Bnm Perlu Siasat Pandora Papers


 
Pada 13 Oktober 2021oleh ; PENTADBIRKementerian Kewangan digesa mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuka siasatan penuh terhadap Pandora Papers yang membangkitkan persoalan berkenaan aliran wang haram keluar dari Malaysia, yang dianggarkan berjumlah AS$33.7 bilion.
Mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, BNM perlu menyiasat sepenuhnya perkara itu untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia bukan sahaja tidak mempunyai apa-apa yang perlu disembunyikan tetapi tiada percubaan menutup Pandora Papers yang melibatkan rakyat Malaysia dan aliran wang haram.
“Terdapat lebih daripada 330 ahli politik yang didedahkan oleh Pandora Papers daripada 90 negara, yang malangnya termasuklah beberapa rakyat Malaysia yang terkenal.
“Pandora Papers adalah sebahagian daripada skandal aliran wang haram (IFF) yang didefinisikan oleh Global Integrity Report (GFI) sebagai dana yang diperoleh, dipindahkan, dan/atau digunakan secara haram merentas sempadan antarabangsa.
“Dana itu datangnya daripada sumber kegiatan jenayah dan rasuah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Guan Eng berkata, pengubahan wang haram masih menjadi masalah serius dan GFI menganggarkan bahawa nilai tahunan IFF berkaitan perdagangan di dalam dan di luar negara membangun berjumlah, secara purata, sekitar 20 peratus daripada nilai keseluruhan perdagangan negara tersebut dengan ekonomi maju.
“Menurut laporan 10 tahun terbaru oleh GFI yang bertajuk Aliran Wang Haram ke dan daripada 148 Negara Membangun: 2006-2015, Malaysia kerugian antara AS$22.9 bilion (RM94.22 bilion) dan AS$33.7 bilion (RM138.66 bilion) dalam aliran keluar wang haram dari tahun 2006 hingga 2015,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut meluahkan rasa kecewanya terhadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun yang menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan isu penting tersebut di Parlimen.
“Bagi membuktikan bahawa tidak ada yang perlu disembunyikan, siasatan yang dijalankan perlu menghukum mereka yang terlibat dalam IFF dan juga mengesyorkan langkah-langkah ketat untuk mencegah aliran wang haram keluar daripada Malaysia dan bagaimana meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik,” katanya. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/bnm-perlu-siasat-pandora-papers.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Pandora Papers Amk

Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Pandora Papers Amk

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 252 hits
Pendedahan Pandora Papers telah menggegarkan banyak negara di dunia susulan siasatan Konsortium Kewartawanan Siasatan Antarabangsa di Washington Amerika Syarikat sejak dua minggu lalu Malangnya di Malaysia isu Pandora Papers hampir tidak ke...
Tak Siasat Pandora Papers Ph Perlu Keluar Mou

Tak Siasat Pandora Papers Ph Perlu Keluar Mou

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 299 hits
Pakatan Harapan boleh mempertimbangkan untuk menarik diri daripada memorandum kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Pembangkang sekiranya tiada siasatan terhadap skandal Pandora Papers yang didedahkan beberapa hari lalu Ahli Parlimen Pasir Gud...
Malay Pressure Group Wants Probe On Pandora Papers

Malay Pressure Group Wants Probe On Pandora Papers

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 278 hits
Pressure group Malay Consultative Council has urged the government to investigate possible wrongdoings among Malaysians named in the Pandora Papers In a statement today MPM political bureau chairperson Shahbudin Embun said the stashing of w...
Why Are Malay Muslim Champions Silent On Pandora Papers Asks Anwar

Why Are Malay Muslim Champions Silent On Pandora Papers Asks Anwar

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 312 hits
PARLIAMENT Opposition leader Anwar Ibrahim has taken a jab at Umno Bersatu and PAS for their alleged silence on the capital flight reported in the He said the silence was striking as it betrayed Malay Muslim values while being detrimental t...
Rakyat Kekal Miskin Gaji Rendah Kerana Pandora Papers

Rakyat Kekal Miskin Gaji Rendah Kerana Pandora Papers

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 616 hits
Rakyat tidak memahami apakah keperluannya Pandora Papers dibahaskan malah ada yang menyokong usul Ketua Pembangkang membahaskan hal berkenaan dibuang oleh Speaker Dewan Rakyat Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Kar...
Pandora Papers Mcm Menarik Tapi Endingnya Apa

Pandora Papers Mcm Menarik Tapi Endingnya Apa

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 273 hits
Ada senarai yang panjang mahu dibahas di parlimen dan kemudiannya apa Sesiapapun boleh akaun bank offshore atas seliaan Bank Negara Ia lebih kepada yang tidak tersenarai mencari populariti unless dapat dikesan satu skandal dan duit itu ters...
Rentasan 985 Gempar Pandora Papers Tiada Harapan Buat Anwar Jadi Pm

Rentasan 985 Gempar Pandora Papers Tiada Harapan Buat Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 235 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9851 SUKARNYA MENCARI KEBENARAN DI NEGARA INI 2 PANDORA PAPERS APA PENDIRIAN PAS 3 PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA UMNO FLIP FLOP 4 DARURAT DI MELAKA PEJUANG NAK APA SEBENARNYA
Pandora Papers Kalau Penyelewengan 5 Pound Sekali Pun Bahaslah

Pandora Papers Kalau Penyelewengan 5 Pound Sekali Pun Bahaslah

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 417 hits
Penolakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membahaskan Pandora Papers menimbulkan ketegangan apabila Ketua Pembangkang bertanya mengapakah aliran keluar wang ratusan bilion ringgit tidak dianggap penting untuk dibahaskan Ahli Parlimen ...
Why Act Like A Lawyer For Those Linked To Pandora Papers Anwar Asks Speaker

Why Act Like A Lawyer For Those Linked To Pandora Papers Anwar Asks Speaker

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 386 hits
Azhar Harun rejected the motion to debate the outflow of funds saying they were small but Anwar said it should nevertheless be debated KUALA LUMPUR After his latest motion to request for the Pandora Papers expos to be debated in Parliament ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy