Bn Luluskan Projek Musang King Gunung Inas Dakwa Mb Kedah



ALOR SETAR - Kelulusan ladang hutan untuk tanaman getah jenis timber latex clon (TLC) di Gunung Inas dilakukan pada era pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2007, bukannya oleh kerajaan Pas pimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kawasan yang ditanam durian musang king terbabit dipercayai dilakukan penebangan balak antara tahun 2018 dan 2019.
Namun, beliau mendakwa konsep ladang rakyat yang diperkenalkan oleh Azizan digagalkan oleh Menteri Besar selepas itu, iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas kerajaan negeri bertukar tangan pada 2013.
“Ustaz Azizan meneruskan apa yang diluluskan oleh menteri besar sebelum itu cuma bertukar konsep kepada ladang rakyat.
"Tender dikeluarkan untuk kayu balak dan buat kali pertama dalam sejarah, kita peroleh nilai RM11,000 hingga RM17,000 sehektar.
"Apa yang berlaku selepas itu, ladang rakyat dibatalkan di tangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua kali) dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (2016), sama seperti Mukhriz batalkan projek Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba supaya Pas tidak berkembang di Langkawi,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.
Muhammad Sanusi turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ladang rakyat adalah projek gagal kerajaan Pas ketika bawah pentadbiran Azizan (2008 hingga 2013) susulan projek tersebut tidak diteruskan oleh Mukhriz.
“Projek itu bukan gagal, tetapi digagalkan oleh Mukhriz sebab bimbang ladang rakyat akan harumkan nama Azizan kalangan orang miskin.
"Sempatlah tanam getah TLC seluas 162 hektar saja untuk fasa pertama dengan berkonsepkan ladang rakyat, membabitkan 300 peserta rakyat miskin sebelum kerajaan bertukar pada 2013,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi tegaskan, ketika zaman pemerintahan Azizan, tidak berbangkit sebarang isu mengenai ladang rakyat, malah ketika itu musang king pun masih tidak dikenali ramai.
“Tender balak dibuat antara 2010 hingga 2013, tebangan belum berlaku lagi.
"Kalau betul mereka tak setuju sebab mahu selamatkan alam sekitar dan Gunung Inas, mereka boleh batalkan tender dan ladang hutan TLC, bukan batalkan ladang rakyat dan tanam musang king,” ujarnya.
Menurutnya lagi, bagaimanapun semakan perlu dilakukan dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) berhubung tarikh sebenar tender dan tebangan berlaku.
“Asalnya kawasan itu projek usahasama dengan Kedah Agro untuk ladang hutan, dengan unjuran bayaran RM20 juta kepada kerajaan negeri selepas membalak dan bangunkan ladang hutan.
“Ustaz Azizan tidak setuju menyebabkan ia ditender dan dapat sekitar RM80 juta. Kawasan ladang hutan asal tidak termasuk Kompartment Lapan yang menjadi punca air Sungai Kupang.
"Komparment empat, lima dan enam saja kalau tak silap saya, perlu semak JPNK dahulu," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Mukhriz menafikan dakwaan kerajaan Kedah pimpinannya sebelum ini mempunyai kaitan dengan projek ladang durian musang king di Gunung Inas, yang dikaitkan antara punca tragedi banjir dan kepala air di Baling, yang mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 buah rumah pada Isnin lalu.
Mukhriz menerajui Kedah sebagai Menteri Besar bermula Mei 2013 hingga Februari 2016 di bawah era Barisan Nasional (BN) manakala antara Mei 2018 hingga Mei 2020 bawah era Pakatan Harapan (PH) menegaskan, projek ladang sejahtera di Kedah tidak dilaksanakan dengan baik kerana penanaman semula kayu getah, pokok untuk pembalakan komersial atau musang king tidak dilakukan seperti dicadangkan pada awalnya.
Mukhiz mendakwa kerajaan negeri berikutnya yang memulakan kerja-kerja penanaman semula di Kedah, selain berkata bukan penanaman semula yang menyebabkan hakisan tanah dan punca banjir walaupun teres tanaman menyumbang kepada hakisan, sebaliknya penebangan menjadi punca air hujan mengalir terus atas tanah yang terdedah hingga ke dalam sungai lapor Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/07/bn-luluskan-projek-musang-king-gunung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Terdedah Pemilk Syarikat Ladang Musang King Di Gunung Inas Baling

Akhirnya Terdedah Pemilk Syarikat Ladang Musang King Di Gunung Inas Baling

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 1063 hits
Walaupun nama syarikat yang bertanggung jawab menanam pokok durian Musang King tidak di dedahkan oleh MB Kedah tetapi ianya terdedah juga Nama Syarikat terbabit adalah ECK Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat di bawah ECK Group ECK group ju...
Baling Floods Musang King Planting Project In Gunung Inas Must Be Stopped Says Mp

Baling Floods Musang King Planting Project In Gunung Inas Must Be Stopped Says Mp

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 267 hits
Baling MP Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim said he had previously submitted a memorandum objecting to the Musang King durian planting project in Gunung Inas to Mentri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Bernama photo BALING The Musang...
Pengarah Jabatan Hutan Dakwa Tiada Salah Laku Projek Ladang Durian Di Gunung Inas

Pengarah Jabatan Hutan Dakwa Tiada Salah Laku Projek Ladang Durian Di Gunung Inas

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 258 hits
ALOR SETAR Jabatan Perhutanan Kedah mengesahkan tiada sebarang salah laku dikesan dalam projek ladang durian di Gunung Inas Baling berikutan projek itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum 2019 Pengarahnya Muhamad Abdullah berkata ...
Sanusi Dakwa Kawasan Musang King Dibalak Zaman Mukhriz Mb

Sanusi Dakwa Kawasan Musang King Dibalak Zaman Mukhriz Mb

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 221 hits
Banjir di Baling pada Isnin lalu mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah selain beratus lagi kediaman rosak PETALING JAYA Muhammad Sanusi Md Nor menafikan ladang rakyat adalah projek gagal kerajaan Kedah bawah pentadbiran menteri b...
Tanam Musang King Atas Gunung Kebebalan Apakah Ini

Tanam Musang King Atas Gunung Kebebalan Apakah Ini

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 212 hits
Jadi kita mahu betulkan anggapan sesetengah pihak bahawa berlakunya pembalakan aktif yang menjadi punca berlakunya kepala air di sungai itu katanya kepada BERNAMA Sementara itu Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahi
Buat Apa Saya Nak Lindungi Musang King Saya Tak Ada Kepentingan Mb Kedah

Buat Apa Saya Nak Lindungi Musang King Saya Tak Ada Kepentingan Mb Kedah

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 217 hits
Buat apa saya nak lindungi Musang King Saya tak ada kepentingan MB KedahFoto Malay MailMenteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini menegaskan yang beliau tidak mempunyai kepentingan terhadap projek tanaman durian Musang K...
Mukhriz Dakwa Ahmad Bashah Yang Lulus Ladang Musang King Di Baling

Mukhriz Dakwa Ahmad Bashah Yang Lulus Ladang Musang King Di Baling

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 265 hits
agendaily com12 07 2022Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa seorang lagi bekas MB Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang meluluskan penanaman Musang King di Baling Selepas penafian Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berh...
Kedah Mb Denies Having Personal Interest In Musang King Durian Farm

Kedah Mb Denies Having Personal Interest In Musang King Durian Farm

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 301 hits
Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor today stressed that he had no personal interest in the Musang King durian farm project in Gunung Inas which is being claimed to be the cause of the massive floods here two days ago Sanusi said the ...
Azeez Rahim Dakwa Tanaman Musang King Punca Kepala Air Sanusi Jawab Belum Sah

Azeez Rahim Dakwa Tanaman Musang King Punca Kepala Air Sanusi Jawab Belum Sah

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 293 hits
Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa projek tanaman Musang King menjadi punca kejadian kepala air di Baling namun Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata dakwaan itu perlu disahkan terlebih dulu BALING Ahli Parlimen Balin...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Share Sini

Purrfect Plushies Mimi Tam Tam Kenangan Coffee

Shandy Jangan Sampai Berpisah Chord

Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Program Ibadah Korban 1446h 2025