Boleh Baca Apa Yang Tersirat Pengguguran Khairuddin Berkait Isu Mn


 
Khairuddin memberitahu sungguhpun digugurkan sebagai AJK PAS Pusat, beliau kekal sebagai Setiausaha Majlis Syura parti.PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali membayangkan penggugurannya sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, berkaitan dengan desakannya mahukan parti itu mengutamakan kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).
Ditanya oleh FMT, sebab beliau digugurkan, Khairuddin hanya berkata “boleh baca apa yang tersirat.”
Beliau tidak mengulas lanjut namun menghantar pautan Facebook kepada artikel terbarunya selepas pengguguran itu, yang mengingatkan pemimpin mengenai hukum syarak “wajib” untuk mengusahakan perpaduan antara PAS dan Umno.
“Ia bukan isu perpaduan pemimpin kerana pemimpin politik meskipun bergaduh masih boleh duduk semeja makan dan minum senyum dan tawa,” kata Khairuddin.
“Tetapi ia melibatkan hubungan ahli marhaen yang lurus dan tulus dengan parti masing-masing.
Justeru, kata beliau, “menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memperkasakan dan menyuburkan lagi perpaduan yang telah berjaya dibina ini.”
“Ini kerana perpaduan antara umat Islam dari dua kelompok besar melebihi empat juta ahli ini pada hukum syaraknya wajib diusahakan bukannya sunat.
“Mereka yang cuba merobohkan perpaduan ahli dua parti Melayu Islam tentulah mereka yang berkepentingan diri dan berhawa nafsu duniawi bukan demi kepentingan umat,” jelasnya.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mengumumkan pengguguran Khairuddin sebagai AJK PAS semalam, menentang MN diteruskan jika Umno tidak menerima Bersatu dalam gagasan itu.
Hadi menuduh kalangan pemimpin Umno sebagai melanggar piagam MN kerana berkeras tidak mahu menerima Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin.
“PAS terbuka tetapi malangnya dia (pimpinan Umno) nak PAS dengan Umno sahaja, jadi tak bolehlah, PAS tak boleh diarah, PAS parti tersendiri, PAS bukan di bawah BN (Barisan Nasional),” kata Hadi sebelum ini.
Dalam pada itu, Khairuddin memberitahu FMT sungguhpun digugurkan sebagai AJK PAS Pusat, beliau kekal sebagai Setiausaha Majlis Syura parti.
Katanya, perlantikan sebagai Setiausaha Majlis Syura PAS dibuat oleh Mursyidul Am Hashim Jasin.
“Saya masih lagi Setiausaha Majlis Syura, itu lantikan Mursyidul Am dalam mesyuarat syura,” katanya.
Ahli lain Majlis Syura PAS adalah Hadi dan Timbalan Presiden parti Tuan Ibrahim Tuan Man.
Majlis syura PAS merupakan badan tertinggi dalam parti Islam itu yang diberi kuasa menafsir, menjelas dan menghuraikan dasar, menafsir perlembagaan, mengeluarkan arahan supaya dasar parti dipatuhi.
Semalam, Hadi enggan menyatakan punca Khairuddin digugurkan sebagai AJK PAS Pusat, selain menyifatkan ia sebagai “perkara biasa.”
Pada 23 Nov lalu, Khairuddin merupakan antara tiga pemimpin PAS yang dilantik semula sebagai AJK bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti itu di samping Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/boleh-baca-apa-yang-tersirat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Dimandikan Seperti Jenazah Hukuman Didorong Emosi Amarah Tidak Boleh Diterima

Isu Dimandikan Seperti Jenazah Hukuman Didorong Emosi Amarah Tidak Boleh Diterima

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 211 hits
MOHD ALI HASHIMMajlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia kesal dengan tindakan beberapa ahli kariah sebuah masjid yang memandikan seorang remaja lelaki dengan mandi jenazah ekoran kesalahan remaja berkenaan yang cuba mencuri tabung masji...
Terkini Politik Pas Nafi Pengguguran Khairuddin Sebab Mn

Terkini Politik Pas Nafi Pengguguran Khairuddin Sebab Mn

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 215 hits
Pas menafikan pengguguran Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berkait dengan isu Muafakat Nasional
Tuan Ibrahim Menegaskan Pengguguran Khairuddin Tiada Kaitan Dengan Muafakat Nasional

Tuan Ibrahim Menegaskan Pengguguran Khairuddin Tiada Kaitan Dengan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 233 hits
JERANTUT Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan pengguguran Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali daripada Ahli Jawatankuasa parti itu tiada kaitan dengan soal Muafakat Nasional Menurutnya...
Agong Perkenan Tubuh Rci Siasat Isu Tabung Haji Wan Junaidi

Agong Perkenan Tubuh Rci Siasat Isu Tabung Haji Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 200 hits
malaysiakini comKerajaan mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu pengurusan dan pengoperasian Lembaga Tabung Haji dari 201...
Isu Azam Baki Ismail Sabri Perlu Letak Jawatan

Isu Azam Baki Ismail Sabri Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 473 hits
ULASANAzam Baki pembukapanggung 2022 ISU yang mengaitkan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki yang mengaku telah memberi pinjaman akaun CDS kepada adiknya Nasir Baki untuk memiliki jutaan saham awam benar benar mengoya...
Menteri Agama Perlu Selesaikan Isu Hakim Kanan Ppmm

Menteri Agama Perlu Selesaikan Isu Hakim Kanan Ppmm

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 219 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Idris Ahmad bertanggungjawab menyelesaikan polemik berkaitan isu hakim kanan syarie Presiden PPMM Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata ...
Tangani Segera Isu Guru Interim

Tangani Segera Isu Guru Interim

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 239 hits
Oleh ARIF AIMAN ASROL MOHD AZIZEE HASANPETALING JAYA Kementerian Pendidikan perlu mengutamakan guru interim yang terlatih untuk ditempatkan ke perjawatan tetap bagi memastikan pengalaman dan kemahiran pengajar sandaran tidak disia siakan Pr...
Isu Rfid Pm Gesa Pengguna Diberi Pilihan

Isu Rfid Pm Gesa Pengguna Diberi Pilihan

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 232 hits
Isu RFID PM gesa pengguna diberi pilihan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pengguna perlu diberi pilihan sama ada mahu menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio Touch n Go atau Smart Tag Beliau berkata tidak mahu ada tekanan diberi...
Adakah Muhyiddin Sudah Buat Laporan Berhubung Isu Campur Tangan Kehakiman Gobind

Adakah Muhyiddin Sudah Buat Laporan Berhubung Isu Campur Tangan Kehakiman Gobind

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 258 hits
Pada 19 Januari 2022oleh Gobind Singh Oleh Gobind Singh DeoAdakah Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat laporan polis atau SPRM berhubung dakwaan beliau bahawa ada pihak tertentu telah mendesak beliau mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan...
Dap Youth Slams Hypocrite Akmal Over Flag Gaffe Uproar

Salah Kritik Penghormatan Uefa Kepada Pele Palestin Beritahu Kami Bagaimana Dia Meninggal Dunia

Siti Kasim Rampant Torture Cases Tragic Death At Boarding Religious Schools Not Reflective Of Islam

Kisah Hidup Bukan Untuk Dibandingkan Tapi Dijalani

Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Cukai Jalan Kenderaan Mewah Milik 2 Selebriti Masih Belum Dibayar

Konsert Jelajah Nostalgia Rock 90 An Himpunkan 10 Otai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ideas Recipe Runner Mongolian Beef

Saudi University Expo 2025 Peluang Beasiswa Kuliah Di Arab Saudi Untuk Pelajar Indonesia

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Fatiya Latiff Sindir Netizen Tak Tahu Apa Dia Lalui

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap Mudah

Bila Lidah Terlalu Laju Tapi Hati Tak Ikhlas