Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi




Sumber Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi
BIODATA PERIBADIYABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak sulung kepada Haji Ahmad Bin Haji Abdullah Fahim atau lebih dikenali sebagai Ahmad Badawi dan Datuk Khailan Binti Haji Hassan

Tun Abdullah berasal daripada keturunan keluarga ulama terkenal di Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam, Kepala Batas (1947-1950) hingga darjah empat dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang untuk pengajian diperingkat Tingkatan Enam. 
Pada tahun 1957, semasa berada di tingkatan lima beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Pulau Pinang dan Seberang Prai (PPMPPSP). Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya, amat aktif dalam isu-isu pendidikan orang Melayu, pada tahun 1962 beliau telah dilantik sebagai Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan seterusnya pada tahun 1964 beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam. 
Tun Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Tun Endon Mahmood (24 Disember 1940 – 20 Oktober 2005) dan Tun Jeanne Abdullah

KERJAYA DAN KEJAYAANPenolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam 1964Ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) 1969Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 1974Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 1974Ahli Parlimen Kepala Batas 1978Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan 1978Ketua UMNO Cawangan Bertam 1979Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas 1979Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan 1980Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1981Menteri di Jabatan Perdana Menteri 1981Menteri Pendidikan 1984Naib Presiden UMNO 1984Menteri Pertahanan 1986Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat. 1990Menteri Luar Negeri 1991Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1993Naib Presiden UMNO 1996Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. 1998Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1999Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). 1999Timbalan Presiden UMNO 2000Perdana Menteri Malaysia yang kelima 2003Presiden UMNO 2004

PENGLIBATAN POLITIKTun Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga tahun 2013. 
Tun Abdullah menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2000, Tun Abdullah telah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 – 2003

Tun Abdullah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan awam dan bertanding sebagai ahli Parlimen Kepala Batas pada Pilihanraya 1978 dan menang dengan majoriti. Pada tahun 1987, UMNO mencatat sejarah akibat berlaku perebutan kuasa di peringkat tertinggi di antara Tun Mahathir (Presiden UMNO pada ketika itu) dengan Tengku Razaleigh Hamzah. 
Tun Abdullah turut sama terheret dalam perebutan kuasa ini. Beliau telah memberi sokongan kepada Tengku Razaleigh dalam perebutan itu yang turut memberi kesan kepada kariernya dalam politik. Tun Abdullah tidak dilantik dalam kabinet baru Tun Dr Mahathir Mohamad. Walau bagaimanapun kesetiaan beliau terhadap perjuangan UMNO tetap utuh dan terus kekal

PENGLIBATAN NGO/AWAMSelepas bersara sebagai Perdana Menteri, YABhg. Tun Abdullah telah giat aktif bersama NGO Awam. Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Institut ini ialah satu badan yang ditubuhkan untuk memberi kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan. 
Beliau juga pernah menjadi penaung Institut Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) yang ditubuhkan oleh beliau pada tahun 2009. Institut ini menjadi saluran utama kepada pelajar aliran Arab/Agama untuk meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi serta bertujuan untuk meninggi dan mendalamkan ilmu pengetahuan umat Islam di bidang keagamaan di negara ini

Tun Abdullah juga dulunya adalah penaung pengasas untuk Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) yang merupakan inisiatif Malaysia ke arah meningkatkan lagi kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara Islam untuk menerokai peluang bagi meningkatkan lagi kerjasama ekonomi dalam kalangan mereka. 
Tun Abdullah juga pernah memainkan peranan penting sebagai penasihat kerajaan iaitu penasihat pembangunan koridor Malaysia dan penasihat Malaysia Airlines. Diperingkat antarabangsa, Tun Abdullah dulunya adalah ahli InterAction Council, ahli lembaga BOAO Forum untuk Asia (BFA) dan pengerusi Commonwealth Eminent Person Group dari tahun 2010 hingga 2011. Beliau juga adalah salah seorang ahli pengasas Asian Peace and Reconciliation Council (APRC)


Maklumat Lanjut:SENARAI PINGAT/DARJAH KEBESARAN & ANUGERAH


Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia pada Usia 85 TahunBekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, malam ini

Perkara ini disahkan oleh menantu beliau, Khairy Jamaluddin, menerusi satu hantaran di media sosial yang memaklumkan bahawa Allahyarham, yang mesra dikenali sebagai 'Pak Lah', meninggal dunia pada jam 7.10 malam

Tun Abdullah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dari tahun 2003 hingga 2009, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad. Sepanjang tempoh pentadbirannya, beliau dikenali sebagai pemimpin yang berhemah, sederhana, dan mengutamakan pendekatan Islam Hadhari dalam tadbir urus negara

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah


Sumber Pejabat Tun Abdullah Ahmad BadawiBHarian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.siinurul.com/2025/04/biografi-tun-abdullah-ahmad-badawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perdana Menteri Ke 5 Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

Perdana Menteri Ke 5 Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 129 hits
Wartawan HMKuala Lumpur Perdana Menteri ke 5 Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara hari ini Berita itu dikongsikan Khairy Jamaluddin yang juga menantu Abdullah menerusi Instagram Story Tun Abdullah Ahmad Badaw...
Tun Abdullah Ahmad Badawi Biodata Pencapaian Sumbangan

Tun Abdullah Ahmad Badawi Biodata Pencapaian Sumbangan

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 118 hits
Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima yang dikenali sebagai pemimpin berperwatakan tenang berjiwa rakyat dan berprinsip sederhana Sepanjang tempoh perkhidmatannya beliau membawa pendekatan kepimpinan yang menek...
Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun

Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 154 hits
Tun Abdullah Ahmad Badawi juga dikenali sebagai Pak Lah Perdana Menteri Malaysia ke 5 juga merupakan bekas Presiden UMNO ke 6 telah menghembuskan nafas terakhirnya di IJN pada 14 April 2025 Berita Kematian Pak LahMemang terkejut pada awalny...
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 122 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan permohonan rasmi kepada Jabatan Penjara bagi mendapat kebenaran untuk menghadiri istiadat pengebumian Perdana Menteri Malaysia Kelima Allahyarham Tun Abdullah A...
Penang Renames Road To Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi Chow

Penang Renames Road To Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi Chow

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 140 hits
The state executive council meeting today agreed to rename Lebuhraya Bandar Cassia as Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi and to fly the state flag at half mast on Friday as a mark of respect for the nation s fifth prime minister who passed awa...
Honoring Abdullah Ahmad Badawi A Champion Of Integrity Moderation And Reform

Honoring Abdullah Ahmad Badawi A Champion Of Integrity Moderation And Reform

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 110 hits
As Malaysia mourns the passing of Tun Abdullah Ahmad Badawi affectionately known as Pak Lah it s an opportune moment to reflect on his impactful leadership Serving as Prime Minister from 2003 to 2009 Tun Abdullah was renowned for his gentle...
Tukar Nama Mrsm Tun Abdullah Badawi Beri Inspirasi Generasi Muda

Tukar Nama Mrsm Tun Abdullah Badawi Beri Inspirasi Generasi Muda

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 103 hits
Pemuda Umno Pulau Pinang berkata usaha menjenamakan semula MRSM Kepala Batas itu menyuntik semangat baharu untuk melahirkan lebih ramai pemimpin cemerlang Semalam Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya bercadang menamakan MRSM ...
Najib Pays Final Tributes To His Former Mentor Tun Abdullah Accompanied By Police Escort

Najib Pays Final Tributes To His Former Mentor Tun Abdullah Accompanied By Police Escort

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 118 hits
In a rare and heavily watched moment former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was granted temporary leave from Kajang Prison to attend the funeral of his predecessor Tun Abdullah Ahmad Badawi Abdullah fondly known as Pak Lah died yester...
Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Amanah Melaka Wan Fayhsal Hina Jakim

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

10 Bukti Sains Dalam Al Quran Tentang Alam Semesta

Akaun I Egold Bank Rakyat Kelebihan Syarat Dan Cara Mohon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Kitaran Batuan Nadi Dinamik Bumi

Seharian Tak Ada Air

Pasangan Kekasih Positif Dadah Dikejar 14 Mpv Polis Sejauh 96km