Mike Tyson Biodata Perjalanan Karier Dan Kontroversi
Legenda yang tidak asing lagi dalam sukan tinju, Mike Tyson kini menjadi sebutan warganet sejak akhir-akhir ini.
Ia berikutan kemunculan semula Tyson ke gelanggang tinju buat kali pertama setelah 19 tahun bersara dari sukan tersebut bagi menentang Jake Paul.
Sumber : marca.com
Ramai menjangka Tyson mampu menumpaskan petinju berusia 27 tahun itu kerana pengalamannya dalam sukan tersebut selama lebih 20 tahun.
Wala bagaimanapun, kemenangan tidak menyebelahi Tyson apabila Paul muncul sebagai pemenang dalam pertarungan tersebut.
Sempena detik bersejarah kembalinya ikon tinju ini ke gelanggang, ayuh kita imbas serba sedikit perjalanan karier serta latar belakangnya.
Sumber : Forbes
Biodata Mike Tyson
Nama Penuh : Michael Gerard Tyson
Nama Komersial : Mike Tyson
Tarikh Lahir : 30 Jun 1966
Umur : 58 tahun (2024)
Tempat Lahir : Brooklyn, New York
Agama : Islam
Isteri : Robin Givens (1988-1989), Monica Turner (1997-2003), Lakiha Spicer (2009-present)
Anak : Mikey, Rayna, Amir, Miguel, Exodus, Milan dan Morocco
Akaun media sosial : @miketyson (Instagram), @MikeTyson (Twitter/X)
Sumber : Seconds Out
Sumber : Instagram Morocco Tyson
Perjalanan Karier dan Kontroversi
Bakat Tyson dalam sukan tinju telah dikenalpasti sejak beliau di bangku sekolah lagi.
Di bawah didikan Cus D’Amato, bakat Tyson digilap sejak beliau berusia 14 tahun sehingga mampu menjadi petinju profesional pada 1985.
Walaupun fizikal Tyson dikatakan tidak sehebat petinju lain, namun kelebihannya terletak pada ketangkasan dan sifat agresifnya di gelanggang untuk bertemu lawan.
Pada November 1986, Mike Tyson yang ketika itu baru berusia 20 tahun telah muncul sebagai juara heavyweight termuda dalam sejarah apabila berjaya mengalahkan Trevor Berbick.
Kemenangan ini sekaligus telah melakar nama Tyson dalam World Boxing Council.
Sumber : Sky Sports Boxing
Pada tahun berikutnya, beliau berhasil menempa nama di World Boxing Association dan International Boxing Federation setelah menumpaskan James Smith dan Tony Tucker.
Dengan tiga pencapaian besar ini, Tyson membawa namanya ke puncak populariti, sekaligus menjadikan beliau ikon tinju global yang menjadi tumpuan dunia.
Namun, prestasi di gelanggang bukanlah satu-satunya perkara yang membuat Tyson terkenal, malah petinju profesional ini juga sering terpalit dengan kontroversi.
Ditambah pula dengan masalah peribadi yang rumit dan konflik dengan promoter Don King, prestasi petinju ini mula goyah.
Februari 1990 menjadi saksi kejatuhan Tyson apabila beliau tewas di tangan James “Buster” Douglas.
Hidupnya seakan berubah drastik setelah kekalahan ini.
Sumber : Iconic Images
Pada tahun 1992, Tyson telah didakwa dan dijatuhi hukuman penjara atas kes pemerkosaan salah seorang peserta pertandingan ratu cantik.
Sejurus selepas bebas dari penjara, Tyson kembali ke gelanggan pada tahun 1996 dan berjaya merangkul dua kemenangan mudah ke atas Frank Bruno dan Bruce Seldon.
Walau bagaimanapun, Tyson menemui kekalahan keduanya apabila tumpas di tangan Evander Holyfield, juara dua kali bagi kategori heavyweight.
Dalam sebuah perlawanan rematch menentang Holyfield pada 1997, Tyson telah hilang kelayakan (disqualified) daripada bertanding kerana tindakannya menggigit telinga Holyfield.
Insiden ini sekaligus membuatkan Tyson digantung daripada memasuki gelanggang.
Sumber : ESPN
Walau bagaimanapun, Tyson diberi kebenaran untuk kembali bertinju pada 1999 dengan harapan beliau dapat merampas semula gelaran juara heavyweight.
Namun, hasratnya pudar apabila tewas di tangan Lennox Lewis pada 2002.
Beliau kemudian melanjutkan sisa kariernya dengan menghadapi beberapa kekalahan dan kemenangan hingga akhirnya bersara secara rasmi pada 2005 setelah kalah menentang Kevin McBride.
Kehidupan Selepas Bersara
Selepas bersara, Tyson sempat mengalami masalah kewangan sehingga diisytiharkan muflis pada 2003.
Walau bagaimanapun, beliau tetap berusaha untuk meneruskan hidup dengan membuat penampilan di beberapa program TV termasuk filem seperti The Hangover.
Kisah hidupnya turut diabadikan dalam buku dan dokumentari. Kini, Mike Tyson sering terlibat dalam projek hiburan dan perniagaan.
Mike Tyson vs Jake Paul
Sumber : totalprosports.com
Mike Tyson baru-baru ini telah berdepan dengan Jake Paul, iaitu petinju muda yang baru debut dalam sukan tinju pada 2020 dan dahulunya terkenal sebagai personaliti media sosial.
Pertarungan bersejarah ini telah disiarkan secara langsung menerusi platform penstriman Netflix pada 16 November.
Memetik The Sun, pertarungan yang berlangsung di Stadium AT&T ini sepatutnya berlangsung pada 20 Julai lalu.
Namun, Mike Tyson dilapokan mengalami masalah kesihatan yang serius sehingga terpaksa menangguhkan perlawanan tersebut.
Meskipun tewas di tangan petinju yang berusia 31 tahun lebih muda daripadanya itu, Tyson masih berpuas hati dan bersyukur dapat kembali ke gelanggang dan menemui para penggemar tinju.
Sumber : The Sun, Kosmo!, ESPN, Britannica, biography.com
Baca Juga : Jojo – Biodata Johan Ghazali, Atlet Muay Thai Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/mike-tyson/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mike-tyson