Bipolar Disorder Maksud Jenis Tanda Cara Untuk Mengatasi


Bipolar Disorder: Maksud, Jenis, Tanda & Cara Untuk Mengatasi
Dianggarkan sebanyak 1.2% daripada populasi berumur 18 tahun ke atas mengalami masalah bipolar.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan bipolar disorder dan cara terbaik untuk mencegahnya.
Baca juga:
Borang Ujian Saringan Minda Sihat Ciri Ciri Autism Pentaksiran Psikometrik KPM Bipolar disorder maksud? Bipolar disorder maksud adalah masalah kesihatan mental yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mood (rasa hati) terlampau.
Individu tersebut akan menyebabkan kecelaruan emosi pada dua kutub yang berbeza di mana episod kemurungan dan episod gembira yang melampau.
Penyakit ini boleh menjejaskan tenaga dan kebolehan fungsi seseorang dari segi fizikal.
Perubahan emosi tidak stabil serta ketara inilah yang menyebabkan kesukaran dalam menjalani kehidupan harian.
Jenis bipolar disorder 1. Gangguan bipolar I
Bipolar I adalah fasa mania yang berlaku selama paling kurang 7 hari atau lebih. Mania adalah keadaan ketika seseorang merasakan emosinya sedang tinggi.
Pesakit boleh berasa bersemangat, impulsif, dan penuh tenaga. Lazimnya, seseorang akan berhadapan dengan fasa kemurungan terlebih dahulu sebelum fasa mania.
Pesakit akan di diagnosis mempunyai kemurungan atau Major Depressive Disorder iaitu permulaan kepada bipolar.
Selain itu, gejala psikosis seperti halusinasi serta delusi juga boleh berlaku pada pesakit bipolar jenis ini.
2. Gangguan bipolar II
Berbeza dengan gangguan bipolar II, pesakit di fasa ini tidak pernah mengalami fasa mania. Namun begitu, fasa yang akan dihadapi adalah hypomania dan kemurungan.
Atas sebab itu jugalah, ramai orang beranggapan bahawa jenis gangguan bipolar ini lebih ringan.
Dalam tidak sedar, perkara inilah nantinya akan menganggu fungsi kehidupan yang terjejas.
3. Gangguan siklotimia (cyclothymia)
Gangguan siklotimia yang berlaku akan menyebabkan seseorang mengalami fasa hipomanik atau kemurungan selama dua tahun atau lebih.
Pesakit dalam keadaan tersebut tampak normal tetapi sebenarnya dia murung dan sukar untuk difahami oleh orang lain.
Gangguan ini biasanya akan berkembang pada waktu remaja.
4. Gangguan bipolar campuran (mixed features)
Kalau gangguan yang lain menyebabkan pesakit berhadapan dengan fasa depresi dan mania yang bergantian.
Berbeza dengan gangguan bipolar campuran di mana pesakit akan mengalami gejala depresi dan mania pada waktu yang sama.
Penyebab gangguan bipolar 1. Sejarah keluarga
Gangguan bipolar cenderung berlaku dalam keluarga. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mengalami gangguan ini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkannya.
2. Ketidakstabilan bahan kimia dalam badan
Ketidakstabilan tahap norepinefrin (neurotransmitter) seperti (glutamat, aspatart, asetilkolin, norepinefrin, histamin, faktor pelepas kortikotrofin, purina-purina, peptida-peptida, sitokin-sitokin dan hormon-hormon steroid) 
3. Faktor psikologi
Kadangkala peristiwa yang menimbulkan tekanan atau perubahan besar dalam kehidupan mencetuskan gangguan bipolar seseorang. 
Contohnya seperti masalah kesihatan atau kehilangan orang yang tersayang. Peristiwa seperti ini boleh menyebabkan episod manik atau kemurungan pada orang yang mengalami gangguan bipolar.
Selain itu, penyalahgunaan dadah juga mungkin mencetuskan gangguan bipolar berlaku.
Dianggarkan seramai 60 peratus individu yang mengalami gangguan bipolar bergantung kepada dadah atau alkohol. 
Orang yang mengalami kemurungan bermusim atau gangguan anxiety juga mungkin berisiko untuk mengalami gangguan bipolar.
4. Ubat-ubatan
Penggunaan ubat-ubatan seperti kemurungan, darah tinggi, dan sebagainya mampu memacu kepada risiko bipolar disorder.
Tanda bipolar disorder Tanda dan gejala (kemurungan):
Gangguan mood (kesihatan berterusan) Gangguan fungsu kognitif (rasa putus asa, pesimis, bersalah, tidak berdaya, fikiran bunuh diri, kehilangan keseronokkan, tumpuan, dan minat) Gejala biologi (kehilangan selera makan / berat badan) Gangguan tidur Kehilangan keinginan seksual Gangguan haid Mudah letih Tanda dan gejala (mania):
Gangguan mood (perasaan bahagia dan bertenaga) Keyakinan diri meningkat Kerengsaan Kurang rasa keperluan untuk tidur Lebih banyak bercakap daripada biasa Mudah terganggu Dorongan seksual meningkat Berbelanja dengan banyak Simptom gangguan bipolar:
1. Perasaan
Terlalu gembira, keyakinan lebih daripada biasa, cepat marah, kesedihan yang teruk, bertenaga dan gelisah, perasaan bersalah dan tidak menikmati kehidupan.
2. Tingkah laku
Cuai, tidak tidur, terlalu aktif, kurang selera makan, sentiasa letih dan hilang minat.
3. Pemikiran
Fikiran tidak tenang, kurang tumpuan, tiada pertimbangan, dan sentiasa berfikir.
Komplikasi gangguan bipolar Pesakit yang tidak menangani masalah gangguan bipolar dengan baik akan mempengaruhi kehidupan dengan bermacam-macam komplikasi, antaranya seperti:
Halusinasi Hubungan sosial yang Melakukan kriminal Percubaan bunuh diri Prestasi kerja atau akademik yang buruk Bipolar Disorder Explained Clearly | Rhesus Medicine Rawatan bipolar disorder Dari segi kaedah rawatan, terdapat beberapa rawatan yang boleh anda dapatkan. Contohnya seperti ubat-ubatan (biologi), terapi (psikologi), sokongan sosial dan spiritual.
Ubat-ubatan yang kerap digunakan adalah ubat penstabil emosi, antipsikotik dan ubat kemurungan. Ia perlu diambil setiap hari mengikut nasihat dan perbincangan bersama doktor pakar anda.
Adakalanya, pil penenang (seperti benzodiazepines) juga akan diberikan bagi jangka masa pendek bagi mengurangkan keresahan dan membantu seseorang itu lebih tenang.
Pesakit juga boleh menjalani terapi psikologi bersama pakar yang akan menyaran jenis terapi sesuai mengikut keperluan kes.
Antara terapi sering disaran adalah ‘interpersonal social rhythm therapy’ (IPSRT) boleh membantu individu mengawal tekanan, mengurangkan gangguan ritma biologi badan serta memastikan mengambil ubat mengikut waktu.
Terapi ini bertujuan membantu mereka mendapat kemahiran bagi menghadapi cabaran hidup.
Dari segi sosial pula, pesakit digalakkan membina kemahiran dalam menangani isu di persekitaran mereka serta diberi sokongan dalam mencari kerja melalui ‘supported employment’ (jika mereka masih tidak mempunyai pekerjaan).
Penggunaan spiritualiti, termasuk aktiviti keagamaan, didapati membantu individu tertentu dalam proses penyembuhan dan mengelakkan penyakit berulang semula.
Pencegahan gangguan bipolar Jika anda mengalami gejala bipolar:
Konsultasi dengan pakar psikiatri. Terapi perilaku kognitif. Makan ubat yang disarankan oleh pakar psikiatri. Jika anda tinggal atau berhubungan dengan penderita bipolar:
Beri sokongan. Pelajari hal-hal yang berhubungan dengan gangguan bipolar. Menemani pesakit berjumpa terapi. Pengalaman Pejuang Bipolar Disorder | ML Studios Kesimpulannya, penyakit bipolar boleh menyebabkan ‘relapse’ sepanjang hidup. Namun dengan rawatan berbentuk bio-psiko-sosial-spiritual kebanyakan pesakit dapat meneruskan kehidupan dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan bipolar disorder maksud dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.
Sumber:
What Are Bipolar Disorders? Psychiatry Everything You Need to Know About Bipolar Disorder. Healthline Bipolar Disorder. Mayo Clinic

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bipolar-disorder-maksud/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bipolar-disorder-maksud

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Depression Dan Cara Untuk Mengatasinya

Tanda Depression Dan Cara Untuk Mengatasinya

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 382 hits
Depression atau kemurungan merupakan gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang berasa sedih yang berpanjangan ketiadaan tenaga cepat marah keletihan dan hilang minat dalam aktiviti harian Ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengi...
Bagaimana Cara Mengatasi Sifat Malas Individu Yang Bekerja Sendiri

Bagaimana Cara Mengatasi Sifat Malas Individu Yang Bekerja Sendiri

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 289 hits
Bila memilih untuk bekerja sendiri ini terutamanya sebagai Ghostwriter Perkara pertama kalian perlu jauhkan adalah daripada sifat malas Kerana tidak akan bergolek golek serahkan diri kepada kalian Dalam artikel ini saya akan tunjukkan cara ...
Cara Tanam Serai Mudah Tumbuh

Cara Tanam Serai Mudah Tumbuh

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 258 hits
Ada cara tanam serai agar mudah tumbuh Lebih jimat dan mudah Pokok mudah membesar dan anak banyak Caranya begini Ambil batang serai yang ada bahagian bawah mengikut bilangan yang ingin ditanam Potong batang serai itu dengan meninggalkan bah...
Cara Menghindari Lag Saat Bermain Slot Demo Solusi Efektif

Cara Menghindari Lag Saat Bermain Slot Demo Solusi Efektif

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 280 hits
Cara Menghindari Lag saat Bermain Slot Demo Solusi Efektif Halo para pecinta permainan slot Apakah Anda pernah mengalami lag saat bermain slot demo Jika iya maka artikel ini sangat cocok untuk Anda Kami akan memberikan beberapa cara efektif...
4 Cara Simpan Duit Gaji Terpaling Bijak

4 Cara Simpan Duit Gaji Terpaling Bijak

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 318 hits
Dalam artikel ini saya nak share bagaimana cara simpan duit gaji yang saya amal kan sejak sekian lama Walaupun kita ni bergaji rendah bergaji minimum kebangsaan RM1500 kita tetap perlu berjimat cermat dan cuba untuk simpan duit gaji anda se...
Cara Hilangkan Jeragat Dalam Masa 10 Minit Tanpa Laser

Cara Hilangkan Jeragat Dalam Masa 10 Minit Tanpa Laser

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 267 hits
Bagaimanakah cara hilangkan jeragat khususnya bagi wanita yang akan berganjak ke usia 40 an dan cenderung berisiko untuk mendapatkan masalah kulit wajah Artikel pada kal ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara hilangkan je...
Cara Bermain Dan Menang Di Link Slot Online

Cara Bermain Dan Menang Di Link Slot Online

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 142 hits
Cara Bermain dan Menang di Link Slot Online Halo para pecinta permainan slot online Sudah tahukah Anda cara bermain dan menang di link slot online Jika belum jangan khawatir Artikel ini akan memberikan beberapa tips dan trik yang dapat memb...
Tips Cara Hilangkan Kutu Rambut Dan Telurnya Pada Anak Kecil

Tips Cara Hilangkan Kutu Rambut Dan Telurnya Pada Anak Kecil

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 203 hits
Tips Cara Hilangkan Kutu Rambut dan Telurnya Pada Anak KecilTips Cara Hilangkan Kutu Rambut dan Telurnya Pada Anak Kecil Hazim ada kutu semalam Terus ibu gelabah Dia nak gi sekolah pastu ibu tengok dia asyik duk menggaru kepala Ibu pun ambi...
Cara Guna Al Quran Digital Mushaf Alfatih

Cara Guna Al Quran Digital Mushaf Alfatih

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 207 hits
Tutorial Cara Guna Al Quran Digital Mushaf Al FatihAssalamualaikum semua sila pastikan di dalam set Al Quran Digital Mushaf Al Fatih anda dapat kesemua set di atas ya Produk Al Fatih yang boleh digunakan dengan pen Al Qolam adalah 1 Al Qura...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa