Bn Hampir Lumpuh Guna Lambang Umno Zahid Diberitahu


freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli-01 Jul 2024
Penganalisis berkata lambang Umno dalam politik ‘masih kuat dan lebih berkesan’ berbanding BN.
Pengerusi BN Zahid Hamidi dilaporkan berkata gabungan itu akan terus bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU16, namun menggunakan lambang sendiri. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) yang dilihat sebagai ‘entiti hampir lumpuh’ sepatutnya menggunakan lambang Umno pada PRU16, kata penganalisis politik.
Azmi Hassan.Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, lambang Umno dalam politik ‘masih kuat dan lebih berkesan’ berbanding BN.

“Sepatutnya guna lambang Umno kerana simbol Umno dalam politik masih kuat berbanding BN itu sendiri,” katanya kepada FMT.

Umno adalah pemegang terbesar daripada 30 kerusi Parlimen dimenangi BN pada PRU15 iaitu 26, diikuti dua oleh MCA serta masing-masing satu dimiliki MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Semalam, Pengerusi BN Zahid Hamidi dilaporkan berkata gabungan itu akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU16, namun masing-masing bertanding menggunakan lambang sendiri.

“Insya-Allah PRU akan datang kita akan gunakan lambang BN. Ini bukan bererti kita lari daripada kesepakatan kerajaan perpaduan. Maksudnya PH boleh tanding guna lambang PH dan kita tanding dengan lambang kita, tapi dari segi kerjasama, kita jalinkan.

“Asalkan kawasan yang kita bertanding itu tidak ditandingi oleh mereka, dan kita tidak bertanding di kawasan yang mereka tanding itu,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno Maran.

Menyifatkan kenyataan Zahid bukan pelik, Azmi tidak nampak keperluan BN atau Umno menggunakan lambang PH seperti dilakukan PKR, DAP dan Amanah.

“Kerana (PKR, DAP dan Amanah) sebahagian yang membentuk PH dan Umno sebagai membentuk BN. Tidak mengejutkan menggunakan lambang BN pada PRU16 nanti,” katanya.
Bilcher Bala.Sementara itu, Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah berpendapat keputusan BN menggunakan lambang sendiri pada PRU16 tepat dengan statusnya sebagai komponen parti sendiri.

Katanya, BN harus menggunakan lambang sendiri supaya tidak mengelirukan pengundi di kawasan dikuasai mereka.

Menurutnya, bagaimanapun kerjasama dengan PH tertakluk kepada keputusan PRU16 nanti.

“Sekiranya ada salah satu komponen mengalami kekalahan teruk atau gabungan kedua-duanya gagal mencapai kemenangan dua pertiga kerusi, akan berlaku lagi percaturan kerjasama baharu untuk layak menubuhkan kerajaan persekutuan nanti,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/bn-hampir-lumpuh-guna-lambang-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blackrock Pertahan Urus Niaga Mahb Zahid Berisiko Disingkir Umno

Blackrock Pertahan Urus Niaga Mahb Zahid Berisiko Disingkir Umno

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 594 hits
Ainin Wan SallehPETALING JAYA Kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi yang parti itu tidak menentang pengambilalihan saham Malaysia Airports Holdings Berhad oleh syarikat dikaitkan dengan BlackRock boleh menjejaskan popularitinya dalam parti k...
Zahid Risks Ouster From Umno Over Mahb Deal Says Analyst

Zahid Risks Ouster From Umno Over Mahb Deal Says Analyst

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 744 hits
Ahmad Fauzi Abdul Hamid says Ahmad Zahid Hamidi s backing of the share sale exercise may further damage his popularity within the party Umno president Ahmad Zahid Hamidi s insistence that the party is not opposed to the sale of shares in Ma...
Many Ex Members Applying To Rejoin Umno Says Zahid

Many Ex Members Applying To Rejoin Umno Says Zahid

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 283 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi said the membership applications would be decided by the party s Supreme Council JELI Many former Umno members have applied to rejoin the party Umno president Ahmad Zahid Hamidi said today He said the appli...
Pemimpin Umno Kata Pujukan Fadhli Bukti Pas Terdesak Pertahan Sg Bakap

Pemimpin Umno Kata Pujukan Fadhli Bukti Pas Terdesak Pertahan Sg Bakap

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 434 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari disifatkan terdesak apabila memujuk ahli Umno menyokong Perikatan Nasional termasuk pada PRK Sungai Bakap dengan alasan untuk menyelamatkan parti itu Ahli Majlis Kerja Tert...
Umno Tidak Akan Masuk Lubang Biawak Dua Kali Puad Zarkashi

Umno Tidak Akan Masuk Lubang Biawak Dua Kali Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 679 hits
utusantv comOleh July 1 2024Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad ZarkashiAHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menolak kemungkinan UMNO akan kembali bekerjasama dengan Pas dalam pentas politik negara Ma...
Kami Tak Perlukan Syed Abu Hussin Umno Bukit Gantang

Kami Tak Perlukan Syed Abu Hussin Umno Bukit Gantang

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 220 hits
Pihaknya tidak akan menerima pengkhianat seperti dilakukan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang menyertai Bersatu selepas Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Kami dah ada calon sendiri kami tak perlukan Syed Abu Hussin mewakili Umno k...
Yang Mampu Kembalikan Kekuatan Umno Adalah Akar Umbi Pesan Ismail

Yang Mampu Kembalikan Kekuatan Umno Adalah Akar Umbi Pesan Ismail

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 288 hits
freemalaysiatoday com 30 Jun 2024 07 24 PMBekas naib presiden Ismail Sabri Yaakob berkata komuniti setempat harus didekati dan media sosial dikuasai Bekas naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata tonggak kekuatan Umno adalah di bahagi...
Persiden Umno Umum Bn Akan Berkerjasama Dengan Ph Hadapi Pilihan Raya Umum Ke 16

Persiden Umno Umum Bn Akan Berkerjasama Dengan Ph Hadapi Pilihan Raya Umum Ke 16

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 186 hits
MARAN Barisan Nasional akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 16 kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Bagaimanapun beliau berkata BN dan PH akan masing masing bertanding menggunakan ...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee