Biskut Mazola Biskut Kacang Tanah Yang Sedap Lembut Dan Mudah Disediakan


As Salam,Biskut Mazola @ Biskut Kacang Tanah Yang Sedap, Lembut Dan Mudah Disediakan-Alhamdulillah. Hari ke-28 Ramadan, semoga Allah permudahkan bagi kita melengkapkan ibadah puasa pada tahun ini dengan kebaikan, barokah dan rahmatNya yang sangat luas. Semoga Selepas Ramadan ini Allah kurniakan kita kehidupan yang lebih baik dari segi akhlak, ibadah dan juga hubungan kita denganNya dan sesama makhlukNya.aamin

Biskut Mazola-Sejenis biskut dengan gabungan kacang tanah dan minyak jagung (mazola) yang menjadikan cookies ini enak ialah apabila dimakan ia lembut dan berderai atau cair dalam mulut

kalau korang penggemar biskut mazola, kita tahu ia bukan jenis biskut rangup, adalah sikit rangup kat bahagian luar, tapi bila digigit, biskut ini sangat lembut dan mudah pecah.Kalau ko beraya umah bakal mak mertua, control sikit time makan biskut ni, karang bersepah carpet umah bakal mertua ko.kiki.

Hujung-hujung puasa ni, sempat lagi saya buat cookies.Kali ini Biskut Mazola menjadi pilihan.Saya tidaklah terlalu obses dengan biskut Mazola, tapi saya tak sangka anak-anak dan juga bapak si anak rupanya suka akan biskut ini. Semasa saya sedang membuat Oat Cookies tempohari, En Suami ada menegur dan bertanyakan sama ada saya sedang buat biskut kacang? Kemudian, bila saya bertanya, rupanya dia suka akan cookies tu

Jadi, bila tengok resepi, alhamdulillah.Biskut Mazola ni sangat mudah untuk disediakan dan bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak.Jadi, saya buat cookies ini dengan adunan sedikit sahaja.Boleh dapat sekitar 40-60 pcs ikut saiz biskut yang kita bentukkan

Biskut Mazola ni menjadi top first yang laris selepas dicuba oleh anak-anak selepas solat maghrib
dari anak sampai ke bapak, berebut ambik dua tiga ketoi. Yup, biskut ni kalau kita goreng /sangai kacang tanah sendiri di rumah, cookies ni memang fresh rasanya. Biskut tradisional yang tidak pernah jemu dimakan

Alahai. gebus betol nengoknya kann.Alhamdulillah, biskut ini menjadi dengan jayanya.Encik Suami siap pesan kalau habis, boleh buat lagi.Iyolahh

RESEPI BISKUT MAZOLASumber resepi : Grup Masak Apa Hari ni Official (MAHN)Dicuba oleh : Cik MataharikuBahan-bahan1 cawan Kacang Tanah1/2 cawan Gula - blend halus
(kalau taknak blend boleh guna gula halus.boleh adjust sendiri gula)
2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
3/4 cawan Minyak MazolaEsen VanillaHiasanTelur kuningPewarna Kuning
Cara Menyediakan Biskut Mazola @ Biskut Kacang Tanah Yang Sedap, Lembut Dan Mudah Disediakan1.Kacang goreng tanpa minyak, pastu buang kulit, blender. Terpulang nak blend halus ke kasar. Ikut citarasa memasing
2.Campur semua bahan gaul sebati kecuali minyak. Minyak masuk sikit2
3.Gaul sampai jadi adunan.Kalau lembik boleh adjust tambah tepung gandum
4.Simpan dalam chiller dulu dalam 1jam adunan. Ni rahsia nak bagi biskut rangup.saya simpan dalam 30 minit sahaja
5.Dah sejam,keluarkan, bulat-bulatkan atau tekap guna acuan pun boleh. Hias dgn kacang, sapu kuning telur. 6.Bakar pada suhu 160°c , 20-25 minit, atau boleh adjust sendiri ya suhu, janji biskut masak.Ikut oven masing-masing

Step By Step Buat Biskut Mazola Yang Sedap, Lembut Dan Mudah disediakan
 Bahan-bahan asas menyediakan Biskut Mazola, saya tak gunakan pun pewarna kuning, sebab untuk sapuan warna kuning telur tu dah cukup menaikkan seri biskut Mazola saya.Ceh gitu:)
 Mula-mula kita goreng atau sangai dulu kacang tanah ni tanpa minyak ya.Pengalaman saya goreng kacang tanah ni, jika tanpa minyak, guna api sederhana.Kalau guna api kecil, ko kena bertabah tunggu.Camna nak tahu kacang tu dah cukup masa untuk diangkat, satu caranya bila dia berbau sedap ( of coz bau kacang tanahlah kann), kena rajin kacau takut karang dia hangit

 Kacang tanah dah sedia dibuang kulit.Part ni memang menguji kesabaran.Resepi yang saya ikut ni depa buang kulit kacang, tapi ada jugak resepi yang buat biskut mazola ni, terus je blend tanpa buang kulit. Sebab tu biskut Mazola dengan resepi  ini warnanya lebih putih. Melalui pembacaan, depa kata biskut Mazola yang sebenar memang kena buang kulit supaya rasa biskut lebih enak dan lembut berderai. Cara nak asingkan atau buang kulit kacang ni, ko kena buat time dia masih panas-lepas tu goreng kacang lama sikit, sampai kulit dia tanggal sendiri dalam kuali ( sikit-sikit bukan semua)

 Kacang tanah yang saya dah blend halus.Saya tak suka blend kasar walaupun boleh je kalau korang suka rasa kekacang dia.Saya plan nak letak sebiji kacang tanah sebagai hiasan atas biskut Mazola, sebab tu sy blend halus

 Part ni, saya dah campurkan semua bahan- kemudian gaul adunan dengan minyak mazola sedikit demi sedikit.Sehingga doh menjadi mudah dibentuk.Macam yang saya buat ni, saya tambah dalam satu sudu makan tepung gandum sebab saya tengok adunan relai, susah nak bentuk.Saya tambah juga satu sudu minyak supaya ia sebati

 Saya bentukkan bulat-bulat, kemudian sapu dengan kuning telur, barulah letak kacang tanah seketoi atas biskut mazola tu.Sepatutnya letak sebelah sahaja kacang tanah tu, saya kan over sikit, tu yang letak seketoi terus.Alaa.kita buat dia kann

 Bakar dalam oven dengan suhu 160 atau 170 darjah ikut oven masing-masing, dalam tempoh masa 20-25 minit.Ataupun kalau korang tengok bahagian bawah biskut dah bertukar warna kuning keemasan, dah boleh keluarkan dari oven

orait, ni biskut mazola yang dah siap bakar-Haih,geram betol nengoknya.Nak story lebih-lebih pun korang pun sendiri tahu, biskut Mazola ni memang sedap dan tidak menjemukan.Cubalah buat sendiri di rumah ya


Selamat mencuba:)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/05/biskut-mazola-biskut-kacang-tanah-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Turun Temurun Kacang Mazola Mudah Dan Sedap

Resepi Turun Temurun Kacang Mazola Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 677 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Harini merupakan ramadhan yang ke 20 kan Alhamdulilah Cepat je kan masa berlalu dah nak habis dah bulan yang mulia ni Cepat sangat berjalan sehingga feel untuk raya tu belum ada Tapi kita mesti raikan j...
Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu Sedap Mudah Disediakan

Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu Sedap Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 844 hits
hi semua nak share dengan korang resipi ikan gerunggong masak taucu sedap dan mudah disediakan Biasanya ikan gerunggong ni sedap kalau dibakar begitu sahaja kemudian dicicah bersama kicap dan perahan limau serta sedikit lada cili padi ataup...
Biskut Raya Resepi Tart Cadbury Versi Mudah Dan Sedap

Biskut Raya Resepi Tart Cadbury Versi Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 1837 hits
Biskut Raya Resepi Tart Cadbury Versi Mudah dan Sedap Raya bakal menjelma lagi Pelbagai aneka bsikut raya yang dapat dibuat untuk memeriahkan sambutan aidifitri yang menjelma Berikut dikongsikan Biskut Raya Resepi Tart Cadbury Versi Mudah d...
Pavlova Crunchy Diluar Lembut Bak Marshmallow Di Dalam Resipi Paling Mudah Disediakan

Pavlova Crunchy Diluar Lembut Bak Marshmallow Di Dalam Resipi Paling Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 584 hits
Tajuk dia hari ni PAVLOVA DEALOVA Senang je nak buat pavlova ni Bahan bahan pun mudah Hasilnya pavlova yang crunchy diluar lembut bak marshmallow didalam Digandingkan dengan whipping cream yang lemak lemak manis dan buah buahan segar diatas...
Pelbagai Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah Tiada Bahan Pewarna Gula

Pelbagai Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah Tiada Bahan Pewarna Gula

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 582 hits
Raya akan menjelang tiba tak lama lagi pasti ramai ibu ibu sedang berjuang menyiapkan kuih raya di rumah Alang alang mama sedang membakar kuih apa kata mama buatkan si kecil biskut rayanya sendiri Yang penting tiada gula dan bahan pewarna s...
Biskut Oat Cornflakes Rangup Yang Sangat Sedap Dengan Resepi Mudah Sukatan Cawan

Biskut Oat Cornflakes Rangup Yang Sangat Sedap Dengan Resepi Mudah Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 731 hits
As Salam Biskut Oat Cornflakes Rangup Dan Sangat Sedap Dengan Resepi Mudah Sukatan Cawan Alhamdulillah Ramadan semakin kepenghujung kita masih diberi kesihatan tubuh badan untuk menyempurnakan ibadah puasa yang berbaki beberapa hari lagi Se...
Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Mudah Buat Cantik Dibentuk Jejari Kecil

Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Mudah Buat Cantik Dibentuk Jejari Kecil

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 704 hits
hi semua resipi biskut kelapa rangup sedap sukatan cawan lebih mudah disediakan dan dibentuk rupa jejari kecil Biskut kelapa ni mr Husband yang suka makan so setiap kali buat biskut kelapa rajin dia tolong mrs pip bentukkan biskut ni Kalau ...
7 Resepi Biskut Raya Menggunakan Kacang Yang Mudah Dibuat

7 Resepi Biskut Raya Menggunakan Kacang Yang Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 769 hits
7 Resepi Biskut Raya Menggunakan Kacang Yang Mudah Dibuat Assalamualaikum dan Selamat Petang Ada yang mencari resepi biskut yang menggunakan kacang atau berasaskan kacang Ada banyak yang koleksi This is a content summary only Visit my websi...
12 Resipi Biskut Raya Viral Ina Azlina Mudah Buat Dan Sedap

12 Resipi Biskut Raya Viral Ina Azlina Mudah Buat Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 1595 hits
Koleksi Resipi Biskut Raya Viral Ina Azlina Mudah Buat Dan Sedap Assalamualaikum wbt salam ramadan yang ke 18 Lagi seminggu umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri Pertama kali dalam hidup CH dan semua rakyat Malaysia hari raya aidil...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah

Tak Lupa Diri Juara Program Nyanyian Masih Tebar Roti Canai Di Kedai Mentua

Nahas Ngeri Melaka 6 Maut Kemalangan Mpv Bas Persiaran Dan Treler

Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024