Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun


إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Tun Abdullah Ahmad Badawi juga dikenali sebagai Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia ke-5 juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6 telah menghembuskan nafas terakhirnya di IJN pada 14 April 2025.

Berita Kematian Pak LahMemang terkejut pada awalnya bila nampak ada notifikasi email jam 7.47 malam, siaran media dari IJN mengatakan Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menghembuskan nafas di IJN pada 7.10 malam.


Abdullah Ahmad Bin BadawiTarikh Lahir : 26 November 1939
Tempat Kelahiran : Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang,
Tarikh Kematian : 14 April 2025 (umur 85) di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
Punca Kematian : Masalah pernafasan
Tempat semadi : Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
Pasangan 
Beliau mengahwin Endon Mahmood Ambak, lahir 24 Disember 1940 yang berdarah Melayu - Jepun pada tahun 1965 dan beliau meninggal pada 20 Oktober 2005 akibat kanser payudara. Mereke dikurniakan 2 cahaya mata iaitu, Nori Abdullah dan Kamaludin Abdullah
Kemudian Tun Abdullah mengahwini Tun Jeanne Abdullah (2007  - 2025) yang berdarah campuran Perancis, juga merupakan bekas kakak ipar Tun Endon.
Beliau digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Latarbelakang Pak LahDilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam.[2] Selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.
Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah Julius Caesar. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.
Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari dan Beliau digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan. 
Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia 


Garis masa1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November.
1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).
1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.
1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971).
1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (sehingga 1973).
1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).
1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1981).
1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984).
1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990.
1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).
1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.
1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).
1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).
1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.
1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.
2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.
2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.
2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.
2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.
2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada 8 Oktober


sumber : wikipedia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2025/04/belasungkawa-tun-abdullah-ahmad-badawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 122 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan permohonan rasmi kepada Jabatan Penjara bagi mendapat kebenaran untuk menghadiri istiadat pengebumian Perdana Menteri Malaysia Kelima Allahyarham Tun Abdullah A...
Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 233 hits
BIODATA PERIBADIYABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis Bayan Lepas Pulau Pinang Beliau merupakan anak sulung kepada Haji Ahmad Bin Haji Abdullah Fahim atau lebih dikenali sebagai Ahmad Badawi dan ...
Perdana Menteri Ke 5 Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

Perdana Menteri Ke 5 Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 129 hits
Wartawan HMKuala Lumpur Perdana Menteri ke 5 Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara hari ini Berita itu dikongsikan Khairy Jamaluddin yang juga menantu Abdullah menerusi Instagram Story Tun Abdullah Ahmad Badaw...
Tun Abdullah Ahmad Badawi Biodata Pencapaian Sumbangan

Tun Abdullah Ahmad Badawi Biodata Pencapaian Sumbangan

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 118 hits
Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima yang dikenali sebagai pemimpin berperwatakan tenang berjiwa rakyat dan berprinsip sederhana Sepanjang tempoh perkhidmatannya beliau membawa pendekatan kepimpinan yang menek...
Penang Renames Road To Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi Chow

Penang Renames Road To Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi Chow

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 140 hits
The state executive council meeting today agreed to rename Lebuhraya Bandar Cassia as Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi and to fly the state flag at half mast on Friday as a mark of respect for the nation s fifth prime minister who passed awa...
Tukar Nama Mrsm Tun Abdullah Badawi Beri Inspirasi Generasi Muda

Tukar Nama Mrsm Tun Abdullah Badawi Beri Inspirasi Generasi Muda

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 103 hits
Pemuda Umno Pulau Pinang berkata usaha menjenamakan semula MRSM Kepala Batas itu menyuntik semangat baharu untuk melahirkan lebih ramai pemimpin cemerlang Semalam Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya bercadang menamakan MRSM ...
Tun Abdullah Pemimpin Berjiwa Besar Utamakan Negara

Tun Abdullah Pemimpin Berjiwa Besar Utamakan Negara

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 107 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenang Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar dan sentiasa utamakan kepentingan negara Mereka pertama kali bertemu sekitar tahun 1968 s...
Honoring Abdullah Ahmad Badawi A Champion Of Integrity Moderation And Reform

Honoring Abdullah Ahmad Badawi A Champion Of Integrity Moderation And Reform

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 110 hits
As Malaysia mourns the passing of Tun Abdullah Ahmad Badawi affectionately known as Pak Lah it s an opportune moment to reflect on his impactful leadership Serving as Prime Minister from 2003 to 2009 Tun Abdullah was renowned for his gentle...
Ketua Polis Kelantan Dedah Sumbang Mahram Di Kelantan Libatkan Kanak Kanak Usia 11 Tahun

Ketua Polis Kelantan Dedah Sumbang Mahram Di Kelantan Libatkan Kanak Kanak Usia 11 Tahun

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 89 hits
Apa nak jadi dengan dunia sekarang Perbuatan sumbang mahram makin menjadij jadi sekarang Terbaru kejadian zina sumbang mahram berlaku di negeri Kelantan yang mana melibatkan dua remaja hamil selepas masing masing melakukan perbuatan sumbang...
Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Amanah Melaka Wan Fayhsal Hina Jakim

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

10 Bukti Sains Dalam Al Quran Tentang Alam Semesta

Akaun I Egold Bank Rakyat Kelebihan Syarat Dan Cara Mohon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Kitaran Batuan Nadi Dinamik Bumi

Seharian Tak Ada Air

Pasangan Kekasih Positif Dadah Dikejar 14 Mpv Polis Sejauh 96km