Kalau Tak Terima Jawatan Mb Tentu Ahli Kata Saya Bodoh Saarani


hmetro.com.my
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
[email protected]

Kuala Kangsar: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan penggabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam pembentukan kerajaan campuran negeri Perak adalah kerana BN yang terdesak mahukan jawatan Menteri Besar.

Beliau berkata, sebaliknya BN Perak sudah bersedia menjadi pembangkang kerana menginsafi bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi BN iaitu sebanyak sembilan kerusi sekali gus bukan dominan.

Katanya, bukan BN yang hendak jawatan Menteri Besar sebaliknya kedudukan itu ditawarkan sendiri oleh PH jika bersetuju dengan kerajaan campuran Perak antara BN dan PH itu.

"BN bersedia menjadi pembangkang sebab kami sedar diri yang kita kalah. Tetapi bila ada mana-mana parti (PH) yang tawarkan kami untuk bentuk kerajaan dan memberi peranan kepada kami untuk turut serta dalam pentadbiran kerajaan, sudah semestinya saya kena terima.

"Kalau tak terima, tentu ahli (BN) akan kata saya bodoh... Betul tak? Tapi (dan) peranan yang ia bagi itu (Menteri Besar) sesuai pada saya sebab saya (sebelum ini) adalah orang yang mengendalikan agenda Perak Sejahtera 2030 , jadi saya nak teruskannya dan sebab itu saya terima," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-15 yang berlangsung di Istana Iskandariah, di sini, petang tadi.

Saarani memberi reaksi itu ketika diminta mengulas berhubung kenyataan segelintir penganalisis politik yang mendakwa BN memilih PH berbanding Perikatan Nasional (PN) adalah kerana hendakkan jawatan Menteri Besar.

Menurut Saarani, BN Perak menerima tawaran PH berhubung jawatan Menteri Besar berbanding dari Perikatan Nasional (PN) yang tidak sempat mengadakan pertemuan empat mata bagi berunding serta diberikan sebarang peranan.

"Berbanding PN, mereka tidak datang berjumpa saya untuk berunding atau diberi sebarang peranan, jadi sebab itu saya pilih PH.

"Memang pada awal pagi 20 November (semalam) saya ada dikunjungi Setiausaha Perhubungan PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, tetapi dia hanya diberikan mandat untuk menguruskan perjumpaan antara saya dengan Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Pengerusi PN Perak).

"Zainol tidak boleh buat apa-apa ketika itu (mengemukakan tawaran). Tetapi pada 10 pagi semalam sebelum hadir mesyuarat Biro Politik Umno, saya berjumpa Peja dan Zainol dan maklumkan pada mereka bahawa saya sudah diberi tawaran oleh PH seterusnya menyarankan agar mereka pula mengemukakan tawaran.

"Namun tiada apa-apa tawaran saya terima daripada mereka (PN). Sedangkan Dun serta kerajaan Perak perlu segera wujud bagi membolehkan Bajet kerajaan negeri diluluskan," katanya yang menyifatkan nama sementara kerajaan perpaduan BN-PH Perak ini sebagai 'Kerajaan Perpaduan Perak'.

Saarani berkata, Mesyuarat Khas Badan Perhubungan Umno Perak diadakan pada malam ini bagi menjelaskan situasi dan keadaan sebenar serta rasionalisasi kepada semua jawatankuasa badan perhubungan mengenai keadaan yang berlaku.

"Malam ini saya akan terangkan kepada semua jawatankuasa badan perhubungan apa sudah berlaku dan Insya-Allah kita akan buat keputusan susulan untuk kita turun padang bagi memaklum dan menerangkan kepada semua ahli mengapa rasionalnya kita ambil tindakan sebegini (perpaduan bersama PH).

Katanya, tiga Exco dari BN akan turut mengangkat sumpah pada 11.30 pagi esok di Istana Iskandariah, di sini.
Disiarkan pada: November 21, 2022 @ 7:57pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/kalau-tak-terima-jawatan-mb-tentu-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lantik Menteri Berwibawa Hapus Jawatan Tidak Perlu Kata Penganalisis

Lantik Menteri Berwibawa Hapus Jawatan Tidak Perlu Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 168 hits
SUDAH tiba masanya untuk Anwar Ibrahim menunaikan janji janji pembaharuannya terutamanya membentuk barisan Kabinet lebih kecil yang mahir dalam mengendalikan keperluan negara kata pakar Mereka berkata perdana menteri baharu itu juga mesti m...
Bn Dan Gps Mungkin Dapat Jawatan Tpm Kata Anwar

Bn Dan Gps Mungkin Dapat Jawatan Tpm Kata Anwar

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 173 hits
PERDANA Menteri baharu Malaysia Anwar Ibrahim memberi bayangan Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak masing masing akan diberi jawatan timbalan perdana menteri dalam kabinetnya nanti Presiden PKR itu berkata memandangkan perdana m
Terima Kasih Hamzah Atas Keprihatinan Kata Shamsul

Terima Kasih Hamzah Atas Keprihatinan Kata Shamsul

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 226 hits
malaysiakini comCalon Pakatan Harapan kerusi parlimen Bagan Datuk Shamsul Iskandar Md Akin berkata bahawa dia percaya pengundi kawasan parlimen itu bijak dalam memilih ahli parlimen baru di Pilihan Raya Umum ke 15 Terima kasih DS Hamzah di ...
Tinggal Empat Hari Saja Pru15 Zahid Punya Bodoh Sombong Ahli Umno Berduyun Duyun Sokong Muhyiddin Dan Pn

Tinggal Empat Hari Saja Pru15 Zahid Punya Bodoh Sombong Ahli Umno Berduyun Duyun Sokong Muhyiddin Dan Pn

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 220 hits
Muhyiddin finding rekindled popularity in Malay heartland Muhyiddin making big inroads into UMNO strongholdsPN legitimate Malay voice from heartlands at UMNO s expense The following has been heavily truncated rearranged and adapted from Mur...
Dakwa Pn Perak Enggan Jumpa Saarani Menipu Kata Peja

Dakwa Pn Perak Enggan Jumpa Saarani Menipu Kata Peja

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 193 hits
agendaily com22 11 2022Perikatan Nasional Perak menemplak kenyataan Pengerusi Barisan Nasional Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang mendakwa pihaknya tidak mahu berjumpa untuk berunding soal penubuhan kerajaan negeri Pengerusi PN Perak Dat...
Mca Keterlaluan Minta Zahid Letak Jawatan Kata Bung Moktar

Mca Keterlaluan Minta Zahid Letak Jawatan Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 375 hits
SETIAP pemimpin Barisan Nasional harus bertanggungjawab dengan keputusan pada Pilihan Raya Umum ke 15 dan bukannya menuding jari mencari siapa yang salah kata Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin Justeru beliau berkata gesaan MCA supaya P
Masalah Dalaman Di Gerik Selesai Tiada Protes Senyap Kata Saarani

Masalah Dalaman Di Gerik Selesai Tiada Protes Senyap Kata Saarani

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 158 hits
PENGERUSI Barisan Nasional Perak Saarani Mohamad menjelaskan tiada sebarang masalah dalaman di kerusi Parlimen Gerik sekali gus menafikan dakwaan kawasan itu sebagai kelabu Saarani berkata hasil lawatan dan pemerhatiannya di Kampung Jong Ge...
Jawatan 3 Tpm Masih Dalam Tawaran Bn Kata Zahid

Jawatan 3 Tpm Masih Dalam Tawaran Bn Kata Zahid

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 208 hits
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata jawatan tiga timbalan perdana menteri adalah tawaran yang diumumkan awal BAGAN DATUK Jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada Sabah Sarawak dan Semenanjung masih lagi ditawarkan jika Barisan Nasional...
Ahli Kabinet Perlu Bebas Pendakwaan Mahkamah Kata Naib Presiden Pkr

Ahli Kabinet Perlu Bebas Pendakwaan Mahkamah Kata Naib Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 155 hits
freemalaysiatoday com November 27 2022 8 22 AMNaib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpandangan individu belum ditentukan bersalah mahupun dalam proses rayuan tidak boleh dilantik menjadi ahli Kabinet PETALING JAYA Jemaah Menteri dilantik ...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Arenaa Batik Boutique Hotel

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua

Malam Ni Kita Makan Mee Kuah Tulang Cara Utaqa Sebab Akak Orang Utaqa Penang

Individu Terkilan Ibu Kritik Gaji Sekolah Tinggi Tapi Gaji Macam Takde Sekolah

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx