Bitcoin Akan Menggantikan Matawang Dunia
Pernah dengar pasal Bitcoin x?
Atau masih bingung?
Jangan risau.. kali ini saya akan mengulas tentang beberapa hal penting yang perlu Anda ketahui tentang Bitcoin
..
Apa itu bitcoin ?
Bitcoin adalah mata wang digital yang tidak dikawal oleh mana-mana negara atau mana-mana organisasi sekalipun. Bitcoin adalah mata wang digital yang boleh dipindah, dikeluarkan atau dijual beli melalui internet.
.
Siapa pencipta Bitcoin?
Sehingga ke hari ini belum ada info yang tepat siapa sebenarnya pencipta Bitcoin. Namun, algoritma yang digunakan pada Bitcoin dikembangkan oleh sekelompok kumpulan dengan nama alias “Satoshi Nakamoto”. Kumpulan ini juga menghasilkan jurnal yang menjelaskan tentang algoritma kriptografi tersebut. Kemudian pada tahun 2009, untuk pertama kalinya mereka memperkenalkan sistem jaringan Bitcoin dan cryptocurrency
.
Kebaikan Menggunakan Bitcoin:
1. Tidak perlu membuat transaksi melalui bank.
Sekiranya sesuatu transaksi dibuat melalui bank, anda akan dikenakan caj dari bank, sama ada kadar tetap atau peratus daripada jumlah transaksi anda. Ipay 88 mengenakan caj sebanyak 3% daripada jumlah transaksi anda. Sekiranya anda membuat transaksi sebanyak RM 1000.00 , anda harus membayar caj sebanyak RM 30.00
. Dengan menggunakan Bitcoin, kita dapat mengelak daripada dikenakan caj seperti ini.
2. Mudah, cepat dan senang untuk membelanjakan wang di seluruh dunia.
Konsep yang digunakan ialah “cashless expenditure” iaitu membuat pembelian menggunakan kaedah elektronik. Bitcoin diterima di seluruh dunia. US Dollar pun tidak diterima di seluruh dunia. Sekiranya seseorang itu pergi ke luar negara, dia boleh menggunakan Bitcoin sebagai matawang elektronik supaya tidak perlu menukar matawang untuk membeli belah.
3. Boleh dikeluarkan di ATM yang terpilih.
Bitcoin boleh dibeli ataupun dijual di mana mana ATM di negara- negara yang menyediakan perkhidmatan ini. Di Malaysia, buat masa sekarang terdapat 2 tempat yang menyediakan perkhidmatan ini, iaitu di Gurney Plaza dan Bangsar Shopping Centre. Pengguna Bitcoin boleh membeli dan menjual Bitcoin dengan lebih mudah dengan menggunakan Bitcoin ATM.
4. Tiada mana-mana pihak yang boleh mengawal aliran wang anda.
Pengguna Bitcoin mempunyai hak penuh ke atas Bitcoin yang dimiliki oleh pengguna itu sendiri. Sekiranya di akaun bank anda terdapat RM10,000 , adakah semua RM 10,000.00 duit anda? Menurut laporan, hanya 8% adalah duit anda. Maksudnya hanya RM 800.00 adalah duit anda , yang selebihnya digunakan oleh bank untuk memberi pinjaman kepada peminjam bank
5. Boleh mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik.
Dunia akan menjadi tempat yang lebih aman dan selamat kerana tiada transaksi wang, semuanya secara elektronik dengan menggunakan Bitcoin. Bitcoin dapat menjamin keselamatan seseorang daripada dirompak atau dicederakan .
6. Boleh digunakan di mana-mana tempat termasuk pusat beli-belah dan sebagainya.
Bitcoin boleh digunakan semasa membeli belah dengan lebih mudah kerana amaun yang perlu dibayar boleh dibayar dengan menggunakan Bitcoin. Bitcoin juga boleh digunakan semasa berurusan dengan Expedia, Microsoft, Apple dan lain lain lagi.
7. Anda tidak perlu menyerahkan maklumat peribadi dan kami menjamin hak peribadi anda terpelihara.
Dengan menggunakan Bitcoin, hak peribadi anda tidak akan didedahkan kepada pihak bank sepertimana yang dibuat sekiranya anda mempunyai kad kredit. Anda akan “remain anonymous”. Sekiranya anda mempunyai kad kredit atau kad debit, maklumat peribadi anda akan disimpan oleh pihak bank. Ada kemungkinan akaun anda boleh digodam, menyebabkan akaun anda kehilangan duit atau kad kredit anda dimanipulasi oleh pihak atau individu tertentu.
.
Penggunaan Bitcoin?
Bitcoin sudah digunapakai dan diterima oleh pelbagai golongan, yang kebanyakanya adalah syarikat perniagaan website e-commerce. Antaranya adalah Bitpremier yang menjual barang-barang mewah.
Bitcoin sudah semakin diterima oleh kebanyakan syarikat bermula dari syarikat kecil hinggalah kepada syarikat gergasi seperti Microsoft, Virgin Airlines dan Expedia (membeli tiket penerbangan dan tempahan hotel).
.
Sekiranya anda obses mengenai pelaburan emas dan betapa memikirkan bahawa emas suatu hari akan naik lebih dari 1000%, janganlah anda terkejut apabila mengetahui pada tahun 2011, 1 unit Bitcoin hanya bernilai $0.10 dan pada hari ini telah naik menjadi $250 untuk satu Bitcoin (melebihi 1000% dalam waktu 4 tahun) dan nilai ini akan terus menaik.
Perniagaan menggunakan emas telah dipraktikkan sejak azali lagi. Sekarang adalah masa untuk menggantikan wang kertas dengan bitcoin yang menggunakan konsep yang sama dengan emas.
Kesedaran mengenai bitcoin masih sangat minimum bukan sahaja di dalam negara tetapi secara global.
Keuntungan:
1. Dunia akan menggantikan wang kertas dengan Bitcoin
Adalah dijangkakan pada tahun 2025, semua transaksi yang dibuat akan menggunakan Bitcoin sebagai medium transaksi. Pada masa itu, matawang yang digunakan sekarang tidak akan ada nilainya. Oleh itu, segeralah anda menjadi seorang pemilik dan pengguna bitcoin.
2. Lebih dari 100 ribu perniagaan di Amerika Syarikat. menggunakan Bitcoin sebagai matawang utama.
Buat masa sekarang, sudah lebih daripada seratus ribu perniagaan di Amerika Syarikat termasuk nama – nama besar seperti Expedia, Microsoft, Apple, dan Intel mengutamakan Bitcoin sebagai medium transaksi mereka. Jumlah perniagaan yang menggunakan Bitcoin kian meningkat saban hari.
Maklumat lanjut :
Call/whatsapp saya +60132795627
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sihatcergas.net/bitcoin-akan-menggantikan-matawang-dunia/