Blog Walking
Haa.. Baru ni dapat luangkan masa untuk menulis serba ringkas berkenaan blogwalking. Saya nak share sesuatu yang berguna untuk rakan pembaca.
Dalam hidup kita terutama bagi yang ingin memulakan bisnes, mengenali dan bertegur sapa, membuat baik sesama kita akan membuatkan kita dikenali. Seterusnya ini juga adalah networking kita yang terawal bagi memulakan langkah sebagai seorang peniaga. Sama juga jika kita sebagai seorang blogger. Perkongsian kali ini adalah berkenaan blogwalking seperti yang telah disebutkan di atas.
Apa yang dimaksudkan dengan 'BLOGWALKING' ni?Bagi yang masih baru dengar dengan istilah ni, blogwalking adalah blog yang kita kunjungi dan memberikan komen. Secara automatiknya kita akan dapat backlink yang berguna untuk blog atau website kita. Apabila ada backlink yang baik terutama dari blog yang ramai dikunjungi pembaca bermakna kemungkinan besar blog atau website kita juga akan dikunjungi pengunjung internet
Saya bukanlah pakar SEO (Search Engine Optimization), tetapi jika kita rajin memberikan komen yang berkenaan pada blog yang kita kunjungi, kita akan tetap dapat manfaatnya. Jika kita mahu orang berkunjung dan memberi komen, kita perlu terlebih dulu memberi komen yang berguna pada blog orang lain. Cuma nasihat saya, anda dilarang untuk semata-mata buat SPAM, memberi komen yang tidak berkenaan dan cuba elakkan dari menulis hanya satu atau dua patah perkataan seperti "Betul tu.." "Terbaikkk.." dan yang seumpama dengannya..
Kepada yang berminat untuk mendapatkan perisian blogwalking ini dengan percuma, anda boleh muat turun di sini.
KLIK DI SINI
Apa yang terkandung dalam perisian ini? Ia mengandungi senarai blog yang anda boleh kunjungi dan anda juga boleh mengedit dan meletakkan alamat blog anda dan letakkan link seperti saya buat sebelum ini. Perisian ini hanya untuk memudahkan anda blogwalking dari blog ke blog. Jadi, tak ada la senarai blog yang tertinggal untuk anda lawati. Senang cerita, kira macam directory link-link blog la. Anda boleh tambah dan boleh delete. Jadi, nanti tak payah la anda hafal satu-satu semua link blog yang anda selalu lawati. Perisian ini cukup membantu dan berguna buat anda.
Bagaimana nak guna? Cara nak guna pun sangat senang. Tak perlu install tak perlu apa-apa. Selepas anda muat turun dengan percuma, jalankan perisian ini dan anda sudah boleh blogwalking dengan klik link kemudian secara automatik anda akan dibawa ke blog tersebut. Setiap link yang telah di klik akan hilang dari senarai tu dan masuk dalam 'visited link' dekat tab setting. Kemudian kalau anda nak tambah atau delete mana-mana link yang anda tak berminat pun boleh tengok dekat tab setting. Di situ ada 'add link' dan 'delete link'. Akhir sekali bila dah habis semua link anda lawat, pergi dekat tab setting kemudian klik 'reset visited link' untuk memperolehi semula semua link tadi. Mudah kan? Selamat mencuba ya
Adios..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hairizal.com/2011/09/blog-walking.html