Bloomingwithilly 5 Beach Clean Di Pantai Bagan Lalang
hai assalammualaikum
BloomingWithIlly : Beach Clean Di Pantai Bagan Lalang - Hari Sabtu haritu, nad join satu event under Illy. Event yang sangat menyeronokkan, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk keluarga. Nad memang suka event macam ni, yang bukan kita seorang je seronok, tapi anka-anak seronok juga, event bersama keluarga. Tapi event ni bukan saja-saja sebenarnya, event yang ada arah tujuan,hehee. Event Bersihkan Pantai ( Beach Clean )..yeahhhh..Pantai sepatutnya bersih, jadi kalau ada sampah tu, tak seronok dipandang kan.
Bila Illy post dekat Ig Story berkenaan event ini, nad terus isi form. Pertama, sebab nad dah lama nak join BloomingwithIlly ni, kedua sebab, nad sekeluarga dah lama betul tak pergi pantai. Jadi nad memang tekad nak join event ni. Nad sanggup tolak event lain, semata nak join event BloomingwithIlly ni. Semuanya untuk anak-anak, terutama Fariza. Hari-hari cakap, nak main pasir, nak main pasir..hehee..
Pantai Bagan Lalang ni pun pertama kali nak datang. Best juga tempat dia. Kitaorang pergi naik bas yang telah disponsor seseorang yang baik hati. Sebab nad fikir, Bagan Lalamg tu jauh, nad decide untuk pergi dengan bas yang telah disediakan. Bas tunggu depan One World Hotel. Jadi dari rumah naik kereta, parking dekat hotel, dan naik bas ke Bagan Lalang.
Dalam perjalanan, mula memang budak-budak ni teruja. Lama-lama paham jela. Naik bas pun dah rasa jauh, apatah lagi kalau memandu sendiri..hehee. Nasib baik lepas tu sampai, diaorang gembira semula..hahaa. Terus adik " wahhh"..kakak " mommy nak belon, mommy pasir,"..hah macam-macam la dia.
Sampai je tempat tu, terus ambil belon semua, bagi anak main puas-puas. Bubble Giant ditaja oleh Ajaib Marketing.
Dengar pulak En Johan kita bersama Puan Illy kita beri taklimat.
Masa ni, dapat la jumpa blogger lain. Ada yang blogger pernah jumpa ada yang belum. Jadi kenal dekat situ.
Masa tu juga sambut harijadi kembar kak Diya Nadia..Bukan main seronok budak kembar dua tu..hehee..
Lepas tu, kembali kepada aktiviti sebenar iaitu Beach Clean. Kutipla sampah apa yang ada. Tak sempat nak ambil gambar sampah, sebab nad duk pimpin si adik tu. Dia takut sikit dengan orang..Sebenarnya pantai dah bersih, sebab ada orang bersihkan sebelum kitaornag sampai..tapi ada juga la sampah sikit-sikit. Dapatla bersihkan beach tu.
Tapi gambar ramai-ramai ada..hehee..
Makanan haritu pun semua sedap. Nasi Ulam Ayam Rendang oleh Khatulistiwah dan AjaibMarketing, Mini Chicken Pie oleh Box Office Cafewwalk, Mineral Water dan Cashew Nuts oleh Guardian, Homemade Flourless Chocolate Cake oleh Claudine dan ada juga peserta lain yang baik hati bawa kuih. Smeua sedapp...
Walaupun event sekejap sahaja, tapi rasa keseronokan dekat situ. Dapat borak juga dengan yang lain. Memang tak bosan.
Tak sangka, event BloomingWithIlly haritu, dapat banyak sponsor..Terima kasih yang menaja. Semua barang best betul.
- Mineral Water, Cashew Nuts, Sunblock, Aloe Vera Gel - Guardian Malaysia ,
- Homemade Flourless Chocolate Cake - Claudine and Mum
- Homemade Soap - Anna
- Mini Chicken Pie - Box Office Cafe Wangsa Walk
- Natural Wellness Product - Tanameraofficial
- Bus Rental - Anonymous Sponsor
- Invite + Banner Design - @alicesprings @racarge
- Face Mask - @dr.moritamy @GuardianMalaysia
- Eye Patch - @kocostarmy @GuardianMalaysia
- WashFlakes - Washflakes
- Reacher (to pick up the trash) - illy ariffin
- box of vit C + berries supplement from :- @angsaemasbeaute_hq, @magicalcwhite..Kalau korang nak magicalwhite tu boleh order dengan @comelcomot_official.
Balik tu budak berdua memang penat habis. Dalam bas dari mula gerak sampai la tiba ke tempat One World Hotel, baru bangun..hhaa. Lepas tu kakak Fariza cerita macam-macam..heehe..comel je..Nampak dia seronok..
Nanti ada rezeki, kita pergi pantai ye..
Terima kasih Illy buat event macam ni. Rasa bertuah dapat kenal Illy tau, sebab tengok dia ni seorang yang ceria je, happy go lucky. Senyuman dia tu buat kita pun rasa happy. Semoga Illy sentiasa murah rezeki, dipanjangkan usia dan semua yang baik-baikla..hehee..LOve you Illy..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/08/bloomingwithilly-5-beach-clean-di.html