Boikot Majlis Palestin Anjuran K Jaan Xbatal Saham


 
1. Ini bukan majlis Palestin anjuran k'jaan M'sia. Tapi Solidariti Al-Aqsa: Anak Malaysia sambut seruan 3 Ogos di KL M'sia.

Mohamad Rosharizan


KUALA LUMPUR: Anak Malaysia menyambut seruan 3 Ogos bagi mengingati Hari Solidariti Al-Aqsa seluruh dunia dengan mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah bagi memohon perlindungan dan pembebasan untuk saudara-saudara kita di Palestin.

Pengerusi Pertubuhan Ekspresi Anak Malaysia (Anak Malaysia), Mohammad Rosharizan Mohd Rozlan berkata, Anak Malaysia merakamkan ucapan takziah atas kesyahidan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Menurutnya, kehilangan beliau adalah satu tamparan hebat buat seluruh dunia Islam, namun perjuangannya akan terus dikenang dan diperjuangkan.
“Syeikh Ismail Haniyeh merupakan seorang pemimpin utama Hamas yang berdedikasi serta telah memimpin perjuangan rakyat Palestin untuk menuntut kemerdekaan dan kebebasan.
“Beliau juga dikenali sebagai simbol ketahanan dan keberanian dalam menghadapi penindasan dan kekejaman rejim Zionis,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, kejadian ini harus menyedarkan kita akan pentingnya solidariti dalam memperjuangkan hak-hak umat Islam terutama yang berkaitan Al-Aqsa dan Palestin.
Rosharizan juga percaya bahawa perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin daripada penjajahan perlu diteruskan tanpa henti, seperti yang diperjuangkan oleh para syuhada.
“Ini adalah salah satu daripada siri pembunuhan yang telah disaksikan oleh dunia dan menunjukkan betapa kejamnya Israel dan sekutunya,” katanya.
Sementara itu, Anak Malaysia percaya bahawa perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin daripada penjajahan perlu diteruskan tanpa henti, seperti yang diperjuangkan oleh para syuhada.
“Kami mengajak seluruh umat Islam dan ummah global untuk bangkit dan bersatu dalam melawan kezaliman Zionis serta proksi-proksinya.
“Kejadian ini harus menyedarkan kita akan pentingnya solidariti dalam memperjuangkan hak-hak umat Islam terutama yang berkaitan Al-Aqsa dan Palestin. 
“Kita perlu meneruskan usaha boikot, kecaman terhadap kezaliman Israel dan usaha penerangan isu berkenaan pembantaian ummah di Al-Aqsa,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/8/2024


2. Boikot,‘Selagi kerajaan tak batalkan penjualan saham MAHB kepada GIP…’ 
Wan Ahmad Fayhsal ketika berada di Doha, Qatar pada minggu lepas.
KUALA LUMPUR: “Mana-mana pihak yang bersolidariti ke atas rakyat Palestin untuk turut memboikot sebarang majlis mengenai Palestin yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.”

Itu penegasan Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyatakan, ia adalah kerana kerajaan masih lagi tidak mahu membatalkan penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada syarikat Global Infrastructure Partners (GIP) milik konglemerat gergasi, BlackRock Inc. (BlackRock), yang sememangnya bersifat pro-Zionis.
“Selagi kerajaan tidak batalkan penjualan saham MAHB kepada GIP yang dikuasai BlackRock maka selagi itulah kita juga perlu boikot segala majlis yang mereka buat untuk Palestin.
“Ini kerana kita perlu hantar isyarat yang jelas kepada kerajaan iaitu hentikan segala normalisasi dengan mana-mana syarikat yang bersifat pro-Zionis,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Ahad.
Menurutnya, saham MAHB tidak perlu dijual sedikitpun kepada GIP-BlackRock yang merupakan antara penyumbang terbesar dalam membantu rejim Zionis Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
“Malah perkara tersebut telah pun disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kerajaan tidak perlu pun jual sebahagian saham MAHB kepada BlackRock,” tegasnya.
Terdahulu, di bawah pelan yang diumumkan kerajaan, GIP yang dimiliki BlackRock dilaporkan akan memegang  sebanyak 30 peratus kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB, bersama dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); yang mana kedua-dua entiti di bawah bidang kuasa kementerian kewangan yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Tambah Fayhsal, setiap usaha penentangan terhadap mana-mana produk syarikat yang menyokong rejim Zionis Israel masih perlu diteruskan tanpa henti walaupun secara kecil-kecilan.
Adakan pertemuan dengan Hamas
“Perkara tersebut adalah penting bagi membantu perjuangan rakyat Palestin sepertimana yang dilakukan oleh Ketua Biro politik Hamas, Ismail Haniyeh.
“Saya dan rakan-rakan daripada Perikatan Nasional (PN) sempat bertemu dengan beberapa pimpinan daripada Hamas dan juga gerakan Islam lain yang datang dari seluruh dunia di Qatar.
“Banyak perkara yang telah kami bincangkan tetapi yang pastinya perjuangan perlu diteruskan dan setiap usaha kita walaupun sekecil-kecil memboikot mana-mana entiti yang menyumbang kepada kekuatan negara haram Israel dan sekutunya.
“Ini akan membantu perjuangan yang dilakukan oleh As-Syahid, Ismail Haniyeh,” ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan pada Selasa (30 Julai), Haniyeh telah menghadiri perasmian presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian, serta bertemu dengan Pemimpin Tertinggi Iran.
Namun begitu, beliau bersama-sama seorang pengawal peribadinya terbunuh selepas kediamannya menjadi sasaran di Tehran, Iran.
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) melalui Jabatan Perhubungan Awamnya yang mengesahkan dalam satu kenyataan berkata, serangan itu dilakukan awal Rabu (31 Julai), sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mencari punca kejadian. – HARAKAHDAILY 5/8/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya sekarang  ‘Kenapa kerajaan (pada hari ini), Anthony Loke nak bubarkan MAVCOM?’ 

Wan Ahmad Fayhsal ketika muncul dalam program Bicara Hd.
Itu persoalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sambil meminta pihak kerajaan untuk menangguh dahulu penjualan saham kepada GIP; dan menyerahkannya kepada jawatankuasa pilihan khas untuk diteliti segala terma dan syarat.
Menurutnya, beliau percaya orang dalam MAVCOM adalah orang-orang yang baik dan pakar yang akan memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia. Jadi, bila disegerakan pembubaran ini dan digabungkan MAVCOM dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), maka,dalam Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta 788, ada satu klausa yang dipinda berkenaan kuasa menteri. 
Sebelum pindaan, menteri hanya boleh memberikan pindaan bersifat umum untuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) buat kerja. Tapi bila dah dipinda, dah digugurkan perkataan bersifat umum tersebut, maka kesan daripada pengguguran ini, menteri ada kuasa mutlak, menteri ada kuasa besar, yang boleh ‘bypass’ (melangkaui) lembaga pengarah CAAM. 
Dalam program Bicara Hd bertajuk, ‘BlackRock: Malapetaka Durjana Buat Rakyat Malaysia?’ semalam yang boleh ditonton secara dalam talian menerusi laman media sosial Harakahdaily.
Jadi, menteri ada kuasa penuh menentukan kontrak-kontrak tender dan projek dalam MAHB, malah boleh membuat apa sahaja terhadap lapangan terbang di Malaysia yang rakyat cintai. 
Ini bukti pentadbiran kerajaan ini Xcerdik, Xprofesional, lemah dan rapuh. Cara selesainya...
Jom undi PAS & the gang!
Sekian.
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..' 
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.











...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/08/boikot-majlis-palestin-anjuran-kjaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Pas Khianat Dalam Isu Palestin Seru Boikot Himpunan Solidariti

Pn Pas Khianat Dalam Isu Palestin Seru Boikot Himpunan Solidariti

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 74 hits
HarapandailyAHMAD MURSITiada masalah jika kritik kerajaan tetapi agak melampau bila Ahli Parlimen pembangkang berkempen memboikot himpunan solidariti di Bukit Jalil semalam Ini pengkhianatan kepada perjuangan Palestin yang harapkan bantuan ...
Gila Solidariti Palestin Tapi Jual Saham Pro Israel

Gila Solidariti Palestin Tapi Jual Saham Pro Israel

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 172 hits
1 Rancang himpunan solidariti Palestin tapi BlackRock Rimpac KUALA LUMPUR Penyokong Palestin kini sedang bersedih dengan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di Tehran Iran semalam Itu kenyataan penganalisis politik Nurul Isla...
Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Berkaitan Kursus Dakwah Harmoni Anjuran Global Unity Network Unity

Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Berkaitan Kursus Dakwah Harmoni Anjuran Global Unity Network Unity

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 75 hits
1 Jabatan Perdana Menteri amat kesal dengan tohmahan oleh seorang ahli politik yang mendakwa Kursus Dakwah Harmoni anjuran Global Unity Network Unity dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak mengundang ancaman terhadap akidah anak bangsa ...
Deklarasi Beijing Bukti Hamas Fatah Bersatu Bina Semula Palestin Kata Ismail

Deklarasi Beijing Bukti Hamas Fatah Bersatu Bina Semula Palestin Kata Ismail

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 122 hits
Semalam dilaporkan 14 kumpulan Palestin termasuk Fatah dan Hamas menghadiri rundingan perdamaian dan menandatangani Deklarasi Beijing untuk bersama sama membina kembali Palestin selepas diceroboh Israel PETALING JAYA Bekas perdana menteri I...
Himpunan Solidariti Gaza Sedunia 3 Ogos 2024 Dan Perarakan Di Bukit Bintang Anjuran Bds Malaysia

Himpunan Solidariti Gaza Sedunia 3 Ogos 2024 Dan Perarakan Di Bukit Bintang Anjuran Bds Malaysia

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 247 hits
HIMPUNAN SOLIDARITI GAZA SEDUNIATahukah anda yang hanya 2 hari sebelum Allahyarham Ismail Haniyeh mati syahid beliau telah menyeru dunia untuk mengadakan himpunan solidariti untuk Palestin pada 3 Ogos ini MARILAH KITA MENYAHUT SERUAN HIMPUN...
Memahami Yahudi Dan Kongsi Maklumat Perang Palestin Israel Di Grup Wasap Dapat Bantu Palestin

Memahami Yahudi Dan Kongsi Maklumat Perang Palestin Israel Di Grup Wasap Dapat Bantu Palestin

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 120 hits
Apa yang berlaku kepada Rakyat Palestin di Gaza sekarang memang satu kekejaman luar biasa yang tidak dapat disangkal Semua orang tahu perkara itu dan rakyat dari berbagai negara bangsa dan agama mengecam Israel dan menyatakan simpati mereka...
Pemimpin Ngo Terkenal Kutip Dana Palestin Dicekup Berdua Duan Dengan Wanita Di Hotel Ibu Kota

Pemimpin Ngo Terkenal Kutip Dana Palestin Dicekup Berdua Duan Dengan Wanita Di Hotel Ibu Kota

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 67 hits
Memetik Malaysia Kini seorang pemimpin NGO yang terkenal dengan usaha mengumpul dana untuk rakyat Palestin telah ditahan JAWI di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam Berita mengejutkan itu ternyata telah membuatkan figura yang terkenal dala...
Perhimpunan Solidariti Untuk Palestin Diadakan Ahad Ini Kata Fahmi

Perhimpunan Solidariti Untuk Palestin Diadakan Ahad Ini Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 70 hits
JABATAN Kabinet memutuskan untuk mengadakan perhimpunan solidariti pada Ahad ini untuk Palestin sebagai isyarat jelas tentang pendirian Malaysia kepada masyarakat antarabangsa Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata perhimpunan it...
Antara Individu Yang Lantang Bersuara Isu Palestin Presiden Ngo Ditangkap Khalwat

Antara Individu Yang Lantang Bersuara Isu Palestin Presiden Ngo Ditangkap Khalwat

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 134 hits
Seorang presiden pertubuhan amal telah ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan hari ini kerana disyaki berkhalwat selepas ditemui berdua duaan dengan seorang wanita di bilik hotel di ibu negara Menurut sumber piha...
Speed Read A Bonkers 1 700 Cc Single Cylinder Chopper And More

Bian Gindas Cinta Biru Chord

Tuntutan Palesu Sprm Siasat Tuntutan Banyak Sangat Palesu Zaman Din Ni

Hilton Honors Rolls Out Exclusive Dining Offers Across Malaysia

Isu Gisb Biar Kerajaan Tentukan

Permohonan Bantuan Budi Ipt Sabah One Off Rm1500 Rm2000

Cheah Liek Hou Pemenang Pingat Emas Badminton Para 2024

Pensyarah Dihargai


echo '';
10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Uncle Bos Mama Slot Megadrama Astro Ria

Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing

Biodata Bella Khan Bella Khann Personaliti TikTok Founder Produk Vigorous Hair Tonic

Bagaimana Perkongsian Ilmiah Media Sosial Buatkan Kita Semakin Kurang Cerdik


Benarkah Daun Sirih Bagus Untuk Mengatasi Masalah Keputihan

Moving To A New Home In Chicago Here S Why Bernard Movers Should Be Your First Call

Budak 14 Tahun Rebah Maut Ketika Main Bola Sepak

Doorgift Kenduri Mini Pouch Bag

Akmal Jawab Dap Malulah Anak Jantan Kalau Orang Jual Kita Tidak Beli

Gerakan At Crossroads