Bismillah Bazar Ramadan Di Restoran Citra Rasa Dorsett Putrajaya
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Buat warga Putrajaya, Bangi, Kajang, Sepang dan yang sekawasan dengannya Maha nak rekemen kepada korang lokasi berbuka puasa bulan Ramadan yang akan tiba tak lama sahaja lagi. Sebuah hotel yang berada betul-betul di tengah pusat pentadbiran negara Putrajaya
Mana lagi kalau bukan kat Restoran Citra Rasa @ Dorsett Putrajaya lah. Tahun ini mereka membawakan konsep #Bismillah Bazar Ramadan yang menggabungkan masakan tempatan, barat dan timur tengah. Makanan di sini ada lebih daripada 100 jenis juadah yang korang boleh nikmati. Maha boleh kata setiap tahun jugalah berbuka puasa kat sini dan memang sentiasa ramai orang
Ramai tu bukan sebab dekat sahaja tapi sebab juadah yang disediakan di sini memenuhi citarasa tempatan. Macam biasalah tak sah Bufet Ramadan kalau tiada Kambing Golek. Walaupun restoran ini berada di tingkat tiga hotel tapi ada ruang luar untuk mereka menyediakan juadah yang panas baru lepas dimasak sepeti kambing ini. Ruang luar tu pula betul-betul mengadap tasik Putrajaya dan juga Masjid Besi. Satu pemandangan yang menarik sangat
Selain itu juga ada beberapa masakan istimewa di sini seperti Udang Percik Mek Ayu, CR's Singnature Mango Fish Head Curry, Asam Pedas Ikan Pari atau Ikan Merah, Patin Masak Tempoyak, Nasi Kerabu, Laksa dan Laksam Kelantan, Kueh Teow Goreng serta banyak lagi lah semua ni kat bahagian luar
Kat dalam pula yang paling popular setiap tahun mesti ada kat sini iaitu Nasi Lemak Delima Sambal Hijau. Uniknya Nasi Lemak ni warna merah jambu kerana menggunakan buah delima serta sambal nasi lemak ni menggunakan sambal hijau. Juga yang ramai orang cari bila puasa adalah Bubur Lambuk bersama dengan lauk. Juga banyak lagi lah menu lain seperti enam jenis Kerabu, Lemang dan Ketupat, Kuih Muih tradisional dan juga timur tengah dan macam-macam lagi
Harga pula kalau korang nak murah boleh beli sekarang sampai 26 April 2020 untuk promo 1000 early bird baucer. Harganya hanyalah RM88 nett bagi dewasa. Murah lah tu mana nak dapat hotel harga makanan bufet macam ni. Kalau harga biasa untuk bufet Ramadan kat sini adalah RM108 nett bagi dewasa, RM88 nett untuk warga emas dan juga RM68 nett untuk kanak-kanak usia 6 hingga 12 tahun.
Bufet #Bismillah Bazar Ramadan di sini akan bermula dari 27 April hingga 21 May 2020. Korang mestilah kena booking tiga hari sebelum datang makan sini untuk mengelakkan daripada tempahan penuh. Sebab Maha datang makan tahun lepas kat sini sampai keluar ruang eskelator tu mereka buka meja sebab ramai sangat tahun ni tak tahu adakah Covid-19 mempengaruhi orang untuk datang bufet Ramadan. Apa pun ktia doa yang terbaik untuk negara kita jauh dari penyakit berjangkit ini
Hotel Dorsett Putrajaya juga membuat promosi Ramadan Room Package dengan harga RM400 nett sebilik termasuk sekalu dengan bufet buka puasa dan juga sahur untuk dua orang. Perhhh ok lah tu murah sangat dah kalau yang datang urusan kerja kat Putrajaya boleh ambil pakej ini.
Kalau korang nak buka beramai-ramai satu pejabat dan memerlukan ruang khas mereka boleh sediakan private room dengan minimum booking 50 orang. Kat situ dah tak perlu sesak-sesak dengan orang ramai untuk ambil makanan ada bilik khas lagi. Restoran Citra Rasa ini mendapat persijilan Halal dari JAKIM. Mereka juga menyediakan ruang solat untuk lelaku dan wanita. Parking kat sini pun banyak dan percuma ok. Tunggu apa lagi boleh plan dari sekarang nak berbuka kat Dorsett Putrajaya. Selamat menjamu selera semua
Tempahan dan juga pertanyaan lain boleh hubungi :Tel : 03-8892 8388Email :
[email protected] : https://www.facebook.com/dorsettputrajaya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2020/03/bismillah-bazar-ramadan-di-restoran-citra-rasa-dorsett-putrajaya.html