Blueberries Cheese Tart Sedap
Petikan kuliah Ustaz Jafri Abu Bakar sesiapa yang dalam satu hari tidak ingat akan kematian adalah termasuk dalam golongan orang yang lalai. Sementara hidup, berusaha lah membuat amal untuk memadamkan dosa. Jika kita mati dalam keadaan berdosa, maka dosa itu akan dibawa ke padang Masyhar maka ketika itu, kita akan berada dalam keadaan sesal yang amat sangat kerana dosa dah tak dapat dipadamkan lagi.
Nilai dosa adalah azab. Jangan bertangguh membuat amal. Orang yang bertangguh buat kebaikan adalah adalah tanda orang yang tenggelam dengan dosa. Tandanya jalah malas untuk melakukan ibadah. Malas solat sunat malas membaca Al Quran.
Ustaz cadangkan kita mula membuat amalan yang sikit sahaja. Pertama ialah solat sunat tahajjud paling minima 2 rakaat. Niat bersungguh sungguh untuk buat solat sunat tahajjud.
Waktu di Padang Masyhar kita akan berada dalam keadaan sangat siksa. Bertelanjang, sesak dan semak, padat dan ketat. Berdiri hanya dihujung jari, matahari tegak di atas kepala sehingga menggelegak otak, peluh hingga tenggelam dagu. Lapar hingga terbakar perut, tekak rasa terpotong sebab terlalu dahaga.
Allah akan biarkan kita dalam posisi itu selama 70 tahun. Matahari lebih panas dari matahari di dunia. Sesiapa bangun tahajjud akan masuk syurga Allah tanpa ditimbang mizan dan tak melalui titian sirat. Kalau nak, kena belajar bangun tahajjud. Orang yang bangun tahajud dalam surah Israk ayat 79. Kita harap kita ada dalam golongan ini. Allah akan beri kepada nya kemuliaan tempat duduk terpuji.
Kedua, mulai membaca Al Quran. Sikit pun tak apa. Hatta 10 ayat sehari pun tak apa. Apa nak jawab di hadapan Allah kenapa kita tak baca Al Quran. Berani tak kita menjawab begitu di hadapan Allah. 1440 minit satu hari. Tak kan lah 5 minit untuk baca Al Quran pun tak boleh?
Mulakan hari dengan melihat kalam Allah dulu sebelum tengok benda lain. Waktu afdal untuk baca Al Quran adalah sebelum matahari naik.
Ketiga, kena solat berjemaah di masjid terutama lelaki. Solat sorang dapat pahala satu untuk 4 rakaat. Tapi kalau berjemaah dapat 27 pahala. Terutama solat Subuh dan Isyak. Pahala Isyak berjemaah seolah bangun qiamullail separuh malam. Siapa solat Subuh berjemaah seolah qiamullail sepanjang malam.
Tanda Allah sayang ialah Allah jemput ke rumah Allah walaupun rumahnya jauh dari rumah Allah. Ada orang dapat perlindungan arasy Allah ialah orang lelaki yang hati nya terikat dengan masjid.
Keempat, tolong jaga wudhu. Supaya tak putus. Bila batal, ambil balik. Seorang yang suka berwudhu akan dapat 2 perkara iaitu sentiasa teringin nak solat dan kedua malaikat akan duduk berdamping dan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa kita dan supaya Allah sayangkan kita.
Di Padang Masyhar macam mana Rasulullah kenal umat baginda yang hidup selepas baginda. Jawab Rasulullah, dari wajah mereka bercahaya kerana wudhu mereka seolah kuda putih berada di kalangan kuda hitam.
Kelima, tolong Istighfar setiap hari. Astagfirullaahal adziim. Nabi sebut orang yang banyak istighfar, selain keampunan dosa, Allah akan bagi 3 benda. Kemudahan atas segala kesulitan. Allah permudah jalan keluar. Kedua Allah akan bagi kesenangan atas segala kesakitan. Sakit, Allah bagi sembuh. Ketiga, akan diberi rezeki dalam jalan yang tak disangka sangka.
Sebelum kita melihat resepi, kita bercerita sedikit bab Blueberries cheese tart kegemaran anak anak saya ini. Boleh klik di SINI. Jangan lupa melihat youtube di Instagram Azie Kitchen untuk menyediakan Blueberrries Cheese Tart.
Untuk kali ini, Juita membeli kulit yang telah siap di kedai Bakeri. Kalau mahu membuat sendiri, boleh lihat di SINI entri penyediaan cheese tart yang lengkap dari penyediaan kulit sehingga inti nya. Jom layan resepi yang digunakan hari ini...
Blueberry Cheese TartOleh: Azie KitchenMenghasilkan: 24 biji Pastri:100 gram mentega (salted)75 gram gula halus200 gram tepung gandum1 biji telur ½ sudu kecil esen vanila
Putar butter dengan gula sehingga sebati. Masukkan telur serta esen vanilla dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan tepung dan digaul rata sehingga menjadi doh. Bulat bulatkan doh dan tekan di atas acuan tart. Cucuk dengan garfu untuk mengeluarkan udara. Acuan tak perlu di gris. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga keperangan. Keluarkan dari acuan dan pastikan tart shell benar benar sejuk, baru dimasukkan blueberries filling.
Nota:
Kalau menggunakan acuan, boleh ratakan permukaan tepi dengan pisau.Tart shell boleh disediakan awal awal dan dimasukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
Cream Cheese Filling:
250gram cream cheese- lembut
20gram butter (salted)- lembut
60 gram gula kaster
1 biji telur
Putar cheese, butter dan gula sehingga kembang dan berkilat. Masukkan telur dan putar hingga sebati. Sudukan blueberries ke dalam pastri tart yang telah dibakar tadi. Kemudian tuang adunan cheese atas blueberries hingga menutupi bahagian filling dalam pastri. Buat pattern dengan melorek menggunakan toothpick. Bakar pada suhu 160C selama 10 minit. Angkat dan boleh dihidangkan. Sedap dimakan sejuk, jadi boleh di simpan di dalam peti sejuk seketika.
Nota
Biarkan cheese dan butter seketika tapi jangan sampai ke suhu bilik. Biarkan masih sejuk sedikit ketika diputar. Sebaiknya mula memutar filling cheese setelah selesai memasukkan filling blueberries ke dalam crust supaya cheese tidak lama berada di luar. Siap jer, boleh terus dituang ke dalam crust. Cheese Tarts yang telah siap di simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2016/10/blueberries-cheese-tart-sedap.html