Bagaimana Cara Mengatasi Sifat Malas Individu Yang Bekerja Sendiri
Bila memilih untuk bekerja sendiri ini terutamanya sebagai Ghostwriter. Perkara pertama kalian perlu jauhkan adalah daripada sifat malas. Kerana ghostwriting job tidak akan bergolek-golek serahkan diri kepada kalian. Dalam artikel ini saya akan tunjukkan cara mengatasi sifat malas bagi mereka yang sedang bekerja sendiri mahu pun seorang Freelancer.
Sebelum bercerita dengan lebih terperinci mengenai cara mengatasi sifat malas. Apa kata kalian fahami terlebih dahulu apakah definisi malas. Sifat malas adalah satu kelakuan negatif yang mana kalian suka bertangguh dalam melakukan kerja, suka duduk dan tidak membuat apa-apa . Sebagai contoh, deadline kalian pada hari Rabu untuk semakan pelanggan. Tetapi kalian tidak siapkan ghostwriting job tanpa sebab munasabah.
Selain itu, sifat malas juga boleh berkaitan dengan usaha. Kalian malas untuk berusaha bagi mendapatkan pelanggan. Sebagai contoh, kalian tidak membuat promosi mengenai perniagaan dan mengharapkan pelanggan datang sendiri menyerah diri.
Tidak juga boleh mengharapkan orang lain datang memberi job. Sebaliknya perlu berusaha, kemudian baru Allah izinkan berlaku.
Kalian nak tahu? walaupun saya sudah bergiat aktif sebagai penulis upahan sejak tahun 2020. Saya tidak pernah terlepas dengan soalan cepumas yang menjadi tanda tanya di minda prospek. Pernah saya di soal oleh prospek sebelum mereka menggunakan servis penulisan . Antara soalannya seperti di bawah :
1. puan ni trusted tak?
2. Kalau saya gunakan servis penulisan daripada puan, apa result bakal saya terima?
3. Boleh saya baca dulu artikel puan mengenai niche kesihatan?
3 soalan ini tidak mengejutkan saya atau buat saya marah. Malah saya tersenyum. Kerana saya faham, prospek yang datang kepada saya mungkin menerusi buah mulut pelanggan lalu. Kadang-kadang ada yang menjumpai servis penulisan saya melalui carian di Google. Atau platform media sosial lain.
Saya juga faham, bakal pelanggan juga perlukan bukti dan contoh dengan penulisan yang telah dihasilkan oleh penulis. Supaya pelaburan tersebut berbaloi dengan hasilnya.
P/S: Saya menulis artikel di blog milik saya sendiri bagi menaikkan kredibiliti. Mungkin hari ini tidak menampakkan hasilnya, tetapi artikel yang ditulis tersebut akan menjadi rujukan kepada bakal pelanggan saya.
Jika ada yang tanya result mengenai servis artikel SEO, saya ada banyak. Oleh sebab menjaga kerahsiaan pelanggan lalu, jadi saya tidak boleh menyebar karya penulisan saya kepada bakal pelanggan. Biarlah ianya menjadi rahsia saya dengan pelanggan lalu. Penulisan daripada blog peribadi yang menjadi rujukan mereka.
Kesan daripada soalan tersebut, saya menjawab dengan penuh yakin dan mempunyi portfolio. Maka, dari bakal pelanggan tadi terus menjadi pelanggan tetap.
Cara mengatasi sifat malas
1. Pastikan sebelum tidur senaraikan target untuk aktiviti esok.
senaraikan aktiviti yang mana penting, tidak penting dan mustahak. Utamakan kerja yang mustahak dahulu, sebelum yang lain.
2. Pastikan menulis Big Why dalam kehidupan.
Nak capai sebab apa? untuk siapa big why tersebut? bila ada big why, kalian tidak rasa penat untuk berusaha.
3. Bahagikan masa antara bekerja, dan keluarga.
Hadkan masa untuk bekerja di rumah. Sebagai contoh, saya hadkan masa di depan laptop selama 8 jam sehari. Saya pecahkan waktu supaya tidak menganggu tugasan saya sebagai suri rumah. Selebihnya untuk saya luangkan masa bersama keluarga. Hanya bercuti menulis pada hujung minggu.
4. Elakkan penggunaan gadget pada sebelah pagi.
Kerana waktu terbaik untuk bekerja adalah waktu pagi. Kerana kita masih mempunyai tenaga yang banyak dan masih segar.
5. Hadkan penggunaan gadget
Hadkan masa dengan gadget dapat menjadikan kalian lebih produktif dalam kerjaya. Sila tetapkan waktu-waktu dengan penggunaan
Antara kepentingan tekun dalam bekerja ialah:
1. Ia adalah wasilah untuk mendapatkan pahala dan ganjaran daripada Allah SWT.
2. Allah SWT kasih kepada orang-orang yang tekun dalam dalam bekerja sebagaimana hadith di atas.
3. Barangsiapa yang tekun dalam pekerjaannya akan memudahkan urusan orang lain dan mengelakkan daripada keletihan.
4. Sifat tekun akan membezakan antara orang yang betul-betul berusaha dan juga orang yang sambil lewa ketika bekerja.
5. Tekun juga akan menambahkan keberkatan di dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Secara kesimpulannya, dalam bidang kerja sendiri ini kalian tidak boleh ada sifat malas. Kerana sifat negatif ini akan memburukkan lagi keadaan kalian, seterusnya kalian bakal ketiadaan job. Kaitan antara sifat malas adalah kalian perlu konsisten membuat konten supaya bakal pelanggan bertambah yakin untuk menggunakan servis ghostwriting dan Freelancer.
Berbalik kepada bekerja sendiri, saya juga menulis konten artikel di blog mengikut keyword. Saya tidak menanti peluang datang, sebaliknya perlu mencipta peluang dengan menghasilkan konten artikel.
Suka saya sarankan kepada mereka yang bekerja sendiri atau freelancer. Aktifkan menulis secara konsisten di website atau blog. Trust kalian akan naik, Insya Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2023/11/bagaimana-cara-mengatasi-sifat-malas-individu-bekerja-sendiri.html