Bocorkan Bot Bagi Elak Diusir 269 Pati Rohingya Akhirnya Ditahan
                                                                                                                                            Astro Awani                                                                                                                                                                                                                                                                                       

                                Atas  dasar kemanusiaan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) kemudian membenarkan  bot itu ditunda ke Jeti Teluk Ewa, Langkawi, dan kesemua 269 PATI kini  ditahan.
                                                                                                                     KUALA LUMPUR : Bot membawa  lebih 216 dan satu mayat wanita pendatang asing tanpa izin (PATI)  Rohingya dikesan di perairan negara awal pagi Isnin.
 Menurut  National Task Force (NTF) dalam satu kenyataan, berdasarkan siasatan  awal, bot tersebut didapati sengaja dibocorkan sehingga menyebabkan  kerosakan teruk serta tidak dapat dibaiki.
 Ia selepas pasukan  keselamatan menerima maklumat awal berhubung cubaan menceroboh perairan  Langkawi oleh pelarian Rohingya sebelum dikesan enam jam kemudian.
 Pada masa sama, 53 lagi PATI terjun ke laut dan berenang menuju ke  pantai sebelum ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  (APMM)
                                                                                                                     "Ketika dipintas dan diperiksa Kapal Maritim (KM) Kimanis milik APMM di  kawasan perairan Pulau Langkawi, jam 5 pagi Isnin, bot itu didapati  mengalami kerosakan teruk serta tidak dapat dibaiki.
 "Kerosakan  dialami bot itu menyebabkan tindakan pengusiran tidak dapat dilakukan  dan KM Kimanis telah memberi bantuan berupa makanan dan air bersih  secukupnya kepada PATI berkenaan
                                                                                                                       "Atas dasar kemanusiaan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) kemudian  membenarkan bot itu ditunda ke Jeti Teluk Ewa, Langkawi, dan kesemua 269  PATI kini ditahan serta diletakkan sementara di Kem Bina Negara,  Wawasan Langkawi.
 "Satu mayat wanita yang ditemui di dalam bot  itu pula diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan  lanjut," katanya.
 Pada masa sama, NTF yang melaksanakan Op  Benteng secara bersepadu dengan membabitkan Angkatan Tentera Malaysia  (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), APMM, dan agensi penguat kuasa  keselamatan lain, memberi jaminan memastikan sempadan perairan dan  daratan negara tidak dicerobohi oleh PATI atau anasir asing demi  memelihara kedaulatan serta kesejahteraan negara.
 Untuk rekod,  setakat Ahad, seramai 396 PATI, 108 tekong dan 11 penyeludup ditahan,  manakala 140 PATI, enam tekong dan 22 bot sudah diusir ketika cuba  mencerobohi sempadan negara.
 "Masyarakat digesa terus memberi  kerjasama menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kegiatan anasir asing  sama ada membabitkan PATI, penyeludupan, pencerobohan sempadan atau  sebarang kegiatan jenayah rentas sempadan melalui talian hotline Pusat  Operasi NTF di talian 011-62511223," katanya. 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/bocorkan-bot-bagi-elak-diusir-269-pati.html