Pandora Papers Kalau Penyelewengan 5 Pound Sekali Pun Bahaslah



Penolakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membahaskan Pandora Papers menimbulkan ketegangan apabila Ketua Pembangkang bertanya mengapakah aliran keluar wang ratusan bilion ringgit tidak dianggap penting untuk dibahaskan.
Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH – Port Dickson) mempersoalkan isu pengaliran keluar wang yang bukan sahaja diperkecilkan oleh media arus perdana tetapi cuba disenyapkan di Parlimen.
“Pada 7 Oktober Yang Dipertua menerima usul saya mengikut peraturan mesyuarat 90 (2) dan (1) untuk mencadangkan supaya Yang Dipertua mengambil perhatian soal usul saya yang ditolak itu dan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen dan belum dimuktamadkan. Oleh demikian saya menggesa Yang Dipertua beri peluang supaya Pandora Papers ini tetap dibincang dan dibahaskan di Dewan Rakyat
“Dengan beberapa maklumat terbaru ia ternyata lebih meruncing daripada yang saya sebutkan minggu lalu. Ini melibatkan tokoh politik dan peniaga. Kerajaan digesa membuat penyiasatan lebih terbuka.
“Saya musykil soal yang sebegini besar, rumit diputuskan, tidak disiar besar-besaran di media. Tidak dibahaskan oleh tokoh politik terutama dalam kerajaan, padahal jumlah ratusan bilion ternyata disorok di tax heaven. Kalau mereka kata tidak salah seperi yang dibuat YB Selayang, Menteri Kewangan, itu tidak menutup keperluan mengadakan penyiasatan yang lebih menyeluruh.
“Yang Dipertua, saya katakan hal ini jauh lebih besar daripada yang kita bahaskan yang lain. Aneh sekali mengapa tidak ada kekuatan politik untuk memastikan perkara ini disiasat dan wang dipunggah dari negara kita dipulangkan untuk rakyat.
“Saya minta penjelasan dan saya boleh jangka Yang Dipertua beri isu teknikal kemudian mematikan usul ini. Kedua, membawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas tak sama jika dibahaskan di sini. Saya tegaskan kalau pun Speaker buat keputusan begitu saya mahu Ahli Parlimen gunakan apa sahaja ruang, termasuk petang ini, tatkala berbahas dana tambahan Covid oleh Menteri Kewangan untuk tidak bersekongkol menutup kes ini,” katanya dalam perbahasan sesi pagi di Dewan Rakyat.
Yang Dipertua Datuk Azhar Azizan Harun menjawab beliau memang telah menolak usul rayuan berkenaan sebangaimana yang dijangkakan dengan alasan teknikal.
“Saya baru melihat usul YB, saya baru tandatangani surat itu, tepat jangkaan YB saya baru sahaja menokak usul tersebut kerana YB membuat usul 90 (1) (2) untuk hentikan kuatkuasa peraturan tetapi tidak dinyatakan peraturan mana,” katanya.
Azhar juga beralasan Pandora Papers bukan mengenai pengeluaran wang ke luar pesisir tetapi mengenai pegangan saham syarikat luar pesisir. Katanya, pegangan syer juga kecil. Ada 5 pound dan satu lagi AS$ 2.5 juta.
Anwar bangun membantah kerana usul berkenaan bukan tertumpu kepada pengaliran wang keluar tetapi bagaimana sejumlah besar wang boleh dipegang oleh Menteri dan Ahli Parlimen yang tidak sesuai dengan pendapatan mereka.
“Sebab saya bawa 90 (1) (2) ini untuk memberi ruang kepada Speaker membetulkan keputusan awal. Selepas ini kalau Yang Dipertua tolak baru saya buat usul kepada Dewan Rakyat. Itu soal peraturan
“Tetapi Yang Dipertua nak jadi peguam kepada perasuah-perasuah ini sebab apa?
“Saya ada dokumen bagaimana seorang Menteri boleh bermain saham di sana. Kemudian ini bukan pengaliran keluar?
“Dia (wang) daripada mana, dari langit? Maknanya dari sini, saya kaitkan 3 perkara, Menteri tahu. Pertama Global Financial Index, Panama Papers kemudian disusuli 2021 (Pandora Papers). Wang yang dibawa keluar jumlahnya ratusan bilion. Saya tidak faham mengapa Speaker memilih untuk menjadi peguam bela bagi orang-orang ini?
“Saya nak supaya petang ini dibentang dan dibahas. Kalau betul ada 5 pound, lima pound lah tetapi dari malumat yang ada itu jauh melebihi. Jangan tanya sumber saya.Yang Dipertua baca dari media, sumber saya lebih daripada itu. Sebab itu saya mahu Parlimen membahaskan.
“Saya mahu hal ini dibentang, dibahas dan seperti mana saya sebut minggu lalu, kita tak menghukum. Ada orang buka akaun tidak semestinya ada orang lakukan rompakan atau rasuah. Tetapi kebanyakan kes ini melibatkan pembesar, Menteri dan pemimpin yang tidak ada sebab mengapa boleh mengumpul wang begitu banyak di luar negara.
“Ini saya minta Yang Dipertua mengambil berat. Saya harap parti di sebelah sini, sebelah sama, pejuang Melayu, pejuang Islam, pasal apa diam bila rakyat tahu hilang duit begitu banyak,” katanya.
Bagaimanapun Yang Dipertua tetap dengan keputusan tegas menolak usul Pandora Papers dibahaskan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33268

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Calls For Probe On Pandora Papers Tax Avoidance

Mp Calls For Probe On Pandora Papers Tax Avoidance

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 449 hits
Wong Chen asked Tengku Zafrul Aziz if a task force would be formed to examine details of the Pandora Papers information leak KUALA LUMPUR An opposition MP has called for investigations into details of tax avoidance revealed in the Pandora P...
Rentasan 985 Gempar Pandora Papers Tiada Harapan Buat Anwar Jadi Pm

Rentasan 985 Gempar Pandora Papers Tiada Harapan Buat Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 244 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9851 SUKARNYA MENCARI KEBENARAN DI NEGARA INI 2 PANDORA PAPERS APA PENDIRIAN PAS 3 PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA UMNO FLIP FLOP 4 DARURAT DI MELAKA PEJUANG NAK APA SEBENARNYA
Pandora Papers Dedahkan Kekayaan Negara Diseludup

Pandora Papers Dedahkan Kekayaan Negara Diseludup

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 254 hits
FAIZ FADZILKontroversi Pandora Papers bukanlah isu yang baharu malah pendedahan mengenai simpanan luar pesisir sebegini telah berlaku beberapa kali dalam dekad yang lepas Setiap kali pendedahan ini dibuat khususnya ketika pentadbiran Najib ...
Why Act Like A Lawyer For Those Linked To Pandora Papers Anwar Asks Speaker

Why Act Like A Lawyer For Those Linked To Pandora Papers Anwar Asks Speaker

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 398 hits
Azhar Harun rejected the motion to debate the outflow of funds saying they were small but Anwar said it should nevertheless be debated KUALA LUMPUR After his latest motion to request for the Pandora Papers expos to be debated in Parliament ...
Memang Anwar Sudah Tua Tapi Yang Muda Dimana Pandora Papers Jangan Tangguh Dan Tertipu

Memang Anwar Sudah Tua Tapi Yang Muda Dimana Pandora Papers Jangan Tangguh Dan Tertipu

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 380 hits
KAK IDA ABDULLAHMemang benar sudah tua 74 tahun sudah usia beliau dan tidak sehari pun beliau give up utk bebaskan Malaysia dari cengkaman perompak yang diangkat rakyat sebagai pentadbir negara Kita yang letih menunggu dan tertanya tanya ma...
Pandora Papers Inikah Negaraku

Pandora Papers Inikah Negaraku

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 407 hits
Menurut laporan tersebut seramai 1 500 Rakyat Malaysia termasuk tokoh tokoh politik dan korporat serta anak anak dan isteri mereka terbabit menyimpan wang secara rahsia di pusat kewangan luar pesisir yang dianggarkan berjumlah lebih RM1 8 t...
Malay Pressure Group Wants Probe On Pandora Papers

Malay Pressure Group Wants Probe On Pandora Papers

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 288 hits
Pressure group Malay Consultative Council has urged the government to investigate possible wrongdoings among Malaysians named in the Pandora Papers In a statement today MPM political bureau chairperson Shahbudin Embun said the stashing of w...
Why Are Malay Muslim Champions Silent On Pandora Papers Asks Anwar

Why Are Malay Muslim Champions Silent On Pandora Papers Asks Anwar

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 320 hits
PARLIAMENT Opposition leader Anwar Ibrahim has taken a jab at Umno Bersatu and PAS for their alleged silence on the capital flight reported in the He said the silence was striking as it betrayed Malay Muslim values while being detrimental t...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal