Boikot Produk Sweden Siapakah Rasmus Paludan Orang Yang Bakar Al Quran
Boikot Produk Sweden Siapakah Rasmus Paludan Orang Yang Bakar Al-Quran. Tarikh pada hari Sabtu bersamaan dengan 21 Januari Tahun 2023, seorang pimpinan ahli parti politik yang merupakan sayap kanan di Denmark, Rasmus Paludan kembali mengulangi aksi membakar Al Quran di depan Kedutaan Besar Turki di Sweden.
Aksi kontroversi yang telah dibuat oleh Rasmus Paludan itu yang membuat dunia Islam ini tercatat bukan yang pertama dilakukan Rasmus Paludan, lantaran sebelum ini pernah dilakukannya pada tahun 2019 dan 2022. Dan ini adalah satu penghinaan yang cukup besar untuk umat Islam.
Boikot Produk Sweden Siapakah Rasmus Paludan Orang Yang Bakar Al-Quran
Ahli politik sayap kanan Sweden ini iaitu Rasmus Paludan membakar Alquran di depan kedutaan besar Turki di Stockholm, Swedia, pada Sabtu (21/1/2023). Dunia Muslim mengutuk keras perbuatannya. Di Indonesia kecaman juga tak kalah keras. Bukan kali ini saja ia melakukan perbuatan terkutuk itu.
Siapakah Rasmus Paludan
Bakar Al-Quran Ini Bukan Kali Pertama Yang Dilakukannya
Turkey Mula Menentang Penghinaan Ini
Dunia Islam Mengutuk Sekeras-kerasnya Perbuatan Rasmus Paludan
Malaysia Boikot Produk Sweden
Kenyataan Perdana Menteri Malaysia
Produk Sweden Yang Perlu
Diharapkan perkongsian maklumat ini dapat disebarkan pula pada umat islam yang lain supaya penghinaan ini dan kerajaan Sweden mengambil tindakan terhadap ahli politik tersebut. Berikut adalah video dan info lanjut mengenai kejadian Rasmus Paludan ini yang telah Bakar Al-Quran.
Ikuti kupasan isu semasa yang terkini Malaysia di link telegram di bawah ini
Dunia Islam Mengutuk Sekeras-kerasnya Tindakan Rasmus Paludan
Banyak negara Islam menentang sekeras-kerasnya dengan pembakaran Alquran itu. Insiden pembakaran Alquran itu terjadi di tengah hubungan Turki dan Sweden sedang keruh. Turki langsung membatalkan kunjungan menteri pertahanan Sweden ke Turki serta telah memanggil utusan Sweden untuk Ankara.
Sweden juga terjegal masuk NATO lantaran pihak Turki yang belum membuka jalan bergabungnya Sweden. Kecuali Sweden menghentikan semua dukungan bagi kelompok bersenjata Kurdi seperti Partai Pekerja Kurdistan (PKK). Sweden juga membutuhkan lampu hijau Turki untuk bergabung dalam keanggotaan NATO mengingat Turki sudah menjadi anggota pakta pertahanan itu sejak 1952.
Rakyat Malaysia
Begitu ramai pengguna di media sosial mengajak rakyat Malaysia supaya memboikot produk keluaran dari Sweden. Seruan itu dibuat susulan tindakan membakar al-Quran oleh politikus ekstrem sayap kanan Denmark-Sweden, Rasmus Paludan di depan kedutaan Turkiye di Stockholm pada Sabtu lepas.
Rakyat Malaysia mengutuk sekeras-sekerasnya tindakan tersebut selain menganggap perbuatan itu adalah biadab selain mencemar kitab suci umat Islam.
Selain itu, pelbagai respons dari figura terkenal di Malaysia telah menyuarakan tindakan boikot berkenaan isu ini antaranya penyanyi rap sensasi, Ariz Ramli atau Caprice dan Pencetus Ummah (PU) Rahmat yang menggesa orang ramai untuk memboikot produk keluaran negara berkenaan.
Kebanyakan pengguna di dalam ruangan komen di media sosial selebriti terbabit turut menyahut seruan untuk memboikot produk Sweden selain menyatakan bantahan atas tindakan tidak bertamadun itu.
Disamping itu, menurut pemilik akaun Twitter @amirwahir dengan memberi pesanan, dua tindakan perlu dilakukan kepada Rasmus Paludan iaitu menunjukkan akhlak yang baik dengan tidak menghina dan memboikot produk keluaran dari Sweden.
“Pastilah kita perlu menunjukkan respon dengan dua cara. Pertama, doakan kebaikan dan tunjukkan akhlak yang baik, jangan maki hamun.
Di Indonesia juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Rasmus Paludan ini. Antaranya Pemerintah Indonesia melalui Kementerian Luar Negeri (Kemlu) mengecam keras aksi Paludan itu. “Indonesia mengutuk keras aksi pembakaran kitab suci Alquran oleh Rasmus Paludan,” tulis Kemlu dalam pernyataannya di akaun Twitter rasminya, sebagaimana dilansir NU Online, Isnin (23/1/2023).
Kenyataan Perdana Menteri Malaysia Mengenai Insiden Ini
Berikut adalah kenyataan dari Perdana Menteri Malaysia Dato’Seri Anwar Ibrahim
Pesanan Mendalam Dari Buya Hamka
Siapakah Rasmus Paludan Dan Produk Sweden Yang Perlu Diboikot
Rasmus Paludan merupakan Ahli Politik Denmark-Sweden dan ekstremis sayap kanan yang pemimpin partai Stram Kurs di Denmark. Dalam pemilu nasional 2019, Stram Kurs mendapat 1,8 persen suara, sedikit di bawah ambang batas 2 persen yang diperlukan untuk masuk parlimen.
Mengikut media Denmark, Politiken, Paludan memegang gelar sarjana hukum. Ia juga sempat menjadi pengacara dan menangani beberapa kes terkait ganja medis hingga suaka imigran. Paludan kemudian sering kali menghadiri pertemuan International Free Press Society pada 2016.
Sejak terjun ke dunia politik, Paludan memang dikenali sebagai ekstremis sayap kanan garis keras yang kerap menyuarakan sentimen anti-Islam dan imigran. Ia juga beberapa kali mengikuti demonstrasi anti-Muslim yang digelar kelompok For Frihed di Denmark. Ia kemudian mendirikan partai Stram Kurs pada 2017 yang dikenal menolak kehadiran imigran dan Muslim di Denmark.
Aksi provokatif Rasmus Paludan dengan melakukan pembakaran Alquran kali ini, bukanlah yang pertama kalinya terjadi. Sebelumnya, tindakan Islamofobia serupa juga telah dilakukannya pada 2019 silam. Dalam penjelasan TRT (televise Turki), Paludan ketika itu membungkus salinan Al-Quran dengan daging asap, membakarnya, dan melemparnya ke udara.
Paludan melakukan kembali pada September 2020, di mana dirinya membakar Al-Quran di Rinkeby, di selatan Kota Malmo, Swedia. Hingga akhirnya, Paludan pun kemudian dicekal masuk Sweden selama dua tahun, sebagaimana diberitakan dari Al Jazeera.
Pihak berkuasa melarang Paludan di pos pemeriksaan. Mereka menekankan Paludan dilarang masuk hingga dua tahun. “Dia merupakan ancaman serius,” demikian pernyataan polisi Sweden yang disampaikan media lokal SVT Nyheter.
Produk Sweden Yang Perlu Diboikot
Sweden juga adalah negara di Eropah Utara yang berjiran dengan Norway di utara, Denmark di selatan, dan Finland di timur. Ibukotanya adalah Stockholm. Negara ini memiliki populasi sekitar 10 juta orang. Negara ini juga dikenal sebagai negara yang memiliki sistem kesihatan dan pendidikan yang baik.
Sejarah Sweden bermula sejak abad ke-9, ketika bangsa Viking mulai menguasai wilayah tersebut. Pada abad ke-14 dan ke-15, Sweden mengalami masa keemasan ekonomi dan politik, dan menjadi salah satu negara terkuat di Eropah Utara.
Beberapa produk buatan Sweden yang telah masuk di Malaysia antaranya yang perlu diboikot oleh Malaysia sekarang iaitu:
IKEA: perusahaan perabut dan produk kelengkapan rumah
Volvo: perusahaan kereta (Pada tahun 2010, Geely telah membeli Volvo Cars dengan harga $1.8 bilion)
H&M: perusahaan fashion
Ericsson: perusahaan telekomunikasi
Electrolux: perusahaan elektronik
Scania: perusahaan trak
Akhir Kata
Diharapkan semoga dengan maklumat Boikot Produk Sweden Siapakah Rasmus Paludan Orang Yang Bakar Al-Quran ini dapat disebarkan pada yang lain agar penghinaan ini dihentikan. Kerna AL-QURAN adalah merupakan sumber rujukan, panduan hidup serta hidayah dan ia adalah merupakan kitab wahyu dari Allah dan kitab suci yang terakhir sebagai jalan hidup di dunia.
Jika sekiranya kita umat Islam tidak menitikberatkan mengenai isu ini dan tidak memboikot produk Sweden ini. Maka apakah lagi jalan dan cara sebagai bukti diri kita sebagai orang Islam? Semoga Agama Islam ini terus terjaga dengan baik dan semoga kita semua mati dalam Iman dan Husnul Khatimah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/01/boikot-produk-sweden-siapakah-rasmus-paludan.html