Biodata Rasulullah S A W Jom Kenali Rasul Kita Sempena Maulidur Rasul 1440 Hijrah


Biodata Rasulullah S.A.W Jom Kenali Rasul Kita Sempena Maulidur Rasul 1440 Hijrah | Semalam ulangtahun kelahiran Rasul kesayangan kita, Rasulullah S.A.W. Kalau zaman sekolah dahulu mesti akan ikut perarakan keliling kampung sambil berselawat ke atas Nabi. Memang meriah. Kebiasaannya akan bermula dari Sekolah dan kemudian berarak sehingga ke Masjid di kampung. Manis sungguh kenangan tu. Diah dan rakan sebaya akan pastikan kami berada di barisan hadapan sambil berbaju kurung. Teruja habis. 
Sempena sambutan Maulidur Rasul 1440H (2018) Diah nak kongsikan Biodata Rasulullah S.A.W supaya kita terus menerus ingat dan dapat pupuk semangat cintakan Rasul walau belu pernah bersua muka. Moga nanti di padang Mahsyar kita semua dapat syafaat dari Baginda. In sha Allah. 
Jangan lupa berselawat kepada Baginda sebab siapa yang rajin berselawat kepada Baginda Rasul, Allah akan berselawat terhadapnya. Jom kita imbas semula biodata Rasul kecintaan hati. Kira buat ulangkaji la. Salam Maulidur Rasul 
kredit: Gambar Jab Agama Johor
Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim

Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah S.A.W)

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Detik-Detik Penting Yang Di Alami Oleh Rasulullah S.A.W
Peristiwa yang Di alami Rasulullah S.A.W pada usia 5 Tahun
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah S.A.W yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya

Peristiwa yang Di alami Rasulullah S.A.W pada Usia 6 Tahun
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah S.A.W) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib

Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 8 Tahun
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib

Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 9 tahun (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu

Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 20 Tahun
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad S.A.W ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah

Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 25 Tahun
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda S.A.W bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham

Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 35 Tahun
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah S.A.W diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut

Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 40 Tahun
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman

Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 53 Tahun
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M

Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 63 Tahun
Kewafatan Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi

Berikut adalah senarai wanita yang pernah menjadi Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W. Khadijah Binti Khuwailid.Saudah Binti Zam'ah.Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).Zainab Binti Jahsy.Maimunah Binti Harith.Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ‘; Ibu Orang Miskin).

7 orang Anak-Anak Rasulullah S.A.WQasimAbdullahIbrahimZainabRuqaiyahUmmi KalthumFatimah Al-Zahra '
Anak Tiri Rasulullah S.A.W
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)

Saudara Sesusu Rasulullah S.A.W
Ibu Susuan / Saudara Susuan
1. Thuwaibah 1. Hamzah2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
Saudara Susuan
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
Bapa Dan Ibu Saudara Rasulullah S.A.W (Anak-Anak Kepada Abdul Muttalib)
1. Al-Harith2. Muqawwam3. Zubair4. Hamzah ***5. Al-Abbas ***6. Abu Talib7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)8. Abdul Ka ' bah9. Hijl10. Dhirar11. Umaimah12. Al-Bidha (Ummu Hakim)13. Atiqah ##14. Arwa ##15. Umaimah16. Barrah17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ****** Sempat masuk Islam
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad S.A.W - Manusia Agung
Jom Kenali Nabi Muhammad S.A.W. Secara Lahiriah
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaranapa yang disampaikan oleh Baginda

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah S.A.W.Aku melihat cahaya dari lidahnya.Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.Rasulullah umpama matahari yang bersinar.Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.Wajahnya seperti bulan purnama.Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.Mulut baginda sederhana luas dan cantik.Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.Janggutnya penuh dan tebal menawan.Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.Rambutnya sedikit ikal.Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.Rambutnya terbelah di tengah.Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.Seimbang antara kedua bahunya.Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.Warna putihnya lebih banyak.Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.Warna kulitnya putih tapi sihat.Kulitnya putih lagi bercahaya.Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.Badannya tidak gemuk dan tidak kurus.Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.Perutnya tidak buncit.Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.Kesimpulannya:
Nabi Muhammad S.A.W adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang dipilih oleh Rasulullah S.A.W untuk mendapat Syafaatnya dan bersama di syurga. Sungguh perasaan rindu ingin berjumpa setiap kali nama Baginda di sebut. Entah bagaimana detiknya nanti. Salam Maulidur Rasul untuk semua. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2018/11/Biodata-Rasulullah-S.A.W.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sempena Maulidur Rasul Pintu Dibuka Pasangan Mengaibkan

Sempena Maulidur Rasul Pintu Dibuka Pasangan Mengaibkan

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 275 hits
Anggota penguat kuasa sedang menyoal siasat pasangan itu yang menyewa bilik di sebuah hotel tiga bintang di bandaraya di sini Isteri orang dicekup bersama kekasihKUALA TERENGGANU Seorang wanita yang berstatus isteri nombor dua dicekup dalam...
Puding Roti Sempena Maulidur Rasul

Puding Roti Sempena Maulidur Rasul

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 343 hits
Assalammualaikum Dunia Hallo korang pepagi nie tengok ade roti dah nak expired cecepat akak buat puding supaya tak membazir Senang jew kot resepi korang boleh google jew Dak abang ade kelas ari nieRupa tak berapa nak cantik laaa tapi rasa b...
Tokoh Agung Jom Kenali Rasulullah Nabi Muhammad S A W

Tokoh Agung Jom Kenali Rasulullah Nabi Muhammad S A W

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 685 hits
BIODATA RASULULLAH S A W Nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim Tarikh lahir Subuh hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi Tempat lahir Di rumah Abu Talib Makkah Al Mukarramah Nama bapa Abdullah bin Abdul Mu...
Ceramah Maulidur Rasul Disekat

Ceramah Maulidur Rasul Disekat

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 516 hits
Muhammad Ammar Abd HadiAzman Shafawi bergambar bersama sebahagian jemaah yang hadir selepas selesai ceramah BALING Penceramah agama Ustaz Azman Shafawi tidak menolak kemungkinan ada motif politik di sebalik sekatan terhadapnya menyampaikan ...
Salam Maulidur Rasul 1440h

Salam Maulidur Rasul 1440h

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 697 hits
menjelangnya 12 Rabiul Awal 1440H pada hari esok ulangtahun hari Keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad S A Wselawat dan salam buat nabi junjugan kita
Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 1001 hits
Selamat menyambut Maulidur Rasul SAW 1440 H 2018 Semoga di hari Maulid Nabi ini kita sentiasa mendapat Syafaat Rasulullah dengan meneladani akhlak beliau Gambar kredit onehdwallpaper com Marilah perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SA...
Problems Of Muslim Ummah Due To Leaders With No Integrity Sultan Nazrin S Maulidur Rasul Speech

Problems Of Muslim Ummah Due To Leaders With No Integrity Sultan Nazrin S Maulidur Rasul Speech

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 327 hits
PUTRAJAYA Many of the problems faced by Muslims currently are caused by a lack of integrity among those entrusted with power said Deputy Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Nazrin said most of the problems are due to ...
Salam Maulidur Rasul Peristiwa Luar Biasa Ketika Junjungan Kita Nabi Muhammad Saw Dilahirkan

Salam Maulidur Rasul Peristiwa Luar Biasa Ketika Junjungan Kita Nabi Muhammad Saw Dilahirkan

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 832 hits
Salam Maulidur Rasul Hai assalamualaikum dan selamat bercuti semua Alhamdulillah ciktie pun dapat off juga hari ini Dan ikutkan perancangan hari ini ciktie nak pergi satu tempat ni tapi tak taulah jadi ataupun tak Tengoklah macamana nanti K...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa