Penubuhan Kerajaan Minoriti Jika Tiada Majoriti Mudah


Yang di-Pertuan Agong perlu melantik seorang Perdana Menteri walaupun mungkin partinya tidak mempunyai cukup majoriti dalam PRU, bagi membentuk sebuah kerajaan minoriti jika tiada penyelesaian kukuh untuk mendapatkan sebuah kerajaan majoriti.


Ia berikutan kerajaan sementara bukan sebuah kerajaan sebenar dan hanya berfungsi untuk jangka masa pilihan raya dijalankan sehingga sebuah kerajaan baharu dibentuk.

Meskipun perlembagaan tidak secara spesifik menawarkan formula yang tuntas dalam keadaan hung parliament, namun wujud alternatif selain kerajaan yang didirikan atas keadaan simple majority (majoriti mudah).

Jika menurut amalan negara Komanwel, Yang di-Pertuan Agong akan melantik Perdana Menteri dalam kalangan parti yang mendapat majoriti tertinggi dan kerajaan ini kemudiannya akan diberi masa untuk membentuk kerajaan baharu atau melantik mana-mana pihak untuk bersamanya.

Perdana Menteri baharu itu juga mempunyai pilihan untuk memasuki Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA), seperti yang berlaku pada awal pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

Tanpa penubuhan sebuah kerajaan baharu, bajet juga tidak dapat dibentang di Parlimen untuk diluluskan.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melantik mana-mana Ahli Parlimen dengan anggapan individu itu boleh mendapat sokongan yang banyak tanpa bukti kerusi parti yang dimenangi pada PRU.

Penggunaan surat sumpah berkanun (SD) juga boleh bertindan (duplicate), selain ia walaupun diterima pakai tetapi tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kerana bukti paling utama dalam pilihan raya umum datangnya daripada rakyat melalui peti undi.

Rakyat telah memilih parti dan parti itu yang akan menamakan calon Perdana Menteri.

Undi popular juga boleh digunakan dalam pemilihan Perdana Menteri, seperti dalam demokrasi lain di dunia, walaupun ia bukan amalan biasa dikalangan negara Komanwel, namun penggunaan undi popular boleh diambil kira untuk memilih calon Perdana Menteri

Mungkin ada yang akan bertanya: Adakah kerajaan minoriti itu akan dilihat stabil?

Tiada undi tak percaya

Dengan adanya undang-undang antilompat parti, keadaan akan boleh menjadi stabil meskipun ia hanya berstatus kerajaan minoriti.

Mungkin juga ada yang bertanya: Macam mana sekiranya ada undi tidak percaya dikemukakan?

Fenomena undi tidak percaya boleh diatasi melalui sebuah mekanisme yang dipanggil CSA (Confidence-Supply Agreement) atau dikenali juga sebagai perjanjian keyakinan dan pembekalan.

Ia boleh dimeterai di antara kerajaan dengan gabungan politik atau dengan parti-parti tertentu.

Secara mudahnya, melalui perjanjian tersebut sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk.

Sebagai balasan atau imbalan pula, pihak yang memetarai CSA dengan kerajaan minoriti itu tidak akan dibenarkan untuk melakukan perkara tertentu, seperti tidak boleh bertindak mengemukakan undi tidak percaya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apabila Pemimpin Mencintai Dunia Dan Takut MatiKisah Sultan Abdul Hamid II: Benteng Terakhir Umat Islam
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/11/kerajaan-minoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Masih Lagi Tergantung Tiada Parti Yang Dapat Majoriti Mudah

Kerajaan Pahang Masih Lagi Tergantung Tiada Parti Yang Dapat Majoriti Mudah

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 236 hits
KUANTAN Buat pertama kali dalam sejarah tiada parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke 15 memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri di Pahang sekali gus mewujudkan situasi tergantung Berdasarkan keputusan tidak rasmi d...
Bn Yakin Peroleh Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan

Bn Yakin Peroleh Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Sabtu ini Pengarah Pilihan Raya BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keyakinan itu berikutan kedudukan BN pa...
Kerajaan Pimpinan Dsai Mempunyai 148 Majoriti Mp

Kerajaan Pimpinan Dsai Mempunyai 148 Majoriti Mp

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 188 hits
With Gabungan Rakyat Sabah joining the unity government let s take a look at the numbers PH 82 BN 30 GPS 23 GRS 6Warisan 3KDM 1 PBM 1 Independent 2 Total 148 MPsPN has 73 Therefore anwaribrahim has 2 3 support
Bentuk Kerajaan Minoriti Jika Masih Buntu

Bentuk Kerajaan Minoriti Jika Masih Buntu

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 171 hits
Tuty Haryanti Ahmad Rodziam hmetro com myKuala Lumpur Malaysia berisiko menjadi kerajaan minoriti jika blok parti sedia ada gagal mewujudkan gabungan bagi membentuk kerajaan Pakar Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Prof Dr Nik ...
Zahid Hamidi Dedah Agong Campur Tangan Dalam Pembentukan Kerajaan Minoriti Anwar Ibrahim

Zahid Hamidi Dedah Agong Campur Tangan Dalam Pembentukan Kerajaan Minoriti Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 336 hits
Hal ini berlaku selepas Yang Dipertuan Agong menitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional Ahmad Zahid Hamidi 1 Alhamdulillah kemelut p...
Pn Lepasi Majoriti 112 Tubuh Kerajaan Mustahil Tidak Konklusif Saifuddin Nasution

Pn Lepasi Majoriti 112 Tubuh Kerajaan Mustahil Tidak Konklusif Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 194 hits
Kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa gabungan itu telah mendapat Surat Akuan Berkanun melebihi 112 dan boleh membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu adalah mengelirukan dan bertentangan dengan p...
Perlembagaan Benarkan Pembentukan Kerajaan Minoriti

Perlembagaan Benarkan Pembentukan Kerajaan Minoriti

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 233 hits
MOHAMED HANIPA MAIDINPRU 15 di Malaysia tanpa disangka melahirkan fenomena hung parliament atau parlimen tergantung Ini berlaku kerana tidak ada mana mana gabungan politik yang dominan yang berjaya mencapai angka majoriti mudah iaitu 112 ke...
Siapa Pm Baharu Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan

Siapa Pm Baharu Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 237 hits
Semalam setiap orang tidak kira pelusuk kaum dan agama telah turun menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia bagi membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke 15 untuk menentukan tampuk kepimpinan 5 tahun yang akan datang Hari ...
Gabungan Mana Miliki Majoriti Tubuh Kerajaan Belum Terjawab

Gabungan Mana Miliki Majoriti Tubuh Kerajaan Belum Terjawab

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 161 hits
November 20 2022 Anwar Ibrahim menggesa media bersabar ketika mereka menunggu di luar rumahnya di Sungai Long dekat Kuala Lumpur malam ini KUALA LUMPUR Pemimpin politik dilaporkan sibuk hari ini dengan bermulanya rundingan menjalin pakatan ...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Sukan Bekalan Air Se Malaysia 2025

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Managing Stress For Entrepreneurs

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Agong Kurnia Dmij Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas Juruiring Pemangku Sultan Johor Berita Harian

4 Lelaki Dikenakan Bon Berkelakuan Baik Kes Gaduh Perlawanan Bola Sepak

Bagaimana Cara Mencegah Konstipasi Pada Anak Sejak Dini