Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni


Bahang AJL 39 kian terasa apabila senarai 10 finalis telah diumumkan baru-baru ini. Antara penyanyi yang tidak asing lagi dalam menyertai pentas berprestij tersebut adalah Hael Husaini.
Lebih menarik lagi dalam persaingan AJL 39, kali ini Hael bukan sahaja mempertaruhkan lagu yang dibawakan sendiri iaitu Diam, malah beliau juga akan berentap menerusi lagu ciptaannya yang dinyanyikan oleh Nadeera Zaini iaitu Bukan Lagi Kita.
Kedua-dua lagu ini merupakan karya bersama Hael dan seorang lagi komposer berbakat iaitu Iqie Hugh.
Sumber : Harian Metro Walau bagaimanapun, ia bukanlah perkara baharu buat Hael kerana dalam beberapa pentas AJL sebelum ini, karya-karya beliau juga pernah terpilih tercalon sebagai finalis dalam satu pentas yang sama seperti di AJL 33 dan AJL 35.  
Ia sekaligus membuktikan kredibiliti dan bakatnya sebagai penyanyi dan komposer muzik professional.
Sempena pencalonan Hael dalam AJL 39, ayuh kita kenali penyanyi dan komposer berbakat besar ini dengan lebih dekat.
Sumber : Kosmo! Biodata Hael Husaini Nama Sebenar : Hal Husaini Razmi
Nama Komersial : Hael Husaini
Tarikh Lahir : 10 Disember 1987
Umur : 37 tahun (2024)
Asal : Kunak, Sabah
Status : Bujang
Pekerjaan : Penyanyi, Komposer lagu, Pelakon
Anak angkat : 3 orang – Helena, Haelmy, Haelman
Sumber : Kosmo! Sumber : MStar Perjalanan Karier Antara usaha awal Hael untuk menjadi penyanyi adalah menerusi penyertaannya dalam beberapa program realiti antaranya One In A Million (2006) dan Mentor TV3 sebagai anggota kumpulan duo yang bernama Evo.
Dalam program tersebut, kumpulan Evo telah menjadi protégé kepada Jaclyn Victor.
Bakat Hael Husaini mula mendapat perhatian apabila beliau dinobatkan sebagai naib juara dalam Akademi Fantasia Musim ke-10 (AF2013).
Dalam program realiti ini, beliau menggangotai kumpulan duo bernama Azhael iaitu gabungan nama dua anggotanya, Azhar dan Hael.
Sumber : MStar Kumpulan ini sempat menempa nama dalam industri muzik tanah air sehingga pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Kumpulan) di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-21 menerusi lagu “Hujung Waktu”.
Walau bagaimanapun, kumpulan ini telah pun berpecah pada tahun 2017. Sejak itu, Hael mula aktif sebagai penyanyi solo.
Lagu solo pertamanya adalah “Seandainya” dan disusuli dengan album mini.
Pada tahun berikutnya, Hael telah dijulang sebagai juara AJL 32 menerusi lagu “Jampi”, iaitu karya yang diciptanya bersama Ezra Kong.
Sumber : Berita Harian Pada tahun berikutnya, beliau sekali lagu muncul sebagai juara AJL 33 menerusi lagu duet bersama Dayang Nurfaizah iaitu “Haram” ciptaannya dan Ezra Kong.
Sumber : budiey.com Dalam pentas AJL 33, Hael turut mempertaruhkan sebuah lagi lagu yang dinyanyikannya sendiri bertajuk Hajat yang juga dicipta oleh penyanyi tersebut bersama Ezra Kong.
Dua kemenangan ini telah membuatkan Hael semakin dikenali sebagai penyanyi. Lagu-lagunya juga sering diputarkan di corong radio.
Pada masa yang sama, beliau juga turut menghasilkan lagu buat artis popular tempatan termasuk Dayang Nurfaizah (Dia), Indah Ruhaila (Semua Untuk Cinta), Nabila Razali (Cemburu) dan banyak lagi.
Pada pentas AJL 35, Hael sekali lagi berpeluang untuk mempertaruhkan beberapa lagunya iaitu “Hati” (nyanyian Hael Husaini, ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong), “Peluang Kedua” (nyanyian Hael Husaini, ciptaan Hael Husaini dan MFMF) dan “Belenggu Rindu” (nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah, ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong).
Dalam AJL 38, Hael telah dipilih sebagai finalis menerusi lagu “Bintang” yang diciptanya sendiri.
Pada awal tahun 2024, Hael juga telah melancarkan album perdana bertajuk ANTONIM (PART I) yang mengandungi 10 buah lagu.
Kini, Hael kembali berentap di pentas AJL 39 sebagai finalis menerusi lagu “Diam”. Pada masa yang sama, beliau turut mempertaruhkan satu lagi karya ciptaannya bersama Iqie Hugh nyanyian Nadeera Zaini yang bertajuk “Bukan Lagi Kita”.
Mencuba Nasib Sebagai Pelakon Selepas 17 tahun bergelar penyanyi dan komposer, Hael turut memberanikan diri untuk muncul di kaca TV sebagai pelakon.
Menurut penyanyi yang berasal dari Sabah ini, beliau ingin mencuba perkara baharu dalam industri seni.
Membawa watak Haque Zuhal dalam drama My Famous Ex Boyfriend (2023), Hael sanggup mengikuti kelas lakonan demi menjiwai watak serta mempelajari teknik lakonan secara profesional.
Selamat maju jaya diucapkan buat Hael Husaini. Pastinya, ramai yang menantikan persembahan Istimewa daripada penyanyi yang pernah merangkul juara sebanyak dua kali di anugerah berprestij tersebut.
Sama-sama kita nantikannya.
Sumber : Xtra, Berita Harian, gempak.com, Lobak Merah, Malaysia Gazette, Harian Metro, MStar
Baca Juga : Senarai Finalis AJL 39 (Anugerah Juara Lagu 2025)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hael-husaini/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hael-husaini

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mike Tyson Biodata Perjalanan Karier Dan Kontroversi

Mike Tyson Biodata Perjalanan Karier Dan Kontroversi

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 292 hits
Legenda yang tidak asing lagi dalam sukan tinju Mike Tyson kini menjadi sebutan warganet sejak akhir akhir ini Ia berikutan kemunculan semula Tyson ke gelanggang tinju buat kali pertama setelah 19 tahun bersara dari sukan tersebut bagi mene...
Lima Dekad Dalam Industri Seni Jamal Abdillah Rasa Belum Layak Terima Biduan Negara

Lima Dekad Dalam Industri Seni Jamal Abdillah Rasa Belum Layak Terima Biduan Negara

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 199 hits
Meskipun sudah lima dekad dalam industri seni penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah berpendapat dirinya masih belum layak untuk menerima anugerah Biduan Negara Menurut laporan Berita Harian Jamal atau nama lengkapnya Jamal Ubaidillah Mohd ...
Ezra Kairo Biodata Perjalanan Kerjaya

Ezra Kairo Biodata Perjalanan Kerjaya

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 230 hits
Dalam industri muzik Malaysia nama Ezra Kairo kini semakin dikenali ramai Penyanyi berbakat ini telah menarik perhatian peminat dengan suara emasnya dan gaya R B yang unik Mari kenali dengan lebih rapat sosok penyanyi ini melalui artikel ya...
Lirik Lagu Diam Hael Husaini

Lirik Lagu Diam Hael Husaini

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 144 hits
Beraninya kau cuba cari akuSeperti tiada apa yang berlakuPadaku pada dirimuKau benar benar tak tahu maluBeraninya kau cuba yakinikuSesenang itu maafkanmuMaafkan semua salahmuHaha kau memang muka tak malu sudah cukup ku bertahanSungguh malan...
Biodata Nadeera Zaini Finalis Ajl39 Dan Juara Big Stage 5

Biodata Nadeera Zaini Finalis Ajl39 Dan Juara Big Stage 5

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 373 hits
Setelah penantian hampir 10 tahun Nadeera Zaini akhirnya tersenarai sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke 39 Susulan pengumuman ini nama beliau juga semakin dikenali ramai sebagai penyanyi wanita berbakat besar Sebelum bergelar finalis AJL...
Cimb Perkasa Bakat Muda Tempatan Dalam Industri Seni Muzik

Cimb Perkasa Bakat Muda Tempatan Dalam Industri Seni Muzik

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 231 hits
Konsert CIMB 100 Years More Kita Bagi Jadi yang dijadual pada 24 Nov ini bakal menampilkan pemuzik muda Orkestra Muda Filharmonik Malaysia FMT
Program Alam Ria Pasti Negeri Pahang 2024 Pasti Bentong Juara Pertandingan Pidato Dan Azan

Program Alam Ria Pasti Negeri Pahang 2024 Pasti Bentong Juara Pertandingan Pidato Dan Azan

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 213 hits
BENTONG Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Bentong menggondol gelaran juara pidato dan azan dalam program Alam Ria PASTI Negeri Pahang berlangsung di Kompleks Al Makmur Kerdau pada Sabtu Kedua dua pemenang adalah pelajar PASTI A l Ikhwan Memp...
Beli Di Sini Kali Pertama Lebih Murah Daripada Tiktok

Beli Di Sini Kali Pertama Lebih Murah Daripada Tiktok

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 278 hits
First time beli sini lagi murah dari t1kt0k https s shopee com my 6pjNcoeFl4 The post appeared first on
Anak Didik Aepul Roza Iaitu Kiki Fateeha Juara The Chosen One 2024

Anak Didik Aepul Roza Iaitu Kiki Fateeha Juara The Chosen One 2024

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 249 hits
Anak didik kepada penyanyi Aepul Roza iaitu Kiki Fateeha 13 Tahun diumumkan sebagai juara program The Chosen One 2024 yang berlangsung malam tadi Selaku jurulatih kepada Kiki Aepul berbangga dengan pencapaian anak didiknya dan mahu menghadi...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua