Blog Kerjasama Terbaru
antara penulis blog THE SUCCESSFUL CLUB
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat yang berkah
Oktober ini, FACEBOOK telah memperkenalkan Algoritma baru, sekaligus FACEBOOK sendiri kini mementingkan KONTEN ILMIAH dan BERMUTU
Jika sebelum ini hanya GOOGLE ADSENSE yang mementingkan KONTEN bermutu dan penuh informasi, seperti nampaknya dalam ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN MEDIA SOSIAL ini KONTEN BERMUTU dan PENUH MAKLUMAT akan memonopoli DUNIA TEKNOLOGI MAKLUMAT sekurang-kurangnya untuk 10 tahun akan datang
Dengan TEKNOLOGI YANG MAKIN PANTAS, sepantas masa yang cepat berlalu, tentu anda sedar masa anda yang dihabiskan sehari suntuk kadang-kala tidak memberi apa-apa kebaikan sama ada kepada anda atau orang lain
Sebagai BLOGGER , kita sendiri tidak cukup waktu setiap hari untuk berkongsi maklumat kepada orang lain di seluruh dunia, yang memerlukan informasi yang cukup, penuh dan paling mudah difahami
Tentu kita semua pernah mencari informasi dan merujuk berpuluh-puluh artikel di dalam blog, kumpulan facebook, majalah dan buku tetapi berharap alangkah lebih indah jika semua rujukan tersebut tidak memakan masa dan keseluruhan terdapat dalam satu portal? . Jimat masa, tenaga dan fikiran. Mengurangkan stress sedia ada
Mengetahui tentang MASALAH , terutama masalah bagi PENCINTA BAHAN SEMULAJADI. MEREKA YANG SUDAH MULAI BOSAN DENGAN BAHAN KIMIA DAN UBATAN KIMIA YANG TELAH DIGUNA PAKAI SERTA BERGANTUNG HIDUP SELAMA BERPULUH TAHUN.
Selain itu, UNTUK MENCUKUPI RENCAH KEHIDUPAN.
FENOMENA BERNIAGA DAN KEUSAHAWAN kini semakin mendapat tempat di kalangan pelbagai kelompok masyarakat.
BLOG INI JUGA BERKONGSI TULISAN PENGALAMAN DAN MOTIVASI dari USAHAWAN-USAHAWAN yang semakin mendapat tempat di kalangan para peniaga-peniaga baru.
Perkongsian dari USAHAWAN-USAHAWAN ini diharap dapat di manfaat dan di gunakan sebagai ilmu dan motivasi kepada semua.
Kerana sebab-sebab ini..
Blog terbaru THE SUCCESSFUL CLUB dibina.
OBJEKTIF BLOG ini adalah bagi mewujudkan tempat dimana semua artikel insyaallah akan dipastikan bermutu dan ditulis oleh mereka yang terlibat dalam bidang penulisan setiap artikel itu sendiri. Ia terdiri dari 7 individu dari doktor, usahawan dan blogger. Paling penting semua blogger adalah pencinta produk supllement dan makanan semulajadi, malah ada yang tidak pernah lansung menggunakan sebarang ubat klinik untuk anak-anak semenjak lahir
Dengan FENOMENA MAKANAN DAN SUPPLEMENT SEMULAJADI yang mula menunjukkan taring di Eropah dan Amerika, ia kini mula mendapat tempat di MALAYSIA. Malah perubatan yang lebih semulajadi telah mula dicari oleh ibu-bapa serta cerdik pandai.
KURSUS MOTIVASI DAN ILMU KEUSAHAWAN juga semakin dicari di google dan enjin carian. Malah ada kursus dan ilmu yang dicaj dengan harga yang bukan semua golongan mampu membayarnya.
Mungkin dengan sedikit ILMU dan Pengalaman PERCUMA akan membantu golongan yang masih mencari ilmu dan motivasi yang tidak mempunyai modal lebih dari segi wang ringgit. Bukan MUDAH ,seorang USAHAWAN yang makin meningkat naik sudi menulis DAN BERKONGSI ILMU secara percuma.
KENAPA THE SUCCESSFUL CLUB DI TULIS 7 INDIVIDU?
Untuk mendapatkan tempat nombor SATU DI GOOGLE. Tentu sekali GOOGLE terutama GOOGLE ADSENSE akan menggunakan GOOGLEBOT atau apa sahaja teknologi mereka untuk meletakkan BLOG di tangga teratas carian GOOGLE adalah BLOG yang sentiasa di UPDATE atau DIKEMASKINI setiap hari. Dan paling PENTING , INFO yang terdapat dalam BLOG TERSEBUT mestilah berinformatif, bukan pendek sekadar melepaskan batuk di tangga atau mengejar SEO (search engine optimization)
UNTUK MEMASTIKAN ARTIKEL BERMUTU, pengorbanan dan carian serta pembacaan , paling penting pengalaman di perlukan
Oleh kerana ingin memastikan kualiti setiap artikel, THE SUCCESSFUL CLUB diwujudkan
PEGANGAN PENULIS THE SUCCESSFUL CLUB
Para penulis THE SUCCESSFUL CLUB memegang prinsip
1.SETIAP ILMU YANG DIKONGSI, MAKA AKAN BERTAMBAH LAGI ILMU YANG AKAN DIPEROLEHI
2. UNTUK MURAH REZEKI, KITA JANGAN KEDEKUT MEMBERI , dengan memberi dan menulis ilmu yang bermanfaat sebenarnya adalah salah satu sedekah jariah yang akan berterusan sepanjang hayat sehingga kita tiada
3. MENARIK RAMAI LAGI GOLONGAN MENYUKAI DAN MENGGUNAKAN SUPPLEMENT DAN PERUBATAN SUNNAH SERTA SEMULAJADI SEKALIGUS INI JUGA AKAN MERUPAKAN MOTIVASI KEPADA PENULIS SENDIRI
4. Memberi pengaruh KUAT untuk DIET HOLISTIK dan DIET lebih sihat kepada lebih ramai golongan
5. Untuk jangka panjang mungkin akan melahirkan perniagaan homemade yang lebih sihat untuk perkhidmatan lunch box atau menjual produk kesihatan sendiri dengan harga yang lebih murah dengan individu yang boleh dipercayai. Sekaligus khidmat ini membantu mereka yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan yang lebih sihat dan berkhasiat.
6. Mewujudkan IMEJ BERSIH dan BENAR di GOOGLE, sekaligus mengelakkan sebarang kes penipuan di masa akan datang.
7. Tagline blog THE SUCCESSFUL CLUB ialah "When building a blog or business online, think of it as a media company, not just , a small business".
8. Dan banyak lagi objektif yang lebih kepada saling memberi dan bekerjasama bagi manfaat semua pihak
KENAPA PENTINGNYA KERJASAMA DALAM BLOG?
Tanpa kerjasama dan skill bekerja dalam satu kumpulan
Agak sukar untuk THE SUCCESSFUL CLUB memenuhi impian seorang PENCARI yang memerlukan maklumat jika PENCARI tersebut kekurangan masa, kuota internet, serta dalam kekalutan atau stress
Ia, memang kini terdapat PELBAGAI KUMPULAN SOKONGAN di facebook mahupun di WASSAP dan TELEGRAM
Tetapi KUMPULAN SOKONGAN FACEBOOK mahu pun kumpulan di WASSAP dan TELEGRAM tetap mempunyai kekurangan-kekurangan tertentu yang boleh di cover kembali oleh blog
Setiap media sosial tertentu mempunyai kelebihan dan kekurangan
Itu antara punca THE SUCCESSFULL CLUB di wujudkan dalam sebuah blog. Dimana pelbagai kategori akan dipegang oleh penulis sesuai dengan ilmu yang ingin dikongsikan
Nantikan kemunculan BLOG TERBARU, THE SUCCESSFUL CLUB dalam masa terdekat ini. DOAKAN BLOG ini berjaya mencapai objektifnya. Dan kekal aktif berjaya selamanya.Insyaallah
Terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://qk79.blogspot.com/2015/10/blog-kerjasama-terbaru.html