Bn 30 Kerusi Bersatu 20 23 Lagi Untuk Parti Gabungan Lain




Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) dikatakan sudah memperoleh sekurang-kurangnya 30 kerusi untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, sementara 20 kerusi sudah dipersetujui untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Sumber kedua-dua parti itu yang dihubungi memaklumkan, jumlah itu yang sudah diputuskan setakat kini, selebihnya masih dalam proses rundingan akhir, yang dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat, sebelum hari penamaan calon 12 September ini.
DUN Sabah kini mempunyai 73 kerusi, pertambahan sebanyak 13 lagi kerusi berbanding 60 ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Tanpa menjelaskan secara terperinci kerusi DUN yang ditandingi, sumber BN itu memaklumkan majoriti kerusi yang akan mereka tandingi adalah kawasan yang dimenangi dalam PRU-14.
"BN pertahankan kerusi yang mereka menang dalam PRU lalu. Cuma ada beberapa kerusi (yang menang) dilepaskan (kepada BERSATU)," katanya sambil memaklumkan sebahagian agihan kerusi yang masih belum selesai itu juga membabitkan parti lain termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
Ditanya sama ada jangkaan akan wujud pertembungan sesama sendiri jika rundingan di beberapa kerusi gagal, beliau tidak menolak ada kemungkinan itu, namun menegaskan ia hanya membabitkan jumlah yang terlalu kecil.
Sementara itu, sumber pemimpin BERSATU Sabah pula mengakui jumlah kerusi yang diterima mereka lebih kecil dan rundingan masih dijalankan untuk memperoleh beberapa lagi kerusi tambahan.
Secara asasnya, BERSATU Sabah dan UMNO bersetuju untuk kedua-duanya tidak bertembung sesama sendiri, namun mengakui ada sebilangan kerusi agak sukar untuk dirundingkan.
"Kerana masing-masing mahu kerusi itu, kami akan cuba 'fight' (lawan) lagi," katanya turut menjelaskan calon BERSATU juga akan bertanding di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu.
Kemunculan BERSATU pada PRN kali ini menyebabkan UMNO terpaksa melepaskan beberapa kerusi yang mereka tandingi dalam PRU lalu kepada calon BERSATU.
Dalam PRU 2018, BN bertanding di 60 kerusi DUN Sabah dan menang di 29 kerusi, sementara Parti Warisan Sabah (WARISAN) menang di 21 kerusi, tewas di 24 kerusi DUN yang mereka tandingi.
DAP pula menang di enam kerusi daripada tujuh kerusi yang mereka tandingi, sementara PKR tewas di enam kerusi dan hanya menang dua kerusi DUN. STAR pula menang di dua kerusi, namun tewas di 16 lagi kerusi yang mereka tandingi, sementara Parti Cinta Sabah tewas di semua 18 kerusi yang mereka tandingi sebelum ini.
Sebelum ini, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman, memaklumkan kekal dengan pendirian untuk bertanding secara sendirian pada PRN Sabah tanpa menjalin kerjasama dengan mana-mana parti di negeri itu dan Semenanjung, biarpun ada usaha dari BN untuk meminta kedua-dua parti berunding.
Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan BN Sabah akan menampilkan tokoh baru anak tempatan dalam PRN hujung bulan ini.
"(Datuk Seri) Bung (Mokhtar Radin) dan BN Sabah sudah bersedia menampilkan tokoh-tokoh baru anak Sabah yang akan memperjuangkan kemajuan dan pembangunan Sabah," katanya.
Semalam, Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah memaklumkan, senarai calon UMNO Sabah sudah siap kira-kira 90 peratus dan pengumumannya akan mula dibuat pada Selasa atau Rabu ini.

#Sumber :  BH  

MR :  Harap kerjasama PN menjadi makin kukuh dan petunjuk untuk PRU-15  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/bn-30-kerusi-bersatu-20-23-lagi-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Tak Akan Bagi Satu Kerusi Pun Pada Bersatu Kata Mt Umno

Kita Tak Akan Bagi Satu Kerusi Pun Pada Bersatu Kata Mt Umno

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 328 hits
by on 8 25 2020 04 05 00 PmTanjung Malim Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan tidak akan berkompromi terhadap mana mana kerusi telah dimenangi di dalam pilihan raya umum ke 14 yang lalu Ahli MKT Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata keputusa...
Bersatu Adalah Parti Toksid Lebih Baik Umno Jangan Bekerjasama Dengannya

Bersatu Adalah Parti Toksid Lebih Baik Umno Jangan Bekerjasama Dengannya

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 288 hits
Dalam konteks bekerjasama dengan lain lain parti untuk menghadapi PRU akan datang apakah pilihan yang terbaik buat UMNO Apakah bekerjasama dengan Pas melalui MN sudah merupakan pilihan yang mampu membolehkan UMNO kembali berkuasa dan mendud...
Parti Anifah Lawan Semua Parti Tanding Semua Kerusi

Parti Anifah Lawan Semua Parti Tanding Semua Kerusi

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 284 hits
Parti Cinta Sabah hari ini mengumumkan ia akan bertanding di semua kerusi yang bakal dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri menghadapi semua parti di 73 DUN terbabit Presiden Anifah Aman menegaskan perkara itu selepas Pengerusi Barisan Na...
Muktamad Bn Akan Ambil Semula 16 Kerusi Ahli Parlimen Yang Lompat Ke Bersatu

Muktamad Bn Akan Ambil Semula 16 Kerusi Ahli Parlimen Yang Lompat Ke Bersatu

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 356 hits
1 502 total views 915 views today Majlis Tertinggi Umno memutuskan bahawa BN akan bertanding di kerusi yang mana ahli parlimennya berpaling tadah selepas menang pada PRU14 Kerusi kerusi yang BN menang dulu yang melompat maka kita ambil bali...
Selepas Dicemoh Di Slim Umno Pas Pula Tidak Akan Bagi Kerusi Kepada Bersatu

Selepas Dicemoh Di Slim Umno Pas Pula Tidak Akan Bagi Kerusi Kepada Bersatu

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 418 hits
BORHAN AHMAD Selepas ahlinya dicemoh dalam siri kempen pilihan raya kecil Slim tekanan kepada Bersatu khasnya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin kuat dari Umno termasuk tidak akan memberikan kerusi yang dituntut Bersatu Umno sudah be...
Bersatu Hanya Boleh Menang 3 Kerusi

Bersatu Hanya Boleh Menang 3 Kerusi

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR Kurang tiga minggu lagi penamaan calon pili han raya negeri Sabah 12 September depan namun parti parti yang akan bersaing masih belum mencapai kata sepakat dari segi pengagihan bilangan kerusi yang akan ditan dingi Baik Barisan...
Saya Tak Kritik Saya Tak Campur Urusan Parti Lain Sebagai Penasihat Parti Saya Sekadar Menasihat Kata Kuli

Saya Tak Kritik Saya Tak Campur Urusan Parti Lain Sebagai Penasihat Parti Saya Sekadar Menasihat Kata Kuli

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 241 hits
GUA MUSANG Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan akan tetap memberi pandangan dan nasihat kepada ahli parti selagi menjawat jawatan itu Tengku Razaleigh berkata pandangannya dalam semua perkara berkaitan parti a...
Bersatu Nafi 70 Peratus Ahli Keluar Parti Ahli Yang Didaftarkan Sudah Lebih 500 000 Di Seluruh Negara Hamzah Zainudin

Bersatu Nafi 70 Peratus Ahli Keluar Parti Ahli Yang Didaftarkan Sudah Lebih 500 000 Di Seluruh Negara Hamzah Zainudin

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 360 hits
34 total views 34 views today KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyangkal dakwaan bahawa 70 peratus ahlinya keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Pejuang Tanah Air Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin ber...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara