-Pandai Sapu ‘Benda Pelik’ Di Situ]
Dr Nurul Azwa menegaskan bersalin di rumah amat tidak digalakkan tanpa dikendalikan oleh anggota kesihatan terlatih. Ini adalah kerana komplikasi bersalin boleh meragut nyawa ibu dan anak yang dikandung.
Sekiranya sudah hampir dengan tarikh bersalin, anda perlu memastikan yang;
Anda menyimpan nombor telefon klinik atau jururawat berdekatan untuk dihubungi sekiranya berlaku kes sebegini. Pastikan telefon boleh berfungsi sebagai persediaan. Tidak berada keseorangan di rumah atau membuat perjalanan jauh seorang diri apabila kandungan mencecah 37 minggu atau tarikh bersalin semakin hampir. Sumber: Majalah Pa&Ma
The post Boleh Berlaku Bila-Bila, Di Mana-Mana. Bersedialah Kalau Rasa Nak Bersalin! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/boleh-berlaku-bila-bila-di-mana-mana-bersedialah-kalau-rasa-nak-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Makan Nasi Lemak Pak Nasser Boleh Ke Restoran Santan Midvalley

Nak Makan Nasi Lemak Pak Nasser Boleh Ke Restoran Santan Midvalley

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 715 hits
Kalau la selepas ini anda teringin Nak Makan Nasi Lemak Pak Nasser Boleh Ke Restoran Santan Midvalley Ya untuk mereka yang tak terbang dengan AirAsia ini peluang anda untuk merasai menu menu sedap dalam penerbangan AirAsia cari lokasi Resto...
Nak Buat Macam Mana Dah Terlanjur Bapa Sanggup Kahwin Anak Sendiri Kerana Mengandung Anaknya

Nak Buat Macam Mana Dah Terlanjur Bapa Sanggup Kahwin Anak Sendiri Kerana Mengandung Anaknya

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 807 hits
Seorang lelaki tua berusia 50 tahun bertindak gila apabila didakwa memperkosa anak kandungnya sendiri di Takalar Indonesia sehingga mangsa hamil enam bulan Lelaki diberi gelaran T itu dituduh memperkosa anaknya yang berusia 16 tahun selama ...
Ibu Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium Sentuh Supaya Berkesan Di Hati Anak

Ibu Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium Sentuh Supaya Berkesan Di Hati Anak

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 657 hits
Tahukah anda ciuman itu penting buat seorang anak namun wajib mak ayah tahu dimana cara yang betul nak cium dan sentuhan kepada anak anak Apa yang jelas setiap sentuhan itu akan menimbulkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak Jika diperha...
Mana Boleh U Turn Situ Penunggang Motosikal Kemalangan Angkara Driver Camry Tak Guna

Mana Boleh U Turn Situ Penunggang Motosikal Kemalangan Angkara Driver Camry Tak Guna

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 467 hits
Seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan yang disebabkan sebuah kereta yang membuat pusingan U secara tiba tiba di sebuah persimpangan Kejadian itu berlaku pada jam 1 37 petang 5 Disember lalu berhampiran sebuah sekolah di Pon...
Keliru Nak Sediakan Puri Anak Mama Jangan Cemas Resipi Ibu Ni Boleh Jadi Panduan

Keliru Nak Sediakan Puri Anak Mama Jangan Cemas Resipi Ibu Ni Boleh Jadi Panduan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 365 hits
Pengalaman pertama menyuapkan anak makan pada usia enam bulan sememangnya satu detik terindah bagi semua ibu Namun bila anak menjangkau usia lima bulan lebih dan enam bulan ibu mula rasa cemas dan berdebar debar mencari menu terbaik untuk a...
Kalau Nak Gigi Anak Cantik Hidangkan Lobak Merah Lobak Merah Boleh Cegah Kerosakan Gigi

Kalau Nak Gigi Anak Cantik Hidangkan Lobak Merah Lobak Merah Boleh Cegah Kerosakan Gigi

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 560 hits
Orang selalu berkata Makanlah lobak merah ia baik untuk mata Tetapi adakah lobak merah hanya mendatangkan manfaat kepada mata Haa kalau nak tahu lebih lanjut mengenai sayuran berwarna oren ini marilah baca perkongsian artikel Hello Doktor i...
Aku Nak Duty Offshore Ko Tolong Layan Isteri Aku Boleh Terkejut Rakan Buat Permintaan Pelik Siap Nak Bayar Lagi

Aku Nak Duty Offshore Ko Tolong Layan Isteri Aku Boleh Terkejut Rakan Buat Permintaan Pelik Siap Nak Bayar Lagi

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 1706 hits
Pada awalnya lelaki ini menyangka rakannya cuba melakukan prank Tetapi lama kelamaan perbualan dengan lelaki itu menjadi semakin serius dan membuatkan dia rasa ada yang tidak kena Lebih mengejutkan lelaki itu juga memaklumkan isterinya pern...
Boleh Ke Nak Tambah Loan Asb

Boleh Ke Nak Tambah Loan Asb

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 325 hits
Semalam ada satu soalan dari customer akak dia dah ada loan ASB 35 000 buat untuk 30 tahun baru jalan dalam setahun tahun depan dia ada kemampuan untuk simpan sebulan dalam RM550 jadi dia rancang untuk tambah sijil simpanan menjadi RM 100 0...
Macam Mana Nak Pilih Brokoli Yang Bagus Dan Berkualiti Ini Caranya

Macam Mana Nak Pilih Brokoli Yang Bagus Dan Berkualiti Ini Caranya

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 561 hits
Macam mana nak pilih brokoli yang bagus dan berkualiti Ini caranya Assalamualaikum hai Seperti yang kita ketahui brokoli adalah superfood yang begitu banyak kebaikannya Baca Juga Sumber Namun entri Fiza kali ni bukanlah nak bercerita pasal ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash