Bisnes Air Balang Kos Rendah Dan Untung Lebih Dari 1000


Bulan Ramadhan dah hampir tiba, aura berniaga tu semakin panas. Mana tak nya, bulan Ramadhan nil ah ramai orang mengambil peluang untuk menambah pendapatan sampingan. Yang sudah bergelar usahawan tu pun semakin rancak dengan perancangan jualan. Yang dah ada bisnes tu eloklah, namun macam mana pula dengan yang baru nak bermula? 
Kita cerita ni tentang bisnes air balang..best ker berniaga air ni? 
Mari kita baca perkongsian pengalaman seorang peniaga air balang yang sudah berjaya di pasar Ramadhan. Beliau adalah Mizan Sulaiman

Nama saya Mizan Sulaiman. Saya telah mula berniaga air sejak tahun 2008 lagi di pasar ramadhan. Selain itu, saya juga turut menjalankan bisnes air balang ini di pasar malam, pasar tani, dan juga di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.
Tahun lepas! Sewaktu saya berniaga air di bazar Ramadhan, keuntungan saya mencecah lebih RM7,000.
Apa yang lebih menarik lagi... pendapatan saya ini saya perolehi dengan hanya meniaga di satu lokasi pasar ramadhan sahaja dan hanya menjual 3 balang air sahaja!
Ya! 3 balang air sahaja!
Tapi Alhamdulillah... Setiap hari..  ketiga-tiga balang air saya akan habis licin dijual!
Ianya bukanlah nasib semata-mata.... Tapi ada "STRATEGI RAHSIA"  yang saya lakukan hasil dari pengalaman berniaga air sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kos Rendah & Untung Lebih Dari 1000%
Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.
Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000.  (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air).
Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).
Sebagai contoh... Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.
Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini...  selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.
Macam Best Je Bisnes Jual Air Ni!
Senang Ke Nak Buat?
Baiklah! Sebelum anda bergegas membeli kanopi dan balang air untuk menjalankan bisnes air ini. Biar saya berterus terang dengan anda!
Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran!
Anda mungkin berfikir... "Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000... Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!"Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar! Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.
Pertama sekali, dari segi MODAL!
Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.
Baiklah! Mungkin anda ada wang simpanan & modal yang besar! Anda ada banyak duit! Bahkan, anda juga mungkin seorang yang tampan! Setakat modal RM3-4 ribu.. memang celah gigi je!
Tapi! Cuba anda fikir... Bagaimana pula anda mahu bawa bekas balang-balang air tu ke tapak jualan? Muat ke semua balang tu dalam kereta "evo" anda? Rajin ke anda mahu berulang-alik dari rumah ke tapak niaga semata-mata mahu mengangkat barang-barang sahaja? Setiap hari pula tu? Lainlah kalau anda mahu melabur duit membeli van atau lori pula.. 
Kemudian, selepas anda membuat berbelas-belas balang air itu.. Comfirm ke semua air dalam balang tu boleh habis terjual setiap hari?
Tahukah anda! Kebanyakkan peniaga-peniaga yang berjaya menjual "sold-out" berbelas-belas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga "Otai" orang kata..... Mereka sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan confident!
Berbanding anda yang baru mahu mula menjual air! Ianya mungkin sedikit sukar. Peniaga-peniaga lama itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air dulu pun.. mereka hanya bermula dengan beberapa balang sahaja!
Menjual Air Ini Memang Kerja Mudah... TAPI..
Jika balang air anda serupa sahaja dengan balang 10 peniaga air yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan. Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepastu, mereka takkan beli lagi!Jadi!..Macam mana nak tarik pelanggan?Macam mana nak buat air yang sedap?Macam mana nak jimatkan kos?Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?
Dan bermacam-macam lagi persoalan yang mungkin muncul di fikiran anda!
BERITA BAIK!... ANDA TIDAK PERLU PENING KEPALA LAGI!
Saya juga dulu sama seperti anda! Minat untuk berniaga itu memang sudah berkobar-kobar! Tapi ilmu tentang bisnes ini agak ZERO! Konon-konon dah tahu buat air yang tersedap maka bisnes akan meletop! Tapi sangkaan saya jauh meleset!
Rupa-rupanya, masih banyak perkara-perkara yang saya tak tahu. Sebagai peniaga baru, terlalu banyak perkara trial & error yang terpaksa saya lakukan, ianya membuang masa, membuang duit dan tenaga. Maklumlah, sewaktu saya bermula dulu, tiada panduan serta tunjuk ajar dari mereka yang pakar tentang perkara ini. Saya hanya main redah sahaja!
Hasilnya begitu mengecewakan! Hasil jualan yang tidak seberapa! Payung yang rosak dan terbang di tiup angin! Air-air yang terpaksa dibuang ke longkang.. ianya antara pengalaman sedih yang pernah saya lalui!
Jadi, saya tidak mahu anda turut mengulangi kesilapan saya serta melalui perkara-perkara yang menyedihkan itu. Situasi sebenar bisnes air balang, mungkin tidak sama seperti mana yang anda bayangkan.
Disebabkan itu, saya telah menulis sebuah ebook yang akan memberikan anda panduan yang lengkap di dalam memulakan dan menjalankan bisnes air balang ini!
Memperkenalkan!...

 Panduan Memulakan Bisnes Air Balang!
Dalam Ebook ini, beliau kongsikan beberapa panduan untuk niaga air balang
BAB 1 : CARA MOHON TAPAK NIAGABAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZARBAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPANBAB 4 : PERSEDIAAN & PENGURUSAN MASA BERNIAGABAB 5 : RESEPI 20 JUS BEST SELLERBAB 6 : RAHSIA SULIT JUS YANG LARISBAB 7 : CASE STUDY - BAGAIMANA SAYA JANA RM7K SEBULAN DENGAN BISNES AIR
Dengan 7 bab dalam ebook ini, saya rasa korang dah boleh memulakan bisnes jual air balang dengan tenang. Resepi jus best seller juga ada disertakan dan juga ada tambahan bonus resepi nanti

Berminat nak dapatkan panduan ni? – Klik Sini 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rujukanniaga.com/2019/04/bisnes-air-balang-kos-rendah-dan-untung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Panduan Yang Boleh Diikuti Untuk Melariskan Jualan Bisnes Air Balang

9 Panduan Yang Boleh Diikuti Untuk Melariskan Jualan Bisnes Air Balang

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 540 hits
Untuk memastikan Bisnes Air Balang yang kamu usahakan laris ikuti 9 panduan yang telah terbukti amat berkesan ini 9 panduan
Ada Resepi Air Soya Tak Tuan Bulan Puasa Nak Dekat Dah Ni Saya Cadang Nak Bisnes Air Balang Kat Bazar Ramadan La

Ada Resepi Air Soya Tak Tuan Bulan Puasa Nak Dekat Dah Ni Saya Cadang Nak Bisnes Air Balang Kat Bazar Ramadan La

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 903 hits
Mestilah ada Bukan setakat air soya saya boleh bagi 20 RESEPI AIR BALANG termasuk resepi AIR HOT masa kini iaitu
Projek Ecrl Diteruskan Dengan Kos Lebih Rendah

Projek Ecrl Diteruskan Dengan Kos Lebih Rendah

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 377 hits
Foto AFPPUTRAJAYA 12 April Projek Laluan Rel Pantai Timur akan disambung semula pada kos yang lebih rendah susulan permeteraian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd demikian...
Ibu Sayang Kamu Lebih Air Dalam Kepala Kurang Sel Otak Dalila Suka Susu Ibu

Ibu Sayang Kamu Lebih Air Dalam Kepala Kurang Sel Otak Dalila Suka Susu Ibu

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 728 hits
Ibu akan terus menyayangi anak anaknya selagi hayat dikandung badan Kisah ibu ini benar benar mengusik perasaan tatkala mengetahui anak istimewa sejak dari dalam kandungan lagi Bertuahnya Nur Dalila Sofea ini mempunyai ibu penyayang ibu 3 o...
Kos Hidup Siapa Lebih Bahagia

Kos Hidup Siapa Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 489 hits
SEJAK tahun tahun kebelakangan ini tiada isu yang sering dibincangkan oleh rakyat marhaen kecuali kesulitan kehidupan seharian mereka Isu ini paling ketara menyentuh tentang kos sara hidup Apa yang sedang dihadapi oleh mereka bukanlah sesua...
Lelaki Untung Rm525 Sehari Jual Air Ketum

Lelaki Untung Rm525 Sehari Jual Air Ketum

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 541 hits
Penjual air ketum di Sekendi Sungai Besar akhirnya tumpas apabila ditahan sepasukan anggota polis di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam Penjualan air ketum yang telah dijalankan selama 2 tahun itu mendapat untun...
Perniagaan Air Balang Jana Pendapatan Lumayan

Perniagaan Air Balang Jana Pendapatan Lumayan

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 463 hits
Perniagaan Air Balang Jana Pendapatan Lumayan Pasti anda tidak percaya bahawa perniagaan air balang tidak kira di mana sahaja boleh menjana pendapatan sehingga RM7 000 00 sebulan Perniagaan ini adalah seperti berniaga di pasar malam atau pu...
Cara Cara Membuat Jus Durian Belanda Untuk Air Balang

Cara Cara Membuat Jus Durian Belanda Untuk Air Balang

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 1800 hits
Ada banyak cara untuk membuat jus durian belanda Cara di bawah adalah cara yang kami syorkan kerana ianya mengekalkan khasiat buah durian belanda yang segar Walaubagaimanapun isi durian belanda boleh saja dibeli tanpa mengopeknya sendiri Re...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket