Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara


Lagenda boling negara, Shalin Zulkifli dianggap sebagai pemain boling erhebat sepanjang zaman.
Komitmen, pengorbanan, dan semangat kesukanan beliau untuk meletakkan nama Malaysia di peta dunia dalam sukan boling telah memotivasikan ramai atlet negara.
Maka, tidak hairanlah Shalin terus menjadi idola kepada ramai pemain remaja dan senior boling di seluruh negara hingga ke hari ini.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Shalin Zulkifli.
Baca juga:
Biodata Lee Chong Wei Biodata Azizulhasni Awang Biodata Nicol David Latar Belakang Kredit FB Legasi Lagenda NamaDatuk Shalin ZulkifliNama PanggilanShalin ZulkifliTarikh Lahir28 Mac 1978Tempat LahirLondon, EnglandPekerjaanAtlet bolingPendidikanIjazah Sarjana Muda Sains Sukan (pengkhususan Psikologi dan Latihan Sukan), Universiti Malaya (UM)Tangan UtamaKananAkaun Media SosialInstagram @shalinzulkifli
Facebook @ShalinZulkifli 
TikTok @shalinzul
X @shalinzulkifli Kehidupan Peribadi Shalin Zulkifli mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Azidi Ameran yang juga bekas pemain boling negara pada Disember 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang chaya mata perempuan yang diberi nama, Aleya Azidi yang kini berusia 13 tahun.
Menariknya lagi, Aleya turut mewarisi bakat dalam bidang sukan seperti ibu dan bapanya. 
Kerjaya & Profesional Walaupun lahir di England, namun Shalin membesar di Malaysia. Minat beliau pada sukan boling berputik pada usia 9 tahun apabila beliau sering mengikuti ibu bapanya bermain boling pada masa lapang.
Berkat kesungguhan dan dorongan daripada ibu bapa, Shalin akhirnya terpilih untuk mewakili skuad tenpin boling Selangor dan Kebangsaan sehingga beliau menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai Kejohanan Wanita Kent-Malaysian All-Stars pada tahun 1994.
Pada usia 16 tahun, beliau menunjukkan prestasi bertaraf antarabangsa dan berupaya mengalahkan pemain handalan lain.
Setelah hampir 30 tahun dalam dunia sukan tenpin boling, Shalin telah berjaya mengumpul 74 pingat emas di Sukan Asia, satu emas di Kejohanan Asia, tiga emas di Kejohanan Komanwel dan 20 emas menerusi Sukan SEA dari 1994 hingga 2019.
Pencapaian terhebatnya adalah menjuarai Kejohanan Dunia 2003 di Malaysia, Mexico (2007) dan Las Vegas, Amerika Syarikat (2017).
Namun, beliau akhirnya mengumuman persaraannya pada bulan Januari 2021.
Pencapaian Shalin Zulkifli Shalin Zulkifli telah mengukir legasi yang luar biasa dalam dunia sukan. Sebagai salah seorang pemain boling terhebat dalam sejarah, beliau telah mengumpul pelbagai pujian dan pencapaian sepanjang kerjayanya yang cemerlang.
Berikut adalah antara pencapaian yang diberikan kepada Shalin Zulkifli sepanjang menjadi pemain boling negara.
Anugerah:
Anugerah Olahragawati Malaysia (1997, 1996, 1994, 2001 & 2002) Juara Kebangsaan Malaysia (1996, 2001, 2002 & 2003) Anugerah Olimpik Malaysia (1994 & 1999) Kedudukan Nombor 1 Asia (2000, 2001, 2002 & 2004) Pemain Boling Antarabangsa Tahun (2002) Masukan Hall of Fame Boling Antarabangsa  (2004) Penghargaan:
Ahli Mangku Negara (A.M.N), 1995 Kesatria Mangku Negara (K.M.N), 2001 Johan Setia Mahkota (J.S.M), 2021 Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W), 2023 Pencapaian:
1994 – Juara terbuka wanita – Kent Malaysian All-Stars 1996 – Gangsa Piala Tenpin Boling Dunia dan diundi sebagai pemain paling bernilai; naib juara AMF World Cup (Northern Ireland) 1999 – Pingat emas beregu dan berpasukan di Kejohanan Belia Asia (Singapura); emas beregu, berpasukan; All Event dan Masters di Sukan SEA Brunei. 2001 – Juara wanita pertama World Tenpin Masters di England; emas acara individu, all event, bertiga dan berpasukan Sukan SEA KL (catat lapan rekod baharu Sukan SEA) 2002 – Juara masters wanita di Terbuka Antarabangsa Thailand dan Filipina 2003 – Juara berpasukan wanita Piala Tenpin Boling Dunia; pingat emas di Kejohanan Boling Tenpin Sedunia; juara wanita Asian Bowling Tour Grand Slam. 2004 – Juara Terbuka Bahrain; Terbuka Sinai; ABF Tour (pusingan Thailand) dan Terbuka Antarabangsa Malaysia  2005 – Pingat emas Masters, beregu campuran dan berpasukan Kejohanan Boling Komanwel kedua di Cyprus 2017 – Pingat emas berpasukan, trio dan Masters Sukan SEA Kuala Lumpur dan emas berpasukan Kejohanan Boling Dunia, Las Vegas (2017) 2019 – Pingat emas individu, juara keseluruhan Kejohanan Tenping Boling Asia, Kuwait (2019) Sepanjang penglibatannya dalam sukan boling daripada tahun 1993 hingga 2020, Shalin Zulkifli berjaya meraih sebanyak 74 pingat peringkat senior termasuk 5 kejuaraan peringkat dunia, 4 kejuaraan peringkat Asia dan 20 kemenangan di Sukan SEA.  
Fakta Menarik Mengenai Shalin Zulkifli Memiliki dan mengendali sebuah gelanggang boling 10 pin di The Curve, Mutiara Damansara. Beberapa kali menduduki kedudukan No.1 pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia. Mengidolakan legenda boling dunia, Parker Bohn serta legenda bola keranjang, Micheal Jordan. Bukan hanya disenangi oleh jurulatih dan pegawai pasukan malah seluruh peminat sukan. Pencapaian terhebatnya adalah menjuarai Kejohanan Dunia 2003 di Malaysia, Mexico (2007) dan Las Vegas, Amerika Syarikat (2017). Pada tahun 1994, menjadi pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama untuk menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars. Berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Kerjaya di Sekreteriat Kerjaya, Pendidikan dan Kebajikan, Majlis Sukan Negara (MSN) sejak Januari 2022. Tahniah Shalin Zulkifli! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk memajukan sukan boling tanah air.
Sumber:
Instagram @shalinzulkifli Selepas 28 Tahun, Shalin Ambil Keputusan Bersara. Stadium Astro A Letter To My Younger Self: Shalin Zulkifli, National Bowling Champion. Tatler Asia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/shalin-zulkifli/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=shalin-zulkifli

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Negara Tanpa Bandara Bagaimana Cara Menuju Kesana

5 Negara Tanpa Bandara Bagaimana Cara Menuju Kesana

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 117 hits
BloggerBorneo com Bandara adalah pintu masuk dan keluar para wisatawan yang mengunjungi suatu daerah atau negara Masing masing negara bahkan memiliki bandara khusus penerbangan lokal dan internasional untuk memenuhi kebutuhan publik Namun t...
Video Sikap Pks Setuju Revisi Uu Kementerian Negara Tapi Ada Syaratnya

Video Sikap Pks Setuju Revisi Uu Kementerian Negara Tapi Ada Syaratnya

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 68 hits
Anggota DPR Fraksi PKS Al Muzzammil Yusuf setuju dengan perubahan UU Kementerian Negara dalam Rapat Baleg DPR Kamis
Selamat Hari Guru 2024 Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

Selamat Hari Guru 2024 Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 177 hits
16 Mei merupakan tarikh Hari Guru yang disambut dan diraikan pada setiap tahun di Malaysia Tahun ini 2024 Hari Guru jatuh pada hari Khamis Sempena sambutan Hari Guru ini semestinya kita akan mengambil peluang ini untuk mendedikasikan ucapan...
Menhan Prabowo Bicara Di Qatar Economic Forum Bahas Pembangunan Negara

Menhan Prabowo Bicara Di Qatar Economic Forum Bahas Pembangunan Negara

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 108 hits
Ia mengatakan bahwa saat ini pada pemerintahan Presiden RI Joko Widodo telah berhasil menetapkan landasan untuk menciptakan perekonomian yang kuat
Video Keras Pks Indonesia Jadi Negara Maju Satu Hari Sebelum Kiamat

Video Keras Pks Indonesia Jadi Negara Maju Satu Hari Sebelum Kiamat

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 99 hits
Badan Legislasi DPR menggelar rapat membahas perubahan UU no 39 tahun 2008 tentang kementerian negara
Jokowi Lantik 7 Anggota Baru Lpsk Di Istana Negara

Jokowi Lantik 7 Anggota Baru Lpsk Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 95 hits
Tujuh anggota baru LPSK dilantik Jokowi di Istana Negara Jakarta hari ini Rabu
Reaksi Ketum Golkar Airlangga Soal Revisi Uu Kementerian Negara

Reaksi Ketum Golkar Airlangga Soal Revisi Uu Kementerian Negara

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 110 hits
Diketahui pada UU yang berlaku saat ini jumlah Kementerian Negara dibatasi sampai 34
How To Assuage Public Fury Social Unrest Over Targeted Fuel Subsidies

Zahid Risks Ouster From Umno Over Mahb Deal Says Analyst

Rm370bil Unseen Cost Of Women S Unpaid Work At Home

Blackrock Pertahan Urus Niaga Mahb Zahid Berisiko Disingkir Umno

Bongkar Pokok Ubi Kayu Di Raised Bed

Dua Penumpang Meninggal Dunia Bas Bawa Pelancong China Terbalik Di Genting Highlands

Kisah Di Hujung Minggu

Menjamu Selera Di Village Cafe



5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok

Bagaimana Ikan Minum Air Bila Dahaga

Biodata Arfie Shah Adwafri Shah Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 X Change Astro

5 Sebab Kenapa Sikap Golongan B40 Mampu Menyakitkan Hati Orang Ramai

8 Fakta Biodata Jazmy Juma Khan Hero Remaja Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Scha Elinnea


Aeon Berkolaborasi Dengan Kewpie Tambah Keenakan Rangkaian Produk Aeon Delicatesen

How Are Candidates In Sg Bakap Faring

Court Upholds Lecturer S Sacking For Letting Absent Students Pass Exam

Legal Eagle Edgar Joseph Jr Dies Aged 90

Taman Negara Bako Eksplorasi Alam Semula Jadi Bermula

Drama Ternyata Sebuah Bahagia