Biodata Ustaz Azhar Idrus Penceramah Bebas Asal Terengganu


Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Azhar Idrus seorang penceramah terkenal dalam negara malaysia dengan gayanya yang tersendiri. Beliau yang mesra disapa UAI  adalah merupakan seorang penceramah bebas yang telah terkenal sejak dahulu lagi.
Terdapat banyak kisah menarik mengenai Ustaz Azhar Idrus sebagai seorang yang disegani oleh masyarakat umum rakyat malaysia. Berikut adalah dikongsikan mengenai maklumat lebih lanjut berkenaan dirinya dan lain-lain.
Maklumat Lengkap Berkenaan Ustaz Azhar Idrus Siapakah Ustaz Azhar Idrus? Ustaz Azhar Idrus atau nama sebenarnya ialah Zamrul Idrus dilahirkan pada 12 februari 1964 (berumur 59 tahun) yang merupakan seorang penceramah bebas malaysia. Beliau dikenali dengan nama singkatan UAI yang bermaksud “Ustaz Azhar Idrus” Seorang penceramah yang mempunyai gaya penyampaian dan ceramahnya yang bersahaja juga diselit dengan lawak jenaka dan jawapan yang bersahaja dalam dialek terengganu.
Biografi Ustaz Azhar Idrus Berikut adalah biografi lengkah mengenai diri Ustaz Azhar Idrus:
BiografiMaklumatNama Ustaz Azhar IdrusNama PenuhZamrul IdrusTarikh Lahir12 Februari 1964AsalKuala TerengganuKerjayaPendakwah BebasStatusBerkahwin dan mempunyai 3 isteriAnak-Nur Madihah Asyiqin
-Nur Farhah
-Mohd Faqihuddin
-Mohd Zuhaili
-Ikhwan Najmi
-Khairul Mukmin
-Rasydan
-Danial
-Hariz
-Wafiya
-Humaira
-IdlaniIsteri-Rogayah binti Sulong
-Wan Halimatun Nisa’ binti Wan Mohd Nor
-Khairul Izyan binti Mohamed Amin Khir Media SosialFacebook : Ustaz Azhar Idrus
Instagram : uaioriginal Kehidupan Awal dan Pendidikan Dari segi latar belakang Pendidikan UAI, beliau mendapat Pendidikan awal oleh kedua ibu bapanya dan belajar di Sekolah Rendah Haji Mohd Sharif, Alor Star, Kedah dari tahun 1971 hingga tahun 1976.
kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star dari tahun 1977 sehingga tahun 1978 kemudian berpindah ke Negeri kelahiran beliau iaitu Terengganu dan mula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dari tahun 1979 hingga tahun 1983 iaitu dari Tingkatan 3 sehinggalah Tingkatan 6.
Kejaya dan Pengajian Agama Ustaz Azhar Idrus Untuk pengetahuan, beliau pernah menjadi seorang guru muzik sekitar tahun 1985. Sekitar tahun 1990, beliau mula belajar agama dan belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh selama 12 tahun.
Bermula dari 1990, UAI mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhtar mempelajari bab tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalaqqii dengan Tuan Guru Mohd Tahir dalam kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaid, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar dalam kitab fiqh, usuluddin, nahu & hadis.
Dengan Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd beliau belajar sirah nabawi. Kemudian bersama Tuan Guru Haji Hashim dalam bidang nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.
Senarai Guru Ustaz Azhar Idrus Ustaz Azhar Idrus terkenal dengan keluasan Fiqhnya sehingga digelar “Ulamak Feqah” oleh netizen. Berikut adalah guru-guru ustaz azhar idrus:
Guru pertama : Tuan guru haji syed mokhtar – Beliau berjaya menamatkan lebih kurang 40 buah kitab jawi secara talaqqi. Guru Kedua : Tuan guru mohd tahir – Beliau sempat khatam kitab jawi sebanyak 25 buah kitab secara talaqqi. Guru Ketiga : Tuan guru Mohd hakim – Beliau mula mendalami kitab-kitab bahasa arab seperti nahu soraf, usul fiqh, mustalah hadis, usul al-quran dan balaghah. Guru Keempat : Tuan guru haji hasyim – Beliau mendalami kitab-kitab arab dalam bab nahu soraf, fiqh, tafsir dan juga faraid. Guru Kelima: Tuan guru haji ibrahim mesir – Beliau mendalami kitab sirah nabawi dan juga lughah arabiyah. Guru Keenam : Tuan guru haji muhammad zubir – Beliau mendalami ilmu fiqh dan juga ilmu nahu Guru Ketujuh : Tuan guru haji mohd zain (Pondok Lubuk Pandan) – Beliau mempelajari ilmu fiqh, nahu sorof, tafsir dan juga balaghah  Keterlibatan Aktiviti Ceramah dan Program Televisyen UAI Al-fadhil Ustaz Azhar bin Idrus merupakan seorang tokoh agamawan dan pendakwah yang sudah semestinya terkenal di negara kita Malaysia. Tidak dilupakan juga, nama beliau turut terkenal di negara jiran kita iaitu Indonesia, Brunei dan Singapura. Beliau mendapat Pendidikan di dalam dan luar negara.
Beliau juga aktif dalam pelbagai program penyampaian ceramah. Berikut adalah program-program dan rancangan televisyen yang beliau terlibat:
Terlibat dalam ceramah bulanan dan harian di masjid-masjid seluruh Malaysia. Sering terlibat dalam program melibatkan anak muda dan artis seperti Zizan Razak. Terlibat dalam rancangan televisyen ‘ Kemah Keming UAI'(2012). Terlibat dalam filem “Ustaz Mu Tunggu Aku Datang”(2013). Buku Ustaz Azhar Idrus Selain aktif dalam ceramah agama, beliau juga mempunyai buku yang dicetak dan mendapat sambutan ramai rakyat Malaysia.
Berikut adalah senarai buku-buku keluaran Ustaz Azhar Idrus:
Buku ‘Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa’.(2011) Buku ‘Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat’, (2012) Buku ‘Deme Wasap, Ambe Reply’,(2014) Buku ‘Tazkirah Senafas’, (2015) Buku ‘Jihazul Madihah (Persiapan yang Terpuji)’, (2015) Buku ‘Fotografi Gaya Mukmin’, (2015) Kini, Ustaz Azhar Idrus masih trending sebagai penceramah yang aktif dalam menyampaikan dakwah serta terlibat dengan program anak muda untuk mengembangkan dakwah dan ilmu agama islam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/12/ustaz-azhar-idrus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kesilapan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Isu Al Kahfi

Dua Kesilapan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Isu Al Kahfi

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 199 hits
HarapanDaily comUSTAZ DR ABDUL HALIM EL MUHAMMADYMasalah penjelasan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus tentang pertanyaan seorang yang memahami ucapan PM 10 menyebut ashab Al Kahf adalah mengenai orang Kristian Soalan dikemukakan kepada ...
Penjelasan Isu Al Kahfi Polemik Pacndangan Ustaz Azhar Idrus

Penjelasan Isu Al Kahfi Polemik Pacndangan Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 160 hits
Ustaz Dr Abdul Halim El MuhammadyMasalah penjelasan yg diberikan oleh Ustaz Azhar tentang pertanyaan seorang yang memahami ucapan PM 10 menyebut ashab Al kahf adalah orang Kristian Soalan dikemukakan kpd Ust Azhar Idrus untuk mendapat panda...
Dulu Dr Maza La Yang Bela Azhar Idrus Ni

Dulu Dr Maza La Yang Bela Azhar Idrus Ni

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 142 hits
Teringat saya dulu pernah jadi isu besar yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus Saya taknak sebut pasal apa Cuma saya nak bagitau Dr Maza antara orang yang bangun pertahankan Ustaz Azhar dalam bab itu serta mengkritik dan mengecam orang yang mel...
Ust Azhar Idrus Puji Pmx

Ust Azhar Idrus Puji Pmx

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 82 hits
Mohd Zarul Al QasisAlhamdulillah lah puji PMX dan baca ayat berkenaan taat kepada pemerintah Cuma kalau kawan kawan ada video berkenaan UAI minta maaf atau perbetulkan balik ulasan beliau berkenaan ashabul kahfi yang menjadi punca polimik K...
Biodata Guru Besar Sk Seri Budiman Kuala Terengganu Kes Cikgu Tampar Murid 2023

Biodata Guru Besar Sk Seri Budiman Kuala Terengganu Kes Cikgu Tampar Murid 2023

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 301 hits
Guru Besar SK Seri Budiman Tular beberapa hari mengenai Guru Besar SK Seri Budiman yang menjadi bualan hangat oleh para netizen kerana video mengenai guru besar tersebut menampar seorang murid semasa program di dewan perhimpunan sekolah ter...
Penceramah Bebas Syamsul Debat Meninggal Dunia Adalah Berita Palsu

Penceramah Bebas Syamsul Debat Meninggal Dunia Adalah Berita Palsu

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 94 hits
nbsp Pembantu kepada Syamsul Debat menafikan bahawa penceramah bebas itu meninggal dunia seperti yang ditularkan melalui aplikasi Whatsapp pada Rabu Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syamsul Amri bin Ismail selamat tiba di tanah air selepa...
Terengganu Govt S New Mazdas To Save On Maintenance State Secretary

Terengganu Govt S New Mazdas To Save On Maintenance State Secretary

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 115 hits
Terengganu state secretary Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalal has confirmed the purchase of a fleet of Mazda sport utility vehicles for the official use of the menteri besar and state executive councillors According to a report by Haria...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Al Ikhsan Sports Spend And Win

Cuci Karpet

Lambstongues The Benefits Of Plastic Downspouts Over Metal Alternatives

Beyond The High Exploring The Therapeutic Uses Of Thca Flower In Houston

Mahkamah Warga Emas Bunuh Jiran Hukuman Diganti Penjara 30 Tahun

From The Dock To Rubbing Shoulders With Pmx Kk Mart Founder Shows Steely Resurgence With Uzbek Expansion Plan