39 Port Makan Sedap Terengganu 2022


kedai makan viral kuala terengganu 
Mencari tempat makan best di Kuala Terengganu?
kedai colek kuala terengganu 
Entri kali ni Mamy tak mboh cakak banyok, tak boh sembang panjang-panjang. Ambe cume nok campok senarai 39 tempat makan best Terengganu je, pahtu sek mung Waze je la lokasi tempat die neh?! tempat makan malam best di kuala terengganuSenarai Pantas 30 Port Makan Sedap TerengganuPort Makan Sedap Terengganu 2022
Makan Pagi di Kuala Terengganu1. Nasi Dagang Merbau Patah2. Coffee Garden Gong Datok Batu Rakit 3. Nasi Minyak Atas Gong4. Nasi dagang Kak Pah Batu Burok5. Nasi Dagang Atas Tol6. Nasi Dagang Kak Jah Bukit Besar7. Nasi Kerabu Ayam Bakar Kak Yah8. Hot Hot Roti Canai9. Fauzi Nasi Kerabu10. Gudang Makang
Makan Tengah hari11. Gulai Kawah Dapur Kayu Ayoh De Wakaf Beruas12. Singgang Budu13. Nasi Kukus Tonggek 14. Nasi Ayam Hainan (Food Court Pantai Batu Burok)15. Kak Yah Ikan Bakar16. Oliva Cafe17. Medan Ikan Bakar Bawah Jambatan18. Gossip Kitchen
 Warung Minum Petang19. Cairo Shawarma Kg laut depan masjid lama 3-7pm20. Warung Pok Nong (Ikan Celup Tepung-ICT)21. The Beach Box Coffee & Pasta22. Dynar Lekor Buluh Gading23. HR Mee Champa Kuala Terengganu24. Kedai Kuih Gong Kapas25. Qawa Coffee26. Star Anise Cafe
Makan Malam
 27. NR Seafood Village 28. Nasi Lemak RM2 Batu Enam 5pm sampai habis style tranung ada kangkung 29. Zie’s Corner (western) 30. Pokoks Cafe Bukit Bayas 4pm 12am 31. Hazlan Bistro 32. Martion Steak 33. Kambing Bakar Guangzhou 34. Uptown Kontena Dapo Pata 5 pm 1 am (megi buluh 35. D’Ganu Cafe Steamboat 36. Rahsia Kitchen 37. The Syrup VS Soda 38. Simpang Corner 39. Air Buah Gelas Besar Terengganu Di bowoh nim, Mamy letok siak-siak 30 list sekaligus untuk memudohkan awok-awok mung cari sekali lalu. Tapi senarai tempat makan ni ambe dok susung ikut ranking neh. Tapi ambe petik secara rambang hok mane yang terlintas dulu di pikirang ambe
kedai ikan bakar kuala terengganu Jadi mana kedai makan hok berkenan di hati, mung klik je kat nama restoran tu,nanti tubek la details die. Okeh setakat ni bereh
citarasa anok tranungNasi Dagang Merbau Patah Surau Hj Mat

Lokasi :  E-167, Kampung Merbau Patah, 21070 Kuala TerengganuJam operasi : 8am - 12pm (sabtu tutup)tempat makan di pantai batu burokSo far bagi tekak Syu, nasi dagang kat sini adalah yang paling sedap! Kuih muih pun banyak. Syu suka konsep kuih yang dibungkus siap-siap dalam pembungkus plastik, sangat hygiene. Tidak lah tercemar dengan habuk dari udara dan tangan-tangan orang lain walaupun ada disediakan penyepit. Tak kira kalau nak dine-in sekalipun, tetap kena ambil sebungkus juga. Tak boleh pilih ala-carte
restoran mangkuk kuala terengganuKalau dilihat dari luaran kedai ini memang nampak sederhana dan ala-ala kedai kampung gitu saja, tapi dengan kekuatan resepi nasi dagang turun temurun menjadikan warung ini bertahan dan masih tinggi permintaannya. Selain sedap, harganya juga sangat berpaptutan berbanding harga nasi dagang di kedai lain sekitar sini

Terletak berhadapan dengan Surau Haji Ahmad (surau Haji Mat), anda boleh tumpang mendengarkan kuliah pagi dari surau tersebut. kalau di Kelantan, alunan bacaan ayat quran dari masjid Muhammadi berkumandang, menemani waktu makan pagi di sana. Tapi di sini, kita dapat dengar kuliah agama di pagi hari sambil bersarapan. Momen sebegini benar-benar membuatkan mamy selalu teringat-ingat akan Terengganu dan Kelantan. Sebab di Perak, kami tak dapat suasana begini..iskk

Coffee Garden 

Lokasi : Lot 22785 Depan Petronas Gong Datok, 21030, TerengganuJam operasi: 8am - 10pmkedai makan kuala nerusTerletak di Gong Datok mukim Batu Rakit, betul-betul di pagar belakang UNISZA. Bagi yang mengidamkan suasana sarapan pagi yang tenang dan cozy, bolehlah datang ke sini untuk menikmati nasi lemak pandan lauk rendang yang menjadi signature cafe ini. kedai makan gong badakTapi kalau awak tanya mamy Syu, yang paling best di Coffee Garden ini dalah minuman Mocha Frappe dia. Fuh sedap sangat! Good job dear barista Coffe Garden! Digandingkan pula dengan Korean Spicy Chicken dia. Pergh! Eh spageti Aglio Olio pun best kat sini. Reommended

Oh ya, di Coffee garden ini bukan hanya menyajikan makanan barat, set nasi makan tengahari pun ada ya. Boleh pilih varisai et nasi dari set Tom Yum Gong, atau Seafoods, or mungkin anda sukakan Chicken Buttermilk Salted Egg. Boleh lah cuba



Nasi Minyak Atas Gong

Lokasi : No.1 kg Pdg Negara. Jln Sultan Mahmud. Kuala Ibai Kuala TerengganuJam operasi: 7.00 am - 10 pm 
kalau ke sini jangan lupa signature beverage dia iaitu Teh Tsunami. Sedap sangat and recommended. Bukan senang nak cari teh tarik padu seperti ini. Kalau nak tahu padu tak padu Teh Tsunami diorang, anda kena lah datang sendiri mencubanya dengan tekak sendiri
Ini Port Makan Sedap Di TerenggauSesuai dengan tagline 'Hari-hari boleh makan nasi kenduri', sebab setibanya mamy ke sini, terus dapat sampai 'kenduri vibes' dia tu. Denagn disapa bau nasi minyak dan gulai Terengganu yang wangi, ditambah pula bunyi hiruk-pikuk suara manusia yang rancak berbual sambil makan. ahh rindu nak makan kenduri


Nasi dagang Kak Pah Batu BurokLokasi: Jalan Pantai Batu Burok Kuala Terengganu
Jam operasi: Setiap hari, 8 am – 7 pm
Nasi Dagang Kak Pah adalah antara nasi dagang yang popular di Batu Burok. Ada yang memuji yang Restoran Nasi Dagang Kak Pah adalah kedai nasi dagang paling sedap di Kuala Terengganu


Nasi Dagang Atas TolLokasi : T101, 20050 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi: Setiap hari kecuali Isnin & Selasa, 6.30 – 11.30 am
Terengganu dan nasi dagang tidak mungkin dapat dipisahkan. Oleh itu, rasanya senarai ini tidak mungkin lengkap tanpa restoran nasi dagang. Nasi Dagang Mak Ngah ini dikatakan antara restoran nasi dagang terbaik di Kuala Terengganu. Restoran ini pula terletak jauh dari pusat bandar Kuala Terengganu, kira-kira 20km. Namun masih ramai yang sanggup datang ke sini kerana ianya tempat makan nasi dagang yang menarik. Restoran ini juga merupakan antara port sarapan yag paling terkenal sekitar sini. Gulai ikan tongkol merupakan lauk yang paling kerap dipesan oleh pelanggannya
Untuk minuman pula, teh beng madu atau lebih dikenali dengan nama Teh Beng Ombak Rindu merupakan minuman yang wajib anda cuba di sini. Pekat dan tidak terlampau manis, memang sedap


Nasi Dagang Kak Jah Bukit BesarLokasi : Jalan Bukit Besar Kuala TerengganuJam operasi: 7 am - 12 pm
Tiada apa yang lebih indah selain dapat bercuti merehatkan minda dari beban kerja dan belajar, dapat pula makan makanan tempatan yang popular bila melancong. Kata orang minda dapat berehat dan perut pula kenyang. Selera nasi dagang setiap orang adalah berbeza-beza, but Syu personally tak berapa kena dengan tekak Nasi Dagang Kak Jah Bukit Besar ni sebab rasa nasi nya agak manis. Tapi nasi kerabu di sini memang sedap!


Nasi Kerabu Ayam Bakar Kak Yah
Lokasi : C1112, Kg, Wakaf Mempelam, 20050 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi: 7 am - 12pm
Sedap sungguh Nasi Kerabu Ayam Bakar, Daging Bakar, Nasi Lemak Ayam Goreng. Eeehhhs sedap belake. Seawal jam 7am dah dapat makan ayam bakar naah! Mantopppp!!! Restoran nasi kerabu ni adalah yang terbaik dan favourite Syu di bandar Terengganu ni. Syu sukakan sambal ikan (fish floss) dia tu. Tekstur isi ikannya lebih terasa di dalam mulut, tak seperti sambal ikan nasi kerabu segera yang terlalu halus berserbuk, yang biasanya dibeli dari Thailand. Ianya diadun sendiri menggunakan bahan-bahan segar dan semestinya lebih sedap

<
Hot Hot Roti CanaiLokasi :  Jalan Tengku Ampuan Bariah, Kampung Teluk Ketapang, 21300 Kuala Terengganu,Jam operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 7 am – 11 pm
Kata orang, agak susah cari sarapan di bandar Kuala terengganu ni? Nak-nak pula restoran yang ada jual roti canai.  So Syu suggest singgah di Hot Hot Roti Canai untuk mencuba roti canai di sini. The best roti canai in town katanya. So kalau anda menginap kawasan sekitar Gong Badak, boleh breakfast je kat sini. Kuah gulai kari dia yang padu sebenarnya. Digandingkan pulak dengan roti canai yang lembut macam tisu. Ohh ya, menu goreng-goreng pun ada tau. Contohnya nasi goreng dan kuey teow goreng juga turut disediakan


Fauzi Nasi KerabuLokasi : Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Kolam, 20000 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi: Setiap hari, 6.45 am – 1 pm
Lauk yang menjadi pilihan ramai ialah daging bakar dan ayam bakar. Ramai memuji isi daging dan ayam yang lembut, membuktikan yang ianya dibakar dengan begitu sempurna. Saiz hidangannya juga agak banyak. Jadi, jika anda singgah di sini dalam keadaan perut kosong pun tidak menjadi satu masalah. Dijamin kenyang habis


Gudang Makang 


Lokasi : 7710, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Kampung Banggul Tuan Muda, 21200 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi:Setiap hari kecuali Isnin, 7 am – 12 pm, 5 pm – 12 am
Jika dilihat pada namanya, Gudang Makang ini konsepnya memang seperti kilang makanan kerana ada berbagai jenis gerai yang menghidangkan pelbagai jenis makanan di sini, pencinta makanan pasti akan menyukai tempat ini! Dari makanan Barat ke makanan tempatan, hidangan berat ke pencuci mulut, semuanya ada. Medan selera ini juga berkonsepkan santai, jadi cukup sesuai untuk anda singgah jika anda ingin makan sambil bersantai bersama keluarga mahupun sahabat handai


Gulai Kawah Dapur Kayu Ayoh De Wakaf BeruasLokasi : Jalan Wakaf Beruas Kuala TerengganuJam operasi: 11am

Singgang BuduLokasi : Jalan Engku Sar, 20300 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 11 am – 5 pm
Jika anda peminat tegar masakan kampung, restoran Singgang Budu ini memang wajib anda terjah. Ada pelbagai jenis lauk-pauk yang dimasak dengan pelbagai cara yang boleh anda cuba
Yang penting, masakan kampung di sini disediakan mengikut citarasa Pantai Timur. Antara lauk yang boleh dicuba ialah ikan singgang dan ayam kampung goreng
Tak lengkaplah masakan kampung kalau tiada ulam-ulaman! Jangan lupa cuba ulam-ulaman bersama budu dan sambal di sini. Memang sedap tak terkira


Nasi Kukus TonggekLokasi : Mydin Kuala Terengganu, GB 29&30 Mydin Kuala Terengganu Lot PT 1547 & PT 1548, Jalan Sultan Mohamad, 21000 Kuala TerengganuJam operasi:  10 pagi – 10 malam setiap hari  
Pernah dengar Nasi Kukus Tonggek yang femes dengan Sotong King dan lauk-lauk yang pedas ini? Sekarang ini dah ada 30 cawangan tau. Kalau nak cuba di Terenganu boleh ke Mydin Kuala Terengganu ini. Lebih-lebih lagi kalau mals turun ke KL

Nasi Kukus Tonggek ni famous juga . Ramai artis dah review Nasi Kukus Tonggek ni macam Khairul Aming,Shaheizy Sam,Ruhainies. Kalau nak pekena nasi kukus yang pedas-pedas padu dengan sotong semua boleh try kat sini. Sebab kedai ini bukan ada satu lauk sahaja. Ada banyak lauk boleh pilih

Pilihan nasi kukus:
Sotong KingAyam BerempahSalted EggButtermilkIkan Bawal & Lele (keli)Spicy OMGTeriyakiButter Spicy
Nasi Ayam Hainan (Food Court Pantai Batu Burok)Lokasi : Food Court Pantai batu BurokJam operasi: 1am - 6pm

Kak Yah Ikan BakarLokasi : 20400 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi: Setiap hari, 12 – 9 pm
Kalau singgah restoran Kak Yah Ikan Bakar ni, memang rambang mata nak pilih lauk, banyak nya ya ampun! Boleh pilih macam-macam jenis masakan kampung dan makanan tradisi Terengganu yang berbagai. Dari makanan laut yang segar, lauk bergoreng. dibakar dan dibuat kari, semuanya ada
Ulam-ulaman juga ada beraneka jenis. Ikan bakar juga merupakan antara menu yang wajib anda cuba bila di sini. Segar dan sangat menyelerakan, hargaya juga berpatutan


Oliva CafeLokasi : 1102-d, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi:  Setiap hari kecuali Isnin, 5 pm – 12 am
Teringin makanan Barat? Singgah je Oliva Cafe ni! Ada berbagai jenis hidangan, dari stik, pasta ke burger, semuanya enak-enak belaka. Antara menu yang anda boleh cuba di sini ialah Crab Spaghetti, Fish and Chips dan Beef Burger. Saiz hidangannya besar jadi tidak perlu bimbang tentang kuantiti makanannya


Medan Ikan Bakar Bawah Jambatan

Lokasi : Bawah jambatan (Kuala Ibai), Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 5:30 pm – 1:30 am
Restoran Bawah Jambatan Kuala Ibai ini merupakan antara restoran yang menghidangkan makanan laut yang paling popular di Terengganu. Hal ini memang diakui oleh ramai, termasuk orang Terengganu sendiri! Ada berbagai jenis makanan laut yang boleh anda temui di sini. Sotong, udang, ketam, kerang dan juga beraneka jenis ikan. Lauk-lauk ini boleh dibuat goreng tepung atau dibakar, seperti sotong goreng tepung atau pari bakar. Pasti enak


Gossip KitchenLokasi : Lot 2188 Tingkat Bawah, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi: Setiap hari kecuali Sabtu, 12 – 11 pm manakala Jumaat 3 – 11 pm
Satu lagi restoran yang menghidangkan makanan Barat – Gossip Kitchen! Namanya juga unik, mungkin memberi maksud sambil anda makan, boleh juga anda bergosip kerana konsep restoran ini cukup santai. Antara menu yang kami cadangkan untuk anda cuba ialah Cordon Bleu Chicken dan Chicken Chop. Hidangan yang bersaiz besar ini pasti mengenyangkan dan enak


Cairo Shawarma  Lokasi : Kg laut depan masjid lamaJam operasi: 3pm - 7pm

Warung Pok Nong (Ikan Celup Tepung-ICT)Lokasi : Jalan Pantai A1693, Kampung Mengabang TelipotJam operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 3.30 – 8 pm
ICT atau Ikan Celup Tepung ni memang dah jadi signature bandar persisir pantai ni dah. Tak ke Terengganu lah namanya kalau tak mencuba ICT Pok Nong! Food hunter yang hadir ke sini bukannya cuma orang-orang biasa tetapi juga para pemimpin politik, selebriti dan ramai lagi

Terletak betul-betul di tepi pantai Mengabang Telipot (sebelah pantai Teluk Ketapang), memang popular! Seperti namanya, sudah pasti menu utama di sini ialah ikan goreng tepung dan makanan laut celup tepung yang lain seperti udang, sotong malahan juga terdapat keropok lekor celup tepung

Harga pula dikenakan berdasarkan kuantiti makanan yang kita ambil and so far kat ICT Pok Nong ni je yang harganya masih berpatutan. Tak mahal macam harga kapitalis, cekik darah huhu. Sebab tu lah agaknya walaupun warung Pok Nong ni macam biasa-biasa je, tak secantik warung ICT lain, tapi tetap menerima pengunjung yang ramai saban tahun, nak-nak pula time cuti sekolah. 

The Beach Box Coffee & PastaLokasi : Terletak di dalam Bazaar Uptown KontenaJam operasi: 5pm - 11 pm
Menyajikan coffee and pasta. Outlet ini merupakan outlem yang baru beroperasi di Dapo Pata Kontena, justeru Syu ke sini untuk mencuba. And not bad. Pasta dia ok, tak muak. Kopi dia pun sedap, tak berapa manis tapi garang. Cerah bijik mata kalau pekena secawan. ahahha

Dynar Lekor Buluh GadingLokasi : Lot 8292 Seberang Takir Darul Iman, Kampung Bukit Tok Beng, 21300 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi: 2pm - 8pm
Kedai keropok lekor ini terletak di Bukit Tok Beng, Seberang Takir. Dahulu kedai keropok lekor ini dikenali dengan Keropok BTB tetapi di jenama semula dengan Dynar Lekor

Terdapat jenis keropok lekor yang unik juga dijual sini dengan pelbagai perisa. Boleh pening juga untuk memilihnya, sama ada untuk pilih pilihan klasik ataupun pilihan moden. Jika anda peminat cheese, keropok lekor cheese boleh dipilih sebagai pilihan

Keropok lekor di restoran ini memang mendapat pujian ramai. Ianya rangup namun masih lembut, isinya juga agak tebal. Dicicah pula bersama sos yang manis dan pedas, memang padu habis


HR Mee Champa Kuala TerengganuLokasi : 1596, Kampung Merbau Patah, 20050 Kuala TerengganuJam operasi: 1 pm - 10 pm
Sedap! Best lain dari mee celop ye. Kali pertama makan Mee Champa kat Changlun. Jadi ini kali kedua makan nya, di sini in Terengganu. Syukur rasa nya tidak mengecewakan. Sedap as expected


Kedai Kuih Gong KapasLokasi : Jalan Panji Alam, 21100 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi: Setiap hari, hari minggu 9 am – 6 pm manakala hujung minggu 12 – 6 pm 
Asyik makan nasi sahaja, pasti anda teringinkan kuih-muih bukan? Singgah saja di Kedai Kuih Gong Kapas, ada beraneka jenis kuih-muih di sini. Kami yakin pasti ada kuih yang anda tidak pernah cuba, jadi inilah masanya untuk mencubanya! Jika kami senaraikan semuanya memang tidak akan habis! Selain kuih-muih, mereka juga ada menyediakan hidangan lain seperti soto, megi goreng dan mi goreng


Qawa CoffeeLokasi : 1482, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, 20400 Kuala TerengganuJam operasi: Setiap hari, Sabtu – Selasa (12 pm – 12.30 am), Rabu & Khamis (12 pm – 2 am) dan Jumaat (5 pm – 2 am)
Penggemar kopi, anda wajib serbu kafe ini! Merupakan antara ‘port’ kafe hipster yang cukup terkenal di Kuala Terengganu, kafe yang turut digelar ‘kafe kontena’ ini menyediakan lebih 60 jenis kopi
Selain kopi, makanan berat dan pencuci mulut juga turut disediakan. Sambil anda mengenakan kopi mereka yang memang pekat, bolehlah anda mencuba makanan di sini sekali. Menyelerakan dan mengenyangkan


Star Anise CafeLokasi : 82, Jalan Kampung Cina, Kampung Banggul, 20100 Kuala TerengganuJam operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 2 pm – 12 am
Pencinta kopi wajib serbu kafe Star Anise ini. Ada beberapa jenis kopi yang dihidangkan di sini, antaranya espresso, americano, mocha dan latte
Menurut pelanggan yang pernah berkunjung ke sini, kopi mereka dikatakan manis namun tidaklah terlampau. Kepekatan kopi di sini dan aromanya yang harum menjadi punca utama ianya digemari


NR Seafood VillageLokasi : Jalan Ketapang Pantai, Kampung Pengkalan Maras, 21020 Kuala TerengganuJam operasi: Setiap hari, hari minggu 3 – 11 pm, hujung minggu 3 pm – 12 am
NR Seafood Village merupakan restoran yang dikatakan ramai sebagai antara restoran Western Food terbaik di Terengganu. Tidak hairanlah restoran ini pernah dipaparkan di dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan terbitan TV3 suatu ketika dulu

Suasana dan dekorasi restoran ini sudah cukup menyerlahkan keunikannya kerana ia dibina daripada kayu dan berasaskan tumbuhan disekelilingnya. Sesuai benar dengan namanya sebagai “village” Pilihan makanan di sini juga pelbagai. Seperti namanya, pastinya mereka menyajikan hidangan seafood yang sangat sedap malahan nasi gorengnya juga kaya dengan elemen seafood yang melimpah ruah

Terdapat begitu banyak sekali pilihan makanan Barat selain makanan yang lain. Antara makanan barat pilihan yang sering menjadi pilihan adalah chicken chop yang dihidangkan dengan kentang goreng dan kuah yang amat sedap

Harganya agak mahal, tapi berbaloi la dengan kualiti makanannya. Nasi yang lembut dan lemak itu sangat sedap untuk dijamah panas-panas apatah lagi digandingkan dengan kuah lemak ikan tongkol yang amat sedap


Stall Nasi Lemak RM2 Batu Enam Lokasi : Depan 7 Eleven Batu 6, Kuala Nerus, Kuala Terengganu
Jam operasi: 5pm sampai habis 
Sumpah banyokk nasi dia letak. RM 2 je, tapi lauk standard la, ikan sambal, dan sayur kangkung celur. Ni nasi lemak tradisional style tranung ada kangkung. Payah dah nak cari nasi lemak style lama macam ni. Banyak yang dah dimodenkan

Kalau malas nak dine mana-mana untuk makan malam, boleh la singgah tapaw nasi lemak 2 ringgit batu 6 ini, bawa balik ke hotel atau homestay. Tak pun beli-beli, pi lepak makan tepi pantai. Uissh layan


Zie’s Corner (western)Lokasi : Waterfront, Pulau Kambing, Kuala TerengganuJam operasi: 5pm - 10 pm
Zie’s Corner adalah yang popular dengan masakan western. Restoran ini terletak di Waterfront Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Berdasarkan pandangan ramai, sudah tentu chicken chop dan lam chop adalah menu yang wajib cuba di sini. Menu lain yang juga berada dalam senarai cadangan adalah seperti banana pancake,tuna roll dan vanilla float. Dengar sahaja sudah mula kecur air liur, inikan pua merasainya sendiri! Harganya juga berpatutan


Pokoks Cafe Bukit BayasLokasi : Cafe Konsep hiptser di Bukit bayas, Kuala TerengganuJam operasi:  4pm 12am
Cafe moden yang menyajikan manisan atau desserts yang pada dasarnya bukan lah untuk mengenyangkan perut. Tapi lepak di sini lebih kepada nak menikmati suasana cafe yang instagrammable dan pemandangan yang indah


Hazlan Bistro
Lokasi : 21100 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi: Setiap hari, 4:30 pm – 1:30 am manakala Ahad bermula 4:30 pm – 12 am
Menggabungkan makanan oriental, Asian dan western ada disediakan di sini. Bagi Syu Hazlan Bistro ni antara tempat makan menarik juga lah di Kuala Terengganu ni. Sizzling yee mee adalah paling laku keras di sini. Portion dia agak banyak, mungkin boleh pertimbangkan untuk share sepinggan dua orang keUntuk western, mereka ada steak macam Grilled Lamb Chop, manakala untuk asian seafoods mereka ada pakej nasi dengan ikan siakap tiga rasa dan sotong goreng tepung. 

Martion Steak

Lokasi : Jalan Pejabat, 20200 Kuala TerengganuJam operasi: 3.30 pm - 8pmBook a table now! Martion Steakhouse, seperti yang pernah viral di Tiktok pertengahan tahun lepas (2021) tu, mereka menyajikan pelbagai jenis hidangan steak premium dry aged and wet aged. Sipa yang craving nak makan wagyu tu boleh lah ke sini, harga pun tak melampau sangat

Untuk yang tak makan daging, kalian boleh order selain burger dan steak juga sama ada nak nasi, pasta atau roti. Rating untuk tempat, Syu bagi 4.5 star coz it cozy atmosphere here cuma untuk steak Syu rasa portion dia macam agak besar, tapi husband cakap standard je, ngam dengan perut dia. Entah lah, mungkin Syu bukan pemakan daging tegar kot sebab tu tak habis


Kambing Bakar GuangzhouLokasi :Jam operasi:

Uptown Kontena Dapo Pata  
Lokasi : Pantai Tok JembalJam operasi: 5 pm 1 am
Dapo Pata, satu tapak bazaar niaga di tepi pantai, di mana kawan-kawan menjual pelbagai jenis menu dengan style masing-masing. Nampak sahaja seperti kafe ‘hipster’, tetapi kafe ini lebih daripada itu. Selalunya kafe ‘hipster’ pasti akan menghidangkan menu yang berasaskan makanan Barat sahaja. Namun, apa yang ditawarkan disini sebaliknya

Di sini cukup terkenal dengan makanan-makanan yang popular di Terengganu seperti laksam, laksa kuah lemak Terengganu dan keropok lekor. Selain itu, banyak juga pilihan coffee and desserts menarik turut dihidangkan di sini. Ada berbagai jenis dan rupa dan semestinya enak

Uptown Kontena atau dahulunya dipanggil Dapo Pata terletak di pantai Tok Jembal. Ia merupakan tempat makan berkonsepkan bazaar di tepi pantai yang menghimpunkan pengusaha F&B untuk berniaga di sini. Suasana bayu dari laut, berseta pemandangan yang canti membuatkan Uptown Kontena menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati hidangan makan malam di sini. Kalau kalian berkunjung ke sini, jangan lupa mencuba megi buluh ya


D’Ganu Cafe SteamboatLokasi : G1/G2 MBKT Duyung Food Court, Pulau Duyung, Kuala TerengganuJam operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 5 pm – 12 am
Bagi penggemar steamboat, anda boleh mencuba steamboat di restoran ini yang terletak di Pulau Duyung. Restoran ini terletak di tepi laut menjadikan pemandangannya sangat-sangat indah terutama pada waktu malam dengan angin laut yang amat mendamaikan
Restoran D’Ganu Cafe Steamboat ini menghidangkan aneka jenis makanan. Ada menu makanan laut, makanan barat malahan makanan tempatan yang mampu membuka selera sesiapa yang bertandang


Rahsia KitchenLokasi : 1436, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, 20400 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 5 – 7 pm, 8 – 11 pm 
Rahsia Kitchen, haha betul betul rahsia. Nama menu-menu dia pun memang rare. antaranya adalah Chicken Roulade, Pomodoro dan Carbonara, Fish and Chips dan Chicken Chop


The Syrup VS SodaLokasi : 20300 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 5 pm – 12 am
Yea western dishes lagi. Variety sangat menu dia – dari stik, pasta burger, bebola daging, ke snek, semuanya ada! Minumannya juga berbagai, ada teh tarik, milo, jus buah, ice blended dan banyak lagi
Yang paling menarik, makanan di sini juga kuantitinya banyak hoiii. Knyang yakmat mamy dibuatnya. Jadi tiada isu saiz kecik namun harga mencekik darah di sini, kerana harga yang ditawarkan juga berpatutan


Simpang CornerLokasi : Jalan Lapangan Terbang, 21300 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi:  Setiap hari, 5 pm – 2 am 
Restoran Simpang Corner tersohor dengan burgernnya. Dan menu nasii yang laku keras di sini adalah Nasi goreng daging merah


Air Buah Gelas Besar TerengganuLokasi : Jalan Tengku Ampuan Bariah, Taman Samudera, 21300 Kuala Terengganu, TerengganuJam operasi:  Setiap hari kecuali Selasa, Ahad & Isnin (5 pm – 12 am), Rabu (12 – 1 am, 5 pm – 1 am) & Khamis – Sabtu (5 pm – 1 am)
Selain makanan, Restoran Air Buah Gelas Besar adalah antara tempat makan di Kuala Terengganu yang wajib anda singgah. Restoran ini juga memang sangat terkenal di sini. Menu utama di sini sudah semestinya air buah. Harga setiap air pula berbeza pada pesanan dan ianya berdasarkan saiz gelas, samada gelas kecil, sederhana atau besar. Orang tempatan di sini memanggil air buah ini dengan nama air buah ‘pior’. Pior adalah bermaksud asli yang berasal dari perkataan Inggeris iaitu ‘pure’, jelas menggambarkan kesegaran air buah di sini. Jangan risau tentang masakan atau menu lain di sini. Jika lapar, anda boleh mencuba mihun sup yang sangat sedap. Menu lain seperti sate, nasi dagang, nasi minyak, keropok lekor, roti canai dan banyak lagi juga boleh dipilih apabila berada di sini. Untuk minuman pula, ABC merupakan minuman yang wajib anda cuba di sini. Ada pelbagai jenis, namun ABC Jagung merupakan antara yang terlaris. Manis dan menyegarkan tekak


Wrapping up
Memang banyak tempat makan menarik di Kuala Terengganu ni sebenarnya. banyak lagi tempat yang mamy belum cuba. Kalau anda sampai ke Terengganu, jangan lupa cuba makanna di sini tau. Sebab kat sini memang best jalan-jalan cari makan sambil bercuti santai untuk rehatkan minda. Kadang-kadang kehadiran kita di gerai mereka cukup-cukup bermakna bagi mereka untuk terus sustain their business pasca pandemik ini

Lets Support Local


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2022/02/39-port-makan-sedap-terengganu-2022.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Daging Dendeng Sumatraa Sedap Sedia Di Makan Di Mana Bila Bila Masa

Sambal Daging Dendeng Sumatraa Sedap Sedia Di Makan Di Mana Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 199 hits
Siapa sini suka makan sambal daging dendeng Kak ana antara peminat daging dendeng Ngaku betul serius ni Ada dua jenis dendeng yang kak ana suka sama ada rendang dendeng dan sambal daging dendeng Kalau bercerita tentang rendang dendeng air t...
Restoran Saiful Patin Gulai Masam Antara Tempat Makan Yang Sedap Di Temerloh

Restoran Saiful Patin Gulai Masam Antara Tempat Makan Yang Sedap Di Temerloh

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 351 hits
Dah penat pusing pusing Pekan Sehari dan enjoy naik cruise melayari Sungai Pahang lapar lah pulak perut ni haaa tekak pun rasa has Hmmmm no problem bab makan makan ada jer dekat dengan korang naik cruise naik tangga terus nampak restoran Sa...
Sejuk Sejuk Sedap Makan Sup Kan

Sejuk Sejuk Sedap Makan Sup Kan

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 188 hits
Assalamualaikum Hi korangHari ni x kemana kes makin tinggi kan pening tengok jumlah kes sekarang x tau la betul ke x betul ke malas nak fikir Fikir jaga diri dan keluarga je bahaya kat luar sana tu Dah beberapa hari ni cuaca sejuk hari2 kan...
10 Resipi Pes Shellout Terlajak Sedap Apabila Dihidang Makan Beramai Ramai

10 Resipi Pes Shellout Terlajak Sedap Apabila Dihidang Makan Beramai Ramai

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 219 hits
Shell Out menjadi satu fenomena dan menjadi trending kini di kalangan pengemar makanan laut Hidangan laut seperti udang ketam lala kerang digaul bersama kuah sambal special dan dimakan dengan nasi ini serius sedap dan sangat menyelerakan hi...
Resipi Udang Berempah Sedap Masak Sendiri Barulah Puas Makan

Resipi Udang Berempah Sedap Masak Sendiri Barulah Puas Makan

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 195 hits
Anda penggemar sajian udang Cuba resipi Udang Berempah perkongsian saudari Natasha Qalisya ni Resipinya cukup ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan Hmmm Jom lah cuba puan puan Pasti anda sekeluarga berselera makan Sesuai disa...
Lebih Jimat Buat Sendiri Rojak Ayam Terengganu Memang Sedap

Lebih Jimat Buat Sendiri Rojak Ayam Terengganu Memang Sedap

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 183 hits
Sedapnya dapat makan rojak ayam yang dibuat sendiri Boleh tambah sesuka hati bahan bahan yang ingin kita masukkan Resipi rojak ayam Terengganu yang dikongsi Muliadi Ramli ini mudah je nak buat dan sesuai untuk menu minum petang bersama kelu...
10 Negara Paling Selamat Di Dunia 2021 2022 Malaysia Tidak Ketinggalan

10 Negara Paling Selamat Di Dunia 2021 2022 Malaysia Tidak Ketinggalan

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 251 hits
Indeks Keamanan Global telah menyenaraikan negara paling selamat di dunia Laporan ini diterbitkan setiap tahun oleh Institut Ekonomi dan Keamanan sebuah organisasi bebas bukan partisan yang berfokus kepada keamanan dunia sebagai ukuran kese...
Analisis Teknikal Pasangan Usd Chf Untuk 15 Februari 2022

Analisis Teknikal Pasangan Usd Chf Untuk 15 Februari 2022

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 216 hits
Gambaran keseluruhan Seperti yang dijangkakan pasangan mata wang USD CHF terus bergerak ke bawah dari kawasan 0 9342 dan 0 9305 Pasangan itu jatuh dari tahap 0 9342 kepada 0 9259 yang bertepatan dengan nisbah dari Fibonacci 50 pada carta H1...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025