Blok Pembangkang Perlu Bergabung Di Bawah Payung Besar Untuk Sekat Bn


Home/suaramerdeka.com.myPolitik14/3/2022

Blok pembangkang perlu bergabung di bawah payung besar untuk sekat BN
Melalui sistem pilihan raya “first past the post” (parti pertama meraih majoriti mudah) yang diguna pakai di negara ini, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam, tidak boleh dipertikaikan lagi.

Pun begitu, adalah penting untuk mencerna mesej-mesej tersirat yang disampaikan oleh pengundi Johor daripada perspektif sistem undi popular.

Statistik menunjukkan daripada 1,426,573 pengundi yang mengambil bahagian pada PRN itu, terdapat 826,820 pengundi (56.89%) menolak BN dan hanya 599,753 pengundi (43.11%) menyokong BN.

Jika undi parti penentang BN digabungkan di peringkat DUN pula, BN sebenarnya hanya menang di 21 dari 56 kerusi sahaja sekaligus tidak mampu membentuk kerajaan negeri.

Walaupun statitisik ini tidak diguna pakai oleh sistem “first past the post”, ia memberi isyarat jelas bahawa BN sebenarnya boleh ditumbangkan.

Dengan syarat, satu kerjasama baru parti penentang BN diwujudkan dengan segera kerana Umno dan BN nampaknya semakin gelojoh untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Keghairahan Umno dan BN itu tidak pelik kerana mereka sangat yakin boleh memenangi PRU15 selagi parti lawannya gagal membuang ego masing-masing untuk membentuk kerjasama.

Sedangkan, keputusan PRU14 telah membuktikan penguasaan BN boleh diranapkan dalam sekelip mata apabila parti lawannya bersatu.

Persoalannya, parti mana yang sepatutnya mengetuai kerjasama baru itu? Adakah Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR)?

Jawapan jujur kepada persoalan itu boleh diperolehi daripada statistik undi popular PRN Johor yang menunjukkan PN menjadi penyumbang terbanyak iaitu 24% (334,457 undi) diikuti PH sebanyak 20.5% (284,969 undi) dan PKR pula sekadar 5.9% (82,556 undi).

Data-data ini pastinya boleh menjadi asas kepada rundingan untuk membentuk kerjasama yang diketuai oleh PN menjelang PRU15.

Namun, untuk merealisasikannya, DAP dan Amanah perlu meneruskan formula di Johor iaitu bersama-sama dalam PH tanpa penglibatan PKR.

PKR pula perlu berlapang dada menjalinkan kerjasama dengan PN dan ia lebih mudah dijayakan kerana tidak melibatkan Amanah dan DAP yang tidak dapat diterima PAS.

Kerenggangan hubungan PAS dan PKR juga sebenarnya tidak parah kerana ia bukan melibatkan dasar parti seperti perjuangan PAS untuk menegakkan hudud.

Sebaliknya ia berpunca daripada perbezaan pendapat akibat tindakan PKR mencetuskan Langkah Kajang pada 2014.

Serangan PKR terhadap PAS menggunakan “modal” hudud hanya berlaku selepas itu.

Soal pertelagahan PAS dan DAP juga tidak menjadi rumit lagi kerana kedua-dua parti ini bertanding di kerusi yang berbeza demografinya.

Justeru, satu kerjasama di bawah khemah besar penentang BN melibatkan PN+PKR+PH yang diketuai PN perlu dibentuk bagi mencapai cita-cita yang sama iaitu menewaskan BN.

Kepemimpinan parti-parti ini perlu mengenepikan ego masing-masing demi menterjemahkan aspirasi rakyat yang telah menolak BN pada PRU14 kerana mahu melihat pemimpin yang menyeleweng dikenakan hukuman setimpal.

Semua parti yang menentang BN tidak boleh mengkhianati aspirasi itu kerana kegagalan mereka bersatu akan menyebabkan BN menang besar dan pemimpinnya yang sudah didakwa dah dijatuhi hukuman oleh mahkamah akan lolos.

Artikel dipetik dari portal MalaysiaNow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/blok-pembangkang-perlu-bergabung-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Menang Prn Johor Kerana Blok Pembangkang Berpecah

Bn Menang Prn Johor Kerana Blok Pembangkang Berpecah

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 293 hits
BN Menang PRN Johor Kerana Blok Pembangkang Berpecah Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN telah memenangi 28 daripada 56 kerusi DUN jumlah minimum yang diperlukan untuk majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan negeri Ditambah dengan sejumlah...
10 Perkara Besar Yang Di Sembunyikan Yahudi

10 Perkara Besar Yang Di Sembunyikan Yahudi

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 340 hits
Mengupas tentang perancangan sulit bangsa Yahudi dalam merealisasikan agenda menakluk dunia mereka bercita cita menubuhkan sebuah kerajaan Yahudi yang memerintah seluruh pelusuk dunia Penglibatan bangsa Yahudi turut dilihat dalam beberapa s...
Apa Kata Gang Khemah Besar

Apa Kata Gang Khemah Besar

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 247 hits
Pro Khemah Besar pasti bersorak baca tajuk berita ini yang mengatakan BN boleh kalah di 20 kerusi jika semua parti pembangkang termasuk juga PN yang di pihak kerajaan bergabung Nanti dulu Biar aku frasa semula Bagaimana kalau tajuk diolah m...
Journey Penyusuan Yang Indah Twin Dah Besar Dr Halina Tak Sampai Hati Nak Henti Menyusu

Journey Penyusuan Yang Indah Twin Dah Besar Dr Halina Tak Sampai Hati Nak Henti Menyusu

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 175 hits
Perjalanan menyusukan anak sememangnya satu perjalanan yang bukan mudah Biarpun payah namun ia detik manis untuk dikenang Penuh ragam cabaran dan pengorbanan besar Bagi isteri kepada angkasawan negara Datin Dr Halina Mohd Yunos perjalanan m...
Ayah Superhero Anak Lelaki Tunjuk Benda Baik Insyaallah Anak Besar Hebat Kena Tahu Apa Yang Selalu Diperhati

Ayah Superhero Anak Lelaki Tunjuk Benda Baik Insyaallah Anak Besar Hebat Kena Tahu Apa Yang Selalu Diperhati

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 211 hits
Ayah superhero anak anak tambah pula kalau ada anak lelaki apa yang ayahnya buat akan diperhatikan dan akan menjadi ikutan Sebab itu bila kita nak buat sesuatu kena sematkan dalam fikiran ada yang malaikat kecil kiriman Tuhan yang sedang me...
Polling Centre At Balai Raya Pulau Besar First To Close

Polling Centre At Balai Raya Pulau Besar First To Close

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 425 hits
The polling centre which opened at 8am had only one channel for the 34 eligible voters in the Tenggaroh constituency was opened for three hours BERNAMA pic JOHOR BAHRU The polling centre at Balai Raya Pulau Besar in Mersing was closed at 11...
Sabah Dapat Manfaat Besar Apabila Sempadan Dibuka Semula Kata Hajiji

Sabah Dapat Manfaat Besar Apabila Sempadan Dibuka Semula Kata Hajiji

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 192 hits
Pemain industri pelancongan di Sabah sebelum ini sering mendesak supaya sempadan negara dibuka semula kepada pelancong asing menurut Hajiji Noor KOTA KINABALU Ketua Menteri Hajiji Noor berkata negeri itu bakal mendapat manfaat besar apabila...
Branding Kampong Pisang Ni Sangat Besar Amen Khalid

Branding Kampong Pisang Ni Sangat Besar Amen Khalid

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 341 hits
Kampong Pisang Berbuah Dua Kali kini sedang hangat ditayangkan di Astro First dan juga Astro On Demand Filem ini merupakan garapan terakhir Mamat Khalid yang tidak sempat diarahkan oleh pengarah itu selepas pemergiannya pada Oktober 2021 le...
Budi Bicara Sultan Ibrahim Melantik Onn Hafiz Sebagai Menteri Besar Johor

Budi Bicara Sultan Ibrahim Melantik Onn Hafiz Sebagai Menteri Besar Johor

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 640 hits
Datuk Onn Hafiz Ghazi adalah Menteri Besar Johor ke 19 Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar kira kira jam 3 petang tadi Onn Hafiz adalah cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO Allahyarham Datuk Onn Jaafa...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

High Salary Job Ads Abroad May Be Drug Trafficking Traps

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad

4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Awal Pagi Rezeki Masuk

Aktiviti Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Ppim 09 11 2025

Drama Sumpah Ibuku

Gasbee Bawa Nafas Baharu Dalam Perkhidmatan Penghantaran Gas Memasak

Xau Usd Optimisme Diperbaharui Di Kalangan Pembeli

Ikhtisar 6 13 Di Antara Banjir Duka Dan Ketuhanan