Bisnes Makanan Delivery Dari Rumah
Cabaran tahun 2020 negara dilanda wabak covid-19 sejak penghujung 2019. Pejam celik dah hampir setahun negara kita dilanda wabak ini. Ketika saya menulis post ini, KL Selangor dan Putrajaya telah dilaksanakan PKPB semula ekoran daripada peningkatan kes yang sangat ketara. Negeri Sabah sangat ketara sekali kerana kes yang naik dengan begitu mendadak.
Terbaru, pada 7 November 2020 Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama 4 minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020.
Bisnes Makanan Delivery Dari RumahNampaknya, PKPB yang telah sebulan dilaksanakan di KL Selangor dan Putrajaya sejak 14 Oktober 2020 akan bersambung lagi setelah kerajaan memutusakan PKPB akan diteruskan hingga 6 Disember. Kelmarin pada 8 November 2020 Menteri Kanan Pendidikan Dr. Radzi Jidin telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka ditutup sehingga akhir tahun.
Berbalik kepada tajuk post ini. Ramai yang tekesan sejak negara dilanda wabak covid 19. Ada yang telah hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Bagi yang telah hilang pekerjaan ada yang terpaksa mencari alternatif lain seperti menjalankan bisnes dari rumah. Ada yang telah menjalankan perniagaan makanan dari rumah sebagai punca pendapatan.
Cara Buat Bisnes Makanan DeliveryBisnes makanan delivery boleh dijalankan dari rumah ketika PKP/PKBB. Di kediaman saya ni dah ada yang menjalankan bisnes makanan secara delivery. Masak makanan dari rumah, promosi melalui group whatsapp dan jika ada tempahan barulah penghantaran dibuat. Lama kelamaan makanan yang anda jual akan menjadi viral.
Jika anda ada kemahiran memasak atau apa-apa kemahiran dalam sesuatu menu anda boleh mencubanya. Jual nasi bungkus pun boleh seperti yang dilakukan oleh jiran saya. Tak perlu masak banyak menu dalam satu hari. Tetapi menu lauk yang berbeza-beza setiap hari.
Bisnes makanan delivery tanpa kedai boleh dilakukan dari rumah anda. Boleh jimat dari segi kos sewa kedai dan juga masa anda. Hanya jalankan dari rumah sahaja. Maklum sajalah musim covid 19 ni elakkan dari terdedah dengan risiko covid 19. Pelanggan juga boleh membuat tempahan atas talian.
Bisnes Makanan Paling Laris Untuk DijualBagi yang menjalankan bisnes makanan di gerai atau tepi jalan yang telah terkesan dek wabak covid 19. Ada yang tak boleh buka gerai dan ada juga yang bilangan pelanggan mula merosot. Bolehlah cuba jalankan bisnes makanan secara delivery.
Ada pelanggan yang rasa lapar tapi tak boleh nak keluar rumah. Jadi mereka akan menggunakan platform jual makanan online. Sebagai penjual ambillah peluang jual makanan secara delivery. Terima tempahan, masak dan hantar kepada pelanggan menggunakan khidmat penghantaran seperti Food Panda.
Tambahan lagi berdasarkan SOP kedai makan yang dikeluarkan kerajaan. Digalakkan beli makanan secara bungkus, drive thru atau delivery. Bilangan pelanggan terhad kepada dua orang untuk satu meja. Kat sinilah pentingnya jual makanan atas talian dan menggunakan perkhidmatan delivery kerana lebih mudah beli makanan online.
Bisnes makanan secara delivery sesuai dilakukan dari rumah. Lihat pengalaman macam mana brader ni jual spaghetti dari rumah. Baca sekarang
Bisnes Makanan Delivery Lebih MudahBisnes makanan semakin berkembang sejak adanya perkhidmatan penghantaran seperti Food Panda, Grabfood dan sebagainya. Dengan adanya perkhidmatan delivery, bisnes makanan tidak terhad kepada makanan Fast Food sahaja. Ini membolehkan peniaga-peniaga lain mengembangkan lagi jualan mereka.
Dengan kemudahan capaian internet mobile phone zaman sekarang. Pembeli tak perlu lagi keluar rumah untuk membeli makanan. Hanya tempah sahaja dari rumah. Saya yakin dalam phone anda sudah ada apps food panda dan juga grab food betul?
Bagi yang menjalankan bisnes makanan dari rumah anda boleh menggunakan khidmat penghantaran syarikat ini. Bagi yang tidak mahu menggunakan syarikat ini, anda boleh upah pekerja sendiri untuk mengahantar makanan.
Bagaimana pula jika nak mulakan bisnes delivery? Apa kata anda mulakannya dari rumah. Cuba kenalpasti menu apa yang anda yakin untuk masak dan jual. Pilih menu yang anda mahir dan mampu hasilkannya dengan sedap. Kemudian cuba iklankan dalam group whatsapp dan jangan lupa sediakan perkhidmatan delivery.
Tak musatahil bisnes yang anda mulakan dari rumah lama kelamaan semakin berkembang. Jika anda mahukan maklumat tambahan boleh baca pengalaman bisnes food delivery ini : Bisnes Food Delivery
Sekian berkenaan bisnes makanan delivery. Saya doakan anda berjaya dalam bisnes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azzahairi.com/2020/11/bisnes-makanan-delivery-dari-rumah.html