Boikot Safi Sebab Produk Support Israel


Ada pembaca blog saya bagitau yang produk Safi support Israel. Betul ke? 

Disebabkan saya rasa malas nak cari bukti yang menyokong pernyataan tersebut sebab terlalu banyak barangan pro Israel yang nak kena hadam, jadi saya terima sajalah. Tapi bila ada lagi pembaca yang lain pula kata produk Safi adalah produk support genocide aka Israel, jadi saya kenalah buat bacaan sikit


Kenapa nak kena buat bacaan? Sebab dalam list Senarai Produk Support Israel yang saya dah tulis, jenama Safi tersenarai sebagai barangan yang tidak perlu diboikot. Disebabkan saya ambil senarai tersebut hasil gabungan daripada pelbagai sumber, jadi saya kena betulkan apa yang saya dah tulis. Taknaklah berkongsi fakta yang salah pulak walaupun saya dapat sumber asalnya begitu.


Benda boleh baca dan betulkan, jadi jomla kita buat research sikit..


Boikot Safi Sebab Produk Pro Israel?Safi adalah produk halal penjagaan kulit dan diri yang dirumus khusus untuk pengguna muslim. Ia dimiliki sepenuhnya oleh Wipro Unza Malaysia Sdn Bhd dan merupakan sub-company di bawah Wipro Enterprise Limited. Menariknya pasal Safi brand adalah ia berasal daripada negara India, yang mana ownernya merupakan seorang Muslim bernama Mohamed Premji. Setelah kematiannya, anak beliau bernama Azim Premji telah ambil alih Wipro dan kekal sebagai non-executive member sehingga kini.
 
Gambar dari siraplimau.com

Fakta tentang Wipro Enterprise ini boleh dibaca di Google ye kawan-kawan. Secara ringkasnya kita boleh conclude kan yang produk Safi ini adalah produk Muslim berasal daripada India yang dibawa masuk melalui Wipro Unza Malaysia yang dimiliki oleh orang Malaysia. Ha, senang faham kan? Jadi kita confirmlah Safi sebagai produk tempatan kepunyaan Muslim. 


Jadi tak payah boikot la kan? Eh, nanti dulu. Sambung baca lagi okeh. 


Wipro Enterprise Limited ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Wipro Consumer Care and Lighting (WCCLG) serta Wipro Infrastructure Engineering (WIN). Jadi toilettries yang ada dalam tandas rumah kita samada pencuci muka, ubat gigi dan mandian berjenama Safi semua itu termasuk di bawah WCCLG. Antara jenama barangan lain di bawah syarikat Wipro adalah Syahirah, Ginvera, MaxKleen, Nutene, Ebene, Bio-Essence, Dr. Dermis, NappiKleen dan Hygienix.


Tapi yang kita tak berapa familiar adalah tentang WIN. Rupa-rupanya Safi juga ada buat juga bisnes kejuruteraan industri merangkumi kepakaran dalam bidang hidraulik, aeroangkasa, water treatment dan automation. Tapi kita tak familiar dengan jenama Safi di bawah engineering kerana mereka tak buka kilang di Malaysia, jadi kita tak tahu tentang kewujudannya. Tapi ada berita tak best sikit, Wipro ada buka kilang di Israel. Sehinggakan masa perang Israel-Palestin tercetus Oktober lalu, Wipro siap bagi arahan kepada pekerjanya di Israel untuk work-from-home. Tak percaya? Cuba tengok bukti di bawah.


Di screenshot daripada businessoutlookindia.com


Jadi, saya cuba cari maklumat tentang WIN ini. Tapi bila saya buka websitenya, tak dapat dibuka pula. Takkanlah syarikat gah multi million dollar yang tersenarai di Bursa Saham New York ini ada masalah laman web pula kot? Tapi laman web WCCLG boleh pula diakses dengan mudah. Ha, di sini dah buat saya berfikir ada something wrong somewhere. Jadi saya pasang topi spy saya dan buat carian lagi. Akhirnya saya jumpa yang ini. Baca dalam gambar di bawah ya.



Screen shot daripada Tiktok hajarajab02

Patutlah laman web WIN tak dapat diakses. Rupa-rupanya mereka nak sembunyikan maklumat tentang kilang yang ada di Israel. Almaklumlah target market produk Safi ini adalah pengguna Muslim. Dan sekarang orang Islam sedang marah dengan Israel yang buat genocide di Palestin. Jika Muslimin tahu yang produk Safi difunded oleh Israel laknatullah, tentulah jenama mereka akan diboikot. Sebab itu laman web mereka tidak dapat diakses buat masa ini. Setelah perang berakhir, tentu secara automatik kita akan dapat akses kembali laman web WIN. Macam dah boleh agak kan


Walau bagaimanapun ini hanyalah telahan memandai-mandai saya saja. Mungkin juga memang laman web WIN ada masalah dalaman yang sangat dahsyat sehinggakan tak boleh dibetulkan lagi (finger crossed). Tapi kalau saya jadi pelabur, saya takkan beli saham Wipro bila mana nak buka laman web pun tak boleh. Takkanlah saya nak melabur di syarikat Big Tech yang laman web mereka sendiri cannot be reached. Company kejuruteraan teknologi tapi laman web sendiri tak boleh baiki??? Tak masuk akal.


Jadi Nak Boikot ke Tak?Terpulang pada awak. Kalau awak rasa Safi brand adalah produk Muslim yang memang keluaran Malaysia tanpa ambil kira faktor lain, bolehlah terus gunakan produk Safi tanpa was-was sebab produknya memang dah dapat pengikhtirafan halal pun. Tapi kalau awak nak ambil kira faktor luaran macam sister company Safi ada kilang di Israel, buat suspicious move sebab tutup laman web dan sebagainya, bolehlah boikot daripada guna produk Safi. Pilihan di tangan masing-masing. 


Bagi saya sendiri, nampak gaya macam saya kena boikot brand Safi sebab takde keperluan pun untuk saya support Safi. Dah lama saya tak beli barang berjenama Safi kecuali syampu rambut. Tapi sekarang saya pun dah tak berapa guna syampu Safi akibat rambut gugur yang tak boleh bawa bincang, jadinya saya pilih untuk boikot je lah. Lagipun nampak sangat yang Wipro adalah syarikat pro-Israel, jadi tak rugi pun kalau saya boikot..ha gitu..




Satu lagi soalan yang saya terima, Dutch Lady support Israel ke? Aduh..otak saya dah penat lepas buat carian pasal Safi. Nantilah kalau saya rajin, saya tolong carikan maklumat pasal Dutch Lady pulak tapi tak janji sebab selalunya saya malas (jujur gitau ni). Tapi kalau awak ada maklumat tambahan nak bagitau pasal Safi, boleh komen kat bawah ye. Mungkin jugak ada kesalahan dalam maklumat yang saya kongsikan ini, jadi macam biasa bagitau je kat komen okeh.


Jomlah kita boikot produk pro-Israel. Semoga cepat ceasefire di Palestin. Semoga orang Palestin sentiasa kuat. Semoga kemenangan milik Palestin dan kekalahan maha dahsyat jatuh tertimpa kepada Israhell laknatullah. Aamiin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2023/12/boikot-safi-produk-support-israel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Seru Teruskan Boikot Produk Berkaitan 15r4el Walau Gencatan Senjata Tv Pertiwi 29 11 2023

Ppim Seru Teruskan Boikot Produk Berkaitan 15r4el Walau Gencatan Senjata Tv Pertiwi 29 11 2023

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 207 hits
PPIM menyeru NGO seluruh negara bersatu bagi membentuk jawatankuasa kerja menyelaras usaha boikot produk berkaitan Israel secara besar besaran Sumber TV PertiwiPPIM SERU TERUSKAN BOIKOT PRODUK BERKAITAN 15r4el WALAU GENCATAN SENJATA
21 Hari Cukup Latih Diri Boikot Produk Isr43l Tv Pertiwi 29 11 2023

21 Hari Cukup Latih Diri Boikot Produk Isr43l Tv Pertiwi 29 11 2023

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 289 hits
Pakar Motivasi Dr Azuraida Shahadan mendakwa masih belum terlambat bagi umat Islam untuk melakukan boikot terhadap produk berkaitan Isr43l Azuraida berkata terdapat kaedah tertentu yang mampu diamalkan jika masyarakat serius mahu merencatka...
Police Arrest Man For Expressing Support For Ties With Israel

Police Arrest Man For Expressing Support For Ties With Israel

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 203 hits
Bukit Aman CID director Shuhaily Zain said the man expressed support for diplomatic relations with Israel in an interview with an Israeli social media influencer PETALING JAYA Police have arrested a man who allegedly expressed support for d...
Lelaki Galak Hubungan Diplomatik Dengan Israel Kena Tahan

Lelaki Galak Hubungan Diplomatik Dengan Israel Kena Tahan

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 206 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myKuala Lumpur Polis Diraja Malaysia menahan individu dikenali Victor Yong bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya menyokong hubungan diplomatik dengan Israel Pengarah Jabatan Siasatan Jenay...
Netizen Israel Biadab Persenda Penderitaan Palestin Di Media Sosial

Netizen Israel Biadab Persenda Penderitaan Palestin Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 285 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI nbsp Netizen Israel biadab dan keterlaluan apabila dilaporkan mempersenda nasib rakyat Palestin di Gaza di tengah serangan berterusan oleh rejim zionis Lapor Agensi Anadolu banyak hantaran dari Israel muncul ...
Roket Hamas Bedil Kemudahan Simpanan Nuklear Israel

Roket Hamas Bedil Kemudahan Simpanan Nuklear Israel

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 131 hits
SINAR HARIANWASHINGTON Roket dilancarkan pejuang Hamas ketika Operasi Taufan al Aqsa bermula pada 7 Oktober lalu berjaya membedil pangkalan tentera yang dipercayai menempatkan misil nuklear milik Israel Laporan itu didedahkan The New York T...
Kkm Kecam Kekejaman Berterusan Israel Terhadap Fasiliti Kesihatan Di Gaza

Kkm Kecam Kekejaman Berterusan Israel Terhadap Fasiliti Kesihatan Di Gaza

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 217 hits
KEMENTERIAN Kesihatan mengutuk sekeras kerasnya tindakan Israel yang mengarahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengalih bekalan kesihatan dalam tempoh 24 jam dari gudang perubatan di selatan Gaza Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dal...
Tular Individu Sokong Hubungan Malaysia Israel Video Lama Kata Fahmi

Tular Individu Sokong Hubungan Malaysia Israel Video Lama Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 246 hits
SEMAKAN dilakukan terhadap klip video tular berkenaan seorang individu yang mahu hubungan diplomatik dijalinkan antara Malaysia dan Israel mendapati ia berlaku pada Disember 2021 tetapi ditimbulkan semula di media sosial kata Menteri Komuni...
Who Says Idf Gave 24 Hours To Move Supplies In Gaza Israel Denies It

Who Says Idf Gave 24 Hours To Move Supplies In Gaza Israel Denies It

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 303 hits
The Israeli Defence Force has told the World Health Organization to move its medical supplies stored in its warehouse in Gaza because they will be beyond use in ground operations WHO director general Tedros Adhanom Ghebreyesus said the IDF ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly