Biru Atau Putih Di Luar Keliru Bila Nak Pakai Topeng Muka Baca Penjelasan Jururawat Ini


Tubuh badan yang sihat adalah satu anugerah yang tidak ternilai buat mana- mana individu. Dengan badan yang sihat, banyak perkara boleh dilakukan. Keluar mencari rezeki, berhibur ataupun melancong.
Maka tidak hairanlah, orang ramai berlumba-lumba untuk melakukan apa sahaja untuk mendapatkan badan yang sihat ini termasuklah bergantung pada produk- produk tertentu yang tidak sahih. Keadaan ini mungkin berpunca daripada kekurangan ilmu ataupun salah faham seseorang.
Macam info yang dikongsikan oleh seorang jururawat yang dikenali sebagai Bel Nawhen ini mengenai salah faham penggunaan topeng muka. Salah faham yang wujud adalah mengenai posisi kedudukan kawasan berwarna pada topeng sewaktu dipakai.
Nak tahu apakah salah faham tersebut dan kedudukan sebenar bahagian bewarna pada topeng ketika dipakai? Jom baca perkongsiannya di bawah. Semoga bermanfaat.

Saya baca post ini di satu page dimana dikatakan bahagian berwarna itu fungsinya berbeza jika orang sekeliling demam dimana perlu dipakai di bahagian dalam yang mana ia adalah SALAH.
Ok, mari saya kenalkan tentang mask a.k.a topeng muka ini, fungsi dan cara pemakaian yang betul.
I. Mask ini dinamakan sebagai Surgical mask. Kebiasaannya dipakai oleh petugas kesihatan bagi melindungi mereka dari potensi mendapat jangkitan silang melalui pernafasan, titisan air dari pesakit ataupun sekeliling.
2. Lapisan luar mask ni bersifat hydrophobic iaitu water repellent yang bermaksud lapisan diluar itu tidak menyerap air. Lapisan dalam pula bersifat hydrophilic yang menyerap air kerana udara yang keluar dari paru -paru manusia ini bersifat tepu dengan wap air.
3. Makna dia dalam bahasa paling mudah, anda pakai mask nak elak perlekatan serta persinggahan sementara ala Lagu Ekamatra oleh mikroorganisma yang boleh membawa penyakit melalui udara atau wap air dari menjangkiti anda. Fungsi warna biru/hijau diluar itu nak elak mudah dilekati atau dihinggapi oleh mana-mana kumanlah senang kira.

4. Jadi kalau anda pakai mask terbalik macam diberitahu oleh admin ni, wap air kat udara akan melekat kat lapisan putih yang mudah menyerap air tu. Maka, bila mudah sangat melekat wap air, debu atau cairan maka kuman pun melekat berseronok dan berpestalah kat situ.
5. Bila dia dah melekat, berpesta, anda bernafas pakai mask tu, maka kuman akan transfer dari bahagian luar dan disedut oleh setiap hembusan nafas anda, kuman pun meluncur Laju masuk ke dlaam paru-paru dan membiak dengan jayanya disana. Senang cerita, admin ni nak galak anda berkongsi penyakitlah kiranya bersama orang yang mendapat penyakit gara-gara tips beramal yang salah diajar kepada anda.
6. Fungsi mask ni mudah, nak elak kuman dari masuk melalui mask (bahagian luar) serta tidak memberi peluang kuman sedia ada dari anda untuk keluar dari mask (bahagian dalam).
7. Anda perlu tahu, mask ini pula tidak mampu menapis untuk menyaring partikel mikroorganisma yang sangat kecil seperti Tuberkulosis (TIBI) mahupun influenza sebab tu kita ada sejenis mask lagi iaitu N95 mask.

8. Cara pakai yang betul
Mask MESTI menutupi hidung dan mulut anda sepenuhnya. Bukannya pakai bawah hidung, bawah leher, atas kepala ala-ala nak melawa. Bahagian bermetalic strip mesti letaknya diatas untuk tujuan memberi kekemasan yang lebih dibagian hidung mengikut tahap kemancungan atau tidak hidung anda. Mask seperti ini hanya single use sahaja. Tak perlu basuh, atau pakai hingga sudah tidak nampak rupa mask lagi. Untuk menanggalkan mask, pastikan bahagian dalam dilipat keluar sebelum membuang mask anda. Selalunya jika dihospital, mask yang telah digunakan akan dibuang didalam tong berwarna kuning. Jika anda dirumah, seeloknya didalam tong yang bertutup atau anda balut didalam plastik sebelum membuang mask anda. Pastikan anda mencuci tangan sebelum dan selepas memakai mahupun membuang mask. Semoga info ini memberi anda manfaat dan pastikan sebarang maklumat yang anda dapat adalah dari sumber yang sahih.
#BelNawhen
#JururawatAnda
Sumber: Bel Nawhen
The post Biru Atau Putih Di Luar? Keliru Bila Nak Pakai Topeng Muka, Baca Penjelasan Jururawat Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/21/biru-atau-putih-di-luar-keliru-bila-nak-pakai-topeng-muka-baca-penjelasan-jururawat-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Guna Mask Muka Jenis Kain Ada Caranya Salah Pakai Lebih Mudah Dijangkiti Penyakit

Nak Guna Mask Muka Jenis Kain Ada Caranya Salah Pakai Lebih Mudah Dijangkiti Penyakit

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 688 hits
Kes COVID 19 semakin meningkat dan jumlah kematian juga bertambah dari sehari ke sehari Selain penjagaan kebersihan diri rakyat Malaysia digalakkan untuk memakai topeng muka sekiranya keadaan mendesak untuk keluar rumah Memandangkan bekalan...
Tak Semua Perlu Pakai Ini 4 Ciri Individu Perlu Pakai Topeng Muka Dikongsikan Kkm

Tak Semua Perlu Pakai Ini 4 Ciri Individu Perlu Pakai Topeng Muka Dikongsikan Kkm

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 301 hits
Kepanikan dan ketakutan terhadap COVID 19 membuatkan orang ramai mula membeli produk perlindungan seperti topeng muka dan pembasmi kuman Walaubagaimanapun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia hanya golongan tertentu sahaja yang wajar mema...
Saman Rm200 Tak Pakai Topeng Muka Adalah Palsu

Saman Rm200 Tak Pakai Topeng Muka Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 321 hits
KUANTAN Polis Pahang menafikan rakaman audio walkie talkie polis berhubung arahan saman mandatori bagi kesalahan menaiki kenderaan lebih daripada seorang dan tidak memakai topeng muka semasa memandu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergera...
Lebih 300 Kes Tipu Jual Topeng Muka Polis Kongsi Cara Nak Semak Akaun Scammer

Lebih 300 Kes Tipu Jual Topeng Muka Polis Kongsi Cara Nak Semak Akaun Scammer

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 537 hits
Sebanyak 336 kertas siasatan dibuka atas kesalahan penipuan jualan topeng muka di atas talian termasuk 240 kes di Facebook Hal ini dikongsikan laman di laman Facebook rasmi mereka hari ini Menangguk di air keruh Peribahasa yang sangat sesua...
Terkini Gempar Bumi Di Croatia Penduduk Tanya Nak Duduk Dalam Atau Luar Rumah Allahu

Terkini Gempar Bumi Di Croatia Penduduk Tanya Nak Duduk Dalam Atau Luar Rumah Allahu

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 324 hits
Ketika ramai penduduk Croatia duduk di rumah ekoran Covid 19 tiba tiba gempa bumi berlaku Penduduk tanya nak duduk dalam atau rumah Baca selanjutnya Ada gambar gambar Terkini Gempar Bumi Di Croatia Penduduk Tanya Nak Duduk Dalam Atau Luar R...
Ditipu Rm15 000 Scammer Ambil Kesempatan Jual Topeng Muka

Ditipu Rm15 000 Scammer Ambil Kesempatan Jual Topeng Muka

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 293 hits
Tiga individu membuat laporan berkaitan pembelian topeng secara online sejak bulan lalu dan sehingga kini masih belum menerima apa yang dipesan Dikatakan ketiga tiga mereka yang terdiri daripada kerani dan peniaga mengalami kerugiaan sebany...
Jangan Panik Sebab Makanan Topeng Muka Cukup Kata Pm

Jangan Panik Sebab Makanan Topeng Muka Cukup Kata Pm

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 383 hits
MUHYIDDIN Yassin memberi jaminan bekalan bahan makanan keperluan harian dan penjagaan kesihatan mencukupi apabila perintah kawalan pergerakan dikuatkuasa Rabu untuk mengekang jangkitan Covid 19 Perdana menteri berkata demikian bagi menangan...
Lebih Sebulan Farmasi Kehabisan Stok Topeng Muka

Lebih Sebulan Farmasi Kehabisan Stok Topeng Muka

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 566 hits
Topeng muka pada ketika ini mendapat permintaan yang sangat tinggi Lebih lebih pula selepas kerajaan menyarankan ia digunakan oleh orang awam sebagai pencegahan Covid 19 yang kini disahkan memasuki gelombang kedua di negara ini Bagaimanapun...
Covid 19 Henti Eksport Topeng Muka Semak Semula Harga Siling

Covid 19 Henti Eksport Topeng Muka Semak Semula Harga Siling

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 385 hits
Topeng penutup mulut dan hidung digunakan bagi mencegah jangkitan 2019 Novel Koronavirus Foto tinjauan MalaysiaGazette di sekitar Hospital Kuala Lumpur SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Kerajaan diminta menyemak semula harga siling penutup hidung d...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko