Bn Anti Anak Muda Mahu Sokongan Anak Muda



BN anti anak muda, mahu sokongan anak muda?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: August 21, 2022
ShareNiat sebenar para Menteri BN dalam mengalu alukan penglibatan anak muda dalam politik dipersoalkan.
Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Haziq Azfar Ishak, pada ketika Menteri BN mahukan sokongan anak muda kepada mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, pada sisi lain mereka pula mahu memperketatkan penglibatan anak muda mahasiswa dalam parti politik.
Oleh itu, beliau tertanya tanya adalah kerajaan menganggap anak muda tidak lebih sebagai ‘penyokong bisu’ dalam politik negara.
“Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam ucapannya melancarkan Hari Belia Negara peringkat Negeri Selangor di ‘daerah angkatnya’ di Kuala Selangor menyatakan kemampuan Undi18 untuk menyediakan pelantar politik yang lebih segar dan keupayaannya untuk mengetengahkan suara generasi muda.
“Menteri Pengajian Tinggi, Dr Noraini Ahmad pula dalam ucapannya berkata Kementerian komited memberikan pendedahan dan kefahaman kepada para mahasiswa agar cakna sistem demokrasi, pilihan raya dan politik negara.
“Ironinya, dalam minggu ini juga negara kita dikejutkan dengan beberapa cubaan mengekang kebebasan berpolitik mahasiswa yang merupakan salah satu kumpulan pengundi Undi18 melalui satu cadangan pengenalan Peraturan-Peraturan Universiti (Pelajar Berpolitik di Dalam dan di Luar Kampus) 2022.
“Melalui peraturan ini, sebarang aktiviti politik sama ada secara partisan atau tidak partisan, tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada pihak universiti,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, rakyat harus melihat sikap hipokrit dan genetik penindas dalam diri pemimpin Umno sejak berdekad dekad lalu kini muncul semula pada era pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Haziq lagi, meminda akta dan menghadkan kebebasan berpolitik untuk mahasiswa adalah usaha mensabotaj kebebasan yang telah diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan dalam pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti pada tahun 2019 lalu.
“Hal ini dilihat seperti satu usaha untuk menimbus dan menarik semula kebebasan berpolitik termasuk di dalam kampus yang diberikan kepada mahasiswa pasca pindaan Seksyen 15(2)(c) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 pada tahun 2019, sekali gus mengkhianati semangat pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan pengundi berumur 18 tahun dan ke atas untuk mengundi.
“Kita juga dikejutkan dengan pendakwaan yang dikenakan kepada Aliff Naif, Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa yang merupakan seorang anak muda dan pengundi kali pertama, hanya kerana bersuara mengangkat isu rakyat sekali gus sekali lagi mengkhianati semangat pelaksanaan Undi18 ini.
“Saya menggesa PM Datuk Seri Ismail Sabri menghentikan ‘kegilaan’ yang berlaku melalui beberapa siri pengkhianatan terhadap semangat pelaksanaan Undi18 ini, dan memenuhi maqasid membenarkan pengundi muda mengundi dengan memberikan kebeb
asan untuk meneroka dan mengetengahkan pandangan sebagai salah satu proses melahirkan pengundi muda yang matang,” katanya lagi.
Haziq menyeru agar kerajaan BN berfikir lebih rasional dalam tindakan mereka kerana segala jawatankuasa yang ditubuhkan dan program-program kesedaran mengundi untuk Undi18 tidak akan berhasil sekiranya dalam masa sama kerajaan cuba mengekang kebebasan pengundi muda daripada bergiat dalam politik.
Beliau berkata, tidak wajar Kerajaan BN balik semula ke era 1970an lalu yang memandulkan aktivisme dalam kalangan mahasiswa, dan mahu mereka menjadi ‘lembu dicucuk hidung’ mengundi parti itu dalam pilihan raya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/bn-anti-anak-muda-mahu-sokongan-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Para Polisi Muda Peringati Hut Ri Ke 77 Di London Ada Ipda Mesya Anak Eks Kasau

Para Polisi Muda Peringati Hut Ri Ke 77 Di London Ada Ipda Mesya Anak Eks Kasau

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 203 hits
Kemeriahan peringatan Hari Ulang Tahun RI ke 77 rupanya tak hanya dirasakan oleh masyarakat di Indonesia saja tetapi juga para WNI yang tinggal di luar negeri Berikut potret beberapa polisi muda anggota Polri rayakan kemerdekaan RI di Londo...
Hiburan Tukar Bini Muda Mesti Ada Anak Umum Henti Rawatan Ivf Isteri Izzue Islam Pula Dihina

Hiburan Tukar Bini Muda Mesti Ada Anak Umum Henti Rawatan Ivf Isteri Izzue Islam Pula Dihina

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 322 hits
Setelah hampir 9 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri pelakon Izzue Islam dan isterinya Awin Nurin tidak pernah berhenti usaha serta doa untuk dikurniakan cahaya mata Baru baru ini Izzue memaklumkan kepada pihak mStar bahawa di...
Beruntungnya Orang Malaysia Anak Muda Meninggal Depan Makam Rasulullah

Beruntungnya Orang Malaysia Anak Muda Meninggal Depan Makam Rasulullah

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 234 hits
Bismillahir Rahmanir Rahim Salaamun Qaulam Min Rabbir Rahiim Jenis jenis Kematian 1 Mati Syariat Reput relai hancur binasa tubuh jasadnya didalam kubur 2 Mati Tarekat Yakni tubuh jasadnya tidak rosak binasa tetapi dalam keadaan kering kesem...
Laptop Lebih Bermanfaat Anak Muda Pertikai Projek Tablet Perantisiswa Annuar Musa

Laptop Lebih Bermanfaat Anak Muda Pertikai Projek Tablet Perantisiswa Annuar Musa

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 170 hits
Seorang anak muda mempertikaikan projek Tablet PerantiSiswa oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa kerana penggunaan tablet tidak sama dengan kapasiti laptop Anak muda yang dikenali Asraff Jeffery menyifatkan projek itu satu pem...
Yot Luncurkan Phoenix United Komunitas Anak Muda Belajar Leadership

Yot Luncurkan Phoenix United Komunitas Anak Muda Belajar Leadership

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 269 hits
Phoenix United merupakan sebuah komunitas yang memiliki visi untuk memberi insight inspirasi dan lingkungan yang suportif kepada anak anak muda Indonesia untuk membangun negri dengan cara yang fun
Kesukaran Bagi Anak Muda Untuk Membeli Rumah Dan Kereta

Kesukaran Bagi Anak Muda Untuk Membeli Rumah Dan Kereta

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 217 hits
Pada pendapat saya yang rendah hati saya rasa hampir mustahil bagi anak muda Malaysia untuk membeli rumah dan kereta sendiri Apabila saya menyebut rumah saya juga akan memasukkan pangsapuri kerana ia adalah istilah yang longgar Setelah meli...
Marah Marah Anak Tak Duduk Diam Bercuti Tu Perlu Tapi Biarlah Anak Anak Seronok

Marah Marah Anak Tak Duduk Diam Bercuti Tu Perlu Tapi Biarlah Anak Anak Seronok

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 196 hits
Bila masuk sahaja cuti sekolah mulalah mak ayah merancang macam macam agenda untuk bawa anak bercuti Sebenarnya nak bercuti tak salah namun biar bonding dengan anak sampai pada mereka dari sudut positif Inilah yang cuba dikongsikan oleh Ber...
Ada Kesan Terbakar Pada Lengan Anak Maut Disambar Petir Dalam Bilik Tidur

Ada Kesan Terbakar Pada Lengan Anak Maut Disambar Petir Dalam Bilik Tidur

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 215 hits
Tak sangka dentuman petir yang kuat menyebabkan seorang anak maut dalam bilik tidurnya Kejadian yang berlaku pada murid tahun enam ini benar benar mengejutkan ahli keluarganya Mangsa maut dipercayai disambar petir ketika sedang berbual deng...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah