Kos Hidup Siapa Lebih Bahagia


SEJAK tahun-tahun kebelakangan ini, tiada isu yang sering dibincangkan oleh rakyat marhaen kecuali kesulitan kehidupan seharian mereka.

Isu ini paling ketara menyentuh tentang kos sara hidup. Apa yang sedang dihadapi oleh mereka bukanlah sesuatu yang dimomok-momokkan tetapi sebaliknya nyata dan benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian mereka.

Kos sara hidup yang tinggi membimbangkan mereka kerana terpaksa berbelanja dengan kadar yang tinggi pada setiap hari.

Tidak sebagaimana dahulu, nilai wang kini semakin kecil. Wang sebanyak RM50 kini tidak sebagaimana nilai wang RM50 yang boleh dibelanjakan 20 tahun yang lalu.

Serba serbi mahal dengan pelbagai bil yang perlu dibayar pada setiap bulan. Ada yang terpaksa meminjam untuk menampung kehidupan mereka. Pinjaman yang dibuat pula terpaksa dibayar bertahun-tahun lamanya sebelum dapat dilangsaikan.

Kos semakin tinggi bagi mereka yang memiliki keluarga besar dan menetap di bandar-bandar besar. Ramai yang ditakrifkan sebagai miskin bandar. Nilai pendapatan berjumlah RM5,000 di bandar-bandar besar lebih rendah berbanding berada di kawasan luar bandar.

Namun itu bukan bermaksud kos sara hidup di luar bandar tidak tinggi. Kosnya pun semakin tinggi. Ini jelas kelihatan apabila golongan yang menetap di luar bandar pun terpaksa menanggung pelbagai perbelanjaan seharian.

Bukan setakat untuk diri sendiri semata-mata tetapi juga melibatkan anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Jadi, ini secara tidak langsung boleh memberi kesan terhadap kualiti kehidupan seseorang.

Ketika ini, Finland dikelaskan sebagai negara paling bahagia di dunia. Dengan kualiti kehidupan yang amat baik dan kadar perbezaan taraf dan kemiskinan terendah dalam kalangan negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), maka tidak menghairankanlah Finland berada pada kedudukan teratas negara bahagia.

Di Malaysia pula, menurut kajian oleh Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar (Murninets) pada tahun 2018, penduduk luar bandar dikatakan lebih bahagia berbanding penduduk bandar.

Meskipun penduduk luar bandar juga terasa tempias kos sara hidup yang semakin tinggi, tetapi mereka dikatakan lebih bahagia berbanding penduduk kawasan bandar.

Pengukuran kebahagiaan bukan semata-mata dari segi ekonomi tetapi juga kualiti alam sekitar, hubungan kekeluargaan, kesihatan, aktiviti komuniti, keselamatan dan lain-lain.

Sering kali kebahagiaan dikaitkan dengan kemampanan. Dalam hal ini, sesuatu aspek dalam kehidupan seseorang sewajarnya mampu berkembang dengan baik.

Misalnya, dalam aspek kesihatan dan pendidikan, setiap manusia mendambakan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan yang semakin baik. Dengan memperoleh kualiti perkhidmatan kesihatan yang semakin baik, maka mereka akan menjalani kehidupan seharian yang lebih positif, misalnya lebih produktif semasa bekerja.

Tidak kurang juga, dalam aspek mendapatkan akses sistem pendidikan yang berprestasi baik. Dengan berada dalam kehidupan semakin baik, maka secara tidak langsung kebahagiaan juga akan dapat dinikmati.

Justeru itu, ketika kita sedang berusaha untuk merealisasikan kehidupan bahagia, maka aspek kemampanan perlu diberikan penekanan terlebih dahulu.

Jika tidak, kebahagiaan hanya sekadar seronok untuk diucapkan sedangkan hakikatnya, tidak pula dirasai oleh kita tatkala menghadapi suasana kehidupan yang serba mencabar dewasa ini.

Oleh : Prof. Madya Rohami Shafie

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/04/kos-hidup-siapa-lebih-bahagia_18.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlukan Pengganti Lebih Bahagia Hidup Bersama Anak Anak Rita Terharu Anak Bagi Kek Pisang Di Hari Jadinya

Tak Perlukan Pengganti Lebih Bahagia Hidup Bersama Anak Anak Rita Terharu Anak Bagi Kek Pisang Di Hari Jadinya

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 536 hits
Pelakon popular Rita Rudaini sebak dan terharu menerima kek pisang daripada dua anaknya Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna sempena hari jadinya yang ke 43 Rita berkata dia tidak menjangka kedua dua anaknya akan membuat kejutan itu s...
Hidup Lebih Mudah Saksikan Pameran 5g Pertama Di Malaysia

Hidup Lebih Mudah Saksikan Pameran 5g Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 363 hits
Satu lagi tanda aras baru bagi segmen telekomunikasi danteknologi di negara kita apabila Pameran 5G Malaysia telah membuka pintu secara rasmi di Putrajaya Acara yang akan dibuka kepada orang ramai hujung minggu ini secara amnya mewakili kom...
Isteri Gemuk Sebenarnya Membuatkan Suami Lebih Bahagia 10 Kali Ganda

Isteri Gemuk Sebenarnya Membuatkan Suami Lebih Bahagia 10 Kali Ganda

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 477 hits
Sebuah penelitian di Universitas Meksiko membuktikan pria dengan istri gemuk jauh lebih bahagia 10 kali lipat dibanding lelaki dengan istri kurus Iko Uwais sudah membuktikannya bagaimana dengan suami Anda Masih ingatkah Anda bagaimana Iko U...
Bagaimanakah Kos Sara Hidup Mampu Diturunkan Sekiranya Ph Kekal Menambah Cukai

Bagaimanakah Kos Sara Hidup Mampu Diturunkan Sekiranya Ph Kekal Menambah Cukai

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 293 hits
Tindakan kerajaan Pakatan Harapan memperkenalkan pelbagai cukai baharu menambah beban kepada rakyat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan PH turut gagal mengotakan janji untuk memenuhi manifesto Pilihan R...
Projek Ecrl Diteruskan Dengan Kos Lebih Rendah

Projek Ecrl Diteruskan Dengan Kos Lebih Rendah

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 379 hits
Foto AFPPUTRAJAYA 12 April Projek Laluan Rel Pantai Timur akan disambung semula pada kos yang lebih rendah susulan permeteraian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd demikian...
Bisnes Air Balang Kos Rendah Dan Untung Lebih Dari 1000

Bisnes Air Balang Kos Rendah Dan Untung Lebih Dari 1000

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 434 hits
Bulan Ramadhan dah hampir tiba aura berniaga tu semakin panas Mana tak nya bulan Ramadhan nil ah ramai orang mengambil peluang untuk menambah pendapatan sampingan Yang sudah bergelar usahawan tu pun semakin rancak dengan perancangan jualan ...
Lebih 10 Rumah Rosak Letupan Kompleks Petronas Pengerang

Lebih 10 Rumah Rosak Letupan Kompleks Petronas Pengerang

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 409 hits
KOTA TINGGI Lebih 10 rumah di Kampung Lepau dekat Pengerang di sini mengalami kerosakan di siling dan dinding dipercayai kesan daripada kejadian letupan serta kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang awal pagi tadi Pemilik rumah Abd Rahim ...
Akhir Pelarian 2 Pelaku Mutilasi Guru Budi Persembunyian Aj Diungkap Ap Yang Lebih Dulu Ditangkap

Akhir Pelarian 2 Pelaku Mutilasi Guru Budi Persembunyian Aj Diungkap Ap Yang Lebih Dulu Ditangkap

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 292 hits
Sesosok mayat ditemukan di dalam koper yang tergeletak di pinggir sungai bawah Jembatan Karanggondang Udanawu Blitar sembilan hari lalu tepatnya Rabu Mayat berjenis kelamin laki laki itu bernama Budi Hartanto warga Jalan Taman Melati Tamans...
Mestecc Ingin Merancakkan Proses R D Di Malaysia Dengan Menyediakan Lebih 1 200 Peralatan Saintifik

Mestecc Ingin Merancakkan Proses R D Di Malaysia Dengan Menyediakan Lebih 1 200 Peralatan Saintifik

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 263 hits
Baru baru ini Kementerian Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah melancarkan inisiatif baru mereka iaitu Fasiliti Perkongsian Kemudahan dan Peralatan Saintifik Nasional bagi membuka peluang kepada penggunaan 1 200 per...
Kadir Jasin Najib Bukan Curi Milo Atau Roti Benggali

What Is Brics Good For

Virus Seakan Covid 19 Hmpv Mula Menular Di China Kenali Gejala Dan Cara Pencegahannya

2 Maut Kereta Terhumban Dalam Gaung

Travel Youtuber Reveals 5 Favorite Features Of His Campervan Oyen

Effort To Teach Taliban On Women S Rights An Exercise In Futility

Dinner Tema Kampung Pelikat Batik Di Elissa Garden Alor Setar

Umno S Exit From Rally Contradicts Solidarity For Najib Says Pas No 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Aswan Anwar Its Okay Chord

Surah Al Qiyamah Ayat 1 10

Bila Larut Malam Melaka 2025 Harga Dan Senarai Lokasi Produk Pelancongan

Fresh From Heiwa Mc A Modern Triumph Scrambler 900 With Retro Style

Sarapan Dengan Tetamu Pagi

Nasi Kerabu Ikan Tongkol