Misteri Roh Watseka Wonder Yang Membingungkan Dunia Paranormal


Lurancy Vennum lahir pada 16 April 1864 dan semasa berusia tujuh tahun, keluarganya berpindah ke Watseka, sebuah bandar kecil dalam daerah Illinois, Amerika Syarikat. Pada Julai 1877, semasa Lurancy berusia 13 tahun, perkara pelik dan misteri mula berlaku.


Suatu pagi, Lurancy bangun daripada tidur dan mengadu kepada ibunya dia berasa pening dan loya, sebelum tiba-tiba jatuh pengsan. Dia dalam keadaan 'tidur' selama lima jam sebelum sedar dan mengatakan dirinya baik-baik sahaja.

Keesokan harinya, keadaan sama berlaku dan mula berulang setiap hari. Dalam keadaan Lurancy tidak sedarkan diri, Lurancy meracau, memberitahu sedang berada di syurga, berjumpa malaikat, boleh mendengar suara roh, termasuk roh abangnya yang sudah meninggal dunia.

Sejak itu, Lurancy tidak terkawal. Dia sering pengsan dan meracau dengan suara yang berlainan.

Dalam sehari, adakalanya berbelas kali dia pengsan. Paling lama sehingga lapan jam dan bila sedar, Lurancy langsung tidak mengingati apa yang berlaku.

Keadaan Lurancy membimbangkan ibu bapanya kerana semasa meracau, Lurancy akan mula bertutur dalam bahasa yang sukar difahami, malah turut memberitahu ada roh berkeliaran dalam rumah mereka.

Pelbagai usaha dilakukan keluarga Vennum untuk merawat Lurancy namun doktor gagal menemui sebarang keganjilan dan mendapati Lurancy sihat.

Apa yang menimpa Lurancy kemudiannya mula menjadi berita hangat di Watseka. Rumah mereka mula dikunjungi orang ramai untuk menyaksikan sendiri perkara pelik yang menimpa gadis itu.

Ketika itu, kepercayaan berkaitan spiritual masih menebal dalam kehidupan masyarakat barat dan mereka percaya apa yang menimpa Lurancy ada kaitan dengan roh yang cuba berhubung melalui orang yang masih hidup

Setelah segala usaha untuk merawat gagal, pakar memberitahu Lurancy mungkin mengalami gangguan mental dan menyarankan dia dihantar ke hospital sakit jiwa.

Namun, sebelum sempat keluarga Vennum berbuat begitu, seorang lelaki bernama Asa Roff muncul di rumah mereka.

Dia menasihatkan agar tidak menghantar Lurancy ke hospital itu kerana tidak mahu dia menerima nasib seperti yang menimpa anaknya bernama Mary.

***

Mary Roff, lahir di Indiana pada Oktober 1846 dan semasa berusia enam bulan, Mary diserang penyakit sawan.

Sewaktu kecil juga, Mary sering mengadu terdengar suara misteri di dalam kepalanya. Suara itu menyuruhnya melakukan bermacam-macam perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.

Semakin Mary membesar, dia mula mengalami keadaan dimana tiba-tiba dia tidak sedarkan diri dan akan bertutur dengan suara yang pelik apabila tersedar, seperti dirasuk sesuatu.

Keadaan Mary ketika itu turut menjadi tumpuan kerana Mary juga seakan memiliki suatu kelebihan.

Semasa berada dalam keadaan separuh sedar, Mary mampu menceritakan dengan tepat tentang suatu tempat yang belum pernah dijejakinya.

Dia juga boleh menggambarkan tentang seseorang sedangkan tidak mengenalinya, malah Mary juga boleh meramal apa yang akan berlaku namun, lama-kelamaan perangai pelik Mary mulai menakutkan apabila dia mula bersikap ganas.

Mula-mula dengan orang yang tidak dikenalinya, kemudian bertindak ganas dengan ahli keluarganya sendiri. Lebih menakutkan, Mary mula mempunyai obses dengan darah sehingga sanggup mencederakan dirinya sendiri.

Kemuncaknya, suatu hari mereka menemui Mary terbaring dilantai rumah tidak sedarkan diri berlumuran darah setelah memotong urat pergelangan tangannya dengan pisau.

Tiada pilihan lain, akhirnya keluarga Rof akur dengan saranan supaya menghantar anak mereka ke hospital sakit jiwa.

Malangnya, rawatan yang diterima bukannya menyembuhkan Mary, sebaliknya dia mati di hospital tersebut pada 5 Julai 1865.

Semasa Mary mati, Lurancy Vennum pula baru berusia setahun.

***

Dipendekkan erita, Asa Roff memujuk keluarga Vennom agar membenarkan Dr. E Winchester Stevens, seorang ahli spiritual untuk cuba merawat Lurancy sebagai salah satu ikhtiar terakhir.

Semasa merawat gadis itu, Dr. Winchester percaya Lurancy bukanlah gila atau mengalami gangguan jiwa seperti yang diperkatakan.

Dia percaya fizikal gadis itu menjadi penghubung antara dunia orang yang sudah mati untuk berkomunikasi.

Ketika memukau Lurancy untuk 'berhubung' dengan roh yang mempengaruhi tubuh gadis itu, ada beberapa roh yang tampil memperkenalkan diri.

Dr. Winchester memberitahu keluarga Vennum, roh Lurancy masih terlalu lemah untuk mengawal tubuhnya sendiri.

"Lurancy kini ada di syurga!" beritahu Dr. Winchester.

Untuk itu dia mencadangkan agar tubuh Lurancy menerima satu roh baru yang lebih mesra dan baik untuk menduduki tubuh Lurancy buat sementara waktu.

Ketika itu tubuh Lurancy yang pengsan tiba-tiba tersedar. Bila ditanya dia memperkenalkan dirinya sebagai Mary Roff!

Ketika Mary menjelma dalam tubuh Lurancy, personaliti gadis itu tiba-tiba hilang. Dia tidak kenal keluarga Vannum, malah tidak selesa berada di rumah itu!

Dia berulang-kali memperkenalkan dirinya sebagai Mary dan meminta agar pulang ke rumahnya.

Apabila keluarga Roff datang ke rumah Vennum, Lurancy serta-merta dapat mengenali mereka seorang demi seorang.

Mereka terkejut kerana personaliti Lurancy tidak ubah seperti Mary, anak mereka yang sudah meninggal dunia 13 tahun lalu.

Pada Februari 1878, keluarga Vennum membenarkan Mary yang berada di dalam jasad Lurancy untuk pulang ke rumah keluarganya, walaupun pada hakikatnya kedua-dua keluarga ini tidak pernah saling mengenali sebelum ini.

Gadis itu sangat gembira apabila pulang ke pangkuan keluarganya.

Apa yang peliknya, Lurancy tahu semua sejarah hidup keluarga Roff termasuk peristiwa yang menimpa mereka, kejiranan dan segala kenangan semasa hidup dahulu.

Mary di dalam tubuh Lurancy juga masih mengenali barang-barang peribadi dan juga rakan-rakannya.

Pasangan Roff acap kali menguji Lurancy untuk melihat benarkah di dalam tubuh gadis itu adalah roh anak mereka.

Dan semua yang disoal dan diajukan dapat dijawab dengan tepat, sebab itu mereka yakin di dalam tubuh Lurancy adalah anak mereka, Mary.

Dalam masa yang sama, keluarga Vennum sering datang melawat ke rumah keluarga itu untuk melihat anak mereka namun, Lurancy tidak mengenali langsung keluarganya sendiri.

Lebih kurang tiga bulan 'rasukan' ini berlaku, sepanjang masa itulah keluarga Roff seakan mendapat semula anak mereka.

Pada Mei 1878, Mar mula menangis dan memberitahu keluarganya bahawa sudah tiba masanya untuk dia pergi kerana roh Lurancy sudah sihat dan kuat untuk mengawal jasadnya itu.

Mary sempat berpelukan dengan setiap ahli keluarganya dan menunjukkan rasa sedih kerana sudah tiba masanya untuk meninggalkan mereka.

Dua hari kemudian, Mary pun 'pergi'. Lurancy yang tersedar semula dari 'tidur' yang berpanjangan terpinga-pinga bila melihat dia berada ditempat yang asing.

Dia langsung tidak mengenali keluarga Roff dan hanya menangis meminta dihantar pulang kepada keluarganya.

Pada 21 Mei, Lurancy dipulangkan semula kepada keluarganya dan apa yang lebih menarik, sejak kejadian misteri itu, Lurancy tidak lagi pengsan atau mengalami sebarang kerasukan.

Lurancy membesar dengan normal tanpa gangguan atas bantuan roh anak keluarga Roff.

Sebagai tanda terima kasih, apabila keluarga Roff datang melawat, mereka akan membenarkan roh Mary masuk ke dalam tubuh Lurancy untuk berkomunikasi dengan keluarganya.

Sangat pelik. Perjanjian misteri ini berlanjutan selama beberapa tahun dan akhirnya terputus apabila Lurancy berkahwin dan berpindah ke Kansas mengikut suaminya.

Mereka membeli sebuah ladang dan hidup disitu membesarkan 11 anak mereka. Lurancy meninggal dunia pada akhir tahun 1940an.

Sejak dari itu sampailah sekarang, banyak kajian telah dilakukan namun gagal membuktikan kisah 'penyatuan' Lurancy dan Mary yang dikenali sebagai 'Watseka Wonder' ini sebagai satu penipuan.

Kejadian itu digambarkan sebagai antara kes kemasukan roh paling misteri dalam rekod paranormal.

Sama ada Lurancy Vennum mahupun Mary Roff, mereka tidak pernah bertemu, bahkan hidup dalam dua hayat yang berbeza.

Tetapi, mereka pernah 'bersatu' dalam satu jasad!

BACA INI JUGA:
Misteri 'Crisis Appiration' Jelmaan Roh Ketika Hampir Maut!5 Misteri Kejadian Paranormal Yang Sukar Diterima Akal
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/misteri-roh-watseka-wonder.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Lubang Lubang Misteri Terus Muncul Di Bumi Apakah Tanda Dunia Sudah Akhir Zaman

Banyak Lubang Lubang Misteri Terus Muncul Di Bumi Apakah Tanda Dunia Sudah Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 723 hits
Empat kawah besar muncul secara misteri di Siberia Rusia Utara Kemunculan lubang besar ini memicu kekhawatiran bahawa pemanasan global dapat menyebabkan gas dari bawah tanah meledak Kawah baru yang pertama ditemukan diberi nama B1 menunjukk...
Kelayakan Piala Dunia 2022 Malaysia Tumpaskan Timor Leste

Kelayakan Piala Dunia 2022 Malaysia Tumpaskan Timor Leste

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 584 hits
Permulaan yang baik buat skuad bola sepak negara dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 ini Menentang pasukan Timor Leste skuad negara memang dijangkakan akan menang menentang pasukan di ranking 195 itu Malaysia yang menduduki ranking 168 ...
Khatib Meninggal Dunia Ketika Menyampaikan Khutbah Jumaat

Khatib Meninggal Dunia Ketika Menyampaikan Khutbah Jumaat

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 638 hits
JEMAAH Masjid Al Bukhary Alor Setar gempar seketika apabila ketika sedang khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan secara tiba tiba imam berkenaan rebah hari ini Kejadian tersebut turut dirakamkan oleh beberapa jemaah yang hadir Dalam sat...
Khatib Rebah Ketika Baca Khutbah Sebelum Disahkan Meninggal Dunia

Khatib Rebah Ketika Baca Khutbah Sebelum Disahkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 575 hits
Bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah itu rebah semasa membaca khutbah awal kira kira 1 30 tengah hari ini
7 Jenama Pelopor Yang Mengubah Dunia

7 Jenama Pelopor Yang Mengubah Dunia

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 415 hits
Bermula daripada makanan segera sehinggalah dunia fesyen dan telefon bimbit beberapa jenama terkenal yang kita kenali hari ini bukan sekadar mempengaruhi perbelanjaan kita mereka juga menentukan siapa diri ramai pengguna Berikut adalah 7 je...
Lahar Vesuvius Lenyapkan Pompeii Dari Peta Dunia

Lahar Vesuvius Lenyapkan Pompeii Dari Peta Dunia

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 383 hits
Pada 24 Ogos 79 Masihi 1 940 tahun yang silamn penduduk tiga bandar di kaki Gunung Vesuvius di Teluk Naples Itali menjadi gempar apabila secara tiba tiba gunung itu mengeluarkan asap Kepulan asap yang semakin lama semakin tebal itu memaksa ...
Harga Minyak Dunia Terus Naik Usai Opec Perpanjang Pemangkasan Produksi

Harga Minyak Dunia Terus Naik Usai Opec Perpanjang Pemangkasan Produksi

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 289 hits
Harga minyak naik hampir tiga persen pada akhir perdagangan Jumat menguat lebih lanjut dari posisi terendah lima bulan minggu ini setelah Arab Saudi mengatakan OPEC hampir menyetujui untuk memperpanjang pengurangan produksi
Mabuk Ican Jatuh Ke Saluran Irigasi Dan Ditemukan Meninggal Dunia

Mabuk Ican Jatuh Ke Saluran Irigasi Dan Ditemukan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 372 hits
Dalam proses pencarian sendiri pihaknya bersama Kodim 0612 BPBD Kabupaten Tasikmalaya Tagana dan masyarakat sekitar melakukan pencarian di sekitar lokasi kejadian
Bekas Adun Hulu Besut Meninggal Dunia

Bekas Adun Hulu Besut Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 414 hits
BESUT Bekas ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut Abdullah Mat Dan meninggal dunia di Hospital Besut kira kira jam 3 30 pagi tadi Jenazah dijangka disembahyangkan di Masjid Mata Air Kampung Lubuk Kawah Hulu Besut di sini pada 2 00 petang in...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba